Friday, December 11, 2009

seterusnya...dan yang ke 15 sudah.

semalam aku pergi jumpe chotz bersama cik cumey dekat pizza hut midvalley....chotz,seorang lelaki yang sempoi..sudi berkongsi cerita sehingga aku membuat reaksi yang diluar jangkaan beserta dialog "ye ke????gile ah...".chotz dipaksa belanaj kami pizza.erk.

terima kasih chotz sebab kau berkongsi cerita...gelak ketawa...dan kenanagan itu.aku doakan kau bahagia dan jangan berada dalam jalan yang bukan kau sendiri duga,kau kuat,kau punya "dia" untuk kau sayangi.thanks again untuk pertemuan semalam.

dan hari ini aku berjumpe "tokdon" juge...tokdon dan rakannya telah menjemput aku dan rakanku di UIA GOMBAk untuk ke cheras indah memandangkan rakan ku punya hal disana...pertemuan singkat itu diiisi dengan perbualan antara kami.thanks tokdon kerana belanja kami......dan hantar kami dengan selamat ke cheras....

dan tokdon adalah blogger yang ke15 aku jumpe...

dan kini aku berada di seremban...dan esok akan berangkat semula ke k.l untuk ke pasar seni men"join"kan diri tengok sajak marathon...ada blogger juge ingin turut serta memeriahkan.marilah...dan esok akan bermalam di kl dirumah cik cumey....erk...kami straight okey.

dan ahad aku akan terus berangkat ke muar mungkin........
bila nak balik kuala pilah??

nak balik auckland lagi 19 hari....gembira tak????

Wednesday, December 9, 2009

cerita bertemu blogger..siapa mereka disebalik kata-kata..


ENTRY NI PANJANG!!!


aku masih di sekitar kuala lumpur.dan sebentar lagi akan bergerak ke UIA GOMBAK meneruskan langkah.dan semalam merupakan satu kenangan terindah dalam hidup..terima kasih buat semua BLOGGER yang sudi menghadirkan diri...mereka adalah...

RAZMAN - CIK CUMEY -CALUK -JEN -SEROJA JINGGA-

BER_UWANG - MAMAI -MINT -MIS SIV - AZZALIENA-

RAI - NUR -PARAXIXTH -

RAZMAN yang pada mulanya tidak berjanji untuk hadir memandangkan dia berada disekitar raub telah menghubungi aku pada malam sebelum kejadian.

"LUMUT kau gerak pergi mid esok pukul berapa??tunggu aku dekat sana,aku insyaAllah turun",kata lelaki gay masuk air ini...

keesokkannya perjalanan bermula seawal 920 pagi dari UNITEN ke komuter serdang.dan di dalam perjalanan..seorang awek yang tidak kusangka telah menghubungiku untuk menyatakan kehadirannya di saat-saat akhir..dan sekaligus menjadikan kehidupan seharian aku semalam sangatlah masuk air dan bukan seperti yang kusangkakan.awek ini telah merubah segala perjalanan aku semalam..dan tahap kewarasan aku juga telah diubahnya dengan serta merta...hebat gile awek ni..

dia bukanlah "nenek kebaya"..sebaliknya...
CIK CUMEY yang belum beranak lima...

sebelum tiba di mid valley,RAZMAN yang sangat terkenal dengan sawan babinye itu telah mengenakan aku dengan sangatlah tidak berhemah...

"LUMUT,kau pakai baju warna ape?nanti kau sampai kau cari orang pakai baju ngan seluar hitam lepas tu kasut putih kay"

oh RAZMAN..kesiankan pendek sungguh akal kau untuk kenakan aku ye...dan misi lelaki keparat ini mati ditengah jalan apabila aku dengan sepantas kilat dapat mencari nya di dalam mid yang memakai baju bewarna hijau dan hakikatnya kami sedondon...taik sungguh...dan kami memang tidak berjanji..dan buat awek RAZMAN,kami hanya teman tapi tak mesra-mesra.hahaha...

beberapa minit kemudian..kehadiran CIK CUMEY telah merubah segalanya...kuasa mulut dan lawak masuk air milik gadis ini sangat buat aku rasa nak lempang die laju-laju...sekali gus aku melantik gadis separuh masak ini menjadi DRIVER aku buat seluruh perjalanan semalam...dan CIK CUMEY serious shit comel dan lagi comel dari korang tengok dalam gambar.dalam gambar macam budak tak siap je aku tengok..tapi in real...die gorgeous!dan yang paling penting..die sangatlah sempoi,best diajak berbual dan sama masuk air macam aku..jadi kami tiada masalah untuk menjadi rapat dan ada antara blogger bertanya..sudah lamakah kami berkenalan.sejak dari sekolah??haha..oh tidak..aku jumpa awek ni pon tak sampai sehari..tapi die punye kesan dekat otak aku memang boleh buat otak aku berulat.

seterusnya...

AKU,RAZMAN DAN CIK CUMEY telah berusaha melengkapkan misi untuk mencari burger king setelah aku mendesak mereka untuk melempiaskan nafsu aku untuk makan burger king yang sememangnya tidak halal dibandar auckland...mereka bersabar memandangkan ini permintaan aku sebelum berangkat pulang.dan nak cari burger king pon buat aku give up...tapi akhirnya perut kenyang diisi burger yang dibayar menggunakan duit milik CIK CUMEY...

********
CHOTZ tidak dapat hadir memandangkan die ade meeting secara tibe-tibe..lalu aku menghubungi CALUK untuk bertanya dimana tempat untuk kami bertemu...

perjalanan diteruskan..

sebelum pergi berjumpa CALUK di area petaling jaya,kami telah mengutip seorang raksaksa botak bertahi hidung di pusat asasi UIA petaling jaya...raksaksa itu adalah JEN.die telah memanjat pagar dan menyagat punggungnya demi melepaskan diri untuk join kami..hebat kau JEN..hurm,JEN pada awalnya nampak seperti seorang yang serious dan tak banyak cakap.lebih suka berfikir mungkin.tapi sebenarnya..die merupakan salah seorang makhluk planet pluto yang masuk air...die juge antara manusia yang menjadi watak utama semalam secara tibe-tibe...seorang yang senang masuk dengan aku dan apatah lagi cik cumey yang memang 3 suku itu.haha...

******
perjalanan diteruskan oleh AKU,CIK CUMEY,RAZMAN,dan JEN...untuk pergi bertemu CALUK di mcD mane tah memandangkan die hanya boleh keluar pada waktu lunch...dekT mcD kami hanya minum saje memandangkan perut dah kenyang.air dibayar oleh CALUK.thanks bro..CALUK seorang yang cool,sudag beristeri dan ade anak okay,dan nampak macam ayah yang tegas,tapi rakan yang sempoi..kami tidak banyak berbual bersama memandangkan kami berempat pon segan dengan rakan sekerja CALUK..haha.

******
ahli-ahli parlimen yang sudah lama menanti aku disogo makin naik angin dengan menanti kehadiran aku disana.haha..sorry guys...ku tak sengaja..kan aku dah cakap CIK CUMEY yang merubah perjalanan semalam dan dia merupakan orang kuat perjumpaan semalam dengan tiba-tiba.haha

tibanya di SOGO-secret recipe...

sangatlah segan untuk bertemu merkea sebenarnya..lalu kami berempat menggagahkan diri juge...tidak ku sangka,ramai rupenye...hehe..bersalam-salaman,berkenalan,tanya name betul,berlawak bodohan,mengusik kenakalan,menagkap gambar curian,minum air belanjawan..ohhh..serious sangat indah.disana aku bertemu mamai,ber_uwang,seroja jingga,nur,mis siv,azzalena,mint dan rai..

mereka memang best..cume ade yang nampak malu-malu..but then CIK CUMEY tetap menguasai mutu persembahannya yang masuk air..tidak kurang juge dengan RAZMAN yang pada awalnya macam peserta gadis melayu terus bertukar menjadi lelaki tak malu sambil cube untuk mengurat AZZALIENA.haha.pakcik MAMAI juge turut menyerlahkan skill dan bakat sambil usik mengusik,mengenyit mata,serta berlawak kepada anak-anaknya.pakcik BER_UWANG yang pada mulanya aku berasa janggal turut merubah suasana.die seperti ayah yang sangat sempoi walaupun belum berkahwin.die memang best..cool...SIS SEROJA banyak ketawa dek lawak sampah RAZMAN..namun die gadis yang punya karisma yang tinggi pada pemerhatian aku..dan entah kenapa setiap kali gadis ini tanye soalan pada aku..aku jadik macam kelu lidah.haha..tapi die comel!!dan JEN tak habis-habis cube mengusik sambil berlawak bermodalkan taik idong..haha..korang tau je lah kan JEN tuh..dekat blog pon jual taik idong.tapi JEN sangat senang untuk diajak berbual.dan dia merupakan pendengar yang baik dari pemerhatian aku.

MINT senyap gile.ape jadah MINT lu berubah jadi senyap.wa sekeh kepale lu nak??tapi aku faham kenapa MINT senyap.haha...AZZALIENA lain gile in real.sweet macam gule-gule compar dengan dalam pic..dan aku tak sangka gile AZZALIENA senyap orangnya macam manja-manja gitu sebab komen die sebelum ni macam ganas setaraf dengan aku.hahaha..mungkin die segan.begitu juga NUR dan RAI hanya tersenyum simpul dan ketawa kecil dengan lawak persembahan milik kami-kami.MIS SIV bersuara jugak..adelah sekali due die loyar buruk dengan aku.kire ok diajak melepak budak ni...cool..semua best.usik mengusik macam dah lame kenal.gelak macam nak pecah..haha

thanks pakcik MAMAI kerana payung kami di secret recipe.=)

**********
lepas hantar RAZMAN untuk naik bas balik ke raub,langkah kami iaitu AKU,JEN dan CIK CUMEY diteruskan ke SUNWAY PIRAMID untuk bertemu PARAXIXTH.kami lepak di A&W sambil berborak borak sekali lagi macam dah lame kenal...paraxixth nampak macam segan tapi masih boleh diajak berborak..comel orangnya dan seorang yang menjaga personaliti dari pandangan aku...nice to meet u...

**********
dari SUNWAY dalam pukul 930pm..CIK CUMEY selaku orang kuat aku semalam dah janji nak hantar aku sampai UNITEN..sebelum tu kami mengambil kesempatan untuk layan karoke dekat ALAMANDA..niat hati nak nyanyi sampai pengsan..tapi kami boleh book 1 jam je semalam.layan je la...kami bertiga sekali lagi jadik gile..sempoi,rilek je memang macam dah bertahun kenal..CIK CUMEY memang sangat nice in real.serious.JEN mula-mula je macam serious..lepas tuh cam haram.haha...layan lagu-lagu jiwan...suara aku jangan cakap lah.haha..tapi JEN punya suara..damn!!!sedap weh...macam artis.hehe

perjalanan berakhir jam 12.15am...
**********

begitulah perjalanan aku seharian bersama para blogger semalam.kenangan yang dikutip dalam sehari..telah kusematkan dalam diari hidup...itulah mereka.siapa mereka disebalik kata-kata..sedikit sebanyak dapat aku perhatikan..berkongsi cerita,gelak ketawa,tolong menolong..payung memayung...macam dah lame kenal.indah..ukhuwah itu sesuatu yang indah...terima kasih buat semua yang sudi hadirkan diri semalam.

semoga dengan bertemu kalian dapat ku kutip sedikit senyuman dan bahagia itu..dan akan kubawa bersama untuk pulang ke bumi auckland...simpan burung kiwi dan souvenir tu.kalau aku jumpe dalam longkang,tak lain tak bukan..kerja korang lah.aku lempang nanti.haha.

buat para blogger yang turun SAJAK MARATHON di sekitar pasar seni 430 pm pada hari sabtu ni..aku juga ade disana..dan pada mereka yang join BLOGGER GATHERING di GENTING pada 19 dec ni...beware.sebab aku takut bas tuh runtuh dengan kehadiran LUMUT,RAZMAN,CIK CUMEY,JEN dan MINT..haha...

sekian.thanks semua..=)

blogger gathering SOGO+MIDVALLEY+SUNWAY

salam.haha..update kejap.

hari ni jumpa blogger........serious shit best nak mampos cap ayam...masing2 lawak cam sampah..cam haram..ok kite mule satu-satu....ehem3....kalau aku update lambat nanti..jadi basi lah plak...haha.gambar terlalu sweet untuk dipamerkan.hee

alamak..aku penat gile...
macam nak tidur....
tapi nak cerita...betapa best nye arini ngan lawak2 ayam panggang para blogger....

blogger yang aku jumpa hari ini adalah:
  1. razman
  2. cik cumey
  3. jen
  4. caluk
  5. seroja jingga
  6. mamai
  7. ber_uwang
  8. azzaliena
  9. rai
  10. nur
  11. mint
  12. mis siv
  13. paraxixth
aku nak tunggu cik cumey update leh tak??aku rasa die update mesti gempak..haha...tido dulu.best dow arini...senak perut den...

Monday, December 7, 2009

23 hari sebelum berangkat pulang ke auckland...

bagi sesiapa yang tanya aku...
ni nak jawab...

hari rabu pagi aku dekat mid valley...saje jalan-jalan cuci mata dan dompet...dan kemudian bergerak ke sogo pada sebelah petanya untuk bertemu sis seroja dan beberapa lagi rakan blogger..jadi aku cuci dompet dan mata pula di sogo area 2-5 petang...dan dalam perjalanan ke sogo..berhenti melawat kl sentral kejap...haha...cam bodoh je bunyi nye.

sajak marathon?yup..jika dipanjangkan umur aku akan berada di sekitar pasar seni jugak nak usha sajak marathon jam 430pm pada sabtu ni...=)

segala perjalanan adalah menggunakan kenderaan awam demi menyahut seruan kerajaan.haha...dan aku bergerak sendirian...oo yeah~

macam lawatan sekolah la pulak....

lepas ni try jadi "gedik" pulak?

aku nak bagi tau ni...lupa nak tambah contoh "poyo" dalam diri kat entry lepas...so nak bagitau...

abah aku hulur handphone sony ericsson tadi...
sejak bile abah aku jadik degil aku pon tak tau...

kan dah cakap tak payah belikan phone baru..
tak penting pon la abah....

abah kate amik la..murah je abah beli.
bukan model terbaru pon...

terima kasih abah.

aku rase poyo nak mati bagitau aku dapat phone dekat sini.
damn.

lepas ni nak try entry "gedik" macam haram pulak.

p/s:pegilah bace entry lepas.penat aku jadik poyo.

esok aku bertunang.puas hati?

serious gempak tajuk aku.mesti ramai "gelojoh" gile nak baca entri aku.mesti ramai hit aku,mesti naik traffic.mesti femes aku.mesti ramai yang baca.ramai yang berikan perhatian.


awwwwww...bapak gedik.
nak aku bagi pelempang sedas dua???

tak payah lah nak kejar glamour bagai...bodoh betul.
"gelojoh" nak jadik top.ape jadah??
bukan ade orang nak panggil kau sign kontrak pon.

haha..gelak lagi.

sebenarnya..aku tak tau nak tulis tajuk apa.aku main tulis je.haha...aku tengok sekarang ramai yang dah suke menulis.dan aku nak jadi orang yang baca tulisan kamu-kamu..nak hargai..nak sedut apa kepala hotak korang cuba sampaikan.yang aku boleh guna..aku gunalah...

tapi antara kita-kita tak payah nak "poyo".
tau tak "poyo"??
kalau tak tau.."poyo" tuh macam aku la...
aku "poyo" kan?ha cam tuh la...ewah...

dah lah.

sebenarnye ade mende nak kongsi..tapi rasa lagi best pule pergi baca tulisan orang lain pulak.tak suka syok sendiri dan budget macam bagos.gila batak.ek eleh....

janganlah takut dengan aku.

aku tak makan orang.paling kejam pon aku bagi pelempang je.haha...ok.esok aku akan gerak ke kl...destinasi yang aku bakal singgah...

  • STESEN KTM SERDANG [selasa]
  • UNITEN BANGI [selasa-khamis]
  • ALAMANDA [kalau on call]
  • MINES [selasa]
  • MID VALLEY,KL SENTRAL [rabu kalau on call]
  • SOGO [rabu tengah hari]
  • STESEN PUTRA [khamis petang]
  • UIA GOMBAK [kamis-jumaat]
  • SEREMBAN [jumaat-sabtu]
  • PASAR SENI "SAJAK MARATHON" [sabtu 4.30pm]

ok dah faham maksud "poyo"???

macam kat atas tu la..."poyo macam lumut".siap nak bagitau nak gerak mane.poyo dowh.ok dah.sape nak turun rodger kay...aku no hal.aku cuma nak korang faham ape maksud "poyo" je.haha.

ok tamat dah kelas hari ni,nak pegi baca blog korang.

Saturday, December 5, 2009

die eja D.A.H N.A.S.I.B

lama aku tak menulis.sekadar bermonolog dalam hati je.so dekat mana-mana boleh berkata-kata.hehe.blogger yang free hari rabu,jom turun k.l.boleh bagi sorang sekor burung kiwi..hehe.

aku sekadar ingin berkongsi.apa yang kalian boleh ambil..ambil lah jangan segan silu.tafsir satu persatu.sebab kau dan aku itu punya hati dan perasaan.senyumlah weh.senyumlah.

*********

siapa yang tengok cerita "1 liter of tears" pasti akan lebih dapat rasa kesan di hati.sebak.menitis air mata beb tengok cerita tuh..lelaki ke..perempuan ke...pasti tersentuh.sekeras mana pon kau,pasti mata kau bergenang.dan bagi mereka yang menutup rasa sebak itu dengan ego..pasti akan berlalu pergi sambil berpura-pura ketawa..padahal kau sedang kesat airmata yang bergenang.

dan tadi....

aku lihat sendiri depan mata....saat mak peluk wanita itu,dia meraung melepaskan sebak dihati,tersentuh jiwa dan nalurinya bila dia dilawat oleh kami...aku tahan sebak.masa ni aku cool lagi.aku kan ego...mana mungkin airmata aku tumpah didepan mereka.aku memang ego beb.aku memang nampak keras.

aku pon duduk.....

dan tiba-tiba..airmata aku bergenang....bila aku nampak "kertas huruf" tuh.ala..macam dalam cerita "1 liter of tears" tuh..

tersentuh beb time dia tunjuk huruf satu-satu....
aku duduk tepi die...
aku tolong mak aku untuk translate kan ape yang die cube untuk sampaikan pada kami.satu persatu aku eja....gigih aku tengok dia tunjuk huruf itu satu persatu walau pun jari jemarinya sekaan tidak larat untu diangkat lagi....

aku eja dalam hati....

D.A.H N.A.S.I.B....

dan terus hati aku tersentuh...aku pandang muke die dalam-dalam..die terus menangis seperti minta seseorang agar fahami penderitaan yang dialami...nikmat yang dimiliki dulu ditarik secara tiba-tiba...macam dalam cerita "1 liter of tears" tu.sedih taw.

dia faham apa yang orang sampaikan.dia dapat dengar dengan baik.dan yang paling penting..dia punya perasaan itu jauh didasar hatinya.walaupun fizikal sudah tidak seperti dulu...tapi hatinya berperasaan.baik dan elok.

"hari tu saya datang rumah..tapi rumah semua tutup...",kata mak dengan gaya tangan untuk menunjukkan pintu rumah ditutup sambil mengusap2 kakinya...

dia mengangguk kan kepala tanda faham...
dia cuba untuk mengeja...dan aku dekat kan diri lagi untuk membantu mak yafsirkan apa yang isi hatinya ingin sampaikan...

B.I.L.A

dia bertanyakan bila kepada mak.aku dah tak boleh nak tahan dah time tuh.sempit gila rasa hati tahan sebak....

dan...

tiap kali mak sebutkan..."sabarlah.."..tiap kali itu dia menangis semahunya....mungkin perkataan "bersabarlah" itu tidak mampu memberi kekuatan kepada dia..dan aku tidak rasa dengan berkata "bersabarlah"..mampu berikan kekuatan kepada dia...namun dia perlu tabah.ujian ini milik dia..dan nikmat yang selama ini dipinjam kan..telah ditarik serta merta...dan nikmat itu sudah berakhir....

rasa nak menitis weh airmata aku tadi....cepat-cepat aku kesat....

ok dah..nak kongsi tu je...."tabahlah.senyumlah.bangunlah".kata aku kepada diri sendiri...oh ye..nak tanya ni..sape nak follow aku pergi sajak marathon sabtu 12 december 09 ni.pukul 430 pm.sekitar pasar seni.sape nak pergi rodger aku.boleh gerak sekali....=)

boleh klik sini untuk sajak marathon.