Friday, July 23, 2010

kerana gadisku (slluurrpp)


gadiskumy girl
my girl = drama korea
 .
my girl adalah drama korea yang ke-2 aku tengok.itu pon orang yang beriya-iya suruh aku tengok..aku bukan nak cerita pasal sinopsis drama ni..apatah lagi perkenalkan pelakon...apa yang aku nak highlight...kerana drama ni aku teruja dengan pokok buah limau..bukan limau kasturi mahupun limau nipis ye..itu umah nenek aku pon melambak...dan kerana drama ni gak aku teringin nak pergi KOREA.korea diantara negara yang aku memang excited gile kalau dengar orang belajar kat sana mahupun pergi melancong...dengar orang malaysia pergi korea pon dah cukup buat aku teruja apatah lagi diri sendiri yang pergi..balik pada topik,kerana cerita my girl ni jugaklah menyemarakkan lagi semangat aku nak pergi korea..sebabnye adalah semata-mata nak pergi kebun buah oren yang macam dalam citer tuh...oh my dream..=)

tapi tak pe....1 day aku akan pastikan aku sampai jugak korea.tapi before aku sampai korea satu hari nanti..ape kate kasi korang jeles dulu....kahkah...


lokasi kejadian : kiwi 360,Te Puke,New Zealand.
tarikh kejadian : 14 July 2010.

main attraction dekat sini dah tentunya buah kiwi..kebun buah kiwi.tapi ada jugak buah-buahan lain disini.dan disebabkan aku dah excited gile dari kecik memang berangan nak duduk bawah pokok buah oren sebab memang suke gile buah oren...so update ni dulu ler..macam macam jenis buah limau ade ye adik-adik..dan aku memang teruja tak terkata sebab boleh makan sesuke hati..petik dan masuk mulut...heaven gile....(dunia dah macam ni,apatah lagi syurga..subhanallah..). masa dekat pokok limau ni aku tak banyak cakap mahupun amik gamba...ini adalah kerana aku menggunakan masa sebaiknya untuk menikmati impian ku ini...eceh ayat...dah lah tengok je gamba yang sempat aku tangkap sambil makan buah limau..time taip entry ni still kecur air liur....kahkahkah...sori terpoyo.


melompat kekenyangan.....eh eh.

No comments: