Friday, November 13, 2009

bukan kisah monopos.

sini tak ada kisah monopos ye.saya tidak pula menyertakan cara-cara untuk melambatkan monopos.haha..ape jadah aku cerita benda ni neh..malunya i...ok lah.aku tak nak buat entry panjang-panjang.sebab kejap lagi aku ada paper nak kene belasah.dalam lebih kurang jam 930 am waktu malaysia seorang hagemaru akan mengganas untuk bertukar menjadi ninja turtle.cik cumey weh ninja turtle pakai coli.eh silap.pakai tudung.last paper woo!! lepas tu akan ku gegarkan tanah airku malaysia.....

cuma nak letak persoalan sikit je dekat sini.

kenapa perempuan malu bila lelaki tau yang dia sedang datang bulan??
ada yang tak tau ke datang bulan tuh apa??ha ni yang aku suke nak terangkan ni...datang bulan tuh..adalah peperangan yang melibatkan pertumpahan darah.ianya sama sekali tidak boleh disekat mahupun dipaksa-paksa ye.haha.penerangan ini hanya valid kepada budak2 yang belum mumayiz.sekian.pergi main jauh-jauh.

ambil lah GRO ni.saya hadiahkan.

ingat tak isu macam mana adik nurin dibunuh???macam mana ramai lagi kanak-kanak jadi mangsa rogol...ini bukan soalan exam beb.aku bukan nak lemparkan kertas soalan.cilaka lah kita bila exam duniawi kita bertungkus lumus.tapi exam sebenar??hancusss...baca ayat aku tuh betul-betul.aku cakap..cilakalah "kita" bukan cilakah "kamu".jadi bila ada "kita" bermaksud aku bukan mempersembahkan diri aku bagus.bukan.ini soal kita.kau dan aku beb.

kalau benarlah si perogol sudah tidak keruan untuk menebuk tatkala diri tidak mampu untuk berbini mahupun tidak laku untuk berbini...bahawasanya aku,ye aku...aku sanggup hadiahkan mereka si perogol seorang GRO yang sah-sahlah rela dirinya ditebuk.yang sah-sah lah akan belai setiap inci pelosok celah badan kau tuh jahanam.mungkin aku juga akan dapat dosa kalau aku bertindak begitu kerana dianggap bersubahat menggalakkan zina dalam islam.tapi aku rasa lebih rela,dari kanak-kanak kecik itu diperlaku kejam semata-mata untuk nafsu kau lahanat...

bila aku guna perkataan "lahanat" tanda aku betul betul sedang marah.tapi setakat ni aku tak pernah lagi cakap orang lahanat.kalau dipilih untuk pegang babi dengan perogol..aku rela pegang babi..kerana dia jijik bersebab.tapi mengapa kau juga perlu jadi jijik sedangkan kau berakal..

jangan sampai aku berniaga "anak ayam" semata-mata nak aku hadiahkan kepada perogol..hidup dan karma tu adik beradik beb.jangan nak buat-buat lupa.

Thursday, November 12, 2009

aku nak tutup penyertaan contest

ini rayuan PA aku.dia tuh memang ngade2 sikit.dia kata dah terlalu ramai orang hantar penyertaan yang gempak2 gile sampai dia pon dah berbelah bahagi tolak tambah campur segala mak nenek lah kan.so dia merayu kat aku suruh tutup contest ni secepat mungkin.

dan...

demi menjaga hati PA aku..dan memudahkan kerja dia lagipun dia ada darah tinggi dan kencing manis.so tak lama lagi je tuh aku tengok..aku rasa kesian plak kat dia.so diumumkan...

bahawasanya...

tarikh contest ini akan ditutup pada hari ahad bersamaan 15 november 2009 dan kepada sesiapa yang nak hantar penyertaan lagi..sila lah hantar segera.dan kepada yang hantar lebih dari 1 penyertaan...sila tarik penyertaan anda..dan tinggalkan salah satu saja penyertaan yang betul2 nak hantar.sebab PA aku tuh dia buta huruf sikit.so dia kata lagi elok dan gagahnya jika sorang satu je penyertaan..tak boleh lebih.sebab die letih nak mengeja.lembab sikitPA aku tu.suruh sekolah tak nak.haha.
sekian.

oh ye aku nak pesan.semua story bukan aku yang mark okeh??sebab nak elakkan bias melanda hidup aku.dan aku ni tak reti nak berlaku adil biasalah tak ada peluang lagi nak berbini empat kan..haha..ok lah.jangan nak pikir bukan-bukan.

Wednesday, November 11, 2009

jangan..i tak suke.

ok ini benar.dan ini memang pantang i.

i memang tak suke dengan gay ok..so razman sila notice.hahaha.tapi i rasa selamat jalan dengan gay.sah-sah tak bernafsu kan dekat i.dan kutu rayau pon tak berani nak kacau i bila tengok i jalan sebelah lelaki.lagi-lagi lelaki yang badan berotot.sayang mereka gay je.tapi razman tak berotot,so tak guna sesen pon jalan dengan dia okay para gadis??

oh,i juge tak suke dengan lelaki bontot lentik.plisla...kalau jumpe,i boleh rasa macam nak bagi penerajang sedas dua.what say u??bukan ape..sebab i jalan lagi gagah dari mereka.senang cerita i kurang senang dengan anda yang lembut macam softlan mungkin?erk...tapi mereka hormat perempuan.itu yang i salute..cuma,i tak suka mereka terlalu tunduk dengan perempuan.lelaki boleh bersifat lembut,tapi jangan lebih lembut dari perempuan sampai pegang garfu pon terlepas ok??dan bontot time jalan tak payah lentik.i geli lah.bukan i je,gadis lain pon kan?

i cuma rasa sayang sangat.bukan sayang fall in love bagai tuh..i mean i rasa kesal..kalau mak i kat kampung selalu cakap.."ish,sayangnye santan ni dah basi tak masukkan dalam peti ais.".ha macam tuh la maksud ayat "sayang" i tadi.maksudnye i kesal.sebab lelaki dah lah berkurangan.makin sikit sekarang.lepas tuh tolak pulak dengan yang gay dan "nyah".so berapa kerat je lagi lelaki yang gagah nanti???

dah lah i tak kawen lagi.mestilah risau.erk.

p/s:razman cakap,ini razman cakap taw..bukan aku.dia tak suke manusia "i dah follow u,PLIS follow me back".lagi satu,nenek tiri razman cakap,dia tak suka nak masuk contest yang ada tulis "u owwlllzzz mesti follow i dulu taw untuk masuk contest yang i anjurkan ni.baru lah i nampak gempakz gillerz ade follower banyak2..i suke follower beribu-ribu...sori i tergedikzzz...sayang u owwlllzzz".

sayang taik kucing ko.
ok aku pon tak suke orang yang razman tak suke..erk.korang pon kan?kalau nak penerangan lanjut lagi.tanya melz.dia dah terangkan segalanya disini.

entry tak ikhlas.



macam mana cerita seluar dalam??suke tak?macam2 reaksi yang wa nampak dari korang yang baca.itu pengalaman peribadi wa yang wa simpan dalam arkib hidup wa.ada banyak lagi yang wa simpan.ada yang wa dah story kat sini.ada yang wa akan story nanti.dan ada jugak yang wa takkan story sampai mati.buat korang yang ceria lepas baca story wa semalam..wa pon tumpang ceria dapat buat korang gelak ketawa.wa dah cakap,apa yang wa tulis dalam blog wa ni sekadar apa yang tersimpan dalam hati wa.yang kadang-kadang tak ada mata nak lihat,tak ada telinga nak dengar.lagi satu,kalau wa tulis benda-benda yang ilmiah,nasihat tak pon macam pendakwah ke apa,lu orang jangan nak cakap wa nak budget bagus.lu orang tak payah nak halau wa untuk pergi cermin diri ke ape.wa sedar sume tuh beb.wa sedar kat mana wa berpijak.

dah wa pesan dan akan pesan lagi dan lagi,apa yang wa tulis..untuk ajar diri wa yang kurang ajar.bukan nak ajar lu orang...buat sahabat blogger wa emma,kalau lu baca ni..wa nak lu jadi kuat macam badang.kalau lu sedih..lu jangan tengok orang yang tengah hepi mahupun hidup senang,nanti akan buat hati lu lagi terluka berdarah beb.lu pergi tengok orang yang lagi seksa dan merana hidup nya.nanti pasti lu akan bersyukur dan kuat macam badang.emma,wa nak cakap dengan lu..hidup terlalu pendek untuk ditangiskan...dan lu kene ingat..ini bahagian ujian lu dari Dia.lu jangan mintak orang lain settlekan.sebab lu pon belum tentu mampu untuk settlekan bahagian orang lain.

dan untuk lu lumut.lu jangan budget bagus sangat.lu sedar sikit diri lu.semalam wa tengok airmata lu meleleh masa nak lelap tidur apehal??nak wa bagi penerajang ke pelempang untuk lu sedas dua?ingat lumut...sesakit mane dan sesedih mane pon dalam hati lu..kalau boleh lu sorok lah jangan kasi tunjuk.lu kuat macam badang kan?janji dengan wa okeh...

kesimpulannya,jangan cakap lu orang ikhlas.sebab ikhlas tu tak kan nampak.jadi tak payah cakap,just rasa..feel bak kata nenek wa.

Tuesday, November 10, 2009

dik,lain kali pakai seluar dalam dekat bawah ye.

amaran!!!entry ni panjang dan terdapat adegan-adegan bangang yang tak patot korang tiru.jangan tiru beb.adegan-adegan bangang adalah hak terpelihara lumut.kisah ini bukan rekaan ye.bukan untuk masuk contest ke ape.haha.

nah!amik aku nak cerita sambungan kisah seluar dalam.dah tuh korang sume dok teke-teke merepek je.haha.ada yang teke aku nampak darah lah.ish...bak kata pakcik kordi,what is the you lah cerita tuh aku nak gebang kat sini.bukan-bukan.itu semua ramai dah orang alami.tak triller ah itu pon nak gebang kan?ada plak cakap aku beli spenda sendiri masa umur 5 tahun.adeh..bukan jugak.itu pon aku tau ramai yang buat sendiri.no hal.beskot cakap aku main tukar-tukar spenda.haha.kau ni beskot..kot iye pon..janganlah jijik macam tu sekali.tak kuase aku.

ok dijadikan cerita.bermulanya kisah...

kan before ni aku dah cerita abah aku ni tegas dan punctual orangnya.kira watak abah aku ni penting jugaklah.sebab tuh aku kene cerita dulu untuk create adegan-adegan bangang aku pada hari bersejarah.haha.ok aku tak gelak.

time tu umur aku 5 tahun.nak pegi tadika la ni...yang mak aku pulak dah bising-bising suh aku cepat katanya abah aku dah tunggu dekat dalam kereta.aku memang gelabah beb kalau abah aku dah siap tunggu dalam kereta dah kat luar pagar umah.memang otak aku tak boleh nak fikir waras dah time tuh..tapi aku dengan comelnya dengan ketinggian lebih kurang 1 inci setengah cuba nak berlagak cool pagi tuh walaupun abah aku dah dok hon-hon.ni yang aku menyampah ni kalau abah aku dah hon-hon,confirm aku tak sempat nak make up pakai gincu bagai kan.

lagi satu aku suruh korang highlight sikit dari entry lepas,iaitu aku ni memang suka survive dan tak suka tunjuk kelemahan aku depan mak abah aku.gua ego beb!!tak ada kerja aku nak merengek2 kerja sekolah tak siap la,kasut tak kapur lagi lah.oh ape jadah.itu bukan taste aku beb..kata macho dan gagah kan?so gaya mesti ada...

"mak kejap-kejap,lumut tengah siap ni...seluar dalam dah pakai dah,setting baik punya.sikit je lagi nak siap",pung pang pung pang aku bebel kat mak aku untuk yakin kan yang aku dah nak siap.

"cepatlah..kang bising abah kau kang...semalam suruh shave tak nak..(eh sori salah dialog).semalam suruh buat kerja sekolah tak nak.."

"bukan tak nak mak,semalam kan black-out..ha mak saja la tuh..kang lumut cakap uban mak dah banyak mak marah,tak pe mak..ujung minggu ni lumut cabutkan uban mak lagi ek.selai 10 sen kan mak??"

"eh mahalnye selai seposen...selai 5 sen je mak bagi."

menjadi jugak aku ubah topik bagi mak aku tak bising.bab-bab carik uban mak aku neh,memang masyuk.sebab dapat duit.hehe..sweet kan kenangan masa kecik-kecik.mesti korang pon ada dapat upah dari cabut uban kan??hehe

dah tuh mana cerita seluar dalamnya lumut oi??
(jerit para pembaca esoksemalam)-tengok dialog korang pon ada sekali taw.haha

erk..ok2.aku sambung nanti ok??ke korang dah tak sabar sangat?semua aku tengok macam dah bernafsu je nak tau tuh..erk.jangan beb.ini bukan blog lucah ok.baiklah aku sambung.

akak aku pulak inter-frame.
"woi!!cepatlah..kang aku lambat tau tak.abah dah bising dah tuh.kang baru lah kau terhegeh-hegeh nak cari stokin bagai."

"sabarlah weh..aku dah nak pakai tudung ni..kau ni marah-marah pulak pagi-pagi ni.nanti cepat monopos taw.."

aku pon sibuk lah nak pakai tudung.wah!comelnye budak 5 tahun pakai tudung kan?comel beb..tapi time tu je la comel.sekarang tak do la tu doh...tengah nak pakai tudung,aku dok carik-carik..isk.."mana pulak pergi anak tudung(scarf) aku ni??kang tak pakai kang abis la terkeluar rambut aku.gile serabai nanti....".tak boleh jadik ni.aku kene cepat.mati abah aku bagi ceramah dalam kereta tu kang.dah lah abah aku minat akil hay..awww..tak kuasa mak nyah.ok tipu.

haha...gelak dulu boleh?ala..korang pon boleh teke kan ape jalan penyelesaian seorang budak comel yang tengah gabra time tuh...see?punya lah ego,sampai tergamak aku meneruskan langkah seterusnya....otak aku pon berputar cari penyelesaian..

tanpa ada belas kasihan...lalu..

aku menyarungkan seluar dalam milik ku bewarna cream tak ada gambar pokemon taw! ke atas kepala bagi menggantikan anak tudung aku yang hilang tuh.ohh..mak malu nyah nak cerita.hahahaha...sila gelak dan maki aku.kreatif dan inovatif tak aku??yelah..kan seluar dalam tuh ada getah yang boleh grip kan..so that nanti rambut aku tak de lah terkeluar.tak gitu?wah!!bijak kan lumut..haha..bodoh nye aku..ape yang aku dah buat ni..adakah aku sedang bukak pekung di dada??erk~~

korang bayangkan..kalau tak dapat bayangkan..korang pergi amik spenda korang jup.try letak kat kepala.ha macam tuh la rupa aku time pagi tuh.ada dua lubang spenda untuk masuk kaki tuh kat kepala.janji rambut aku tak terkeluar.pe de hal kan...hahaha..suke nye aku sebab aku kreatif tanpa menyusahkan mak aku dipagi hari..oo yeah~~~

cerita dah nak tamat dah ni.lalu aku pon pergi tadika dengan yakin..confident mesti ada beb..buat muke tak bersalah.tapi tuh la,bukan hari tuh je aku buat macam tuh,tapi tiap kali scarf aku ilang,tiap kali tuh lah kepala aku terpaksa merelakan untuk disarung dengan spenda.kadang-kadang spenda kaler cream pulak tak ade.aku belasah je spenda kale pink siap ade polka dot gitu.haha..comel gile weh~~

korang pernah try??

tak kan..ha..kan aku dah cakap tak pernah..ade siapa yang pernah???aku nak jumpe belanja makan mcD.haha.dah lah.cerita banyak pon tak guna.sebab aku dah malu ni...tak nak tunjuk muke kat blog seminggu!!!!malu lah~~ape yang aku dah buat ni!!!


p/s:: korang bayangkan kalau aku pengsan ke ape kat tengah jalan.lalu orang tanggalkan tudung aku...korang dapat bayangkan tak macam mane perasaan insan malang tu time tuh bila die tengok spenda disarungkan pada tempat yang salah.ha sila lah bayangkan..syukur aku tak pengsan.....haha..

mungkin ini dialong nye
"dik lain kali pakai seluar dalam dekat bawah ye".

sekian.ingat nak je aku deactivate comment box untuk entry ni.tapi aku tau korang banyak nak hamun aku.sila-sila.tak dek hal.cerita tuh pengalaman manis wa tau tak??kesimpulannya kalau lu orang nak dating dengan wa nanti,jangan main selak-selak tudung.pantang!haha.

Monday, November 9, 2009

sambungan cerita seluar dalam.

hahaha.gelak dulu sebelum meneruskan penaipan mahupun pembacaan.mungkin apa yang aku nak ceritakan ni pernah diaplikasikan oleh anda-anda.siapa tahu?ke aku sorang je yang buat kerja ni??haha.ok aku malu ni nak cerita.tapi tak pelah.anggap je la ini kisah dizaman kecil tatkala belum mencapai tahap akil baligh.haha.gelak lagi.senyum-senyum jup aku.segan la weh.aku rasa korang tak pernah buat kerja bodoh ni...=p

sebelum tu aku tak pasti ini suatu kebodohan,aksi terlampau mahupun kebijaksanaan seorang budak kecil yang berumur 5 tahun dan bersekolah di taski abim.ala yang pakai baju seragam kaler hijau tuh.tadika yang ala-ala islamik tu lah.tau tak??hehe.

baiklah sambung cerita.

mak aku cakap,aku ni seorang yang berdikari kalau nak dibandingkan dengan akak aku.dari segi mane tu aku tak pasti.tapi mak aku cakap masa aku umur 4 tahun aku dah boleh cebok berak sendiri.bersih tak bersih tu tak payah tanya aku lah.itu mak aku yang bau sume tuh.hahaha.segan lah nak sambung cerita....ecececey...ha.bukan tuh je,masa umur 4 tahun jugakla aku dah mula pergi taski al-abim.semangat nak belajar tuh tinggi beb.mak aku terpaksa akur lah dengan semangat tahap dewa aku ni.aku ni pulak memang jenis suka survive dan bukan jenis yang meminta-minta pertolongan mak abah aku.aku ni memang ego orangnya.aku tak suka tunjukkan kelemahan aku depan mak abah aku.dalam adik beradik aku yang seramai 6 orang tuh..abah aku cakap,aku lah yang paling senang abah aku nak lepaskan kemana je.sungguh tinggi kepercayaan abah aku kat aku kan?

tapi tuh la,abah aku ni tegas orangnya.kalau orang yang baru jumpa abah aku,akan kata abah aku nampak macam garang.ada yang kata macam pelakon pon ada.ewah2 abah..orang nak jadi pelakon,dia pulak yang nampak macam pelakon kan?haha.dan entah kenapa dalam ramai-ramai anak dia..aku yang jadi pilihan abah aku untuk buat itu ini.i mean anak-anak yang lain,tak ada pulak dipaksa hafal sifir sampai tertidur,kena jawab soalan PTS(penilaian tahap satu) banyak-banyak..tak ada beb.lagi-lagi abang aku tuh..rilek je aku tengok tak hafal sifir pon...tapi itu semua ada ganjaran nya di hari yang mendatang bukan?hehe

lagi satu,abah aku ni sangat punctual orangnya jika nak dibandingkan dengan mak aku,kira kalau berjanji dengan abah aku..aku sukalah senang cerita.punctual ok!aku pasti mesti time dating ngan mak aku dulu-dulu..abah aku ni yang paling banyak kena tunggu.haha..ok dah melalut dah ni.so,disebabkan ke"punctual"an abah aku ni,wujudlah sejarah seluar dalam ni dalam hidup aku.dan aku rasa tak mungkin ada orang punya kisah sebegini rupa.haha.aku nak gelak lagi ni.masa aku cerita dekat mak abah aku pasal betapa "survive" nya aku,diorang pon dok bantai gelakkan aku.oh so sweet kan budak 5 tahun pandai uruskan diri sendiri tanpa merengek meminta pertolongan mak ayah??=)

ok lah nanti aku sambung lagi..mana boleh cerita sekali gus..nanti korang terkejut beruk pulak..dah aku nak study.tata.

p/s:kalau hebat cube korang teke sambungan.kalau mls pikir tak payah le.