Thursday, July 1, 2010

auckland banjir

aku macam dah jarang nak update pasal life dekat auckland..lagi suka menulis monolog suara hati dari menghebahkan tentang perjalanan hidup aku..lagipon aku bukan lisa surihani ke ape ye tak??

Jadi sekali skala aku update la sikit..em nanti kalau adik aku nak belajar luar negara ke..aku akan suggest tak payah lah dik..sebab??ha kisah adik ngan akak aku same je dua orang tu masuk asrama airmata bertempayan meleleh nak balik rumah..ish tak macho langsung at least nak nangis pon dalam toilet tak pon nak tidur dah le kan??tiru macam saya..haha.mereka tak sama macam aku..jiwa aku ni macam keras sikit..boleh ditahan tahan walaupun aku tidak berkehendak sebegitu....huhu

kembali pada tajuk...sekarang auckland sudah mula dibanjiri dengan pelajar malaysia yang datangnya dari seluruh new zealand..dan rumah aku sendiri menerima tetamu seramai 8 orang...memang macam nak raya la...sebab kalau tak sunyi je rumah ni 3 orang je..sekarang amik kau 11 orang sumbat...hehe..mungkin ada yang dah baca update dari beberapa teman blogger yang juga belajar di NZ.mula dari 3-6 july ..di auckland akan berlangsung "bersatu games" iaitu sukan antara pelajar malaysia yang belajar di sekitar new zealand diadakan setiap tahun.so tahun ni auckland jadi tuan rumah..datang lah mereka memenuhi bandar auckland ni yang dikatakan nampak macam KL ni..tp KL lagi sesak dan padat aku rasa.auckland aman sikit la..hee

jadi hari ni dah mula opening bersatu games dan registration semua players yang datang dari 8 buah team mewakili auckland, wellington, waikato, palmerston north, dunedin, christchurch and so on.tak igt plak lagi.haha.antara games yang dipertandingkan tahun ni adalah..basketball lelaki sahaja,badminton,volleyball,sepak takraw,handball,futsal,frisbee,netball,rugby and apetah lagi...so kepada mane mane blogger yang datang tuh...aku rasa jangan lah jerit "lumut" dari luar kot..segan ler beb..wakakaka

berikut adalah games yang aku terlibat :
3 july : bola tampar
4 july : bola baling & futsal
6 july : netball & frisbee

lepas bersatu ni ada sesuatu yang mungkin akan mengejutkan seantero pembaca yang kenal aku in real life...insyaAllah akan reveal tapi tengoklah macam mana nanti...aku tak boleh nak citer sekarang....biar sumenye dah selesai dan jika diberikan kesempatan aku akan share dekat sini ok..hope semuanya akan berjalan lancar..tulang 4 kerat makcik ni pon dah sakit sakit da ni...Oklah all the best kepada semua team yang datang bertanding......

selamat datang ke auckland  city of sail....
.

No comments: