Tuesday, November 17, 2009

aku usha je..

mane lumut??
nape die da tak datang blog aku ek?
nape die da tak komen-komen?
da lame ni tak update blog,pegi mane?
pehal die tak reply komen aku kat chatbox weh?

sombong gile lumut...
senyap macam tu je...
budget femes,cibai la lu lumut..
lumut,lain kali belajar jaga hati blogger..
lumut,kau ni macam bagus budget baik pehal?
tak payah nak tulis kalau diri sendiri cam haram..

aku selalu je usha cerita mereka-mereka.tulisan mereka,kata-kata mereka semua dibaca untuk mencari apa erti hidup.untuk belajar pujuk hati.komen diletak bile hati tergerak untuk berkata sesuatu untuk si penulis...dan kadang-kadang komen tidak diletakkan kerana terlalu speechless dengan penulisan dan maksud yang ingin disampaikan...

beb...wa akan selalu jengah lu orang....jaga diri...doakan wa selamat sampai untuk tengok muke mak abah wa......selamat tinggal bilik nombor 5,number 14 whitaker place,auckland,n.z. bilik ini terlalu banyak menyimpan erti sebuah kesakitan,kejatuhan,kebodohan dan juga kebangkitan....
terlalu banyak.....
"aku ade usha korang...ade je.."

Monday, November 16, 2009

jangan esok-esok kau nangis.

kalau nampak member2 lu gelak sakan,seronok sangat...terginja-ginja dek pujian...lu tego lah beb member lu tuh.cakap dengan dia..

"lu jangan gelak banyak-banyak sangat beb,nanti esok-esok lu nangis".

wa dari dulu memang takut nak gelak sakan dengan memember wa.kalau wa rasa cam nak terginja sikit je,gelak cam hantu tetek sampai tak ingat dunia..wa mesti terus sentap emosi wa.wa maki dalam hati..."ape jadah hepi sangat ni"...

memang selama wa hidup..90% akan jadi apa yang orang-orang tua cakap tu."ekau jangan golak sakan bonar,sok melalak kot tak tordayo dek ujian..."

dan betul,kalau malam tu wa gelak cam pontianak,esok terus senyap macam pocong dek dibungkus kapan.tercorok je macam katak bawah tempurung.dan petang tadi wa keluar ngan housemate wa pergi carik souvenir sikit untuk dibawak balik..member wa pon makin lama kawan ngan wa..makin masuk air wa tengok.buat lawak dah tak segan-segan cam dulu.kadang-kadang melawak cam haram wa yang sakit perut tergelak...

wa suke beb..wa suke diorang hiburkan wa.dan wa pon gelak..lame dah wa tak rase macam ni..tapi mase wa gelak-gelak..wa sentap emosi wa.wa switch on the spot.wa slow talk ngan hati wa...

"hati,lu ilek beb...lu gelak sakan ni...kang lu nangis kang..."

dan malam ni wa rasa cam sampah sikit...tapi cepat-cepat wa kawal balik.wa memang dah pro dah bab ni.wa try suapaya kapal emosi wa tak terbabas dek ditiup angin kencang....jangan dilayan sangat perasaan tuh.nanti susah beb..dan wa cume nak pesan je kat kengkawan wa...tapi wa bukan alim-alim.kire kalau wa cakap mende baik..mesti ade punye orang bahan wa cakap wa cam bagus.fine lah.wa cume nak pesan...

"kalau lu orang tengah hepi,bahagia,senang...jangan terlalu hepi beb..jangan sampai lupa batas2 manusia.jangan sampai korang lawan hukum karma beb...nanti sakit dek ujian....kot tak tertanggung dek akal fikiran..bila akal dah tak nak tanggung nanti..mesti hati terus terkubur..emosi haru biru.."

dah ah...
pe jadah wa kemas barang sambil dengar lagu
butakah cinta-spring.

Sunday, November 15, 2009

finalist untuk contest esoksemalam dan mari mengundi!

Assalammualaikum...

In the name of Allah,the most gracious and the most merciful....first of all i would like to thank all of the bloggers who willing to put their efforts to join,support and contribute something precious for the success of this contest.

fullamak~~~speaking beb...gile lah.wa tak pandai nak cakap omputeh la..wa orang kampung je,sekolah pon biasa-biasa.hidup sekadar bersederhana.omputeh wa sampah-sampah je.boleh la nak carik makan dari tak ada.wa tak hebat macam lu orang.hehe.

terima kasih tak terhingga dari lubuk hati wa yang tersorok jauh didalam tengkorak badan ni ha.sekali lagi,wa ingin menyatakan betapa wa teruja nya kerana begitu ramai sahabat blogger yang menyertai contest wa.bukan tu je,wa nak gak mintak maap kerana wa mungkir janji dengan mengawalkan tarikh tutup contest ni.dan tindakan wa telah menyebabkan beberapa orang blogger tak sempat untuk menyertai.maafkan wa beb.ini kelemahan wa.

bukan wa sengaja mengawalkan..tapi..wa punya alasan tersendiri.sebenarnya...wa rasa berdebar bila makin hari bilangan peserta semakin ramai.wa takut wa akan kecik kan hati ramai blogger sedangkan wa tau wa tak mampu untuk bagi hadiah pada semua.pada mulanya wa hanya ingat tak ada sambutan contest ni.tapi sebaliknya.ribuan maaf dan terima kasih tak terhingga dari wa.
sudah wa bilang pada entry lepas,ini adat pertandingan.so sila chill untuk terima keputusan.wa pon chill je bila terima kekalahan contes nufnang..adeh.so,wa dah cuba bagi yang terbaik untuk puaskan hati semua orang.jangan emosional sangat,sebab contest ni tak de mende pon,so chill babeh~~jadi yang baik itu semuanya datang daripada Allah,yang buruk dan busuk itu datang dari diri wa sendiri...

seperti yang lu orang dah maklum,pemenang contest ini terbahagi kepada 2 kategori.3 lelaki dan 3 perempuan..dan 4 selebihnya adalah pemenang hadiah sagu hati.hadiah wa da beli dah tadi.wa pon bukanlah berharta..cuma wa nak kongsi apa yang wa ada dengan lu orang..jadi apa yang wa bagi tuh tak ada lah berharga baribu ribu,tapi cukup sekadar lu orang nilai dengan hati..

jadi,marilah mengundi peserta yang telah berjaya ke peringkat ini.berikut merupakan syarat untuk mengundi..50% adalah dari pengundi dan 50% dari 3 orang juri luar.

syarat:
  1. terbuka kepada semua tak kira umur.mestilah seorang blogger,bukan anonymous.
  2. seorang hanya dibenarkan undi sekali sahaja..tetapi anda bolehlah menyeru semua blogger untuk datang undi anda.tak kira lah cara apa sekalipun.
  3. sila pergi ke bahagian cemuhan/tepukan untuk mengundi.
  4. anda dikehendaki memilih 4 peseta laki dan 4 peserta pompuan mengikut dari 1-4.
  5. keputusan akan diumumkan pada 24 nov 09 selepas jam 6.25 am dimana tarikh wa sampai kat malaysia.yehhha!!pe jadah wa gedik ni.
jadi,selamat mengundi!!terima kasih semua...=)

guys:
  1. ber_uwang-cinta yang tak kesampaian.
  2. ah fatt-kerana lumut(dia) sungguh istimewa.
  3. kawie2020-isteriku LUMUT.
  4. yusuf-aku,lumut,dan sesuatu.
  5. i'msosupernotcool-addicted.
  6. razman-takkanlah,dia bukan seksi pon.
  7. acap-cinta kau sampai mati.
  8. aku beskot-segalanya bermula dengan lu mood.
  9. jalak-takdir cinta.
girls:
  1. nursarah87-contezz lumut!
  2. seroja jingga-musnahnya cinta pakcik kordi yang suci.
  3. beautiful_rose-sahabat dunia akhirat.
  4. mier@merr-warkah rindu buat lumut.
  5. ms.independent-bilik 13.
  6. pinky lucia-warkah cinta berbaur syurga.
  7. cinta lea ixora-cinta pertama dan terakhir.
  8. att-superhero itu.
  9. sayu=pilu-hubungan itu indah.

amaran sebelum finalist diumumkan.

assalammualaikum.

apabila wa dah bagi salam.lu orang mesti jawab.tanda kita kene saling mendoakan.dan bila wa mula entry dengan salam.pastinya wa mahu membincangkan sesuatu yang serious tanpa selitkan apa-apa lawak.ambil perhatian.wa dulu suke nak jadi polis.mungkin nampak smart dan tegas yang mempengaruhi wa untuk jadi polis.ok2..ape kaitan tibe-tibe wa cerita pasal polis?sebenarnya wa nak bagitau yang wa tengah buat muka macam polis ni kalau lu orang gado-gado pasal contest tu.,wa bagi je makan pelempang.nak?

mari sini wa nak terangkan lagi.

wa dah cakap kan...wa memang nak bagi hadiah dekat semua orang.sebab wa memang jenis tak suka bila anjurkan sesuatu pertandingan bawah kelolaan wa,dan wa terpaksa buang siapa yang kalah wa tak suke beb.jadi sebelum ape-ape..wa nak pesan kat lu orang..jangan sebab contest ni,lu orang bermasam-masam muka.apa lu orang ingat selama ni lu orang punye muke manis sangat ke sampai nak masam2 sebab contest ni.jangan nak ngade-ngade.

konsep bertanding mudah je beb.
tapi mungkin ramai yang terlepas pandang.

bila nak bertanding means kita bersedia terima kekalahan.bukan bersedia untuk terima kemenangan semata-mata.memang lah semua nak menang.tapi adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah.adat hidup ada yang cepat ada yang lambat.ada yang kaya dan ada yang miskin.sebab tu la dulu mase kat sekolah korang belaja antonim.paham???

kan wa da cakap semua story bukan wa yang marking.kalau cerita lu terpilih,memang cerita lu tuh best dan gempak.lu dipilih sebab kreatif,sebab kata-kata lu yang lu susun semua orang suke dan menusuk kalbu.bukan sebab lu femes ke ape.bukan sebab lu cantik kacak ke.bukan sebab lu pakai kereta proton ke.bukan beb.ape jadah wa nak pilih yang kacak dan cantik..bukan wa nak carik menantu ke ape..so jangan pikir yang bukan-bukan ye.=)

wa dah terangkan semalam,lu orang boleh buat iklan mahupun promotion dekat blog masing-masing agar ramai lagi yang datang mengundi.tapi manusia sekarang dah bijak beb.so janganlah lu orang cakap sebab lu orang tak femes lalu tak ada orang yang nak undi korang.yang penting bakat tuh.bukan femes tak femes.apo da.dan jangan risau.undian ni hanya 50% je.kita ada juri seramai 3 orang yang bagi markah lagi.jadi jika sesiapa yang menang,anda memang layak ditabalkan.bukan sebab pilih kasih intan payung ke hape.

faham ye semua?jangan la gaduh-gaduh.janganlah sampai bermasam blog sesama blogger.nak bermasam muke tak boleh.sebab bukan nampak pon.jadi kalau sebab contest ni semua orang nak marah aku..aku tak kesah.nak flag pon tak pela.wa terima.haha.tapi jangan woi...kecik ati ni ha.wa dah lah tak ada harta.blog ni je la teman wa.hehe.

jadi syarat mengundi senang:
  1. sorang sekali je dibenarkan mengundi.
  2. mesti seorang blogger yang ada blog dan bukan anonymous.
  3. click dekat bahagian komen pada entry dimana finalist diumumkan.
  4. pilih 5 finalist yang dirasakan paling best ikut turutan 1-5 dan hantar dibahagian komen entry finalist disenaraikan.
  5. komen-komen tidak akan dipaparkan sehingga tamat hari mengundi iaitu pada 24 nov 09 tepat jan 6.25 am.iaitu masa dimana aku tiba di kuala lumpur.
  6. last sekali doakan aku selamat sampai.
tata semua..selamat mengundi.mengundilah dengan berhemah nanti.jangan gado2 nanti aku lempang.

contest esoksemalam melabuhkan tirai dan..


dan keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi bagi menenangkan degupan pada hati para peserta.

pertama kali,terima kasih aku ucapkan buat semua peserta yang meluangkan masa untuk mengambil bahagian.tepat jam 11.59 pm waktu malaysia tadi,contest sulung esoksemalam telah melabuhkan tirai.secara jujurnya,aku tak sangka contest ni mendapat sambutan dari blogger lain.bersungguh-sungguh aku tengok.dengan cara korang buat cerita,dengan bilangan patah perkataan,dengan slogan yang mencuit hati dan dengan semangat pergi menerjah entry peserta lain untuk lihat"siapa lebih hebat" sangat mengagumkan aku.memang aku tak duga peserta yang join akan ramai gile.aku jangkakan contest part 1 akan lebih banyak yang sertai,namun sebaliknya.dan satu kesilapan...yang join part 2 tuh..nape tak join part 1 sekali.adeeehh...apo da.

mula-mula aku pikir kalau setakat sepuluh 0rang je yang masuk..aku nak bagi semua tuh adiah.but then...jumlah peserta menyamai kelas aku mase aku sekolah rendah dulu.gile ramai.37 beb!!satu jumlah yang besar gedabak gedempol.

dan aku memang tak boleh buat contest aku rasa.failed!!!!!sebab aku tak sampai hati nak tolak yang kalah..aku rasa nak bagi semua hadiah.tapi kang kalau aku bagi semua kang..boleh jadik sorang satu dapat daun sekeping dari auckland.tak tergamak plak beb.maaflah..aku ni kan tak berharta..handphone pinjam..camera tumpang..hingus meleleh...erk..jijik.

mintak maaf pada mereka yang tidak terpilih sebagai pemenang.

bila anda menerima kekalahan..jangan sogok diri anda sebagai "aku seorang looser" sebaliknya kata pada hati..pujuk hati..bahawa.ini adat permainan...senyumlah,setidak-tidaknya kau berani tampil untuk bertarung dengan yang lain.bukankah itu sudah cukup untuk dibanggakan???

dan akhirnya...

keputusan dan senarai pendek nama peserta yang terpilih kepusingan akhir akan dikeluarkan.konsep die 50% markah dari undian blogger.dan 50% dari para juri yang terdiri daripada 3 orang.identiti dirahsiakan dan yang pasti aku bukan ketua juri untuk mengelakkan orang kata aku bias.pilih yang aku dah lama kenal lah.pilih yang puji aku melambung la.pilih yang kata aku cantik what the gedikzz la.no no no beb.wa tak layan ni semua.pelissss..hehe.jadi..bagi sesiapa yang tidak disenaraikan.ingat pesanan aku tadi.dan aku menyahut semua para blogger untuk mengundi mereka yang tersenarai.

syarat:-mesti blogger bukan anonymous.undian sorang sekali je.tapi.........anda boleh ajak follower anda,kawan2 blogger anda,buat entry promote suh undi ke..hantarlah message spam segala jadah kat chatbox kalau berani nak kene penerajang..hantarlah...seru semua rakyat blogger..undi anda nanti.pengundi hendaklah mengundi 3 cerita terbaik pada ruangan komen akan datang dan ruangan komen akan ditutup sehingga tamat hari pengundian.jadah macam pilihanraya plak nehhhhh....

jadi 8 peserta lelaki dan 8 peserta wanita akan disenarai pendek kan lalu undian dibuka untuk mereka.hadiah merupakan cenderamata dari auckland,new zealand yang tak ada lah mahal mane sebab lumut bukan lah berharta tapi mampu memberi kenangan buat anda.dari 16 peserta,3 pemenang lelaki dan 3 pemenang perempuan.dan 4 hadiah saguhati.

terima kasih semua.aku hargai usaha kalian dengan menyokong contest ini.contest sekadar inigin melihat idea para blogger,segala ragam dan kerenah.semoga contest ni memberi sedikit gelak ketawa,pengalaman hidup,ilmu,sentuhan hati dan semangat kepada para pembaca.

akhir kata,jangan flag blog aku weh kalau kalah..jangan!!!!!uhukkkkk...gedik lah plak....dah2..semua cerita aku dah pindahkan dekat bawah iklan nuffnang...sekian.

Saturday, November 14, 2009

nenek tu jate ko tino?PENDEDAHAN.



sebelu apa-apa.wa dah habis exam.wa tak layan parti buih.wa layan fadilah kamsah je beb.lepas exam aku pergi beli strawberry.omputeh beb!!banggo orang kampung den..pe jadah nak bangga.tak best ah makan strawberry.tak "trill" sebab tak berbau.aku lagi suka durian.bila makan challenging beb.nak kentot pon segan-segan je...selekeh.

layanan mesra aku berikan,sehingga wujud gigitan cinta.aww.
ok dah.serious sekarang,


bak kata peribahasa melayu "sudah terang lagi bersuluh,bila gelap teraba-raba".ha suke la tuh kan bila sebut raba-raba.kali ni aku tak nak kata razman gay lagi.walaupun aku tau dia pijak aku sehingga lumut.eh lumat dengan menyebarkan manifesto nye bahawa aku seorang "bapok".kuang aja lu razman..tak apa wa mesti bertindak kacak.dan persoalan di dewan negara baru-baru ini,"nenek tu jate ko tino"??ada negeri nenek itu lelaki dan ada pula nenek itu gadis.awwwww..tergedik sudeh.meluat..terluka hati mak nyah.korang kata mak bapok.lagi satu,di entry yang lepas..aku bukan menghina golongan yang lembut.tidak sama sekali.seperti mana anda kata aku tidak memahami naluri dalaman anda,begitu juga anda tak faham maksud yang saya ingin sampaikan.terima kasih kerana anda menyinggah dan meletakkan komen.peace no war.that's more cool dude.chill.

tapi ape kejadahnye aku nak chill,apabila manifesto razman itu berjaya menimbulkan syak wasangka lagi.haram jadah,identiti aku disimpang siurkan lagi.namun tidak mengapa,mendedahkan identiti sendiri sudah menjadi rutin sebulan sekali.wallah!!

bermulanya kesah "nenek jate ko tino"...

hati aku tak terguris pon..tak terguris.tak kesah.aku memang kacak dan gagah pon.kalah jehan kaya kan.malik nor pon nangis tengok aku,bezanya aku tak pakai spenda macam die je.erk.lucah..baik stop.

1
.
.
2
.
.
3

al-kisah nenek aku dulu seorang yang ceria,gah perkasa bak badang.nenek juga seorang wanita yang sangat dimenyampahkan oleh masyarakat sekeliling.nenek bersuka ria.nenek kata nenek ada cinta dari kekasih nenek.nenek bahagia katanya...

ketika gambar ditangkap,nenek berada disebelah insan yang pernah mencuri hati nenek bertahun-tahun lamanya.
oh kenangan~~
(2007)

[gambar expired berkulat da]

korang jangan percaya.nenek menggunakan kaedah photoshop.nenek hanyalah seorang yang "indah khabar dari rupa".kalau tak ada lah photoshop dalam dunia ni..pasti nenek tak lain tak bukan lebih kurang seperti tengkorak penyu.pengajaran,jangan mudah terpedaya..mahupun jatuh hati pada gamba mahupun sawan babi dengan senyuman seseorang.itu semua gambar.realiti???nenek memiliki jerawat yang melimpah ruah dan parut dibibir tanda kemalangan yang berlaku pada 26 november 2007.entry disini.

lumrah hidup dan lumrah bercinta,(ewah),ku sangka panas hingga kepetang,rupanya hujan ditengah hari...apa yang mampu nenek ungkapkan pada entry kali ini..."tiada jodoh".cinta disemai diladang selama 7 tahun,mati layu dipijak gajah afrika selatan...nenek kecundang.ah korang jangan nak suh cerita lebih-lebih..dah banyak aku ulas kat entry lepas.

siapalah aku,"aku ini hanya anak singkong!"-sudirman.
[gambar expired berkulat da]
hari demi hari berubah sekelip mata.jatuh,meroyan tapi bukan mengandung.erk.nenek memujuk hati lalu dipaksa diri menjadi badang seperti yang diidamkan sejak usia 5 tahun itu,dan kini bukan setakat badang..."hulk" pon nenek dah try...

usaha gigih nenek.ala-ala anak tarzan.all the best nenek.
jangan buang kenangan 7 tahun itu,tapi pujuk hati nenek.

hari-hari nenek minta pada yang Maha Memberi,Maha Mengetahui..siapa lagi kalau bukan kekasih nenek dan kekasih cucu semua.keluarga,sahabat-sahabat nenek,sahabat blogger,semua bagi nenek minum muntah badang.dan nenek pujuk hati lagi dan lagi..nenek bersahabat dengan airmata dan semangat...terima kasih semua.

nenek layan perasaan sambil ditemani penjiwang negara.
nenek cedok muntah badang mungkin.
nenek memang gagah.muscle terserlah.seperti "Mr.muscle".

[gambar expired berkulat da]
jelajah setiap pelosok cari semangat badang..
pandang atas boleh,bukan pandang belakang...jangan.

[gambar expired berkulat da]

langkah demi langkah nenek daki,nenek buang perkataan "nenek cuba bangun" kepada..."nenek mesti bangun".berada pada tahap ini,ketika berjauhan dengan segalanya..amat menduga.tapi nenek berpegang pada "ini bahagian nenek,nenek kene settlekan,ramai lagi yang lagi merana".

nenek makin mampu tersenyum.
tapi ada juga kecundang dek dihentam kenangan lalu.
[gambar expired berkulat da]

mereka hiburkan nenek...
permainan tradisi nenek
-tembak kentut sampai pecah-
saat demi saat,jam berlalu pergi,hari berganti,bulan demi bulan ditinggalkan.akhirnya..nenek tubuhkan "badang fan club".dan kini nenek sedang menanti tahun 2009 meninggalkan nenek.nenek tak sabar untuk melangkah pergi meninggalkan tahun sejarah ini.argghh..jadah ape nenek touching lelebih ni......bukan ni yang nenek nak sampaikan sebenarnye.

-badang fan club ker?macam ikan bilis je memasing-

dan persoalannya...................
NENEK TU JATE KO TINO??
berani tak nak jawab??

"hati kita milik kita,bawalah hati itu dan pergilah dari situ,
kau akan kuat,aku tahu.kutiplah kekuatan itu,
dan bangun...."

sekian.

tuhan,aku juga ingin bahagia..
[gambar expired berkulat da]
  • malaysia,nantikan kepulangan ku dengan muntah si badang.
  • akan berangkat ke melbourne pada 19 nov 09.
  • akan tiba di malaysia jam 6.30 pagi bersamaan 24 nov 09.
  • SEBENARNYA,wa nak join contest dekat blog bulan itu aku.wa join beb!!!!!dan semua gambar bukan dari camera wa.wa tak ada rupa,apakan pula harta.....

beb..

beb...
jangan hina aku....
jangan pijak jiwa aku...
jangan..

jangan sanjung aku..
jangan teruja dengan aku..
aku tak ada ape-ape beb..
aku luar dari average.
kosong.

aku hanya "indah kabar dari rupa".
malam ni aku nak reveal something...............