dia bukan sape-sape,
dia bukan orang ternama,
dia juga bukan yang berharta,
dia adalah dia,
yang tiada pada siapa-siapa,
mungkin ada yang berkata dia nampak sama,
namun dia berbeda.
dia bukan sape-sape,
kehadiran dia bukan diminta,
dan kehadiran nya juga tidak ku duga,
namun aku terima dia,
terima dia seperti rasa luar biasa.
mungkin tiada siapa yang rasa apa yang aku rasa,
kerana dia bukan sape-sape,
di setiap mate sudah ku kata dia biasa,
di setiap mata oh,dia mungkin tiada apa,
namun ku tersenyum dek kehadiran dia,
ku jadi bangun dek gengganman nya,
seraya berkata "bangun teruskan apa yang disana".
diukirnya senyuman gelak ketawa,
hebatnya dia bercerita,
sabarnya dia disetiap derita,
senangnya dia berkongsi airmata,
semata-mata bukan untuk apa-apa yang tiada,
namun untuk aku yang mendambakan nya.
di kejauhan ini,
terima kasih sayang aku ucapkan atas kehadiran mu,
di kejauhan ini,
aku mendoakan setiap langkahmu,
di kejauhan ini,
ku panjatkan kesyukuran atas perkenalan engkau dan aku.
selamat hari ulang tahun sayang,
agar segala pengalaman dijadikan jambatan,
jambatan untuk terus merentas lautan,
agar kau tabah,
agar kau sabar,
agar kau jumpa apa itu kebahagiaan.
itu dia.
selamat hari ulangtahun kelahiranmu sayang.
p/s:aku tiada hadiah terhebat buatmu seperti teman-teman mu yang lain,dan aku juga bukan lah yang terbaik buat kamu..namun aku sayang kamu.sampai bila?
aku saja ada jawapannya...
p/s:aku tiada hadiah terhebat buatmu seperti teman-teman mu yang lain,dan aku juga bukan lah yang terbaik buat kamu..namun aku sayang kamu.sampai bila?
aku saja ada jawapannya...
"kuang aja pompuan tu tangkap gamba ngan SITI kesayangan wa."
