Monday, November 9, 2009

seluar dalam (intro)

salam buat mereka yang beragama islam.mungkin dengan mendoakan orang lain,orang lain juga akan mendoakan aku.kadang-kadang kita sendiri kurang yakin dengan doa yang kita minta saban hari.kecukupan yang kita ada sebenarnya tidak cukup sehingga kita terpaksa meminta pertolongan orang lain."manusia itu saling melengkapi".kerana itu manusia itu tidak sempurna.mungkin dulu aku kurang sedar benda-benda macam ni.yup.pengalaman banyak mengajar aku apa itu hidup.banyak.terlalu banyak...kenangan aku jengah sekali sekala.supaya aku sedar apa yang aku dah lalui sepanjang hidup ni...kesal.perasaan itu timbul dihujung hati.

seluar dalam.tajuk agak kurang senonoh.tapi aku tak bermaksudkan apa-apa.sekadar tajuk yang ada kaitan dengan pengalaman dizaman kecilku.cerita ini aku tidak kongsi dengan sesiapa sekali pun hatta lelaki yang pernah mencuri hati aku 7 tahun lamanya itu.oklah jangan bukak cerita yang boleh mengundang airmata.oh ye,mak abah aku pon diantara orang lambat yang tau tapi mereka yang pertama aku ceritakan.tak lupa juge,ada beberapa orang sahabat perempuan ku yang sudah tau cerita disebalik seluar dalam ini.adakah ia sesuatu yang menggelikan hati??haha..buatlah andaian sendiri nanti.

segan sebenarnye nak cerita.tapi sekadar berkongsi pengalaman.tak salahkan?pipi aku rasa panas untuk berkongsi cerita ini..tapi aku sekadar ingin membongkar mana tau ada diantara kalian yang pernah mengalami situasi "seluar dalam" ini seperti apa yang aku alami.haha..malu lah pulak.blushing beb.dan mungkin juga pengalaman yang aku lalui ini hanya satu dalam seribu.siapa tau kan?

patut ker aku cerita??

p/s: apa masalah kau apabila kau solat isyak tapi wujudnya doa qunut pada rakaat kedua kau????mungkin itu tanda-tanda otak kau semakin nyanyok akibat telan MSG terlalu banyak dikala exam mungkin?

bola-bola

bukan bebola ikan ye.dan juga bukan bola-bola api yang macam dinyanyikan oleh achik dan nana.berjoget tergedik-gedik dengar lagu bola-bola api sangatlah tidak masuk dengan jiwa.isk aku benci betul lah lagu tuh.sory to say lah macha.hehe

memang peliklah kalau aku komen pasal bola sepak.sebab aku tak de lah minat sangat.kalau game yang aku tak main,selalunya aku kurang minat.tapi aku cuma perhatikan saja dari jauh gelagat penyokong fanatik,pemain,pengurus pasukan mahupun mereka yang menjadipengutuk.cukup sekadar memerhati,dan buat kesimpulan sendiri dalam hati.tak payah nak tunjuk-tunjuk sehingga bakar mercun dan banner mungkin??oh tidak,saya tidak layak cakap pasal ini.tapi kalau ajak saya bermain bola keranjang.sangat minat ok!!kan bagus kalau excited untuk turun court dan pegang bola itu sama seperti excited dan tangkas ketika turun katil untuk bersolat subuh.sekadar bermuhasabah.

dalam kenangan..
[basketball team 2005]

bila baca entry si avid gunner dan situs muhd zahari,seperti ada betulnya.malah ada idea mereka yang aku sangatlah sokong sampaikan aku baca sambil mengangguk kan kepala.oo yeah~~study untuk exam pon tidak begitu kan??oh no!!

lalu aku tinggalkan komen di entry situs muhd zahari yang berbunyi..ehem2:

"""bukan nak cakap pasal kenegerian ke ape,tapi nampak sangat semangat kenegaraan pon tak ada,apa salahnya kalau negeri sembilan dah menang..bangga je la sebagai rakyat malaysia.ini menyumpah cakap buang duit datangla bila kalah.ini ke kata support sukan malaysia??sebenarnya bukan ada semangat kesukanan sangat pon tapi semangat kenegerian itu mengatasi segalanya.tapi,apa kata tingkatkan semangat kenegaraan pula.so dat bila malaysia lawan MU,tak ada lah ramai orang dok sibuk pakai baju kaler merah..oo yeah~~chill..""""

ntah kenapa sejak kebelakangan ni semangat patriotik dalam diri aku semakin bercambah.bukan tuh je..semangat menjaga alam sekitar juga semakin meningkat.adakah aku sedang berkempen?oh saya bukan anak wakil rakyat ok..
what say you??
silalah ke blog avid gunner dan situs muhd zahari.

Sunday, November 8, 2009

DUREX for safety.

pesanan dari penulis:entry ni dah lama dalam draft.patotnya aku publish sejurus lepas entry yang ini.ape pon..layan je la cerita dimana saat pertama dan mulanya langkah otak aku diterokai dengan makhluk bernama DUREX.sekadar berkongsi pengalaman,tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
***************
wah..wah.. korang..rancak betul dok tanya wa durex tu nate gapo kan..lempang kang..tapi bagi sesiapa yang tak tau tuh,silalah tanya makcik google.tak de kerjala plak wa nak buat huraian kat sini....nanti jabatan agama terjah pulak wa sebab diorang tau wa ni single lagi..tak patot bawak masuk "nate" tu kat sini.jadi wa malas nak explain.jangan nak ngade-ngade.

ok nak cerita sikit macam mana wa boleh tau DUREX ni jadah apa.time tu dekat sekolah lagi.tak silap wa..dalam tingkatan 3 masa tu.biasalah ujung-unjung taon tiap sekolah mesti adalah kan majalah sekolah.lepas tu bagi pelajar form 5 tu,ada lah ruang untuk mereka nyatakan maklumat diri,nama,alamat,moto..dah macam wasiat lah lebih kurang.jadi,nak ringkaskan story wa ni,wa potong la part yang agak-agak tak penting.so,time tu wa ni otak suci lagi mana tau jadah apa tu durex.so member wa ni pergi lah selak-selak majalah sekolah ni...lepas tu dia dok gelak-gelak....

[kaler putih dialog wa.merah member wa.]

"pesal ko gelak-gelak ni weh?"

"ni ha..ada senior punya moto durex for safety".
wa dengar member wa cakap moto tu..tak ada pulak hati wa terasa macam digeletek.senyum pon tak.so wa pelik la ape yang lawak sangat.

"ha?bak sini aku tengok...."

diorang dok sambung gelak-gelak.padahal wa time tuh tak tahu pon nate gapo durex neh.bunyi macam smart je.serious wa tak tau.tapi sebab sume orang gelak-gelak sambil cakap "bengong tulis moto camni"..wa pon ikut je la gelak-gelak...tanda wa faham perbincangan yang sedang diutarakan.

tapi balik sekolah wa tak puas ati.sebab wa rasa tak ada benda yang lawak pon pasal moto tu.lalu wa pon pergilah menggunakan teknologi dan menerjah makcik google..haha.hasilnya wa malas nak cerita.lu orang sebenarnya dah tau "nate" gapo tuh..tapi saje je kan nak buat-buat suci.lempang kang.

ha lu orang pulak time bile kenal nate durex neh??behave okay,pandai-pandailah jaga diri...ok maaf.aku bukan pendakwah..nanti ada pula yang pandang sinis lalu berkata.."lumut pergi cermin diri".hmmm...baiklah.

Saturday, November 7, 2009

deras,dalam,hanyut.tapi bukan BUNUH DIRI


lokasi kejadian : Huka Falls,New Zealand.
sumber: para sahabat.credit untuk photographer.


bila melihat rambut itu jatuh,
lalu diseka oleh sang jejaka.
aku cemburu.
bila melihat airmata itu gugur,
lalu disapu oleh sang jejaka.
aku cemburu.
bila mereka duduk hiba,
datang kepada mereka sekeping bahu,
lalu mereka tenang sedalamnya,
aku cemburu.

entah.tidak kemana.tiada.
aku sekadar letakkan mata,
wujudkan hati disetiap kebahagiaan kamu-kamu itu,
aku selam,aku rasa.semahunya aku rasa.
aku senyum tiba-tiba.tanpa dipaksa.
entah.tapi bukan gila.

jika air itu deras selajunya,
dan mampu membawa segala sakit ini pergi.
pergilah.
jika dalam air itu sedalamnya,
izinkan ku campak pedih ini serta merta.
tiada bertangguh.
jika air itu melimpah lalu hanyut kepenghujung,
bawalah luka ini dan hanyutkan bersama.


nota ibu jari:
bodoh gila mimpi semalam..hampir kepada cilaka.
biasalah mimpi mainan tidur.

puas aku tahan.HOBEN JANG HOBEN..haha..

serious puas wa tahan nafsu wa nak update.haha...tak kire wa nak update gak memandangkan kelantan dengan n.sembilan sedang bertarung meyepak bola...korang sokong siapa?ayuh sokong n.sembilan..hahaha..dengan ini wa letak lagu semangat untuk pemain "kampung den".oo yeah~~pe dehal lu orang asik nak sokong MU,LIVERPOOL,CHELSEA...ah wa cukupla setakat menyokong N9..kalau nak dengar lagu ni.pegi youtube sudeh.

HOBEN JANG HOBEN..(4x)
dari sawah turun padang,
kini kau dah pandai nondang,
kali ini mosti monang,
bukan susah cukup sonang.

HOBEN JANG HOBEN..(4x)
sumbek goal banyak2,
biar sampai jaring kuyak,
main biar hati2,
jangan masuk goal sondiri.

HOBEN JANG HOBEN..(4x)
duo satu kocik bona,
ompek satu sonyum leba,
kalau buleh tujuh kosong,
bia dio balik molopong.

HOBEN JANG HOBEN..(4x)
Yang Tuan sokong kito,
Montori Bosa sokong kito,
Undang Luak sokong sokong kito,
jangan buek malu muko.

HOBEN JANG HOBEN..(4x)
bukan main bola lisut,
bukan main bola tampar,
bia dio orang tokojot,
kito monang pialo malaysia.

HOBEN JANG HOBEN..(2x)
hoben jang ho ben,ben,ben,ben,ben..
kali ini kalau kalah,
balik kampung potong gotah,
kito jangan mengelabah,
sumo pialo kito punggah.

HOBEN JANG HOBEN....

Thursday, November 5, 2009

CONTEST ESOKSEMALAM + all the best untuk semua.bye!!!!!!

[entry ditaip dengan serta-merta,tata semua]

oklah.beberapa hari ni aku akan outstation.berapa lama aku tak pasti.tapi tak lama.kejap je.bermakna aku akan tinggalkan blog aku ni.saja bagi dia berehat.update selalu pon tak best.siapa yang follow blog aku dari awal..akan rasa betapa kurangnya tahap keikhlasan pada setiap entry aku sekarang ni.korang tak rasa macam tu ker?tak rasa?tolonglah rasa..semakin hari..sebab musabab mengapa aku blogging sudah semakin terpesong.semakin aku sendiri membenci setiap bait kata yang aku taipkan.apatah lagi "pencinta" lumut.pasti rasa mual dan pening-pening sehingga disahkan 2 bulan.

oleh kerana ramai yang nak join contest esoksemalam..aku pon open lah table.tapi ingat!!!betulkan niat dulu...luruskan langkah..jangan cepat melatah.aku rasa mungkin lepas dah baca cara nak masuk contest ni..mesti korang rasa meluat dan malas nak join.terpulanglah.

CONTEST ESOKSEMALAM
[memerlukan keikhlasan,penghayatan,dan hati]
hint nak menang: sila usha-usha entry yang lepas.
hadiah: tidak terlalu berharga,cukup sekadar pemberian dari hati.ewah.
nak penerangan lagi.baca entry sebelum ni.
tarikh tutup: hari raya aidiladha 09.

penerangan:
  • contest ni terbuka kepada semua.
  • hendaklah dalam b.melayu or english.up to u.
  • contest terbahagi kepada 2 bahagian.
  • bahagian pertama: untuk mereka yang malas nak join bahagian kedua.
  • siapa yang dah join bahagian ke-2..kalau nak join yang petama jugak pon boleh.no hal.
  • hadiah untuk bahagian 2: terbahagi kepada 3lelaki dan 3perempuan.
  • hadiah untuk bahagian 1: 2 0rang yang bagi jawapan paling hampir.

bahagian 1: (siapa yang malas boleh jawab bahagian ni je): berapakah berat ketika lumut dilahirkan?dan pukul berapakah lumut mula jejakkan kaki diatas tangan doktor yang menyambut?haha..comel tak soalan aku?

bahagian 2: (lengkapkan SEMUAtask dibawah)
  1. menguji penghayatan dan imiginasi: korang dikehendaki buat satu cerita yang tak kesah pendek or panjang.tapi dalam cerita tu mestilah ada nama aku beserta link.contoh format boleh klik dekat sini.saja nak suruh korang merapu sebenarnya.cerita boleh dalam apa jua bentuk selagi tak menyinggung mana2 pihak.menyinggung aku tak ape.no hal.cerita lawak,sedih,gedik,hantu,nakal sikit2 ok lucah over jangan,islamik,berilmu..semua aku accept.tak kesah.
  2. menguji keikhlasan: setelah siap cerita korang tu,mesti lah lengkapkan 2 slogan berikut dengan seikhlas yang korang mampu...(tak ada limit perkataan)
""blog esoksemalam best kerana.......""
"blog esoksemalam tak best kerana...."
(lengkapkan kedua-dua slogan)


3.menguji hati :

yang ni aku dah potong.kurangkan kerja.haha.
syarat:

  • bagi yang join bahagian pertama SAHAJA,cukup sekadar korang jawab dekat bahagian komen entry ni...tapi dengan syarat,selitkan yang korang join contest ni dekat entry blog korang.senang cerita,bagitau semua makhluk dunia yang korang join contest ni.
  • bagi yang join bahagian ke-2:buat satu entry pasal contest ni dan wujudkan link blog aku dalam entry korang tu.so dat orang boleh tau siapakah yang buat contest cetek akal macam ni.haha.jawab semua soalan dalam entry tu.kalau korang nak join bhg1,jawab je dalam entry tu jugak.gebangkan sehebat mana yang korang join contest ni.
  • lepas dah join.pergi dekat ruangan komen entry ni dan bagitau aku korang dah join contest.copy link entry tu (bkn link blog korang),dan paste kan dekat ruangan komen.contoh: "lumut aku dah join..ini linkhttp://semalamesok.blogspot.com/2009/09/jejaka-pencuri-hati.html"
  • ingat,jangan lupa jemput orang lain join.sharing is caring.haha.
  • hint contest: boleh baca entry2 lepas.

aku nak outstation.agak-agak berape hari?haha

salam sayang semua.

oh entry 2 kali lepas dah bagi salam penuh.kali ni aku bagi salam sayang pula.sangat gagah dan gantleman kan aku??mesti ramai gadis cair lagi..sila lah bawa baldi untuk tadah air.lagi sekali penulis nak buat perkara yang julung-julung kalinya..apa khabar anda semua?sehat?haha..tak pernah aku tanya orang sehat ke tak dalam entry aku...terharu tak?ade rase nak panggil aku bercinta tak?ade?

sebenarnya aku nak outstation.tapi tak tau berapa hari.tapi rasa tak best pulak kalau aku outstation dan kunci rumah macam yang dibuat oleh beskot.yakni "private blog".hehe.ini serious ni.aku nak outstation.mungkin beberapa hari...kejap je tak lama.tapi jangan risau..aku akan selalu usha korang punya.cuma aku curik-curik masuk je rumah korang.ada rumah yang bertuah tuh siap aku tumpang terkencing sekali.sorry la dah tak tahan sangat masa tu.

dahlah stop merepek.orang mesti jemu punya.tak apa.aku tak kesah.sejak dua menjak ni aku selalu buat entry merepek.mungkin kesan stress exam.kurang pastilah.entah.bodoh sikit.rasa tak best.rasa bodoh sikit je...yang rasa pandai sikit tu aku simpan untuk bawak exam nanti.entah.dah lah..jangan tanye lagi....

ok.aku nak outstation ni.tapi..................

aku nak buat contest esoksemalam.
disebabkan aku nak balik malaysia tahun ni.dan mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir aku balik malaysia dan lepas ni cuti mungkin aku tak balik lagi dah...aku nak buat contest tanda persahabatan.bukan tanda kekayaan,mahupun tanda keriakkan dan kepoyoan.korang kena faham konsep ni.hehe.

hadiah??
hadiah die simple dan tak mahal.kira kalau korang dapat hadiah die mesti korang tergelak-gelak punyelah.siap memaki hamun organizer.serious ni tak tipu.yelah..korang masuk contest pon bukan berbayar kan?haha.dan lagi satu kan dah cakap..contest ni tanda persahabatan.bukan tanda kekayaan.jadi bersyukur jela dapat adiah ape.yang pasti adiah dibeli disini merujuk diauckland.lagi sekali aku pesan.adiah dia simple dan mampu buat korang mengutuk si pemberi hadiah.jadi nak ke join contest???

rules???
oh rules die simple dan mudah.soalan die pon simple nak mati...tapi memerlukan keikhlasan,penghayatan dan hati ketika menyertai..haha..ala..aku pon bukan jenis suke bende-bende skema.sebab aku memang tak suke rules time sekolah dulu.haha..gelak lagi.pe jadah?

ok lah.kalau ramai bagi respon dan nak join..aku tulis rules penuh die.jadi korang boleh tanye lah kawan-kawan korang,blogger lain kat blog korang,follower korang yang sebenarnye tak follow tuh,boleh tanya anak ketua kampung ke,leh tanya bilal masjid.agak-agak diorang nak join tak?hehe...kalau tak ramai nak join...aku malas lah.tak mencabar otak aku pulak nanti nak pilih sape pemenangnye...oo yeah~~~