kalau dulu aku rasa macam tak kesah sangat.
sebab tak rugi apa-apa.tapi beb..agak-agak ah.
kau dah copy entry minah or mamat tuh tanpa pengetahuan
dia..lepas tuh kau dah paste kau tak letak plak mana kau
rembat entry or idea tu.macam ni boleh buat penulis asal makan dalam ni weh!
lepas tuh bila orang puji kau,"eh best lah entry u",
kau cakap.."terima kasih...tak sangka ada orang suka entry i".
bila orang cakap,"tak sangka u pandai berkarya macam ni"
kau jawab balik dengan senyum kambing agaknya,
"hehe..bakat terpendam kot.i pon tak sangka".
aku memang jenis tak kesah bab-bab macam ni.sebab dulu aku menulis pon mana ada follower.mana ada orang nak komen hari-hari.memang aku tulis sebab aku nak lepaskan apa yang dalam hati aku neh.memang aku tulis sebab aku nak kutuk and perli diri sendiri.tapi agak-agak lah weh.bila ada orang komen blog kau then kutuk penulis asal.
siap cakap,
"eh best lah entry u.tapi i rasa i jumpa somewhere entry ni"
bunyinya dah macam aku lah plak copy entry kau!
lepas tuh boleh pulak ngan muka papan lapis,kau cakap,
"eh yeke?mana u jumpa tu.tak apa i tak kesah"
memang lah kau tak kesah beb.sebab kau click copy paste je.
ek eleh.
ok fine.aku tahu follower ko dah beribu.
komen kau tak payah cakap la beb.melimpah ruah!
muka kau pon tak payah nak citer.
memang cun and hensem habis lah.perfect!
sebab tu kot blog kau laku.
bila orang puji kau.perrrgghh...tergedik-gedik kau suka.
bila orang bagi cemuhan kat kau...
tau plak kau nak melenting.apasal kau tak terima je seadanya.
terima je lah bila orang kutuk kau tuh.aku pon pernah dapat komen orang mengutuk.
tapi tak payah lah kau nak melenting.tak payah jadi dungu.
kalau "anonymous" bagi komen.tandanya mereka jujur.
tandanya kau kena terima teguran orang kat kau,
kau ingat kau tuh bagus sangat ke.tiap kali buat entry kalau asik nak tepukan je tak nak terima cemuhan.baik tak payah.
kau ingat kau perfect ker??
aku bersyukur lah ada gak yang berani cemuh aku kat sini.
sebab aku memang tunggu orang maki aku pon.
sebab aku ni jenis keras hati sikit.sekali orang maki baru aku sedar diri.
entry ni untuk korang yang rasa korang main copy and paste tuh.selama ni aku selalu jadi silent reader je kat blog-blog sampah macam ni.sebab aku tak suka lah nak men kasar.tapi makan dalam jugak beb.nak copy aku tak kesah.tapi jangan tergedik-gedik kat ruangan komen budget kaulah yang menaip entry tuh.setakat click copy and paste,lepas tu nak kecoh,
nak makan pelempang lah tuh kan??
lepas ni kalau sesiapa nak unfollow blog aku pon.tak apa..
aku tak marah.sebab dulu pon tak ada orang follow blog aku.
serious aku cakap.
aku menulis untuk ajar diri aku yang kurang ajar ni.
bukan nak ajar sesiapa.aku tak pernah nak ajar sesiapa beb.
dan aku bukan jenis dahaga komen ke apa.
aku dahaga makian dan cacian.
sebab makian tu selalunya jujur.thanks untuk anonymous.
ok dah..kalau nak copy gak entry yang ni.sila lah.tak ada hal la weh.
p/s:.weh GERSANG tu camner?ajar aku..mane tau leh buat masak lomak cili api.

