Monday, September 14, 2009

aku relakan...


::nada entry kali ini agak melankolik::

minggu ni aku agak tidak keruan.hati berdebar,resah,gelisah..
baru sebentar tadi aku berperang dengan "coding" website yang harus aku siapkan.
assignment ini perlu dihantar hari kamis tepat jam4.
tambah pula rabu ada lab fizik yang bakal memecahkan urat saraf.
memang agak kurang keruan bila terpaksa ber"partner" dengan student asing yang lain budaya,bangsa apatah lagi agamanya.sikit rasa janggal.
lumrahlah tu belajar dinegara orang.nak tak nak kena nak jugak.
gangguan akal ini sering kali buat aku terjaga dari mimpi.ku paksa tidur tapi tak mampu.
mungkin kerana test "subject killer"bakal menjelma beberapa hari sebelum raya membuatkan fikiran aku terganggu.
bayangkanlah time study pon tangan kaki semua seram sejuk.
punyalah hebat penangan subject killer ni.
boleh kena sawan gamaknya.

tengah study pon masih sempat lagi keblog teman-teman.
usha-usha mereka-mereka yang rajin meng"update".
singgah aku di blog yusuf mujahidin.tersenyum sendiri lagi aku.
ntah kali ke berapa ade blogger yang meletakkan nama aku didalam entrynya.
nama yang dikenali sebagai "lumut" disematkan didalam entry...
nama sebenar masih belum dikomersialkan.
mungkin semangat pemilik nama sebenar itu sudah lama hilang.
ntahlah.low profile lebih menyenagkan fikirku.semoga gelaran "lumut" memberi kebangkitan baru dalam diri aku.mungkin.

lagu hasil dedikasi yusuf buat aku di blognya betul-betul menyentap hati yang masih berparut.
nak beli SK-II tak mampu rasanya.
jadi biarkanlah ianya terus berparut.[hodohnya hati aku]
perkenalan selama 7 tahun bersama si dia cukup banyak mengajar aku tentang hati dan perasaan.tentang kejatuhan dan kebangkitan.
tak lupa juga..tentang penghargaan dan pengkhianatan.
mungkin aku sangat daif untuk memiliki cinta insan bernama lelaki.
persoalan "apakah salahku..." sudah tidak mampu kusogok dengan jawapan.
terimalah hakikat wahai diri...kau itu penuh dengan cacat cela.
mungkin kerana itu kau tidak layak disayangi...
serba serbi kekurangan itulah aku.tapi aku punya perasaan disini[merujuk hati aku].

7 tahun bersama,hanya sekali sahaja kami memiliki baju raya sedondon.
aku tidak meminta-minta,tergedik-gedik untuk berpakaian sedondon.itu bukan aku.
berlagak sempoi,macho,ego..sudah sebati dengan aku.tapi ianya cuma "berlagak" kan?sama sekali tidak serupa dengan yang "asli".
mungkin kerana tahun lepas tahun terakhir aku beraya dimalaysia sebelum berhijrah kenegara orang membuatkan kami setuju untuk berpakaian sedondon julung kalinya.
itu pon tiada gambar kenangan yang kami tangkap bersama.
seperti tahu-tahu saja..itulah dia raya pertama dan terakhir kami sebelum aku pergi merelakannya..
sungguh aku tidak menduga ini semua bakal terjadi.sedikit pon tidak pernah terlintas dilubuk hatiku ini.
kenapa kau pergi dan biarkan aku sendiri.......

hmmm..entah mengapa kenangan itu bertandang lagi.
tak mampu lagi untuk aku menjawab persoalan sang hati bertubi-tubi.
kupujuk sang hati...
"hey sayang,usah bersedih,lihat itu mereka tersenyum melihat kau tabah berdiri.."
dan kali ini...aku akan bangun melangkah pergi membawa hati...
sungguh di hari ini...aku merelakan kau pergi...
tiada apa yang perlu aku tangisi..ianya sudah berakhir...

jejaka pencuri hati,jika engkau membaca ini.....
terimalah salam aidilfiri ikhlas dari lubuk hati,
maafkan aku sang jejaka pencuri hati sekiranya sepanjang perkenalan kita ada dianta bait-bait kata dan bicara yang mengguris hatimu,
jika ada perbuatanku yang mengundang kehancuran cinta ini,
mohon kemaafan.
jika ada janji-janjiku yang kutaburkan tidak kutepati,
pinta keampunan.
andai ini yang terbaik buat kau dan aku...
aku merelakan....

isk.tiba-tiba pulak aku teremosi.....
lagu "pulanglah" aisyah yang didedikasi oleh yusuf mujahidin itu agak terusik jiwa.
haha..jiwang plak aku.dahlah.


pesanan buat teman.usahlah menyesal dengan perkara silam.
menangis airmta darah sekalipun ianya tetap sudah terjadi.
harap kau kuat untuk bangun berdiri.

Saturday, September 12, 2009

mesti anda ini HENSEM orangnya..


time tu aku baru baca sikit.aku sengih.aku sengih lagi.
semakin lama aku baca semakin lebar aku sengih.
sampai ayat last..aku dah tak leh tahan dah.
serious beb,menggeletek perut aku baca.
time aku taip entry ni pon aku still lagi tersengih-sengih kecil.
bukan tanda aku bahagia dapat kekasih baru ke ape [ade ke yang nak?]..tapi aku geli hati..
hahahaha..aku nak gelak lagi.izinkan.

bagi siapa yang masih confius.aku adalah gadis.ye saya gadis.
tolonglah akui aku ni gadis..awak,saya gadis,saya perlukan jejaka.erk.
bukan-bukan!!!bukan tu point aku beb.
aku ni tak ada lah sangap sangat nak cari jejaka.

adakah kerana aku ini terlalu macho disini[merujuk blog aku] sehingga aku menerima komen yang membuat aku tersenyum indah hari ini.
thanks pemberi komen.anda menceriakan hari saya.terharu weh.

komen berbunyi,

""mungkin kan...dia cuma nak perhatian anda, en.lumut.kadang ada pompuan mmg macam tuh...dgn org lain dia kuat, tp dgn anda dia akan buat2 lemah kerana dia tau kalau dia buat lemah dgn anda, anda akan terus melayan...dan layan...dan layan lagi.
mungkin dia mahu bermanja dgn anda. sbb kalau dia kata, "aku okay." mungkin anda tak pedulikan dia, tak nangis bersamanya.
maybe it's not about her alone.
maybe it's about u.
waaaaa...
mesti anda ini hensem orgnya kan?''"


jadi...
dengan berbesar hati nya aku terima.
sayalah si gadis yang macho...tambah yang terbaru...
kacak orangya!!

::sekian part 1::

sudah puas anda tersengih??eleh..aku tau korang tengah senyum-senyum kan?
tak kesah pon....weh,
aku ni ayu kot....
opsss.tergedik sudah...

mesti ramai kan yang nak balik kampung.yang dah balik kampung.
habis semua orang tergedik-gedik nak cerita nak balik kampung.
nak jeleskan aku kan?balik lah balik.isk.
aku bukan marah..tak2 aku tak marah korang nak balik kampung..sikit pon tak marah..cuma aku..
aku sebak sikit.sikit je..tak banyak.
aku terbayang pulak kat muka mak abah aku.
muka wan aku.macam mana lah wan aku ek bila die dapat poskad raya dari cucu dia neh.
tangkap leleh la bila mak,abah,wan aku baca nanti.
ayat aku kasi susun cantik punya.bagi sentap sikit.hehe

ape agaknya yang akan buat aku "feel" di pagi raya..

DUIT RAYA??-ni lah sasaran aku masa kecik-kecik dulu.
aku tak fikir lain dah.memang nak duit raya je lah.haha.
harituh sebelum datang sini ada makcik-makcik bagi aku wang saku kat airport.
ada la sikit lagi aku tak tuka ke new zealand dollar.
jadi...

dah macam orang cetek akal pulak.aku pergi print sampul duit raya.
aku buat sampul duit raya beb!!guna kertas A4 pon jadilah.
janji aku happykan diri aku sendiri.terasa cam bodoh pon ada.haha.
lantaklah.dan hasilnya....




ni lah kerja aku disaat-saat akhir "spring break" aku.
punyalah short wayar-wayar kepala aku ni.
isnin aku dah start class dah.tepu lah lagi otak aku ni.
mesti korang pelik kan active je aku blogging sejak dua menjak ni.
sebab aku tengah cuti beb.lusa cuti aku dah habis.korang pulak yang melompat-lompat nak balik kampung kan??
ok fine.pergilah balik kampung..
janji korang berhati-hati dijalan raya,ok???

dah lah..aku nak menyepi pulak.jangan rindu aku pulak.
korang pon dah nak beraya kan?tak ada masa punya nak tengok blog aku ni.
tak apa aku tak kecik hati pon.

ok dah malas nak cakap banyak.
selamat beraya semua.

at least aku dapat seratus duit raya pemberian diri sendiri.korang?ek eleh.
[sedap kan hati je ni]

Friday, September 11, 2009

ini bahagian lu,itu bahagian wa..


tajuk memang agak kasar.bagi gadis,kasarlah.
tapi kadang-kadang kena juga berkasar.bagi sentap sikit hati lu tu.
jangan jadi bodoh boleh tak??dungu tak habis-habis..
aku bukan marah.cuma aku sedih.
aku sedih dengan kau.aku kecewa dengan kau!!!
jangan jadi "looser bodoh" boleh tak.maaf berkasar lagi.

ini kisah salah sorang teman aku.
dia sangat putus asa,jatuh,sedih,kecewa.
aku pujuk,aku hulurkan kata-kata semangat selagi aku mampu.
aku tahu aku tak lah kuat mana.aku juga masih lemah.
kerana sayang aku terhadap kau.aku tak nak tengok kau terus begini.
bila kau call aku,kau menangis,aku turut menangis.
aku merasakan kehancuran hidup kau.aku merasakan betapa sakitnya kau tersungkur.
hati aku meruntun kesedihan sama
.sebak,pilu,sendu..sume ade beb.
wa akui hidup lu sangat sakit.hancur.tapi kenapa jadi macam tu?
lu tanya ah diri lu??
lu slalu cakap wa tak faham apa yang lu rasa.
lu selalu cakap wa tak rasa apa yang lu alami.
dah tu lu nak ke rasa apa yang wa rasa??

hey manusia.kalau ujian antara sesama kita itu serupa,tak bestlah.
sebab manusia itu saling melengkapi.makhluk dunia saling memerlukan.
kalaulah ikan makan ikan.manusia makan ikan,dahtu sape nak makan cacing?
kau nak makan ker?fikirlah sendiri..

aku sedih bile kau cakap,
"nape wa diuji macam ni..nape wa tak bahagia macam orang lain?"
"nape hidup wa hancur,orang lain bahagia,adil ke??"

dan aku terus menenangkan kau...aku memujuk lagi..
memberi semangat selagi boleh.nak beri kekuatan dekat kau aku tidak mampu.

lalu kau berkata,
"wa sudah fade up dengan dunia.."

aku terus balas,
"hey bodoh!kalau lu dah fade up dengan kehidupan dunia..takkan lu nak fade up dengan kehidupan akhirat.lu masih ada masa untuk bertaubat beb.paling kurang kalau lu hilang kasih sayang manusia dan kehidupan dunia..lu ada Allah dan kehidupan akhirat yang kekal..lu sedar tak tu??"

"lu jatuh pon sebab silap lu yang lepas kan??tak kan lu nak terus macam ni dan jadi bodoh terus buat silap..."

time ni aku dah mula diam.bukan nak marah tapi sebak sangat bila teman yang sorang ni makin mengikut emosi seolah-olah terus-terusan menyalahkan takdir dan dugaan yang turun buatnya.bila orang dah mecabar ketuhanan,aku jadi semakin berkasar.maafkan aku.
aku faham bila sedang bersedih.emosi amatlah tak stabil.
aku sayang kau..cuma aku tak nak kau terus sesat.bangunlah.
bertaubatlah sebelum terlambat.kamu masih ada ruang.

semakin hari,aku makin berfikir tentang kehidupan.kesedihan yang aku alami dulu.tidak kemana.sampai bila kita mahu bersedih.
sampai bila kita mahu terus jatuh.aku makin pulih.
nak tak nak.hidup mesti diteruskan.
paksa diri sendiri untuk berhibur adalah tanggungjawab wajib buat kau insan yang sedang bersedih.

hey teman.walaupun kau sudah hilang segalanya,walaupun kau rasa keseorangan.
tapi kau ada Dia dan kau tidak pernah keseorangan.
tolonglah jangan marahkan Tuhanmu atas ujian yang menimpa,
kau tahu tak time tu aku rasa aku nak tampar je kau.
tapi aku tak tampar pon.sebab kau jauh.
paling kurang pon aku menangis sebak je depan laptop...

semua orang ada masalah.lu bersyukur la dengan apa yang lu dapat.
sebab itu bahagian lu.itu je yang mampu lu hadapi.
bahagian wa,wa plak yang kena settlekan sendiri...sebab ini je yang wa mampu.
wa tak mampu untuk settlekan masalah lu.
dan lu tak mampu nak settlekan masalah wa.

"silalah ambil bahagian masing-masing.siapa yang tak dapat bahagian sendiri,tunggu je lah.sikit hari dapat lah tu.nak tak nak,kena bersedia..."

p/s: kisah maiyah,anak laut dan seroja diantara bahagian2 yang menyedarkan aku bahawa bukan aku je manusia yang sedih dan tersungkur di muka bumi ni.

kau juga harus kuat..terimalah bahawa itu bahagian dariNya buat kamu...

sampai bila??[sekadar gambar hiasan]
aku tahu aku hanya pandai berkata-kata.diri sendiri?
tapi paling tidak kita cuba untuk bangunkan.menangislah jika perlu.

Wednesday, September 9, 2009

OBAMA pon main facebook ke?


apa yang diluahkan dari lubuk hati Presiden Barack Obama,
macam betul jugak.
main facebook dah jadi trend dah.
aku je yang tak ada facebook.nak cakap aku ketinggalan zaman la tu?
"muka buku" itu aku dah delete ketika tahap kejatuhan aku mencapai takat bawah zero.
means berangka negative.susah nak dibendung.
sori aku merepek.

Obama cakap [eceh macam kawan aku plak] kat rakyat AS,
jangan mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi di dalam laman-laman jaringan sosial Internet,kerana takut akan memberi kesan buruk dan mengganggu hidup dimasa akan datang.

katanya lagi,
"kajian mendapati semakin ramai majikan AS yang merujuk ke laman seperti Facebook dan Myspace untuk memeriksa latar belakang pemohon kerja."

tak cukup dengan tu,dia kata lagi,
[wah banyak plak ko nak berkata-kata kat blog aku ni]

"Semasa muda, kamu melakukan banyak kesilapan dan perkara-perkara bodoh.Banyak telah saya dengar tentang anak-anak muda yang menghantar pelbagai perkara ke Facebook dan apabila mereka mahu memohon kerja, mereka telah diselidik,"

kesannya,

mungkin ada diantara kamu-kamu akan direject.Yelah,masa dekat facebook mana tau cerita dekat kawan-kawan

"akulah penagih dadah tegar",

"akulah penyamun dan perompak berpangkat besar"

"akulah spesies anjing laut cemerlang.."

erk..sori-sori.tak sengaja..

tak cukup dengan tu,ada diantara kita-kita mencarut-carut bangga dekat muka buku tu.mengutuk-ngutuk antara satu sama lain dah jadi "gurauan" sehati sejiwa.

walaupun itu cuma zaman kanak-kanak ribena,tapi lumrah manusia lah susah untuk menerima perubahan orang lain dari jahat ke baik.tapi yang baik ke jahat..senang pulak kau nak terima kan??biasalah tu.lumrah...tapi kita boleh ubah kan?

susah jugak nak cari kerja and lepas interview ni ek.bukan setakat pointer dan markah interview kau je mereka tengok.sampai facebook pon nak geledah.

so,majikan-majikan di malaysia,apa lagi???

geledah ah facebook..hehe

:lepas ni kita tunggu pulak Obama ulas pasal blog::

credit to utusan malaysia online

Tuesday, September 8, 2009

harap sudi..


hari ni aku happy..happy gile.senyum sampai ke telinga.
jangan tak percaya aku dah happy.pulih da ni.
aku dah bandage dah kot hati aku.letak minyak gamat sikit.ok la nanti tu.
parut tuh pon boleh hilang.gunalah SK-II.
kenapa aku happy??sebab......
keluar pagi2 lagi...
teruskan langkah ke pantai yang cantik..duduk sambil memetik gitar.
pandang ke atas..oh awan..cantik..
aku nyanyi sorang-sorang.tiba-tiba....
datang sorang jejaka."boleh i teman??..."
kalau stalker...mati aku.erk...
"boleh.."...dalam hati.."mana tau dia ni jodoh aku"
lepas tu kami berbual-bual..
gelak ketawa..sambil bertepuk tampar..
dalam hati..."eh,over plak kau.baru sejam dua kenal dah lebih."
terus aku duduk jauh sikit dari dia.tak manislah.
lepas tu dia ajak aku pergi main basketball.dia kata dia hebat.
wah!!!harini aku buat benda yang memang aku "gila happy".
main sampai penat.berpeluh sikit je.tidak berbau pon.
lepas tu.dia belanja aku ais krim...sambil cakap..
"i minat kat u la"
erk...speechless...

::ok tipu::seriously aku tipu::
itu sekadar imiginasi untuk pujuk hati.berangan yang indah-indah agar suatu hari nanti jadi realiti.siapa tahu kan??
apa-apa pon..."hidup mesti diteruskan.."
aku happy ke tak,biar aku je yang simpan.

ok teman,

berpuasa dan beraya dinegara orang memang berbeza..
ok agak tipu sikit.sebab aku belum rasa raya lagi.
tapi apakah feeling daku nak raya apabila mengetahui bahawasanya raya ke-2 aku terjebak dengan "test"...
mau aku buat "open hall" [ganti open house] time test tuh nanti.
nak ke aku angkut almond london,lontong,kuah kacang bagai???bagi feel sikit.

::terus hilang mood nak raya.::
kalau raya jatuh hari isnin,kelas dari 9-4.
pergi kelas pakai baju kurung..
duduk ayu-ayu budget ada mat salleh sebelah aku nanti nak cakap
"selamat hari raya gadis manis"...wah!

pagi raya confirm dah tak dapat cium tangan mak ayah.
uhhh.sedih,.syahdu,sebak,sesak,sendat..sume terasa beb..
mana aku nak sorok weh..paling kurang,nangis time mandi raya.
tak ada orang nampak.baru nampak macho kan??

mungkin terlalu awal kot untuk aku cerita pasal raya.tak kesahlah.
tapi nak bagi tahu sikit tak banyak.
kita sekarang ni sudah berada di fasa ke-3 ramadhan.
iaitu fasa perlepasan dari api neraka seperti yang diceramahkan oleh si putihpurple.
di fasa ini dimana Allah menjanjikan perlepasan api neraka bagi hambaNya yang bertaubat.
semoga kita sama-sama mengejar nikmat ini.
dan kita diantara golongan yang terpilih.bertuah.
hanya tazkirah ringkas.

okay.
tadi aku selesai tulis kad raya untuk aku post kan buat family dikampung.
agak "takat leleh" jugak la time tulis tuh.
laju je berguguran air mata aku.serious tak macho da.
dan,
rasanya tak ada lah over sangat kalau aku nak bagi anda-anda,kamu-kamu semua kad raya.
tak adalah seberapa.ntah-ntah pandang sebelah mata pon tak nak.
tapi aku tak ambil hati itu semua.
aku nak jugak bagi kad raya untuk anda.
walaupun jauh di perantauan...aku juga ingin merasakan kemeriahannya.
tak salah kan???

jadi,buat teman-teman blogger ku yang setia,sama ada yang kenal aku seluruhnya mahupun tidak,peng"komen" tegar,para follower,rakan-rakan yang keluar masuk blog ni,ahli keluarga jika ada,tak pon family member to be ke..erk???
aku ingin mengucapkan "selamat hari raya" buat anda semua.semoga raya tahun ini memberi seribu makna buat kalian disamping yang tersayang.Maaf andai ada coretan aku yang mengguris hati-hati kalian,mahupun ada perlakuan yang kurang sopan,atau tindak-tanduk yang menjengkelkan,aku susun sepuluh jari walaupun jari yang taip tak sampai 10 untuk memohon kemaafan dari kalian.kalau ade siapa yang tak puas hati..boleh cakap face to face ngan aku.
aku terima seadanya kekurangan diri aku yang amatlah menjengkelkan ni.

aku tahu aku tak layak untuk sesiapa...
ok sorry terkeluar dari topik ucapan salam perantauan.
terimalah kad yang tidak seberapa dari aku.....

sudi-sudilah amik ek..letak dekat blog korang..
kalau tak nak amik aku tak paksa.aku tau ni murah je.hu.

::sume orang dah pasang lagu raya dekat laptop::
::sekali pon aku tak mainkan lagi lagu raya::
::mata aku dah warning,cakap empangan airmata hampir kering::

Monday, September 7, 2009

the best letter...

nothing much to say..
i got the best letter ever..
if those words came out from your heart..
it's actually mine too..

thanks so much seroja jingga for the best letter..
i do appreciate u..

::credit for seroja jingga::

read more: click here

""This is for the broken hearted. I know how you feel. Empty, betrayed, and no happiness whatsoever. You don't want to laugh, because you know it's not going to help, but you don't want to cry, because it will just make you feel worse. You feel like your heart is falling apart, but not only that, but you know soon your life is going to feel like it's falling apart too.""

jatuh

saat aku menaip entry ni...
airmata aku tak henti-henti berguguran...
peristiwa,kenangan,memori semalam..
datang lagi....sekaligus tarik aku jatuh tak terdaya.
airmata,
tiada tanda-tanda kau akan berhenti reda..
sungguh aku malu bila aku jatuh lagi.
keegoan aku ketepikan.
kenapa kelemahan menguasai diri aku....
sampai bila......

diri..kenapa kau menyendiri...
tatkala kau sepi...
kenangan itu datang lagi...melukakan hati kau kembali.

aku jatuh lagi.....