aku sangat tak sabar untuk habiskan perjalanan 2009 aku ni.
tahun ni sangat sakit bagi aku.
banyak benda yang aku sendiri tak sangka sudah berubah.
sejak phone aku hilang kelmarin.
hidup aku dah jadi macam,mati tak mahu...hidup tersekat.
macam kentot yang bergelodak dalam perut,
then kau kena tahan sebab kau sedang di"interview" oleh bapak mertua kau.
duit alaun baru je masuk.
tapi tak sampai sehari je.sudah lebih separuh terbang.
duit rumah aku dah bayar.hutang piutang semua aku sudah settlekan.
tapi agak bengang tapi terpaksa bersabar,
sebab duit yang masuk tuh tak cukup seribu.
katanya kerani dekat malaysia tuh salah kira.
terkena H1N1 agaknya.
lantaklah.malas aku nak fikir.
semalam pulak member aku ajak main itu "bola keranjang" kul9,
kan aku dah kata aku sangat gila dengan permainan ini.
ni jelah salah satu cara untuk aku lepaskan tension aku.
kang kalau aku merokok ke buat gejala sosial ke...
lagi payah.wat mak bapak aku terguris hati je kang.
tapi semalam aku cakap ngan member aku,
aku mungkin tak dapat join.
sebab pagi ni kul10 aku nak pergi meeting dgn MSD
[malaysian student department]
aku belasah je..ntah betul ke tak.
last-last,
bila aku bangun,tengok jam pukul 11.30.
terus aku tenyeh mata aku banyak kali.takut tersalah tengok jam.
FISH!!!
bila aku keluar bilik,tengok housemate aku dah pergi.
ntah..rasa sayu lah plak kena tinggal...
aku tak salahkan sesiapa.maybe diorang dah kejut aku.tapi aku tak dengar.
nak pergi main basketball...dah lambat.
aku ni ego.keras hati.berlagak kuat.
tapi itu dulu.
family aku memang tabik spring lah kat aku.
kata mereka aku wanita cekal.wah!!
tapi itu mungkin dulu.kan aku dah cakap itu dulu.
semalam aku call along,abah and idah.
first time kot aku call idah sambil menangis teresak-esak.
kata idah..bersabarlah..aku tahu kau akan kuat.
along pon memujuk aku malam kelmarin,
kata along...
kenapa adik along macam ni.dulu kau tak macam ni.
along kata along rindu adik along yang cekal hatinya.
yang tak pernah menangis depan keluarga.
kata idah,
mak dan abah susah hati..kerana anak abah yang sorang ni terus berubah.
kau dah tak sekuat dulu.
kau dah tak seego dulu.
dulu dimata semua orang,kau nampak gah dan kuat..
kau mampu meyakinkan semua orang sekeliling kau dengan kebolehan kau.
tapi hari ni kau hampir berubah seluruhnya,
360 darjah mungkin.
kata along lagi,
mak sangat susah hati.along sedih tengok mak..
mak sangat risaukan kau.
bukan aku minta untuk terus lemah macam ni.
mungkin ujian yang aku terima rasa sakit dan perit lagi-lagi bila aku berada diperantaun.
aku tahu dulu aku nampak kuat luaranya.
tapi ada siapa yang mengetuk hati dalam aku??
dan sekarang hati aku sangat rapuh..
sekali kau ketuk..
sekali tuh die hancur..
lalu tak dapat aku tahan..
aku dengan airmata..
dah macam kawan karib sehidup semati...
p/s: aku ada 2 orang abang.tapi aku tak rasa kewujudan mereka.adakah lelaki semakin tidak aku perlukan dalam hidup aku selain abah ku tercinta.**aku confius**

