mereka kata aku berpura-pura,ataupun dengan bahasa agak saintifik,aku hipokrit.
aku perempuan yang biasa-biasa saja.terlalu biasa.aku bukanlah perempuan yang "mampu"menarik mata kau lelaki untuk melirik pada aku dua tiga kali secara berturut-turut.aku tidak mampu buat begitu.tapi aku sempurna.ye aku sempurna dari segi sifat jasmani ku.aku bersyukur itu.namun rohani aku masih banyak lompongnya.terlalu banyak cacat-cela.terlalu banyak yang busuk.
aku tidak menipu ini.ini benar.aku izinkan untuk kalian percaya yang satu ini.sungguh aku seorang pemarah.sungguh aku seorang yang "annoying".sungguh aku seorang yang"selfish".sungguh aku seorang yang pendendam.aku juga seorang yang kasar.aku seorang yang tak pernah jaga hati dan perasaan orang lain.apa yang aku lontarkan dari percakapan aku,hanya untuk kepuasan diri sendiri.hanya untuk kemenangan diri aku saja.aku tak pedulikan kau dan mereka.
hati kau terguris??apa aku peduli..apa aku kesah.
asalkan aku bahagia,dan dapat apa yang aku impikan.segala kelakuan aku,aku tidak pernah fikir dua kali.kadang kala aku bertindak sebelum berfikir.bukan itu saja,aku juga tidak berfikir selepas aku bertindak.sangat menjengkelkan.sangat menyakitkan hati,sangat memualkan.
itu lah aku.
aku jahat.aku bukan perempuan yang lemah lembut.segalanya kasar.bila aku cuba untuk tersenyum,kau akan kata aku berpura.kau cemuh aku.bila aku cuba untuk berubah menjadi macam kau wanita yang manis-manis,kau akan pandang sinis.lalu aku diam lagi.
kali ini aku tidak marah.aku terima.sebab aku dah janji dengan diri untuk berubah sikit demi sikit.bukan sekali gus.sedangkan rumah dibina dari bawah,inikan pula diri manusia.
bila depan orang aku cuba sekat kata-kata aku.aku sudah serik.aku tak nak terlepas kata lagi.nanti aku dicemuh.nanti aku dipandang hina.aku tak nak.
tapi bila aku diam.kau malukan aku.kau lemparkan sindiran.
lalu aku buat tak tahu saja.aku buat seolah-olah aku tidak dengar apa yang diperkata.aku diam semahunya.tapi kali ni aku tak tahan.airmata aku menitis tanpa diminta.aku kesat supaya kau tidak dapat menduga.
bila aku bertegur sapa dengan lelaki,duduk berkongsi cerita bergelak ketawa..
mereka kata aku gedik.mereka kata kau perempuan "perasan cun".mereka kata aku tidak ada maruah.mereka kata aku suka "bersosial".mereka kata "dah diri kau memang begitu".
kali ini aku diam lagi.aku ajar diri aku apa itu sabar.aku pimpin hati sikit demi sikit kenal dengan sabar.hati aku kata susah untuk dekat dengan sabar.tapi aku kata mesti boleh punya.
sebab tu aku dian lagi.bila mereka perli aku kata aku itu ini.
aku tunjukkan hati "sabar" lagi.
bila aku berikan pendapat,mereka kata aku cakap ikut perasaan.
mereka kata pendapat aku tahap akal budak-budak bawahan.mereka kata "hey cerminlah diri kau dulu sebelum berkata-kata".mereka pandang sinis sambil memerli.pedas sangat kata-kata itu.tapi aku cakap pada diri sendiri.
"oi!kau kan keras hati".
mereka kata aku keras hati.mereka tengok riak wajah aku selamba saja bila dicemuh.jadi tidak mengapa lah.aku tak rasa apa-apa.mereka tidak kesah.sebab aku kan "macam bagus".
"keras hati". "keras kepala".
lalu aku terdiam.aku simpan lagi..
aku cakap sendiri.kali ini aku tak boleh seperti dulu lagi.
aku dah janji mahu ubah itu dan ini.dan aku sedang berusaha.
kerana itu aku selalu diam dan buat-buat tidak dengar saja.
tapi tidak diduga hati aku menangis selamba.
balik rumah aku cermin diri segala.lalu aku lepaskan tangisan si hati.cukuplah aku sendiri yang rasa "lega"...
aku tahu aku tak boleh cakap lebih-lebih.nanti pasti ada mereka yang mencemuh aku.tak apalah.agaknya kita sedar tak,apa yang kita dapat hari ni..adalah apa yang kita dah bagi dekat orang lain dulu.jadi terima saja.apa yang aku dapat hari ni,adalah apa yang aku dah bagi dekat orang lain dulu.aku ini jahat.aku pernah memperlekehkan orang.jadi sekarang orang pula perlekehkan aku.aku pernah mengguriskan perasaan orang lain dan sekarang orang lain pula mengguris perasaan aku.hidup ini adil bukan??=)
jadi tak usahlah hiraukan sangat orang lain.hiraukan diri kau tuh dulu.manalah tau kau pon sama-sama busuk macam aku.tapi jangan bimbang,kebusukan aku tetap lebih dari kau.aku sedar tu.terima kasih.









