Tuesday, May 11, 2010

SEMALAM aku belia, ESOK aku pemacu negara

tahun 2009 adalah tahun dimana mengubah segalanya tentang saya..tidak terfikir perjalanan saya akan berubah sebegini rupa...pelbagai perkara manis,pahit,sakit,pedih,suka,jatuh bangun semuanya dilakar sepanjang tahun itu....dan segalanya saya lakarkan di ESOKSEMALAM.tahun dimana saya mengorak langkah meneruskan perjalanan,tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh keluarga,sahabat dan negara tercinta...menjadi pelajar dibawah tanggungan duit kerajaan betul-betul membuat saya perlu terus maju sebagai seorang pelajar...namun tidak diduga...semangat saya jatuh tangga terbawah dan kudrat saya hilang entah kemana....segala yang menguji saya pada tahun 2009 itu masih segar diingatan....

 hari pertama saya menjejakan kaki di bumi Auckland,New Zealand..

 "abah...nak balik.....",menangis teresak esak saya ditalian mohon untuk pulang....tiada kudrat untuk meneruskan pejuangan apabila saat saya berjauhan...segalanya berlaku sekelip mata.abah tau saya bukan anak yang mudah mengaku kalah...namun kerana cinta seorang lelaki dan hubungan yang dibina 7 tahun yang lalu musnah dipertengahan jalan..segala janji untuk mengejar kejayaan bersama dan bina hidup bahagia kelak musnah...saya bagai hilang arah...rasa sakit,dikhianati,lost,give up...saya hanya menangis hari demi hari..saya perlukan keluarga namun jauh...tempat untuk mengadu...saya perlukan teman penghulur semangat..saya perlukan seseorang berkata sesuatu kepada saya...namun tiada....berjauhan dengan keluarga serta teman-teman sekaligus mengubah saya dari seorang pelajar harapan,kepada seorang pelajar yang tiada hala tuju....hari demi hari saya bazirkan dengan meratap dan bertanya mengapa ini semua terjadi..saya langsung tidak meneruskan perjuangan saya sebagai pelajar harapan negara..saya langsung lupa saya disini dengan duit rakyat...saya hanya mangurungkan diri...kelas saya endahkan,belajar saya semua entah kemana....hari-hari saya terus memohon petunjuk pada Illahi....berikan saya semangat untuk teruskan perjuangan..lalu Dia berikan saya sesuatu yang berharga melalui alam maya ini....

begitulah bagaimana mulanya saya menubuhkan esoksemalam..pada  Ahad 2 ogos 2009 saya mula mengorak langkah...saya perlu mencari sesuatu untuk membuka mata saya untuk tanam balik semangat saya...dan mula dari tarikh itu...saya mula menulis sekadar untuk meluahkan..pada saat itu,hanya satu harapan saya.....saya inginkan huluran semangat dari mereka diluar sana...saya ingin berkongsi dengan mereka..kerana saya tau dugaan yang kita lalui ini..bukan hanya kita yang merasa..tapi mereka yang terdahulu sudah melaluinya..dan syukur kepada Allah...ramai diantara teman-teman maya (blogger) datang berkongsi cerita..saban hari mereka memberikan kata semangat buat saya....mereka cuba sedaya upaya untuk tenangkan saya dari kejauhan itu......dari tiada siapa yang membaca tulisan saya dulu sehinggalah hari ini..saya masih setia menulis untuk berkongsi....

tidak saya sangka,tulisan saya,sajak-sajak saya,cerita rekaan saya,dan perjalanan hidup saya disini...sedikit sebanyak memberi semangat buat pembaca lain...pernah juga terlintas untuk berhenti menulis..untuk berhenti membuat "cerita rekaan" milik saya..namun kata mereka..cerita,sajak-sajak dan pengalaman yang ditulis mampu menaikkan juga semangat mereka...dan kerana itu...saya masih disini menulis untuk mereka yang ingin berkongsi..untuk mereka yang semangat nya jatuh seperti saya dulu..untuk mereka yang perlukan teman..untuk mereka yang perlukan semangat untuk mengorak langkah....kita tidak boleh cakap kita rasa apa yang mereka lalui..tapi apa yang boleh kita bantu..sekadar menghulurkan sedikit semangat...biar suatu hari nanti...kita mampu berkata "SEMALAM aku belia...ESOK aku pemacu negara..."


HARI BELIA NEGARA 2010
Tema : Belia kreatif pemacu pembangunan negara



jadi sempena Hari belia negara 2010 yang bakal berlangung pada 14,15 dan 16 mei ini bertempat di presint 4 putrajaya....saya mengambil peluang untuk turut menjayakan contest anjuran Information Technology Youth Movement memandangkan saya berada dikejauhan dan ini saja sumbangan yang boleh saya berikan tanda saya menyokong usaha baik kerajaan.=).Pertandingan ini bertujuan untuk mengumpul  50 blog yang kreatif dan senarai 50 blog ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri kita YAB Datuk Sri Najib Tun Razak . Ini adalah untuk menunjukkan bahawa blogger juga mampu untuk terlibat sama ke arah memacu pembangunan negara.Jadi marilah semua sama-sama memeriahkan Hari Belia Negara 2010..dengar cerita pelbagai aktiviti menarik disediakan....sepert youth Town,pertandingan cyber games,sepak takraw,bola jaring dan pelbagai lagi.klik SINI untuk tahu lebih lanjut.


logo ITYM...anda boleh klik SINI untuk ke blog rasmi ITYM.
Gerakan Belia Teknologi Maklumat atau dikenali sebagai Information Technology Youth Movement (ITYM) adalah sebuah badan pertubuhan yang diwujudkan bagi menyatukan golongan belia-belia di Malaysia terutamanya dalam bidang teknologi maklumat.

all the best saya ucapkan buat seluruh tenaga ITYM...semoga apa yang diusahakan dapat memberi manfaat kepada semua belia disamping mengurangkan gejala sosial yang dah terang terangan tak berfaedah....berkongsilah secara berhemah. =)

bagi anda yang ingin sama-sama menyertai....berikut adalah syarat penyertaan...
  • Tuliskan sebuah entry mengenai hari belia negara atau mengenai ITYM
  • tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..
  • Sertai kami sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda.. 
  • e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikut itym2007@yahoo.com 
  •  pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 13 mei 2010

     diantara aktivit yang saya sertai ketika pulang ke malaysia desember 2009

     mereka datang hulurkan semangat...31 disember 2009..
    .saat ingin pulang meneruskan perjuangan dibumi auckland.

    semoga apa yang kita kongsikan bersama di alam maya ini (dunia blog) sikit sebanyak dapat memberi sesuatu buat mereka yang membaca..mengubah sesuatu itu bukan saja dengan perbuatan...kita juga boleh menyumbang melalui penulisan.....=)
    .

    No comments: