Friday, April 9, 2010

awak semua

saya melaporkan bukan dari bandar auckland.
suhu mencecah negative 1.sangat menguji ketahanan.

kamu semua sihat??
bagaimanakah cerita persahabatan kita??

sepanjang perjalanan saya asik memikirkan tentang....
pertengkaran itu......

sudah tiba dipenghujungkah segala kucar kacir itu??
saya ingin kemanisan seperti dulu..
semoga kita jumpa lagi...
hanya tinggal 2 minit ni.saya kena pergi..

Tuesday, April 6, 2010

will be off...

will be off for a while...

akan ke lapangan terbang antarabangsa Auckland pada jam 4.30 pagi esok...
penerbangan akan berlepas tepat jam 6.30 pagi esok....
langkah diteruskan...
seolah-olah mencari sesuatu..
sesuatu yang tiada siapa tahu apa kesudahannya..
semua nya hanya dirancang..hasilnya kelak baru dinilai...

saya doakan yang semuanya akan berakhir dengan selamat....
saya doakan semua pergolakan akan ditamatkan..
saya doakan......semua yang baik-baik untuk anda...
saya doakan masih ada satu keluarga untuk saya sayang...

all the stuffs are ready??
HALF.


bersatu kita teguh.

Monday, April 5, 2010

aten awek aku...

dulu masa kecik-kecik...akak aku selalu lah pakai baju gown kembang-kembang siap stokin bereben-reben.kadang-kadang aku tengok dah macam hantaran untuk pengantin pulak dah kan..ntah kenapa aku more pada casual attire..fullamak.aku tak ada pulak nafsu nak pakai baju gown..senang citer aku simple.cukup la seluar slack dengan t-shirt kiko belang-belang....rambut tak ikat tokcang pon macam akak aku..bukan ape..saje aku nak senangkan mak aku...save masa sikit kan??

dah lari tajuk ni.

ok dulu masa kecik-kecik aku suka ejek akak aku amoi.sebab die putih macma cina..tapi tah nape akak aku tak suka.padahal aku tengok sekarang ni semua orang kejar amoi kulit putih gebu...lain lah kalau aku ejek die tambi.ha ape pon akak aku tak suka kene panggil amoi.lantak lah die kan...abang aku pulak kalau aku bengang aku ejek dibah...dibah tuh gemok pompuan duduk sebelah umah wan aku...aku tak tau lah kan nape aku ejek die ngan abang aku...tapi yang pasti nya dapat naik kan amarah jantan tuh.puas hati aku.haha...

tapi yang pelik nyer,
abang dengan akak aku...ejek aku dengan nama sorang budak ni.aten namenye...sampai sekarang aku tak faham kenapa diorang ejek aku dengan aten sedangkan aten tuh perempuan....tapi lagi lah aku tak faham kenapa time ejek tuh..aku marah gile......padahal aten tuh pompuan......adakah aten tu dulu awek aku??haha..

itu semua kenangan lalu kan...sekarang dah tak macam dulu dah....masa 15 tahun yang lalu...aku ade sesuatu yang aku wish...sampai sekarang aku ingat..dan.....aku doa untuk diri sendiri..aku dapat apa yang aku idamkan tu......nursyafiqah mana boleh putus asa lah...pujuk diri lagi.

Sunday, April 4, 2010

i hope this is not....

........the end of the story.........

manusia itu datang dan pergi.akhirnya saya belajar untuk terima bahawa bertemu pasangan nya berpisah...dan saya juga berharap anda semua juga belajar terima perpisahan...memang pada mulanya perpisahan itu menyakitkan..tapi nak tak nak..kita tak terdaya untuk lawan takdir..apalah sangat kudrat manusia..

terima kasih kepada semua...terima kasih kepada si pengkongsi-pengkongsi idea,kata-kata,cerita,lawak jenaka,teguran segala..................

insyaAllah.....iaitu dengan keizinan Allah...kita akan bertemu lagi..cuma bila dan dimana saja tiada siapa tahu...semua orang inginkan yang baik-baik disetiap langkah mereka....semua orang memang tidak mahu rasa kekosongan.....begitu juga saya...........terima kasih....kalau rindu tengoklah langit kerana kita berkongsi langit yang sama..........janganlah kita berharap kepada pengharapan yang nyata kosong..janganlah kita tangisi dengan kehilangan abadi...janganlah kita mengungkit detik silam.........kalau rindu tengoklah langit....jauh mana pon kita,selama mana pon kita tak berjumpa..kita tetap berlindung dibawah langit yang sama..warna biru cantik kan?

jika ini yang terakhir...saya teringin sangat mengucapkan ribuan terima kasih.tolong doakan langkah hidup saya seperti apa yang saya idamkan 15 tahun dahulu.......tiada siapa yang ingin hidup dalam tangisan....Allah sayangkan saya..pujuk saya lagi.Allah juga sayangkan kamu semua.sayangkan kita...terima kasih.

i hope this is not the end of the story......jumpa lagi wahai pemegang watak dunia.

Friday, April 2, 2010

akhirnya kata putus tercapai

tahniah buat diri aku sendiri kerana akhirnya aku berjaya memilih pemenang bagi contest esoksemalam kali ke 2...seramai 23 blogger sudi memeriahkan contest dengan penyertaan mereka.terima kasih hamba ucapkan...=).pemenang akan menerima topup celcom RM50 yang pada mulanya aku beli untuk aku tapi...erk dah malas nak cerita..korang bukan nak tau pon....berikut merupakan langkah yang aku rasa paling berkesan dalam mencapai kata putus untuk memilih pemenang..tiada undian,tiada pilih kawan ke lawan ke..argh pape pon suke hati aku lah sebab ni kontes aku kan.haha....

langkah-langkahnya adalah....

1. gua baca balik semua entry dan gua pilih 11 entry yang gua rasa terpikat.kenapa 11?ikut kata hati je...belasah lah kan.
2. dari 11 entry yang terpilih, gua pon buat cabutan bertuah dengan mencabut kertas yang ada tulis nombor entry...6 entry bertuah berjaya dipilih.
3. dari 6 entry yang dicabut..gua baca lagi sekali..lalu gua pilih 4 entry yang gua rasa terpikat memikat kau memang the kebabooommmm..
4. seterusnya.....gua cabut lagi undian kertas yang dilipat dari 4 entry bertuah dengan hanya memilih 2 entry sahaja...
5. akhir sekali....gua amik kertas tuh..gua gumpal-gumpal jadi bola...gua goncang-goncang..lepas tuh.....gua baling ke atas angkasa....kertas yang jatuh belah KANAN gua..gua anggap itu rezeki beliau.....

dan entry yang dapat memikat hati gua pada langkah pertama dan bertuah pada langkah ke 2 seterusnya pikat lagi hati gua pada langkah ke 3 lepas tuh bertuah lagi pada langkah ke 4..dan takdir menentukan topup itu milik beliau ADALAH....................................


tahniah gua ucapkan....topup ini memang ditakdirkan untuk kau.
sila email gua no telefon lu ye yobsumo,gua nak bagi lu no topup...
tak pon gua bagi dekat email nanti...jangan lambat-lambat okeh..hehe....
jadi,terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan contest...
yang telah menyumbangkan idea..
buat aku gelak senyum sengih dan seangkatan dengannya..hehe.....
kalau tak puas hati...boleh email gua no telefon lu..
nanti gua call senang lah lu orang nak maki ke hape..hehe...
yang baik itu datang dari Allah.....
yang buruk itu semestinya dari gua yang serba kekurangan.


"sebelum dihalau baiklah undurkan diri,sebelum kelemahan dicaci eloklah pergi perbaiki,sebelum hati disakiti eloklah kau menjauhkan diri,sebelum hidup dipenghujung...ikutlah kata hati.kembali pada Illahi"
SEMOGA KITA BERTEMU LAGI...WASSALAM.

Thursday, April 1, 2010

doakan rohnya dicucuri rahmat.

bangun pagi aku jalan-jalan baca blog kejap..nampak tajuk HUDALUNA.terkejut jugak..lepas tuh terus pergi bukak laman web era.fm.
ye benar....
salah seorang peserta game show "spontan" telah pergi buat selamanya.aku suka dengan lawak-lawak die..boleh buat aku yang sedih ni terus ketawa....namun,siapa sangka ajal itu dimana-mana...mengingat mati adalah jalan yang paling berkesan untuk meningkatkan iman kita....mari sedekah Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi dan takziah buat seluruh ahli keluarga beliau...

"Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi."-Utusan Malaysia.

 siggplus pon ada buat entry pasal ni...apa yang die tulis sama macam apa yang aku rasa.terasa kehilangan.......

nampak ni dekat radio era.baru percaya ni bukan main-main.

100% bukan pasal aku.ini pasal 0.5

faham tajuk?bagus...boleh teruskan bacaan kalau mahu.

"kau sudah berpunya??"
"aku single,masih belum jumpa yang sesuai lalu menolak beberapa huluran."
"tipulah orang macam kau single.ke kau memilih sangat."
"mana ada,aku tak tipu..masih mencari.."
"kau nak yang macam mana?"
"alamak,panjang nak ulas soalan kau ni..erm,senang cerita yang boleh buat aku hepi dan aku pon boleh buat die hepi.kalau die je buat aku hepi tapi aku buat bodoh je,tak jadi jugak kan?"

dah kau jangan tanya aku soalan lagi...meh sini aku nak bagitau kau sikit.aku bukan memilih.aku jugak bukan tak move on dengan apa yang dah berlaku..cuma aku bukan mudah untuk jatuh cinta dan aku jugak tak mudah untuk beralih arah.kau faham tak tuh?kalau tu pon kau tak faham..dah jangan lah tanya aku soalan macam-macam...aku tak pandai nak jawab.

aku rasa kau pon tau,mane ade manusia yang tak nak disayangi mahupun menyayangi.tak ada.....setiap orang mahu hidup berpasangan..mahu berkasih sayang..mahu hidup bergantungan antara satu sama lain..itu lumrah lah.tapi untuk lengkapkan hukum hidup yang satu tu,kau tak boleh main ambil saja.kau tak boleh main macam tampal-tampal seluar yang koyak..kau tak boleh main rasa-rasa..kalau tak sedap terus ludah berkali-kali......lepas tuh kau buang..bila kau sayang orang sepenuh hati...kau akan cakap "he/she is my other half..".kau tau tak yang 1/2 itu banyak??kau tau tak yang 1/2 itu sudah separuh perjalanan..dan 1/2 itu besar peranan nya dalam menguasai kehidupan kau....dan bila 0.5 itu hilang macam tu saja...mana kau nak carik???memang 0.5 itu nampak kecik dimata orang ramai..dimata orang yang bukan mata kau...mereka perlekehkan yang 0.5 itu tak ada apa....mereka suruh kau terus berlari laju,mereka suruh kau get a new life,mereka suruh kau lupakan,mereka suruh kau gelak-gelak..mereka suruh kau itu ini....

lalu kau pon akur....kau teruskan hidup kau dengan baki 1 per 2 lagi diri kau..mana pergi 1/2 lagi?mane??dah mati..yang tinggal cuma ada 1/2 saja..kau cuba bawak separuh yang tinggal itu untuk carik lagi separuh diri kau..tapi tak jumpa.tak ada..kau gali sana sini..kau jumpe ramai orang,kau create a new life,kau sedut semangat...kau paksa "waktu" untuk cari other half of u secepat mungkin.sebab kau nak diri kau itu "penuh jadi satu".jadi lengkap macam mana yang pernah engkau idamkan dulu......

sebab itu,bila diri kau tinggal separuh.1/2 mahupun 0.5.....kau akan bergerak dengan lebih berhati-hati..kerana kelak bila sesiapa hadir dalam hidup kau dan berjaya menguasai separuh diri kau...maksud aku dekat sini separuh dari 1/2...addduhhhh..susah nak kire?....1/2 X 0.5 = berapa???tekan calculator..jawapannya...1/4 ataupun 0.25....dan kau bayangkan..kalau suatu hari separuh lagi diri kau dimusnahkan....dan akhirnya kau hanya melangkah dengan berbekal 1/4 dari diri kau yang asalnya satu dulu.....mahu ke kalau kau hanya tinggal 0.25??sikit-sikit kau akan menghampiri 0 seterusnya angka negative.mahu??

mana pergi semangat?
mana larinya kudrat?
benar,semua orang ingin disayangi..
orang gila pon tahu cari perhatian.