Monday, August 31, 2009

Kesedihan,adakah kau sudah tamat menjajahku??

jemu?
bosan?
maaf sekiranya "mood" blog ini seperti tidak berubah..
seperti tidak berganjak dari apa yang kalian pintakan..

sini sana menceritakan tentang kemerdekaan,
aku sekadar dapat menghidu semangat kemerdekaan kalian daripada hasil penulisan di blog-blog,
tidak lupa juga dari "online paper" yang memberikan sumber.
bezanya tahun ini,
aku menyambut kemerdekaan jauh dinegara orang.
Tiada pula bendera sini sana.....berbeza.

31 ogos kali ini,
aku rasa sedikit berbeza.
Bangun pagi tadi..aku terus keluar.
berjalan meneruskan langkah..sambil bertanya khabar sang hati..

" hati,apa khabar kamu hari ini..negara kita menyambut kemerdekaan.adakah kau mengerti hati?adakah kau rasa kemerdekaan itu??"

sebaliknya,hati pula yang bertanya...
"kesedihan...adakah kau sudah tamat menjajahku....."

hati terus meminta mata menemani..lalu mata hadiahkan tangisan buat hati,katanya,

"hey hati!hari ini negara kita merdeka!!aku tahu kau tidak dapat melihat kemeriahannya kerana kau jauh didalam sana.tapi hati,kau istimewa..engkau tidak buta.kau dapat merasakan apa erti kemerdekaan itu lebih dari apa yang dapat aku lihat..."

pujuk si mata lagi..

"hati...ayuh..merdeka kan dirimu...tamatkanlah penjajahan si durjana kesedihan itu...."

p/s: lumut tertarik dengan entry "doa untuk dapat jodoh" di blog anak laut.Tapi..lepas aku baca..aku jadi
sebak.lalu aku berikan sedikit komen buat anak laut.Maafkan aku..aku sekadar berkongsi..

komen berbunyi:
anak laut..

tapi lebih baik sekiranya kamu berdoa..

ya Allah,

jika benar dia jodoh ku..
kau satukanlah kami..
jika benar dia milikku,
kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam..
jika benar dia yang terbaik buatku..
kau peliharalah perasaan cinta antara kami..
agar kami saling mengasihi..
agar kami saling menghormati..

jangan ya Allah..
kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima...
sungguh ya Allah,
aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan..
benar ya Allah,
aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..


Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama..
dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah..
kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya..
Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang..
kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..

Jangan Ya Allah..
jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam..
Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami...
Engkau berhak ya Allah..
untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...

Aku mohon ya Allah,
cekalkan hati ini..
lindungilah dia jauh disana..
pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya..
Agar dia terpelihara,
agar dia bahagia....

Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku..
kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku...
dunia dan akhirat...

semoga kau bahagia disana..sorry guys.emosi gila entry aku kali ni....aku sekadar berkongsi..

Wednesday, August 26, 2009

kuat kembali seperti adik itu..

"adik,kenapa jalan sorang-sorang,ibu ayah mana?"sapa seorang wanita yang umurnya dalam lingkungan 30-an mungkin.

"ada makcik.mereka ada dirumah.saya kan dah besar,sebab itu mereka tidak risaukan saya."
sopan tutur katanya.Senyuman sekadar menjaga hati wanita itu dilemparkan sebelum kanak-kanak 5tahun itu berlalu pergi menamatkan perbualan .

Itulah siti.walaupun umurnya baru setahun jagung,tapi segala macam ungkapan yang keluar dari bicaranya,sangat sopan..malah sematang mereka yang bergelar dewasa.Tangan dimasuk kan kedalam seluar sambil tertunduk seperti memikirkan sesuatu.Berbajukan t-shirt belang-belang itu,siti terus melangkah longlai sambil menyepak-nyepak malas daun-daun kering dihadapannya.Lalu diraup lemah wajahnya.Ditenung dalam tasik besar dihadapannya,sedalam luka didalam hati si kecil itu.

"aku kuat",bisik hatinya.Tanpa diminta..airmata jatuh kepipi.Tapak tangan digenggan erat bagai memaksa diri mengumpul kekuatan.
"kenapa begini,kenapa aku?",berperang lagi siti dengan persoalan hati.

Dikutipnya sehelai daun kering,lalu dikoyak-koyak lumat..selumat kepercayaannya terhadap insan sekeliling.Kehidupan Siti sama seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya,siti tampak comel.Namun,apa yang dilalui dalam usia semuda itu,menjadikan Siti jauh berbeza dari mereka.Kelincahan dan keceriaan diwajahnya,telah menutup rapat penderitaan yang dialami anak kecil itu.

Diseka airmata.Dipujuk lemah hati..Demi insan sekeliling,keluarga yang disayangi..siti bertekad..berjanji sepenuh hati...
"Tuhan,hanya Kau dan aku yang mengetahui,dan hanya Kau yang mengerti.."bisik hatinya lagi.

Direnung jauh kehadapan.Tanpa disedari,perasaan dendam itu membaluti hati....

"weh,jom makan!dah lambat ni..kejap lagi tutup pulak kantin."

"eh,dah rehat ker?aku tak laparlah..tapi mintak tolong belikan aku keropok lekor.Cikgu Halimah nak jumpa aku.Ni mesti pasal kes pembaris patah tu..."rungut siti.

"haha..padan muka kau.ok2..tapi yang kau dari tadi duduk kat sini ni pehal?"

Siti terus beredar meninggalkan persoalan yang dirasakan tidak memaksa dirinya untuk memberikan jawapan.Sambil melangkah,dia berkata sendiri...

"kau siti,kau cekal seawal usiamu...percayalah bahawa pengorbanan kau akan dibalas dengan kebahagiaan kelak..."

peristiwa diawal usia 5 tahun itu..kembali menjengah.Siti terus mengeluh....

p/s:
---jangan terlalu berharap cerita ni akan bersambung....aku sekadar ingin mencuri balik kekuatan adik itu.tapi dia sudah lama mati..
---nama aku bukan siti.enough.

Monday, August 24, 2009

kisah cinta.-cinta itu banyak kisah.-


ramai antara mereka-mereka,kamu-kamu yang sedang hangat bercinta.
tidak kurang pula yang masih mencari cinta.
dan paling tidak sanggup kita lihat...
mereka yang dikhianati oleh pengkhianat cinta..

memang agak kasar bila aku panggil mereka pengkhianat cinta.
seolah-olah mereka saja yang salah dan kejam.
maafkan aku.

aku sangat lah kagum dengan kisah cinta watak "man" di blog mamai.
yup.aku tahu itu cerita realiti.
bukan saja kagum,malah aku dapat sesuatu dari situ.
man melepaskan N dengan hati yang terbuka.
man tidak pon mengherdik N atas sikap N yang senang menyerahkan hati dan cintanya buat insan lain..
malah man masih kuat untuk memujuk agar tangisan N tidak berterusan.
[sila ke sini untuk bacaan penuh]
::credit untuk mamai::

itulah indahnya cinta yang ikhlas.
kita menghargai seseorang,walaupun dia pergi untuk tidak bersama dengan kita lagi.
kita tetap mendoakan yang baik-baik untuknya.
itulah cinta yang ikhlas bukan kerana rupa mahupun nafsu.
bila segalanya berakhir,
aku,kau dan kamu sememangnya harus akur.
tunduk dengan ketentuan ini.

seorang sahabat aku pernah berpesan,katanya:
"janganlah kita bercerita buruk tentang si dia setelah terjadinya perpisahan,ingatlah bahawa paling tidak si dia pernah membahagiakan kita dan berusaha untuk membuat kita tersenyum suatu ketika dulu.."

aku pasti.ramai yang begini.
kalau dulu sayang sepenuh hati.
bila membenci,membenci juga sepenuh hati.
malah lebih teruk.

terima kasih aku ucapkan buat anda-anda,kalian-kalian yang sentiasa bagi sokongan dekat aku.
mendoakan aku agar kuat seperti dulu.
agar tampil cekal seperti siapa aku.
setinggi penghargaan aku hulurkan buat teman2 blogger yang sudi berkongsi kisah cinta mereka.
serious dan jujur kukatakan..
aku mendapat kekuatan dari kalian.
dan aku masih mengumpul kekuatan itu.
tak dapat banyak..sikit pon jadilah.

airmata ini masih belum kering,
airmata masih tidak jemu menemani.
terima kasih.

sehingga hari ini aku masih berperang dengan suara hati,
kata hati,
"kisah cinta kaulah yang paling membunuh perasaan sayang dan nikmat cinta dalam diri kau"
sungguh.aku rasa sakit.teruk.
tapi tidak mengapa hati...
aku terima.
cukuplah sekadar aku membaca kisah cinta teman-temanku...
dan aku pasti tidak lagi menggelarkan dia
sebagai "pengkhianat cinta"...
kerana jika dia mengkhianati rasa cinta itu,
dia tidak mungkin pernah membahagiakan aku suatu ketika dulu.
baguslah dia menyakiti aku.
agar aku boleh pergi dan menerima arahan takdir,
yang "kau bukan untuk aku,dan aku bukan untuk engkau"..
cukuplah.

::kantoi tipu.x-ray mane leh nampak hati::
ke memang nampak?mane tau aku lak yang bodoh.haha.

p/s:jangan hati tertutup untuk terima cinta lagi sudahlah.entah.

Saturday, August 22, 2009

pendendam


secara kasar,secara luaran aku dulu boleh dikategorikan sebagai seorang pendendam.
ramai yang juga bersangka aku ini pendendam secara luaran.
membalas kembali kepada mereka yang berhak menerima dendaman itu adalah misi aku agar mereka-mereka turut rasa bersama.
jahil,bodoh,itulah aku.
yup.
terlalu cetek pemikiran lampau aku.aku setuju itu.

tapi itu mungkin dulu.
::dulu::
bukan....
bukan begitu.

::aku bukan pendendam,ianya sekadar kenangan yang sukar dilupakan::
kalaulah kenangan itu amat mudah dihapuskan,
sudah pasti tiada manusia yang merana.
dan sudah pasti kita-kita termasuklah kamu-kamu itu buta hatinya.
terus menjadi dungu..

sebab kita tak akan pernah belajar dari kenagan dan pengalaman jika kenangan itu terlalu cepat dihapuskan...

::tapi kali ini,aku sangat berdendam dengan pengkhianat cinta..::
::maafkan aku,aku tahu ini teruk::

eh silap..aku bukan pendendam,cuma sukar melupakan..
aiseh.

sekadar gambar hiasan

terawikh di auckland+admire mereka+tagged.



entry ni agak berunsur "rojak".
sebab segala benda aku nak campur.ini rushing.

solat terawikh berimamkan pak arab memang masyuk.
sayup menusuk kalbu bacaannya sehingga hampir menitis airmata ini.
kutahan.kukatakan pada hati.
"bukan disini tempat kau menonjolkan diri."
agak panjang2 juga surah yang dibaca.solat 8+3=11,bagaikan 23rakaat.
tapi tidak mengapa.aku senang.itu kalimah Allah.

bila dinegara orang.biasalah.tak sama macam dinegara sendiri.
lain ramadhan aku kali ini.jauh.tapi Allah itu dekat.pasti.
masa solat tadi,dengar orang2 cina diatas berkata-kata.
aku tidak faham.tapi tertanya-tanya.
kebetulan akak sebelah aku faham bahasa cina.lalu kutanya.
jawapan: "mereka pelik kenapa lama kite tak gerak2"
lalu mereke lemparkan tisu toilet terjurai ke bawah.
mungkit bising agaknya akan bacaan solat kita.
"kesian mereka..".penghuni neraka selamanya.
aku tidak ingin menjadi seperti mereka.anda jugakan?

******************************************************
sekarang aku sedang belajar menjaga hati teman2 dan mereka2 sekelilingku.
aku cuba sedaya upaya.izinkan aku.
tidak lupa juga buat teman dialam maya.teman2 bloggers.
lalu akan kutunaikan permintaan "abg besi".

sebelum itu,
aku sudah teradmire sesuatu.admire sangat2.
sudah lama.
tapi mustahil untuk jadi kenyataan.
cukup sekadar aku hanya meminati mereka2 yang terjebak.
itu sudah cukup.aku puas.

"teringin sekali untuk hebat bermain gitar".sangat mahu.
ini mungkin teman blogger anda juga.
saya admire "en.naz".serious.
saya admire beliau disamping awek comel itu "yuna".

tak salah kan kalau aku bertukar minat dari bola keranjang itu kepada kamu wahai si gitar.
hoho.aku sangat admire mereka!
serious..tolonglah ajar aku memetik gitar itu.
tiba2 rasa ingin bertukar minat.
kalau tak jadi pelakon pon tidak mengapa.haha.
berangan tak habis2..sory.
aku sangat admire mereka!enough.

***************************************************
TAGGED FROM ABG BESI:

Anda rasa anda hot?
::bodoh kalau kukatakan aku hot::

Upload gambar kesayangan anda!


Kenape anda suka gambar ini?
::sebab aku tak berjaya nak posing comel macam tu.haha::

Bila kali terakhir anda makan pizza?
::kurang pasti::

Lagu terakhir yang anda dengar?
::lagu-lagu di blog en.naz,yang terakhir-perpisahan ini::

Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
::berkata-kata dalam hati::

Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?
::tak sabar dipanggil "ibu" oleh anak-anakku::

nama timangan:
::nama timangan?adeh.erk?::

anda seorang yang :
::mudah tersentuh tapi luaran nampak keras dan macho,bukan pengkhianat cinta,hamba abdi Dia::

lagu kesukaan :
::-stick with you-PCD::
::-epilog silam-Haikal::
::-Bukan kerana nama-Ramli Sarip::

best food kesukaan anda :
::laksa penang+air kelapa+tempoyak (addict!)::

sikap yang membuatkan anda stress :
::selfish seperti anjing laut::

Pebenda yang mesti ade lam beg :
::handphone,tisu::

warna kesukaan anda :
::hitam::

kali terakhir anda menangis dan mengapa :
::hari-hari saya nangis.saya menangis kerana mahu kekuatan::

Thursday, August 20, 2009

kenapa mesti pergi...


bangun tidur,aku terus menangis teresak-esak..
kuseka air mata sambil memujuk diri..
laju mencurah.tak dapat aku tahan.rasa ini sakit.
"sabarlah wahai hati,kesian akan sahabatmu mata."
lalu mata bersuara
"aku mengerti hati.terlalu banyak sakit yang kau pendamkan.kadangkala kau memerlukan aku untuk meredakan kesakitan mu.usah risau hati,aku sediakan airmata ini hanya untuk kau.agar kau berteman,agar kau tidak lagi kesunyian..."

"mata,bukan niatku untuk terus mengganggu kamu.tapi aku jauh didalam ini.tiada siapa mengerti mata,yang aku sangat sakit..jasmani ini semakin parah.dengan adanya kau mata..aku rasakan aku berteman.maafkan aku mata,kerana sering mengganggu engkau,"

"usah berkata begitu hati.airmata ini kekuatan hati-hati itu.aku mengerti.menangislah hati.kerna kau pasti akan kuat."

lumrah dunia.semua yang datang pasti akan pergi.
semua yang hidup pasti akan mati.::pasti::.
nak tak nak kita kena terima.::terpaksa::.
tapi aku bencikan ini.kenapa mesti pergi..::benci::.
kalau semua itu akan pergi kelak..
aku tak ingin bertemunya suatu ketika dulu.::enggan::

kenapa macam ni.....
kenapa mesti pergi.........
tuhan,terima kasih atas nikmat airmata..

.

saya budak 4 tahun.


aku ni memang suka bercerita.
sebab apa yang berlaku dalam hidup aku.pasti aku ingat satu persatu.
sampai kadang-kadang aku fikir,
tak penuh ke otak aku ni?
dari umur aku 4 tahun sampai sekarang.
segala macam peristiwa aku ingat.
satu persatu.hebat.
aku suka bercerita.tapi kadang2 tak ada orang nak dengar.
sebab tuh aku suka menaip.seolah-olah aku sedang kongsi cerita.

manusia ni macam-macam.
mungkin pengalaman hidup menjadikan aku lebih matang dari usia sebenar.
ingat lagi.masa tu umur aku 4 tahun.idah pula 6 tahun.
kami comel.serious kami comel.
tapi time tuh je la.haha.

mak dengan abah sibuk bekerja.biasalah manusia ingin mengumpul harta untuk masa depan anak-anak yang cerah.aku tak salahkan mereka.sikit pon tak.
mak selalu kerja ke luar negara.kata mak,mak kerja jual tupperware.
kadang2 ke hongkog,china,indon,dan sebagainya.
jadi,
tak ada siapa nak jaga kami dirumah.
mak kata,"kamu dengan idah duduk dirumah makcik ni ye,jangan nakal2"
seperti biasa,kanak2 yang comel dan baik adalah kami. [ok sila muntah]

bila aku dah besar.bila tengok drama kanak-kanak kena dera dengan tukang jaga.
aku mudah tersentuh.marah.geram.sakit hati,
kerna aku dulu begitu.
ingat lagi bila makan,"ikan selar kuning" terpaksa dibahagikan dua.
[korang paham je la kan ikan selar kunig besar mana.siapa tak kenal pergi google]
aku tanya idah,"kau lapar tak?aku lapar lah..nasi dengan lauk ni tak cukup"
wah!comelnye aku berkata-kata ketika berusia 4 tahun.

aku ni berani.berani bersuara.idah lemah sikit part ni.
"makcik,kami nak tambah nasi dan ikan sekor boleh?"dengan nada yang comel beserta cuak.
"aik?tak cukup ke?korang ni kuat makan betul.ikan tinggal untuk pakcik.tambah nasi dengan kicap je"
"terima kasih makcik"
yup.kami memang bersopan pon.dalam hati.
kepala lutut makciklah ikan kecik ni nak share 2 orang.

ada sekali.anak dia lelaki berkepala botak berseluar pendek.
macam biasa lah nak ambil permainan aku.
lepas tu jadikan hak pusaka nenek moyang diorang.
kalau aku rebutkan hak aku balik.
pasti kena cubit.sakit.meleleh airmata tahan sakit.
"korang ni,mengalah lah sikit.dah besar pon nak main lagi"kata makcik yang dungu.
erk,
"wahai makcik yang dungu.saya ini baru 4 tahun.tak nampak ke saya comel ni??"
manusia akal pendek memang begitu.

satu malam.aku dengan idah rindukan rumah.
rindu akan mak dan abah..
katanya nak bawak pergi zoo....
malam tu jugak aku ngan idah panjat pagar sambil menangis teresak2.
idah cakap "weh,slow2 taw.kau panjat dulu..aku pegang pagar"kata si kakak kepada adiknya.
"ok.lepas tuh kau pulak taw.nanti hulur selipar kau dekat aku"

tapi belum sempat aku nak lepas pagar tuh.
makcik berakal pendek keluar.
sekali lagi...failed.
dah lah telinga kene piat,perut kena cubit,lepas tuh malam tuh kena tidur dalam jamban.
lambu jamban pulak switch off.
korang tau je lah kan.kalau manusia dah akal pendek,
jamban pon lebih kurang makcik tuh lah.
lipas punye lah banyak keluar dari lubang jamban tuh.
bau lipas korang tau je lah kan macam mana.
menjerit-jerit kami malam tuh.

hal begini tak pernah kami cerita pada mak abah.
kamikan macho.
biasalah manusia.buat jahat dibalas jahat.
buat baik,baik lah kau dapat.

bila aku dah besar,aku dapat tau yang makcik tuh cedera.
cedera bahagian punggung sebab terduduk dalam kuali masa tengah goreng karipap.
hohohohohohohoho....sakit kot.
tuh lah..kedekut lagi ikan selar kuning kau dulu.
tengok Allah dah balas.

kalau anak makcik nak ngurat saya pon,saya tak nak lah.
sambil bertanya kembali.eh,kau ni lelaki ke?
aku ingat perempuan dulu.wah!!!

tuhan,tabahkan hatiku.jangan kau gugurkan semangatku
seperti mana gugurnya daun-daun itu...

p/s:
::semalam lab dengan korean.bangga bila dia kata dia suka malaysian culture.korean pon suka makan nasi lemak::
::nextweek ada 4 assignment due.plus 1 mid term test.wah!!::

jangan jadi hagemaru sudah weekend neh...selamat berpuasa semua.=)

Tuesday, August 18, 2009

hadiah untuk kita..


ramai orang tak sedar ini.
banyak hadiah kita dapat..
tapi masih sukar untuk berterima kasih.
aku juga begitu.bukan anda-anda saja.
sebab kita manusia banyak kekurangan.

lepas class "maths ABC" tadi..
memang sangat menaikkan mood tidak senang.
apa tak nya..asik aja kami ABC saja.
kate maths..mane nombor??
kadang-kadang rasa macam belajar "bahasa sanskrit" pon ada.
huh.
nak mengeluh lagi dengan ujian dunia??
kau ni memang tak reti nak bersyukur ker?

maafkan aku berterusan mengeluh..
kita serupa.tidak sempurna.
lepas class tadi,aku terima hadiah lagi dari "Sang Pencipta"
aku mahu kongsi hadiah ini dengan kamu-kamu semua..
cantik....
sangat cantik....

Lokasi: Albert Park,Auckland,NZ.
Jam: lebih kurang 4.05 pm.
waktu malaysia: 12.05pm







jangan curi kelopak bunga,
kerna ia pelengkap indahnya sekuntum bunga..

=')

Monday, August 17, 2009

sempadan hati


sedang men"study" kan diri,
test menjelma beberapa hari lagi.
lalu ditegur teman jauh di sana..tanah airku..
bertanya khabar..macam biasalah..

tapi,soalan yang ini??
"erk??"

khalilah: lumut..ape yang buat ko masih ingat dia..padahal dia dah jauh dari kau?

lumut: banyak kalil...
lumut: ini lah susahnye bile kite sayang orang setulus hati..
lumut: bile kite terime orang itu seadanya
lumut: kalau ko sayang orang nanti
lumut: lebih baik ko letakkan sempadan awal2 lagi..
lumut: supaya kau tak sakit suatu hari nnt..
lumut: =)

khalilah: ko dah terlalu lama dengan dia sebab tu la
lumut: xapela
khalilah: erm
lumut: orang kawen pon bercerai
lumut: inikan pule aku..
lumut: cinta itu bukan diukur berdasarkan panjangnye hubungan
lumut: =)

betul,
hidup ini atas kehendak tuhan.
kita ni robot.pemilik kita nun diatas sana.
Dia yang memegang hati-hati kita.
maafkan aku "termenangis" lagi.
aiseh.

aku rindu akan blog lama aku..
masih ingat lagi entry terakhir di blog itu..
""hati kita milik kita,bawalah hati itu..dan pergilah..""

p/s:bila sayangkan orang,jangan berikan seratus peratus.jika boleh.letakkanlah sempadan,
jika hati kamu disakiti,ianya tidak akan luka sepenuhnya.kerana sempadan itu masih ada.

gambar merepek

Sunday, August 16, 2009

hulurkan cemuhan.


maaf.aku ingin berterus terang.
apa-apa saja yang aku tulis didalam blog ini.
hanya sekadar memerli diri sendiri.
agar aku sedar dimana aku.
aku tidak berniat untuk "berlagak macam bagus".
tidak.
maafkan aku.

semua orang suka dipuji.suka kan kata-kata yang menyenangkan.
tiada pula yang suka dicemuh mahupun dikeji.
itu normal. "bukan paranormal".ingat pontianak ape.

aku juga begitu.suka akan pujian.
tapi itu mungkin dulu.tidak sekarang.
kalau anda-anda nak puji aku
comel,baik,pandai,kuat,hebat,rajin,lemah-lembut,
baik simpan kan saja.tak payahlah.
aku geli akan itu semua.
izinkan aku untuk jadi "tidak normal".

zaman aku suka dipuji sudah pupus.
zaman aku tidak sabar dan bangga untuk tunjuk kan "report card" kepada sesiapa saja sudah habis.
zaman aku memaksa-maksa mak untuk datang tengok aku naik pentas buat persembahan juga sudah tamat.
zaman aku memakai "baju biru" sambil berdiri ditepi pagar juga sudah pergi.
zaman aku melompat-lompat comel seperti arnab..
lagilah..
baik korang tak payah bayangkan.nak termuntahkan?
haha

ini mudah.
disebabkan aku rasa aku banyak kekurangan dan selalu je menyakitkan hati ramai pihak,
aku sudah mula bencikan pujian.
pujian akan buat aku hipokrit.bangga diri mungkin.
budget macam bagos.seolah-olah akulah yang berkuasa,
akulah makhluk tuhan yang paling hebat,
aku makhluk tuhan..ok bukan seksi. "muntahlah kali kedua"
aku??
kan dah cakap..tak ada apa yang nak kau pujikan.
sebab tuh aku mengharapkan agar tiada siapa lagi yang puji aku lepas ni.

aku lagi senang dicemuh,
ops..lagi senang ditegur.
aku mohon agar ada kalian yang masih sudi menegur segala kejengkelan aku dimuka bumi ini..
ntah apa aku merepek sebelum tidur ni.

p/s: semakin hari semakin rindu...


buah hati ku.. [bukan anak akulah!merepek je]

ingat kan nak letak gamba mak ayah aku.tapi lupe lak.
mereka juge low profile macam aku.
so budak 3 orang neh kecik lagi.
tak tahu apa-apa.memang suka lah tuh publisiti.
okay korang comel.fine.jeles.

Saturday, August 15, 2009

tak salah sesekali buat benda sweet kan


aku dah lama sedar ini.

aku jarang bersikap "sweet" untuk orang.
aku tahu kadang kalanya aku perlu bertindak sedemikian..
tak perlu selalu.cukup sekadar jarang-jarang.
sebab aku tahu aku tidak perlu hipokrit.
ini lah aku.
susah untuk tunjuk dekat orang sekeliling yang aku sayang mereka.
aku terlalu ingin kan itu.
memberitahu kalian.aku sayang dan menghargai kalian.
tapi aku lebih senang pendamkan sahaja.
termasuk kawan-kawan,nenek,saudara mara,
mahupun family aku.

mesti ramai juga yang macam aku.
nak cakap "i love u mak" face to face pon susah.
rasa malu tu menebal.
"heh,cakap i love u kat balak and awek kau okay plak kan"
biasalah manusia itu berbagai-bagai.

bila kaji selidik diri aku.aku terlalu fail part yang satu ini.
nak tunjuk kat kamu kamu yang aku sayang kamu.
susah!!
sangat susah.
orang sekeliling lebih nampak yang negative dari diri aku.
sebab itulah yang lebih menyerlah.
sungguh aku banyak kekurangan. [tertunduk malu]

aku ada satu masalah.lama dah aku simpan ini.
orang kata aku susah untuk tersenyum.
bukan tak nak.tapi nanti jadi sebaliknya.
kalau aku tersenyum,ianya terlalu sweet. [haha,sila maki]
bukan macam tuh lah.
kalau aku senyum sepanjang hari dan sepanjang jalan,
mesti orang akan cakap,
"kau pehal tersenyum je manjang neh"

kan susah.muka aku dilahirkan bukan muka yang senyum 24 jam.
kalau aku buat muka biasa.orang kata "pehal serious sangat neh".
sekali lagi aku cakap.kalau aku senyum ianya terlalu sweet.
tapi kalau aku tak senyum,
ianya terlalu keras untuk dilihat.
orang akan cakap.
"janganlah sombong sangat,cuba senyum sikit"
hoho..
kang aku senyum kang..terpikat lak kan.
=)

okay aku dah merepek.
malam ni bukan buang tebiat..
aku ada buat sesuatu yang aku rasa agak sweet.
lantaklah apa orang nak kata.
"aku buat kad untuk housemate aku"
kucoretkan sesuatu didalam kad itu.sekadar kata-kata yang tak seberapa.
lalu ku masukkan dibawah pintu bilik mereka.
aku senang begini.
bila aku belajar menghargai insan sekeliling..................

housemate yang aku sayangi...
tahukah kalian diri ini amat menyayangi kalian.

inilah muka depan kad yang aku buat tu.
sila lipat dua.


kalau korang rasa tak sweet.lantak lah.
peduli ape aku.

Friday, August 14, 2009

oh hidup.

nak tahu ape,
aku sangat tak sabar untuk habiskan perjalanan 2009 aku ni.
tahun ni sangat sakit bagi aku.
banyak benda yang aku sendiri tak sangka sudah berubah.

sejak phone aku hilang kelmarin.
hidup aku dah jadi macam,mati tak mahu...hidup tersekat.
macam kentot yang bergelodak dalam perut,
then kau kena tahan sebab kau sedang di"interview" oleh bapak mertua kau.

duit alaun baru je masuk.
tapi tak sampai sehari je.sudah lebih separuh terbang.
duit rumah aku dah bayar.hutang piutang semua aku sudah settlekan.
tapi agak bengang tapi terpaksa bersabar,
sebab duit yang masuk tuh tak cukup seribu.
katanya kerani dekat malaysia tuh salah kira.
terkena H1N1 agaknya.
lantaklah.malas aku nak fikir.

semalam pulak member aku ajak main itu "bola keranjang" kul9,
kan aku dah kata aku sangat gila dengan permainan ini.
ni jelah salah satu cara untuk aku lepaskan tension aku.
kang kalau aku merokok ke buat gejala sosial ke...
lagi payah.wat mak bapak aku terguris hati je kang.

tapi semalam aku cakap ngan member aku,
aku mungkin tak dapat join.
sebab pagi ni kul10 aku nak pergi meeting dgn MSD
[malaysian student department]
aku belasah je..ntah betul ke tak.
last-last,
bila aku bangun,tengok jam pukul 11.30.
terus aku tenyeh mata aku banyak kali.takut tersalah tengok jam.
FISH!!!
bila aku keluar bilik,tengok housemate aku dah pergi.
ntah..rasa sayu lah plak kena tinggal...
aku tak salahkan sesiapa.maybe diorang dah kejut aku.tapi aku tak dengar.
nak pergi main basketball...dah lambat.

aku ni ego.keras hati.berlagak kuat.
tapi itu dulu.
family aku memang tabik spring lah kat aku.
kata mereka aku wanita cekal.wah!!
tapi itu mungkin dulu.kan aku dah cakap itu dulu.
semalam aku call along,abah and idah.
first time kot aku call idah sambil menangis teresak-esak.
kata idah..bersabarlah..aku tahu kau akan kuat.
along pon memujuk aku malam kelmarin,
kata along...
kenapa adik along macam ni.dulu kau tak macam ni.
along kata along rindu adik along yang cekal hatinya.
yang tak pernah menangis depan keluarga.

kata idah,
mak dan abah susah hati..kerana anak abah yang sorang ni terus berubah.
kau dah tak sekuat dulu.
kau dah tak seego dulu.
dulu dimata semua orang,kau nampak gah dan kuat..
kau mampu meyakinkan semua orang sekeliling kau dengan kebolehan kau.
tapi hari ni kau hampir berubah seluruhnya,
360 darjah mungkin.

kata along lagi,
mak sangat susah hati.along sedih tengok mak..
mak sangat risaukan kau.

bukan aku minta untuk terus lemah macam ni.
mungkin ujian yang aku terima rasa sakit dan perit lagi-lagi bila aku berada diperantaun.
aku tahu dulu aku nampak kuat luaranya.
tapi ada siapa yang mengetuk hati dalam aku??

dan sekarang hati aku sangat rapuh..
sekali kau ketuk..
sekali tuh die hancur..
lalu tak dapat aku tahan..
aku dengan airmata..
dah macam kawan karib sehidup semati...

p/s: aku ada 2 orang abang.tapi aku tak rasa kewujudan mereka.adakah lelaki semakin tidak aku perlukan dalam hidup aku selain abah ku tercinta.**aku confius**

maaf jika aku pertikaikan.


ok.aku cuba agar entry ini tidak terlalu emosi.
hari ni hari gila aku.
orang start cuti hari sabtu dan ahad.
tapi jumaat aku sudah mula cuti.
ponteng class lagi.lantak akulah.

aku memang beremosi.
sampai ada diantara kalian menegur.
ada juga antara kalian ingin mengenali anjing laut yang comel?
wah!!

spesis anjing laut yang comel itu semakin membiak.
sungguh,aku tak tipu ini.
tapi semua orang buat buta saja.
sebab anggap anjing laut itu comel dan tidak berbisa.
tapi aku kesah!teramat!
malah kadang2 aku berdendam dengan golongan anjing laut neh.

baiklah,baiklah,baiklah...
aku takut untuk pertikaikan ini.
takut juga blog aku kena banned.orang maki aku kang.
tak pasal-pasal je.
dah ramai dah blogger tulis ini.
pasal isu DARA.lepas tuh nak maki PEREMPUAN.
ni yang aku rasa nak tampar laju-laju jer golongan macam ni.

ha sekarang aku lak nak pertikaikan TERUNA.
peduli ape aku!!!!
korang fikir perempuan hilang DARA golongan SIALAN.
macam mana plak lelaki yang senang-senang je gadaikan KESUCIAN.
budget orang akan cakap,
"arrggh,perempuan tuh la yang salah,lelaki tak rugi ape"

ha,ni lah salah satu ciri anjing laut.
bodoh tak habis-habis.
lelaki perempuan same je bai.
kalau masalah-masalah camni,
makcik-makcik,nenek-nenek,satu kampung salah kan perempuan.
what the hell makcik tak salahkan jantan.

esok dekat kubur,ada ke malaikat tanya..
"kau dulu ni tergadai KESUCIAN sebab siapa?"
bodoh.
kau lelaki ke perempuan..kalau dah berdosa..
tak ada malaikat nak pertikaikan siapa yang ajak buat dosa.

jangan ikut nafsu serakah kau sangat.
lelaki ke perempuan..same je.tetap manusia ada nafsu.
bila benda dah berlaku,
kau nak cakap lelaki tak rugi ape-ape??
oiii!!ni aku nak cakap,kepala lutut la tak rugi apa-apa..
kau tetap dapat dosa tau tak.
esok masuk neraka,sama-sama masuk neraka.


memang aku marah.
sebab bila masyarakat sekeliling dok pertikaikan perempuan je yang bawak sial dalam hal ni..
lelaki goyang kaki tepuk tangan sambil ketawa macam cipanzi.
rasa nak tampar laju-laju pon ada.
sebab tuh lah lelaki sampai khiamat pon tak kan rasa serba salah angkut anak dara orang.
lepas tuh cam cipanzi lagi sekali cakap,
"dia yang nak ikut i,siapa suruh.i tak rugi ape2 pon"
kepala hotak kau.aku sunat kan kau dua tiga kali baru tau.

aku kena cool down.
bukan apa.aku sakit hati.
semakin hari golongan wanita dipandang rendah.
dipijak-pijak,diperbodohkan..
aku sedih dengan kau lelaki..
engkaulah tempat kami berlindung,
engkau lah tempat kami bergantung,
tapi sekiranya engkau memijak-mijak kami..

engkau tiada bezanya dengan spesis anjing laut...

kami perempuan dicipta dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat juga dihati,
untuk dikasihi..

p/s:
siapa nak maki aku,banned aku..silalah..
maaf atas kekesatan bahasa.
tambah sikit lagi.
"aku masih suci eh"
wah!!

Wednesday, August 12, 2009

sekurang-kurangnya..

kalau kau nak pergi,
kau pergi sekarang,
sekurang kurangnya aku tahu kau nak pergi,
sekurang-kurangnya ko tak hilang macam tu je,
dan sekurang-kurangnya,
kite boleh ucap "selamat tinggal"

semua orang suke ini,
"habis madu sepah dibuang"

aku tak mintak lebih..
paling tidak..
hulurkan aku sehelai tisu,

terima kasih.
kerana kau buang aku.


Tuesday, August 11, 2009

aku suke bermadah??

**aku pesan awal-awal ni**
**entry ni agak buang masa korang baca,tak ada apa yang menarik**
**tapi aku nak gak menaip,ketagih!*

aku rasa hampir setengah tahun ni aku semakin hebat bermadah.
haha..
mungkin ramai yang ingat aku blogger yang baru nak mula.
tapi salah.
aku sudah lama bermadah.
hampir 2 tahun.bukan 2 minggu.
kadang-kadang apa yang aku tulis tu memang merepek.
tapi harap kalian hirup yang baik-baik saja.
yang busuk mahupum lebam,jangan kita masukkan dalam plastik.
macam beli buahlah.

dulu aku dikenali sebagai something yang lain.
tapi hari ni aku lain.
aku senang begini.
bila jadi low profile dan ramai yang tak mengenali.
tak rumit.tapi sakit.
baguslah handphone aku hilang.
sebab Allah nak aku jadi kuat.

ada kawan buat entry pasal "cinta pertama".
macam biasa aku suka bermadah,
lalu aku drop kan komen aku kat situ.

tapi tanpa disedari airmata ku meleleh...
what the h***??
poorrraahh kau lelaki tamak~~

"cinta pertama bila kau kehilangan nye kau akan rase sakit yang mendalam.. jahat mane pon die..kau tetap akan sayang.. bukan kerana kau sayang dirinye yang baik2 saje.. tapi kerana kau sayang die seadanya.. bak kata seseorg yang memujuk aku.. "in life, Allah doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need...to love you..hurt you and teach you the real meaning of life.." tapi walau ape pon. cinta pertama kita adalah pada si Pencipta.. ingatkah engkau mase saat sebelum engkau dilahirkan?? pada siapa engkau berjumpa dan berjanji?? wah!aku nye komen cam pendakwah terulung lah plak.. tapi cinta pertama itu sakit.. bagai dihiris sembilu.. eh aku merepek ni!! baik aku stop kat sini.=p"

pandai kan aku berkata-kata??
cakap kat orang pandai,diri sendiri??
poorraahh kau lelaki tamak.

Monday, August 10, 2009

undefined feeling..


confuse dengan diri sendiri adalah masalah paling besar bagi aku,
sebab bila kita confuse,
kita tak tahu apa yang diri kita nak,
sampai otak sendiri buntu nak bagi arahan dekat anggota badan yang lain,
sedangkan anggota yang lain seperti dungu menunggu arahan.
kesian.

perasaan aku hari ni kosong,
susah nak aku ungkapkan..
pergi kelas macam biasa.
jumpa kawan-kawan,
dengar lecture.
hantar asignment.
itu rutin.
walaupun hati kau sebenarnya sakit.kosong mungkin.

dan hari ni aku terpaksa akur,
bila sekali lagi aku diuji oleh Pencipta.
Dia mahu aku belajar terima hakikat.
belajar terima kenyataan.

aarrgghh..ape tah aku merepek..*kosong*

malas dah nak bermadah.
sebab aku dalam zon "undefined feeling"
aku cuma nak lepaskan beban disini.
izinkan.

"handphone aku baru saja hilang kurang dari 24 jam yang lalu"
"kami tak ada jodoh untuk terus bersama"

masa aku sedar akan kehilangannya,
aku terus berlari laju bak marathon untuk ke basement tempat dimana aku baru je lepas hantar assignment aku.
ye.laju aku lari.
sampai "mat salleh" tuh pon pelik tengok.
lantaklah.ape aku kesah.

tapi..kan aku dah kata,
Allah berterusan nak uji aku.
aku kena belajar terima kenyataan,
kene terima apabila kehilangan sesuatu berharga dalam hidup aku sekelip mata.

pelik.aku tidak menangis bila si telefon bimbit hilang dari pandangan.
bukan kerana aku anak orang berharta gunung yang membuatkan aku tidak menangis.
ayah aku bukanlah berpangkat dato' mahupun berkepala botak.
dan mak aku pula bukanlah si datin yang mengembang rambutnya.
mungkin aku sudah puas menangis.
baguslah.kau semakin tabah.
kau tidak menangis untuk benda yang remeh lagi.
syabas!

tak sampai setahun aku bersama kau

apakah pula ujian hidup untuk hari esok??

buat mereka yang menangis 365 hari..

ok betul la tuh.
kalau tahun lompat,
entry aku ubah la jadi "buat mereka yang menangis 366 hari"
hehe

walaupun jiwa aku serabut,
otak aku serabai,
perasaan aku sememeh,
dan bak kata orang johor,
jiwa aku "selebet",
[tak tahu selebet tuh ape??]
aku masih mahu berkongsi ape jua yang mampu untuk aku kongsi.

ye aku sunyi.
dan sekarang aku lebih menghargai orang sekeliling aku.
tak kesah lah siapa anda,
baru kenal nahupun dah lama,
asalkan anda berhati mulia dan bukan bertopengkan binatang,
aku terima anda dengan hati yang terbuka,
bak pintu auto di shopping complex.

bila kita sedih,sunyi,down dan putus asa..
benda paling mudah adalah menangis,
itulah aku.
ye,aku tak malu.
"menangis 365 hari??such a stupid,bodoh lah kau ni"
kata seseorang...

buat teman-teman yang sedang bersedih dan rasa serba kekurangan..
aku tujukan khas video dibawah untuk kalian..
dan untuk diri aku juga yang dilanda kemarau..
kalau korang tak sedih pon,
tengok jugak.
kalau internet umah korang lembab pon,
tengok jugak..
pleaseeee..tengoklah..
sikit sebanyak saya dapat kutip kekuatan dalam diri anda semua..
tengok ye...
penat saya taip entry ni walaupun assignment melambak..
promise me ek..
tengok taw video ni..
dan amik iktibar..



Sunday, August 9, 2009

peluang hidup..


ye,aku masih dalam proses pemulihan..
bukan pemulihan akhlak mahupun transformasi diri..
tapi "pemulihan hati"
aku mengaku itu sangat sukar untuk mencapai tahap "success",
bila hati kau,aku, mahupun sesiapa dilukai..
rasanya bagai perah limau diluka yang masih berdarah,
aku tak ada lah plak try perah limau,
tapi aku tahu..rasanya sakit...
aduh!!

pujuk aku sendiri..
"sabarlah wahai hati"
kau beruntung airmata setia menemani,
dan kau lagi beruntung,
bila kau masih diberi peluang untuk hidup.

"dulu aku pernah merasakan hampir mati"
kalau orang lihat,atau perhati..
mesti kalian akan berkata.."kamu pasti mati"

tanggal 26 november 2007..ye aku masih ingat lagi tarikh itu,
"kan aku dah cakap,aku bukan mudah melupakan perkara yang dah berlaku dalam hidup aku"
Allah menurunkan musibah lagi untuk aku,
tapi kali ini lain pula cara dan bentuknya,
musibah kali ini lebih berbentuk fizikal,
dan juga ujian kesedaran disamping membuat kesimpulan awal.

masa tu aku masih menuntut di sebuah universiti tempatan disekitar ibu negara sebelum aku "disepak" jauh melayang kesini..
wah!!sampai hati sepak aku jauh-jauh..
kan aku dah rindu malaysia...=(

kemalangan yang melibatkan aku beserta seorang rakan ini berlaku disekitar putrajaya..
ketika kejadian,
aku tidur dalam kereta,
kukatakan pada si pemandu,
aku kurang sehat,dan mahu lelapkan mata seketika..
dengan tidak memakai tali pinggang..tidurlah aku,

mungkin sepemandu letih,datang dari jauh..
aku pula tidur tidak menghiraukan dia.
lalu...Allah turunkan musibah kepada kami.
ingat!!
beginilah cara Allah memberikan amaran..

sehingga hari ini,
bila teringatkan peristiwa 26 november itu,
airmata aku pasti tetumpah laju....
Allah sayang kan aku..bisik aku dalam hati..
Dia masih berikan aku peluang untuk hidup..

tapi hari ni,
aku bodoh.aku mengutuk diri aku..
bila aku kecewa atau putus asa..
aku sering melafazkannya.. "kenapa lah aku tak mati dulu"
huh!!!
bodohnya kau!
kau minta untuk mati sedangkan Allah memberikan kau peluang hidup??
kerana ujian kecil yang Allah turunkan untuk uji kau..
kau berterusan ulang perkataan mati itu?

hmm..ye..
aku bodoh..
sebab aku terlalu kecewa dengan hidup..
kadang-kadang putus asa...
maafkan aku tuhan..

ada siapa-siapa nak tolong tamparkan pipi aku laju-laju tak??

kereta itu

p/s:
-oh ye,lupa..kereta ni telah terbabas ke tengah jalan lalu melanggar tiang lampu.
tiang tuh hampir tumbang.kalau tumbang himpap kepala aku mesti arwah dah.
dan syukur langgar tiang lampu,kalau terbabas masuk dalam tasik besar tuh,mati lemas lah..lalu arwah juga..
-pengalaman hilang ingatan seketika,sangat sweet...='(

Saturday, August 8, 2009

low profile itu menyenangkan..

**sekarang ""mood swing""...**
**sekarang juga rasa nak tampar laju-laju pipi "student omputeh" kat apartment aku neh,
menjerit-jerit macam orang nak kena rogol,apehal???**
**consider ah sikit**

aku tahu aku patot busy skarang,
banyak benda aku kena settlekan before start class isnin nanti.
aku tahu tuh.
tapi aku malas.
tanpa disedari,airmataku mengalir...
what??
aku rindukan malaysia..
pasti.

sejak aku kehilangan banyak benda berharga dalam hidup aku kebelakangan ni,
aku jadi macam ntah pape..
susah untuk diagnosis diri sendiri,
keliru.
dan sejak aku hapuskan "blog" lama itu..
juga hapuskan "muka buku" itu..
invisible dengan kebanyakkan orang di "yahoo messenger"..
katakan taknak pada "webcam" ahli keluarga..
biarkan sepi itu "friendster"
dan mem"private"kan segala macam unsur yang menunjukkan muke aku.

aku rasakan seperti ada sikit perubahan dalam kandungan hidup aku
sikit je.tak banyak.

such a "low profile" person kan??

yup,menjadi orang yang low profile itu menyenangkan.
mudah lagi ringan.
itu hanya pendapat aku.
jarang sekali untuk kita lihat orang yang low profile dipandang berlagak.
dengan kata yang lagi simple,"macam bagus"
orang juga kata,bukan aku kata,
mereka yang low profile,
sangat yakin dengan apa yang mereka lakukan.

owh.
tapi aku tidak begitu.
aku seorang yang susah untuk buat keputusan,
sehinggakan keputusan yang aku ambil suatu ketika dulu..
telah menanamkan rasa kesal dalam diri aku sehingga hari ini.
tapi,kalau nak kenang pon nak buat apa kan?
benda dah jadi.
baik aku lupakan je.

orang selalu berpesan,
"jangan ketawa terlalu banyak"
kelak kamu akan menangis..

ahh,ape tah yang aku merepek..

p/s: ramai yang bertanyakan tentang "bila kau nak ada buku muka baru??"


gamba takde motif
oh,ya..yang lelaki pakai cap tuh bukan balak aku,
tuh balak orang..
takkan aku nak amik balak orang kot..
aku takde lah sampai tahap desperate macam tuh sekali..