Thursday, October 22, 2009

bukan susah nak "haha" kat sini


sekarang wa tengah makan.dinner konon-konon la.jam kat laptop wa tunjuk pukul 3.47pm.ha itu ikut waktu malaysia.wa memang dari awal tahun tak tukar-tukar jam kat laptop ni.sebab wa nak usha lu orangla!ade ke nak tanya lagi kenapa wa tak tukar.

hidangan depan wa ni,roti expired hari ni dengan scramble egg.ala nak scramble2 bagai.cakap je la telur hancur.kan senang. jadi sambil-sambil wa kunyah roti yang dah expired ni,wa pon gunakan masa untuk kunyah selumatnya dengan menaip kat sini.nilah gaya orang kata "masa itu emas".

"haha".

ntah ape kejadahnya tiba-tiba wa gelak.wa pon tak tau lah.tapi ni lah teori semua orang selalu pakai.bila "haha" makna lu orang bukan sedang nangis.taip je "haha".bukan susah pon.

bila "haha",mesti tanda lu orang tengah gelak besar kan?
bila "hehe",ni tanda lu orang nak tunjuk yang lu tengah sengih.
kalau "hihi" plak,tanda lu gelak sambil tutup mulut.
kalau "hukhukhuk"??
ha ni wa kompius.same ade lu orang nga sedih,nangis teresak-esak,mahupun tersedak tercekik.confuse kan?

alah,bukan susah pon nak tunjuk lu orang hepi kat sini,setakat taip
"hahahaha...aku hepi ni weh"
dah settle kan nak tunjuk lu hepi.

tapi sejauh mana kau nak tunjuk kau hepi,macam biasa..mesti bijaksana.cubalah sedaya upaya selagi kau mampu untuk sorok rasa gelisah,suram,perit,sedih dan sakit tu.kau mesti cuba!yelah..kalau bukan kau sape lagi?takkan aku kot?takkan dia?mereka?arrrgghh.tak de maknanya kau nak harapkan orang lain melainkan diri kau sendiri.berani cakapla,wa yakin berapa ramai antara lu orang yang selalu taip "haha" tu tipu dan menyorok disebalik perkataan tuh.

diri depan cermin,tengok mata sendiri dalam-dalam.
lepas tu senyum.

dah lah.telur wa dah habis ni.eh bukan.telur hancur ni ha yang dah habis.hahahahaha*penulis gelak besar*
lu caye tak?

Tuesday, October 20, 2009

aku pon nak jadi macam dia.

sebelum tu,baca luahan hati si penulis ini.tahniah aku ucapkan buat kamu.apa yang kau tulis,itulah yang aku sedang lalui.kau kenal dia selama 7 tahun.begitu jugak aku.dan kau ambil masa 5 tahun untuk bangun kembali?dan aku?pasti akan mencuba..aku akan kuat seperti kau.aku sudah letih mengejar kenangan lampau yang pasti sudah pergi ditinggal waktu.cukuplah.

***********

orang kata aku ni sama je macam lelaki-lelaki yang mainkan perasaan awek die.lempar ayat-ayat manis,belanja burger mcD sekupang dua,angkut layan movie "aspalela" kejap..then bila awek tuh dah sangkut,aku blah.ini mereka yang kata.ala..mereka tu lah.

kerana ingin mendelete blog,aku terus dinobatkan sebagai seorang yang "tak ada hati dan perasaan".mereka kata lepas aku curi hati pembaca dalam 2cm,aku blah tinggalkan pembaca yang mula mencari.kemudian sekali lagi aku dinobatkan seperti seorang yang "cakap tak serupa bikin".dah kata nak delete blog,kemudian aku datang seolah menjilat ludah kembali.

kita ambil situasi mudah.oleh kerana sesetengah pembaca masih "cetek akalnya",aku bawakan teori yang simple.tak usah yang susah-susah,nanti penat otak lu orang nak "digest".anggap la esoksemalam ni umah wa.wa kemas hari-hari,wa susun kasi baik punya,wa basuh mana yang kotor kat umah wa,sebab wa tau ada tetamu yang akan bertandang nanti hari ke hari.

dan,

sangkaan wa memang tepat.ramai tetamu yang datang sebab diorang tau wa ni jenis tak kesah kalau diorang nak datang lepak-lepak.datang gelak-gelak..petik gitar nyanyi-nyanyi..wa layan.ada yang tumpahkan air kat umah wa..wa cakap "tak pe,small matter".ada yang demand cakap nak "kek lapis" pon wa layan.wa bagi apa yang wa mampu untuk puaskan hati orang.tapi walaupun wa jenis layan je dan tak kesah sape-sape nak datang...lu orang kena ingat,wa masih punya "hati dan perasaan".bagi yang datang kena cara,mintak itu ini dengan sopan,kutuk "air sirap" yang wa buat dengan cara betul,wa accept.tak de hal punya.

tapi,ape cter bagi lu yang datang "pakai purdah".bila lu datang pakai purdah,wa ingat lu nak bagi salam before masuk umah wa.ini tak.lu masuk,lu minum air sirap wa,lepas tu tak sedap.lu ludah atas carpet baldu wa.ape citer?ha,lu fikirlah sendiri.

oleh kerana aku rasa esoksemalam ni umah aku,dah sebati dengan jiwa aku,aku datang balik tanpa rasa segan silu.ni rumah aku beb.dulu aku yang cat dinding,beli perabot bagai.tak kan aku nak blah?kalau aku blah,kau yang pakai purdah pasti gelak berdekah-dekah.sudahlah.sampai bila aku mahu hidup dengan kejar bayang-bayang.menangis air mata darah tak akan dapat putarkan keadaan.hari-hari aku jerit dekat telinga sendiri."bangunlah!!".jika dulu aku datang bertandang di laman usang ini tanpa diarah oleh sesiapa,mengapa harus aku tinggalkan laman ini oleh kerana "hentakan" mereka.takkan baru hentak sedikit sudah berkecai?

laman usang yang menjadi luahan hati aku seketika dulu,sudah ramai yang memerhati..jadi aku juga kena belajar untuk menjaga hati-hati...aku tulis disini hanya untuk meluahkan perasaan aku...aku tidak minta lebih.terima kasih cahaya mata,kau sudah bangun dan kembali.izinkan aku menjejaki kau...bangkit dan terus berjuang.benar tidak mudah untuk merawat luka yang satu ini.tapi sampai bila?semoga kau bahagia cahaya mata!

p/s:aku nak final dah.selamat berblogging semua.jangan gaduh2.

Monday, October 19, 2009

aku update ni.tak payah pandang sinis.aku faham.


tak payah refresh page ni banyak kali.memang aku update esoksemalam.ha kau nak baca ker?yelah..kau lah....kan suka datang sini kan...alah nak senyum malu konon.

honestly la aku cakap,aku memang terima dan tak halang langsung komen-komen anonymous yang mengutuk aku.aku bukan nak cakap apa,tapi aku memang tunggu kehadiran korang ni.sikit sebanyak bakar keegoan aku.macam ni lah.kita pandang dari sudut orang-orang yang belajar tinggi.bukan sudut orang-orang yang makan sampah mahupun orang-orang tapak kasut.bila orang kutuk lu,lu terima lah.ambil yang baik,buang mana yang tak baik.dan orang yang mengutuk tu pulak,apa kata bila kau mengutuk,kau pon letak diri kau dalam konteks untuk dikutuk.sebab kau pon belum tentu layak dijunjung.so kau suka ke kalau kau dimaki hamun dan dicaci.kau suka?sumpah dalam dunia.mane ada orang suka.

hidup kena bijaksana.jangan cepat melatah.jangan cepat nak mencarut.lu nak maki wa?nak carut kat wa?jangan isaw beb..wa tak kesah sume tuh.wa dah kena macam-macam dah dalam hidup ni.setakat lu nak main "lompat getah" kat sini dengan harapan nak tackle lutut wa,no hal la.

"barua,lahanat,cibai,anjing,
babi,p*nt*t,sial,kimak"

ha ni lah antara makian yang pernah dilemparkan oleh seseorang dekat aku.so bila orang maki kau,kau nak maki balik?nak cakap benda yang sama balik?berdebat bukan guna emosi or nafsu kau yang ada 9 tu.guna lah akal...ini manusia sama manusia asik nak bergaduh sesama sendiri.ape kesudahannya?

yang perempuan nak musnahkan kebahagiaan perempuan .rampas laki orang,rampas tunang orang,goda laki sana-sini,ni ke tujuan hidup lu perempuan???yang lelaki tak habis-habis nak test perempuan sana sini.nak gelak berdekah-dekah sambil sedut asap berapi.apa korang ingat perempuan bahan ketawa dan bahan puaskan nafsu serakah.rileks la.aku bukan nak marah sesiapa dekat sini.sebab aku bukan malaikat,dan kau pun bukan malaikat beb.kalau nak tegur,tegur cara baik..dan kalau lu tak suka tengok orang lain bahagia..lu jangan tengok.jangan cari penyakit pegi usha diorang bergurau senda.ini simple lah.dan sebab tu aku dah tak ganggu kau berdua mahu bergurau senda.tapi bila aku senyap,aku dengan dunia aku,janganlah kau nak hantar lanun untuk curi kapal aku.sendiri fikirlah.masing-masing berpelajaran.

bila aku kata aku dah kuat.aku akan hadapi semuanya dengan kudrat,kalian perlekehkan.kalian senyum sinis seperti aku sudah tidak mampu untuk bangun.aku tahu memang sukar bila semua orang diuji.tapi nak tak nak aku kena bangun pandang depan.lalu kau tariklah aku untuk bangun.ini tidak,kau tackle lutut aku kemudian kau ikat kaki aku dengan tali.macam mana aku nak bangun?

bila orang sedih,lu jangan nak maki-maki.kalau lu bukan jenis yang boleh tarik orang untuk bangun.lu senyap sudah.ini bila orang bersedih,lu maki lagi dan lagi.apa lu fikir setiap orang yang diuji itu punya kekuatan macam lu untuk bangun tegak berdiri ker?support la beb..lain orang lain tahap kekuatan...

aku bukan kuat.dan aku tak lah selemah yang kau sangka..suatu hari kalian pasti akan merasa.jika diberi pilihan sama ada ingin mengikut kehendak hati mahupun kehendak masa depan..
mana lu pilih?

dan inilah jawapannya kenapa aku seringkali menulis..kerana aku tersepit dengan kehendak hati dan masa depan...otak aku ada satu.hati aku ada satu.tapi bila otak dan hati tidak mahu bersatu,maka lahirlah peneman airmata yang menemani tanpa jemu.usah risau.aku menulis untuk diri aku.bukan untuk kau.tapi jika kau mahu juga perhatikan aku disini..aku sikit pon tidak menghalang.kerana aku tahu ini adalah "public figure"..dah,jangan bergaduh lagi.aku ok dah ni.kan aku dah cakap,aku akan bangun nanti.bagilah aku ruang.aku punya hati dan perasaan.dan aku tak mampu untuk puaskan hati semua....

aku takkan tutup esoksemalam...ape pon tafsiran yang kalian nak buat.persilakan.

layan gamba mana tau tenang jiwa kan.
[tempat:devonport,Auckland]
[ditangkap oleh aku,Ahad 18 oct 09 guna camera member]

Friday, October 16, 2009

tata titi tutu toto..sape nangis aku lempang.


"toto" dah cam nak ajak berjudi lah plak kan.oh tetinggal satu lagi."tete"..malas aku nak tulis kat atas sebab bunyi macam lucah.haha...okay.cukup-cukup lah.komen sudah melimpah ruah dibawah.dan aku rasa tak ada ape lagi perlu didebatkan.semuanya sudah bahagiakan?kan?kan?kan?hee..bagus semua dah bahagia.jadi aku pon tak nak buang masa korang untuk datang sini selalu.lalu aku ingin mengucapkan selamat tinggal buat anda-anda semua yang sayang aku disini.serius weh..wa tak pernah rasa sedih cm ni nak tutup blog.even blog ni baru je 2 bulan.tapi ntah kenapa ramai pulak yang usha wa kat sini.mujarab sungguh "minyak pengasih" pakcik kordi tu ye..hahaha..oo yeah~~~

tengok ni beb wa tak sedih.lu sume nak wa brutal la,wa ketawala,wa bercerita la,wa happy la,apa lu ingat wa usop sontorian ape?haahaha...tak apalah..kalau sedih pon tak kemana.lu yang nga skodeng wa tu mesti nak wa hepi kan??rajin benar lu sume usha wa kat sini.tapi tu lah....wa dah nak angkat bargasi untuk pergi dari sini.undian wa tak cukup pada konsert malam tadi.jadi wa tersingkir..erk.apesal cam cilaka je merepek neh.

dah ah..sebelum wa angkat kaki tinggal kan laman usang ni...
wa nak ucapkan...terima kasih buat lu orang suma.lu orang memang best.rajin datang blog wa.ntah apa yang korang cari wa pon tatau....

jadi buat semua pembaca tegar blog wa neh...yang dah ketagih tu lagi ah wa isaw...kang meleleh je plak kan air liur tak dapat jumpa wa lepas neh.sapa nak jawab??haha...
jadi...kepada semua pembaca..sebelum aku dengan nama samaran yang macam sampah iaitu lumut...ingin memohon maaf jika segala perkataan,entry aku selama ni,buat korang tak tidur malam,mahupun menimbulkan rasa sakit ati kat diri korang.aku sikit pon tak berniat.betul apa yang tertulis dekat blog aku ni..cuma cerita aku semata...luahan untuk aku pujuk diri sendiri.tak ada niat lain beb.tak ada niat nak "gersang" ke ape.nak meng"gedik" nak rampas kekasih orang ke.nak kacau kebahagiaan orang ke.sikit pon tak ada.aku dekat sini tak kacau sape2..tapi orang yang suka kacau aku.kenapa dan mengapa.tak dapat aku nak jawab.dan aku kat sini bukan nak berlagak bagus.tak pernah masuk dalam agenda blog wa tuh beb.so wa kat sini memang tak ada niat nak ajar sesape,sebab wa ni pon kurang ajar lagi.camne nak ajar lu kan camtuh.

jadi macam-macam aku dapat kat sini...serious.follower tu memang dah beratus.terkejut beb!!wa tak pernah ada peminat macam ni sekali..ok lah...wa tak nak cakap banyak lagi dah.kereta api dah panggil wa tuh.kejap lagi lu orang lambai-lambai la kat tingkap ek.macam cerita hindustan tu...siap ada lagu.lepas tuh baling selendang.apakah??hahahahah..ok lihat wa dah hepi skarang.jadi wa tak nak lah tinggalkan esoksemalam ni dengan perasaan yang tak best kat hati lu orang.takot kang lu orang tertanya-tanya dimana wa.sehat ke tak.elok dah ke.kuat dah ke.ke dah masuk tanjung rambutan??ha..tak nak la kan nanti otak lu orang serabut.

jadi wa sehat da ni.kepada kamu-kamu yang suke skodeng wa.trimas lagi skali kay.wa ada satu permintaan ni..kalau lu orang nak komen kat entry ni..tolong tulis sikit komen tentang keburukan wa.bukan kebaikan mahupun kemachoan.

wa mintak lu orang kutuk wa habis-habis kat entry ni.pakai la nickname ape pon.anonymous ke ape je la..asalkan lu orang kutuk wa pasal apa yang wa dah post kan dalam esoksemalam.boleh ha??

kalau ada pape,email je wa.email ade dekat tepi profile tuh.no hal sume tuh.thanx sume orang..salam.

ha suke tak wa dah tonjolkan diri bagi sesiapa yang ingat wa ni lelaki?ala..bukan selalu wa letak gamba kan??
-tengok ni wa dah senyum kan?-
[gamba expired]

ok da wa dah happy ni.lu orang jangan sedih-sedih plak kay.
take care semua..babai esoksemalam.
oh ye dalam masa berapa hari akan ku tutop esoksemalam.
banyak kenangan disini.
jadi janganlah pulak nanti ade yang refresh banyak kali.
sebak nanti wa tengok lu dok refresh2 page wa neh.

oh ye,sebelum wa pergi.dari dulu ada makhluk nama "ultraman taro" selalu follow wah.kalau lu orang nak tau.dulu sebelum wa dikenali sebagai "lumut" wa telah dikenali sebagai "kumbang".so ultraman taro ni rajinlah bagi nasehat panjang2 kat wa..tapi dia jarang ada da.but then,dekat entry yang before ni.dia ada bagi nasehat kat wa lagi.kepada ultraman taro.lu bagi tahu la sape lau.letih ah wa nak main teka teki ni.lagi best main galah panjang beb.

ok lah sume..sayang semua..
aku tahu aku kejam tinggalkan kalian.
kalau korang nak balas balik kekejaman aku..
korang unfollow la blog ni kay.
jangan nangis.oh jangan lupe kutuk wa kat komen.
maki ke hamun ke.sila.makian paling best dapat sumting dari auckland.
hehe..pandai gak wa umpan kan?
wa akan kuat...lu pegi atas header wa tuh..baca apa yang wa tulis..
so wa akan bawak hati wa pergi lagi dan lagi untuk cari kekuatan.
and jangan isaw,wa akan skodeng lu orang punya!!
ok dah pergi komen skarang..haha
1st time wa paksa lu orang komen kan?
=)
senyum lah semua.siapa nangis aku lempang!

p/s:maafkan aku.tak ada niat nak buat sesiapa sedih.

Thursday, October 15, 2009

bukan aku minta untuk menangis lagi malam ini.


beberapa minit yang lalu aku baru sahaja keluarkan entry bertajuk "aku janji mulai esok aku BERHENTI".dan sebentar tadi juga,aku menerima satu komen di entry "abang,jangan nangis lagi."

maaf kerana komen itu telah ku delete atas sebab untuk tidak memperbesarkan perkara ini.cuma apa yang tertulis diruangan esoksemalam ini,hanya luahan hati aku semata.aku berperasaan,aku punya hati,dan hati aku belum sembuh sepenuhnya.dan malam ini,hati aku kembali berdarah.airmata mengalir tanpa dipaksa.esakkan aku semakin menggila.kenapa.....maafkan aku.aku tipu untuk terus kuat.aku tipu untuk bangun semula,aku gagal.malam ini aku nangis lagi.jangan herdik aku kenapa aku menangis lagi dan lagi.tolong jangan herdik aku tentang perkara ini.aku janji aku akan kuat seperti apa yang kalian harapkan.aku juga ingin kuat seperti dulu.ketawa seperti hari-hari lalu.

maaf entry ditulis dalam keadaan beremosi.tangisan mengiringi setiap bait yang aku taipkan disini.aku tahu ramai sudah mata yang memerhatikan aku disini.baik yang secara terangan mahupun secara senyap-senyap.aku cuba lari dari mereka.kerana aku tidak mampu untuk berhadapan dengan mereka.bukan kerana aku marah,bukan kerana aku sakit hati.bukan kerana aku membenci mahupun berdendam.tapi kerana aku manusia biasa.aku punya rasa sakit yang satu ini.aku lari sejauh mana yang aku mampu.kerana aku ingin bangun seperti mana yang kalian harapkan.aku tidak lagi pergi membaca cerita kisah kamu.aku tidak lagi pergi melihat gambar bahagia kamu.tidak lagi.dan tidak lagi.aku sakit.maafkan aku.

dan aku tahu kamu dan dia sering memerhatikan aku.kamu ingin melihat sama ada aku sudah kembali bangun seperti dulu ataupun tidak.kamu dan dia ingin melihat sama ada aku bahagia mahupun tidak disini.usah hiraukan aku lagi.usah cari aku lagi disini.aku janji bukan..aku akan bangun dan ceria nanti...

namun hari ini aku menangis lagi....
mengapa mencari aku lagi...
usah tinjau keadaan aku disini.kerana aku sememangnya hebat berlakon diesoksemalam.usah tafsir apa yang kalian baca disini menggunakan perkataan kalian sendiri..kerana kalian tidak pernah merasa sakit yang ini.

maaf kan aku keran menangis lagi.....
apakah tujuannya kamu menghantar berita itu buat aku..
kalian sudah bahagia..
aku doakan kekal selamanya...
kalian setialah...bercintalah atas dasar kasih sayang dan kejujuran.
usah risau kan aku.....
Dia sudah sediakan jalan cerita yang amat baik buat aku.



hanya beberapa minit,sudah ada yang bertanya.itu alasannya aku delete komen itu.aku tidak mahu ada diantara mereka pergi ke blog kamu dan membuat kacau disana.aku mahu kau dan dia terus bahagia.aku tidak akan ganggu lagi kebahagiaan kalian.maaf kerana men"delete" komen itu.

aku janji mulai esok aku BERHENTI


hari ni hari ke-2 secara berturut-turut aku pergi kelas tak mandi.ini fakta dan bukan tabiat.aku terpaksa.bunyi memang macam pengotor.tapi siapa yang pernah berada kat tempat aku masa tu yang cuma ada beberapa minit untuk bersiap pergi jawab test dengan perut memulas,pasti akan faham.aiyak.pengotor nye aku.nak buat macam mana.aku terpaksa.minggu ni tak cukup tidur.

dan hari ni hari ulang tahun kawan rumah aku dan bak kata masyarakat new zealand,"my housemate".bukan tu je,semalam pulak kawan sepermainan aku juga sambut hari keluar dari rahim ibu.tapi aku tak wish pon.perangai aku memang macam ni dari dulu.bab-bab hari tua orang aku memang susah nak ingat.aku tak pasti ramai ke yang terasa kalau kawan-kawan tak ingat hari tua korang.tapi aku rasa korang patot rasa nyaman sebab bila semakin ramai yang tak ingat hari tua korang,semakin ramai yang tak ingat kau dah tua.ape tah merepek.

dan tiap kali ada orang sambut birthday,tiap kali tu la aku rasa lain macam.

"selamat hari lahir sayang.....nanti abang nak hantar kad ye..."

sejak dari tarikh tu,hari-hari aku bukak peti surat bernombor 5 tuh.hampa.tak ada.esoknya lagi..aku akan bukak lagi.lagi,lagi dan lagi.

dan hari ini...aku bukak lagi...tiada.kosong.aku tutup dan berlalu pergi.aku memujuk hati.sudahlah hati.arahkan tangan dari terus membuka peti besi itu lagi.usah berharap lagi.berhentilah.

dan esok genap 214 hari aku menanti kad hari lahirku...
dan mulai esok..aku berjanji...

"aku tidak akan buka peti itu lagi.aku BERHENTI".

Tuesday, October 13, 2009

"abang,jangan nangis lagi.."

segala kenangan dalam ingatan aku memang sukar aku hapuskan.siapa yang kenal aku,pasti setuju.macam-macam cerita aku akan kongsi.kuatnya ingatan,satu pon tak tinggal.semuanya tersemat segar dalam hati.bukan sahaja kenangan cinta bersama si dia yang pernah mencuri hatiku 7 tahun lamanya,namun kenangan didera makcik itu,kenangan tragedi hitam 14 tahun lalu,kenangan ponteng tadika,makan cekodok dalam toilet,kenangan kepala berdarah,kenagan urat lutut putus,kenangan 26 november itu,kenangan menipu warden,diterajang abang,kenangan dimaki hamun...ohh macam-macam lagi.semua aku ingat.

aku tidak pasti "penyakit" itu adalah suatu kelebihan mahupun kekurangan.namun aku punya kekurangan yang ini.jika anda lelaki,usah menangis didepan aku.minta tolong ye.jangan menangis didepan aku.nanti aku rasa seperti ingin mengesat airmata itu.dan rasa sebak tengok lelaki nangis memang "lain macam" sikit.

malam tu aku bukak "inbox".sudah jarang rasanya aku pegang phone kamu.tapi malam itu aku tergerak hati.beberapa jam sebelum peristiwa itu,kau dan aku gembira bergelak ketawa,bergurau senda,usik mengusik.kita senyum tanda hati berbunga setelah sekian lama tidak bertentang mata.tapi entah mengapa,keceriaan itu seketika cuma."mood" perjumpaan kita berubah sekelip mata.aku mahu diam sahaja,namun hati aku meronta ingin tahu."kenapa abang buat macam ni?",lancar aku bertanya.kau terdiam lalu tundukkan wajahmu.kau pandang aku semula.aku pandang kau.hanya sepatah bicara yang kau lontarkan.
"maafkan abang..."

aku pandang kau lagi dengan rasa sayang yang mendalam.lalu aku bangun untuk meninggalkan kau disitu kerana sebak dihati tak tertahan lagi.belum sempat aku bangun pergi,kau tarik lenganku kau berkata lagi...
"jangan tinggalkan abang.tolonglah jangan tinggalkan abang".

aku pandang mata kau lagi.kini sudah berkaca.aku diam..aku tunduk.tanpa dipaksa..airmata aku tumpah terlebih dahulu.lalu airmata kau mengalir mengikut jejak ku.aku kesat airmata itu.kerana tidak kuat untuk aku melihat kau terus menangis merayu.lalu aku berkata,
"abang..jangan nangis lagi..."

aku fikir itu kali terakhir kau menangis merayu pada aku.aku berikan kemaafan yang kau pinta.namun entah mengapa,aku diuji lagi.suatu malam ditepi gelanggang bola keranjang sekali lagi tujuan hubungan ini terjawab.aku berlari ke tandas melepaskan tangisan menggila.sakit.namun ini yang harus aku terima.mata kau berkaca memandang aku.dan malam itu,kau menangis lagi memohon maaf merayu kepada aku.dan malam itu..sekali lagi aku mengesat airmata kamu yang jatuh di pipi mu..lalu aku berkata,
"abang..jangan nangis lagi..."

hari demi hari,kita diuji lagi kan sayang?sampai kau dan aku terpisah akhirnya.sehingga kau dan aku tak mungkin akan kembali gelak ketawa seperti dulu.kau dan aku tidak akan bercerita dan berkongsi setiap hari.tidak akan lagi.sebak.itu sahaja yang dapat aku katakan saat aku mengesat airmatamu.sungguh hati ku hancur apabila gelak ketawa kita seketika cuma."janji dengan aku ye yang kau tak kan menangis lagi".aku tak ada lagi untuk kesat airmata yang jatuh itu..dan aku sudah terlalu jauh untuk memujuk lalu berkata,
"abang jangan nangis lagi..."
************

"andai engkau berduka,
akulah yang pertama disisi,
andai engkau bahagia,
aku kan terus berdoa.."

p/s:alamak ter"feeling" plak.