Tuesday, July 27, 2010

sehelai baju buat aku


watak kali ini : kyne (nama moden tapi bukan nama sebenar).
cerita ditaja oleh : susu cap ibu.

[tahun 1957 selepas merdeka  la ni]

"hey kyne,lu mau practice ka berangan maa...sulah lah datang lewat...haiiyytt..haiiyytt...fokus maaa..ini bola mana...dribble pon tala bagus....fokus okay??"

"baik coach!!!...",jerit kyne selepas tersentak dari lamunan...fokusnya lari."cisss,orang tua ni...",rungut kyne.kerana terpandang seseorang di court sebelah membuatkan fokus gadis kaca-mata itu terganggu...dia tampak keletihan kerana berpuasa petang itu..tapi kerana beriya-iya didesak oleh rakan sepasukan..kyne gagahkan juga diri turun menjalani latihan...semuanya dibuat demi pasukannya....diambilnya bola..mata tepat merenung board didepannya....fokus semahunya dikumpul walaupun dia tahu seseorang sedang perhatikannya dari jauh....kyne rasa berdebar-debar namun dikawal agar fokusnya tidak hilang....bola dibaling tepat kearah jaring....."yes...."....kali ini shooting nya tepat...kyne kembali beratur...sambil itu sempat dia melemparkan senyuman pada seseorang di court sebelah.....mungkin hati gadis itu sudah mula dicuri sikit demi sedikit...siapa tahu...

"woi,tak kan usha shah sampai tak leh practice!!agak-agak ah...",bola dibaling laju tepat kearah kyne.mujur dia sempat menangkap bola itu sebelum sempat menghentam mukanya...dibetulkan kaca mata kembali kepada normal..."celaka."..getus hati kyne..dia tau perempuan yang tua 3 tahun darinya itu seringkali mencari kesalahannya....dasar tak boleh tengok orang senang....kyne sempat menjeling sebelum berlalu pulang mencari juadah untuk berbuka puasa petang tu....

"hari ni last kan kau ganti puasa??",tanya linda.
"yup....aku ingat kau nak puasa sama ngan aku...leh buka sama-sama...",kata kyne.
"kau ni dah nak masuk ramadhan barulah nak ganti....aku tak leh pose..pagi tadi baru bocor...tak pe ah aku teman kau buka kang..",ngomel linda....mereka meneruskan langkah tanpa sebarang kata...sunyi.

"beb...jalan slow-slow lah....jup-jup...",bisik kyne sambil terjenguk-jenguk..seraya itu tersenyum sendirian...kejap-kejap dia tertoleh-toleh....senyum memandang pemilik jersey nombor 8 itu...
"kau tak leh fokus sebab die kan??",linda menduga...kyne biarkan persoalan linda tidak berjawab....

 ni bukan watak kyne..kah kah..tak sesuai langsung
[tahun 1968...]
lamunan kyne terhenti.peristiwa yang menjengah benak fikirannya itu adalah peristiwa paling manis dalam hidupnya....kenangan itu kembali menerjah tatkala sebuah kotak jatuh dari almari kamarnya...segala isi kotak terburai jelas didepan matanya....dicapai kotak yang terjatuh lalu dikutip isi yang terburai satu persatu...dicapainya sehelai jersey bewarna kelabu...kali ini lemah pergerakkan tangan gadis itu....seakan timbul rasa pilu...................

"awak,sorry ek saya terlupa lah nak bawak jersey yang ada tulis nama saya kat belakang tu...tapi saya bawak yang ni pon ok kan??",terang shah bersungguh-sungguh.
"eh  tak pe.bak sini tengok....",pinta kyne dengan senyuman..."haha..."
"nape gelak??"
"ini jersey 5 tahun lepas kan???still ade??hee...suke-suke...sebab budak no 8 ni lah saya kena marah dengan coach taw!",usik kyne.budak no 8 yang dimaksudkan kyne itu sudah tentunya shah...kenangan 5 tahun dulu diungkit kembali oleh kyne.lumrah peribadi gadis itu dia sukar untuk melupakan segala yang berlaku dalam perjalanan hidupnya....kyne penuhi hari-hari nya dengan senyuman agar hatinya dipenuhi kebahagiaan sebelum meninggalkan tanah air tercinta.....kerana ayahnya ditugaskan ke Jepun selama 3 tahun...kyne sekeluarga terpaksa meninggalkan malaysia.....walaupun sudah biasa bercinta jarak jauh dengan shah...kyne pasti kali ini sama sekali tidak sama seperti selalu...kita akan berjauhan antara dua benua..kau dan aku berada pada 2 destinasi yang beribu batu jauhnya....lagi 2 minggu gadis itu akan meninggalkan malaysia......dan pada saat itu...betapa dia sayangkan shah...perkenalan selama 10 tahun bersama shah..buatkan kyne yakin..lelaki itulah yang tercipta buatnya.....

namun siapa sangka..berjanjilah banyak mana antara kau dan aku..bila-bila masa saja janji itu boleh dimungkiri hatta sesaat masa sekalipun...dan hari ini...mungkin sudah genap setahun baju ini disimpan rapi didalam kotak hitam itu tanpa dibuka selepas segalanya menemui pengakhiran.....sikit pon tidak terdetik hati gadis itu untuk melenyapkan baju bernombor 8 itu dari pandangannya..buat apa disimpan..dia sendiri tidak tahu...apa yang pasti...dia sudah meredhai pemergian shah....bukan salah kau kisah cinta itu berakhir bukan seperti yang diharapkan..bukan salah kau cerita kita tidak seperti filem "laila isabella"....cukuplah sehelai baju itu buat aku.....
*****************************
kahkah...... citer mende la ni sampah betul..tak sedih langsung woi!!!...ini rekaan semata-mata..hehe...terima kasih pentas hidup penuh liku....Thank you Allah.....senyumlah kerana nikmat yang diberi adalah jauh lebih melimpah banyaknya dari dugaan yang diturunkan... =)

"......boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu...Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
[Al-Baqarah : ayat 216] 
.

Monday, July 26, 2010

alahai abang momok....

tadi tengah buat lab report sambil dengar lagu tibe-tibe aku gelak sorang-sorang...ntah macam mana lagu abang momok kesayangan ramai (korang sayang ke?aku tak eh..kahkah) berkumandang menyapa tahi telinga...maka cairlah tahi telinga aku lepas dengar lagu tuh....lebeh kurang cam ni lah lirik dia....taip chorus je lah ek....

"ke mana arah  hendak ku tuju..
bila hati ku rindu padamu..
hendak ku cari tapi tak guna..
kau bahagia dengan si dia....
dikamar sepi aku termenung..
terbayang-bayang kenangan kita....
tidak kusangka kau tergamak pergi..
saat ku masih perlu kan mu.." (eh eh bleh tahan sedih lagu ni..kahkah)
try le carik lagu tajuk "meraung" kat youtube...mesti cair taik telinga.

teringat plak dulu akak aku pernah beli kaset abang momok ni..kaset ye...punyelah semangat akak aku beli..aku rasa bukan terpikat dengar suara abang momok ni..tapi mungkin sebab bibir merah jambunya siap dengan lip gloss tu???yiieeeuuuwwww....kahkah....maaflah bukan nak mengeji abang momok..tapi lagu tuh dah lama..zaman saya sekolah rendah kot lagu yang berkumandang tu...ntah macam mana lagu tu boleh ade dalam ipod saya pon saya tak tau....mesti tercopy dari folder yang akak saya bagi dulu tu..kahkah....

bila dengar suara abang momok yang dah bertahun lamanya tuh....sumpah tergelak sorang-sorang...mana tak nya....saya hairanlah takkan lah dulu semua orang tak perasan suara abang momok ni sengau gila..macam manalah boleh buat lagu......adoiiii.....dan sekarang abang momok dah bergerak secara solo...ade ke antara korang yang minat abang momok ni??alahai abang momok..ape pon anda sudah improve lah sikit kalau dibandingkan dengan suara dulu yang pecah speaker tuh....=p

tak tipu dulu akak saya beli ni!!
sia-sia betul...36.90 tu makan ayam goreng lagi sodap.

alahai si jambu......

"telah aku korbankan...cuma hanya untuk mu sorang....
kesetiaan ku.....tidak kau hargakan...sedihnya....." (lagu abang momok,kahkah)

-awak,lagi bagus kalau awak bersedih atas dosa-dosa awak...{^_^}-

khas buat hati,
sedarlah bahawa cinta yang hina itu adalah cinta yang dikuasai hawa,nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain. dan ketahuilah wahai hati...hawa terbahagi kepada 3 iaitu keegoan,seks dan perut...dan nafsu itu adalah kehendak kepada perkara-perkara duniawi...apalah yang tinggal jika cinta yang suci yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya untuk berkasih sayang dicemari lalu dikhianati...bersyukurlah jika ditinggalkan oleh cinta yang hina...awak jangan sedih hati...segalanya sudah tersedia terbaik buat awak....redhalah...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.."
(Al-Anfal:2)
.

Sunday, July 25, 2010

dengan harapan..

dengan harapan..semuanya akan kembali pulih.
walaupun nampak macam dah tak de harapan...
walaupun nampak macam samar-samar untuk kembali macam yang diharapkan..
yang penting mesti kuat,sabar.....
everything gonna be fine...
walaupun tak kembali pada normal.

hey girl,
.............................
(tetibe teringat kuch kuch ho ta hai - "hey rahul...=p" )

p/s : tolonglah gelak kan aku tulis macam entry lepas..kahkahkah..sebab belum cukup baik untuk tulis macam tu kan?gelak lah lagi..kahkah....

gonna hate basketball damn much ,suatu hari nanti..
.

Friday, July 23, 2010

kerana gadisku (slluurrpp)


gadiskumy girl
my girl = drama korea
 .
my girl adalah drama korea yang ke-2 aku tengok.itu pon orang yang beriya-iya suruh aku tengok..aku bukan nak cerita pasal sinopsis drama ni..apatah lagi perkenalkan pelakon...apa yang aku nak highlight...kerana drama ni aku teruja dengan pokok buah limau..bukan limau kasturi mahupun limau nipis ye..itu umah nenek aku pon melambak...dan kerana drama ni gak aku teringin nak pergi KOREA.korea diantara negara yang aku memang excited gile kalau dengar orang belajar kat sana mahupun pergi melancong...dengar orang malaysia pergi korea pon dah cukup buat aku teruja apatah lagi diri sendiri yang pergi..balik pada topik,kerana cerita my girl ni jugaklah menyemarakkan lagi semangat aku nak pergi korea..sebabnye adalah semata-mata nak pergi kebun buah oren yang macam dalam citer tuh...oh my dream..=)

tapi tak pe....1 day aku akan pastikan aku sampai jugak korea.tapi before aku sampai korea satu hari nanti..ape kate kasi korang jeles dulu....kahkah...


lokasi kejadian : kiwi 360,Te Puke,New Zealand.
tarikh kejadian : 14 July 2010.

main attraction dekat sini dah tentunya buah kiwi..kebun buah kiwi.tapi ada jugak buah-buahan lain disini.dan disebabkan aku dah excited gile dari kecik memang berangan nak duduk bawah pokok buah oren sebab memang suke gile buah oren...so update ni dulu ler..macam macam jenis buah limau ade ye adik-adik..dan aku memang teruja tak terkata sebab boleh makan sesuke hati..petik dan masuk mulut...heaven gile....(dunia dah macam ni,apatah lagi syurga..subhanallah..). masa dekat pokok limau ni aku tak banyak cakap mahupun amik gamba...ini adalah kerana aku menggunakan masa sebaiknya untuk menikmati impian ku ini...eceh ayat...dah lah tengok je gamba yang sempat aku tangkap sambil makan buah limau..time taip entry ni still kecur air liur....kahkahkah...sori terpoyo.


melompat kekenyangan.....eh eh.

Monday, July 19, 2010

tak sia-sia jadi penunggu...

mission accomplish!!

bila terdesak mahupun terpaksa, macam-macam boleh jadi..aku teruskan perjalanan hidup macam biasa hari ini.namun,ada misi yang perlu aku selesaikan...nak tak nak kene berusaha....niat untuk jual buku text milik diri sendiri makin menebal bila poket makin kurang tebal (menipis)...lumrah hidup makin tua,makin kena pandai berdikari.

nota kecil cerita : aku punya 3 bijik buku untuk dijual.ini misi.

lepas class aku pergi bookstore uni...tengok-tengok harga buku text semester ni mahal gile..memang tak mampu nak beli dalam keadaan sekarang ni..belek-belek buku....belek-belek kedai..belek-belek manusia dalam kedai..sungguh membosankan dan melaparkan perut...masing-masing sibuk carik buku.aku suspek masing-masing mesti semangat gile la tuh nak start semester baru..jangan hangat-hangat tahi ayam sudah ler...tengah syok memerhati manusia..tiba-tiba seorang perempuan yang disuspek mandi pagi tak cuci rambut diri depan aku.terus menghalang pandangan aku yang sedang merenung rak buku...aku perhatikan gerak geri beliau...mata fokus pada bahagian tangan minah tuh......

"waktu tepat ni...",bisik hati aku. (misi harus dimulakan)

"excuse me..nak beli buku ni ker?saya nak jual gak buku ni...nak?dalam $150 ok?dah..dah tak payah banyak fikir...setuju je la..murah dah ni..(keler merah ayat tipu)",aku mengumpan.mana tak nye harga asal mencecah $214 bagi sebijik buku.minah tu terus setuju.
"oh ye ke!!nak-nak!!dari semalam saya cari!!...bla bla bla",aku malas nak dengar.excited gile minah ni...pungpangpungpang settle deal jual buku ngan minah tuh...lepas berjaya dengan misi pertama,aku fikir bagus jugak kalau buku seterusnya pon aku guna taktik yang sama..so tak payah lah susah-susah nak tampal iklan sekitar uni....dengan itu bermulalah kerjaya aku sebagai PENUNGGU kedai buku...macam-macam jenis buku aku belek untuk buat gimik padahal aku tengah perhatikan manusia....datang sorang lelaki kiwi berdekatan rak buku yang aku nak jual...lalu mangsa diterjah...

"beb,lu amik subjek ni ker?gua dah amik dah last sem and nak jual buku...dalam $95 ok??",tegur aku begitu sopan.
"a'ah...erm...buku lu tuh elok lagi cam gini ker?",sambil tunjuk buku tu tepat depan mata gua.
"mesti lah elok...tak kan gua nak bagi yang dah koyak rabak muka surat berterabur bagai kat lu plak...lu nak ke tak??".
"em bleh la...tapi gua nak sekarang la..ade?"
"sekarang tak dapat la..buku tu kat umah...esok bleh?"
"esok??owh tak pe lah...maybe lu bleh jual kat orang lain...",cesss..aku senyum je lah kat die...dalam hati pon senyum jugak tapi sambil cakap... "ek eleh..macamlah beli buku hari ni leh tros dapat A+."...biasalah tuh ayat orang kecewa,jualan gagal.

sekali gagal tak bermakna selamanya gagal.itulah pepatah melayu yang aku pegang untuk melangkah dinegara orang.ok poyo..meneruskan tugas sebagai PENUNGGU aku jalan tawaf kedai buku..depan belakang depan belakang..jumpa mangsa seterusnya untuk buku yang ke3....

"excuse me....hello hello..",tak de respon...kuang asam pakai earfon rupenye...terus aku tarik topi die sampai terjatuh...ha baru nak pandang orang panggil tak dengar...(ok tipu aku tarik baju die sikit je).. "nak beli buku ni ker??",ayat manis bermula...
"erm yup...",jawab pendek..sombong btol mamat ni.
"saya nak jual dalam $25...kalau awak tengok sini pon $45 kan?so beli le kat saya.murah dan berbaloi buku ni memang berguna..banyak exercise leh buat untuk skor subjek ni"....lain benar kali ni aku terang panjang lebar...
"ha.....erm.....erm.....",mamat ni macam terkedu pon ada,macma blurr pon ada...tak cakap pape..pandang aku.pandang buku.tu je reaksi die....tah pape btol...aku tros blah lah dah gaya nye cenggitu...aku suspek la kan mamat ni mesti kecik-kecik mak die pesan jangan layan orang tak kenal..tu yang terbawak kebesar tuh....aiseh.

2 jam lebih aku just dapat jual 1 buku je....penat dah tawaf aku pon keluar kedai...tapi orang nak berjaya mana boleh putus asa...selang satu jam aku masuk balik kedai teruskan misi mencari mangsa.....alhamdulillah tak sampai 1 jam 2 buku seterusnya berjaya aku jual....maka settle lah misi aku hari ini....thank you Allah...
.

tukar status...

menjelang semalam status facebook,ym semua pelajar sekitar auckland bertukar nak tunjuk emosi nak mula class bagi semester baru....yang paling tak bleh blah status "esok stat skolah. mlm ni kapur kasut, balut buku text. baju da siap gantung".ni semua lah ni...semua ni nak mengundang emosi bergelora dalam jiwa..mana tak nya,status mengingatkan aku zaman sekolah rendah..zaman paling heaven....zaman dimana festime tengok kuch kuch ho ta hai (ok tak de kaitan)...zaman pegi sekolah cium tangan mak abah...zaman nangis tak jumpa stokin nak pergi sekolah...so sekarang mana nak dapat?lagi-lagi bila dah berjauhan...rindu menggunung ganang toksah cakap lah...

paling best bila abah bagi duit belanja..."satu ringgit je bah??".
"cukup la tuh...akak kau ada class tambahan..lebih 50sen lah duit die.."

sekarang dah berbeza..cukup berbeza...nak keluar rumah tak de da mak nak jerit suruh makan nasik goreng..paling kurang pon pagi tadi amik roti sekeping gigit sambil pakai kasut..kunyah dalam lif ...tak de da mak nak lambai-lambai...paling kurang pon tahan pintu lif kalau dah nak tertutup...arggh sume dah berbeza....

rindu?

benda biasa yang memang kene overcome bila beribu batu jauhnya dari keluarga....nak menjelang bulan puasa..hari raya...lagilah penyakit tuh datang menggila..kalau tak pandai handle silap silap melarat sampai kena sawan...jangan main-main....sini sana orang tanya aku... "oi tak balik ke tahun ni..." ..."dah tak ingat malaysia dah ke..." ...."tak rindu makanan malaysia ke..."....ni semua ayat nak kasi cili mulut tu.....dari korang cakap camtuh..ape kate hantar kuih tat sebalang ke...maruku ke...keropok ikan ke...lagi berbaloi.hehe

habis class gerak balik rumah..sampai rumah rasa cam........................ntah tak best..bila tak dapat bukak tudung saji bawah tu ada makanan.....heaven...last-last minum milo secawan.kenyang.....

miss u ...mom and dad.(budget omputih lah tulis ayat ceggini??)
.

Sunday, July 18, 2010

cerita sausage...


haritu pergi shopping barang untuk BBQ beberapa hari lepas.aku tak de lah cerewet sangat cuma kat sini aku cam tak makan sausage die..pelik sebab die dalam tiub plastik tu dan besar buat aku tak lalu nak makan..sangat lain dari sausage dekat malaysia...so dijadikan citer akhirnya aku jumpa lah 1 jenama sausage yang aku bleh telan.at least.so yang tu je aku makan....

Ok pendek kan cter jadi lagi pendek..aku pon pergi la shopping carik sausage tu..da lame pusing-pusing cari barulah aku jumpa.belek-belek plastik die tak de tanda halal...aku just baca..precooked sausage with garlic bla bla...and tulis corn-fed chicken..:

Tet tet tet..(bunyi aku call orang)

"hello nak tanya ni yang sausage ni memang sah halal kan sebab saya tengok tak de tanda halal ni??"
"yup memang halal and bleh makan jenama tu..."
"owh...ok2...owh betul la halal..sebab dekat plastic die ni tulis corn-fed chicken,kira dia makan corn je kan???ok2....",aku membebel macam orang bagus sambil belek-belek plastic sausage tuh..orang yang aku call tu macam blurr macam paham tak paham apa yang aku cakap...

telefon dimatikan..

terus aku senyum sengsorang...yela...ape kejadahnya bila ayam tu makan jagung terus jadi halal?ntah nape time tuh aku pikir kira die makan jagung,die vegetarian la kot??tak makan daging or mende pelik-pelik so ayam tu kire halal....haha...tak masuk akal btol...aku langsung tak terpikir ayam kene sembelih dulu baru jadik halal...kire kalau ayam kau tuh kau bagi makan taik manusia pon..kalau sembelih....sedap je weh dimakan tanpa was-was ye tak??

lapar tak?