Sunday, February 28, 2010

trip ke GOAT ISLAND !!!

sebelum goat island,ade 2 event yang nak dikongsikan bersama.selepas goat island pon ada lagi pengalaman yang nak dishare,tak tau nak start dari mana......jadi aku start dari sini,sekadar ingin berkongsi keindahan ciptaan Tuhan..........

lokasi kejadian : GOAT ISLAND,new zealand.
tarikh kejadian : 27 feb 2010
gambar : sony DSC-w210 cybershot carl zeiss. (upgraded!!hahahahaha)

seramai 13 orang dengan menaiki 1 van dan sebuah kereta telah mengikuti trip ni...aku cerita ringkas je ek..kenapa dan mengapa pulau ini dinamakan "pulau kambing" secara formalnya aku tak pasti.tapi secara pemerhatian aku sepanjang perjalanan.....memang korang akan tengok banyak gile kambing biri-biri sepanjang jalan..untuk sampai ke pulau perlu melalui liku-liku perjalanan...masuk ke dalam jugak lah sampai line telefon fon tak dapat dikesan...bagi mereka yang sukakan aktiviti dilaut...dan pencinta alam sekitar...aku suggest pergi lah sini.CANTIKKKKKK..hehe.jeles???rileks-rileks..malaysia pon apa kurangnya.kat mana pon kita..kita masih berkongsi nikmat Tuhan kan?paling simple..kite share langit yang satu.=)

pulau ini dipelihara agar spesies kehidupan laut tidak pupus.......bagus kan??

semua aktiviti aku buat.except for scuba diving...

gambar mereka yang buat scuba diving dan snorkelling.kalau scuba diving korang masuk sampai dasar laut gune tong gas tuh.kalau snorkeling gune goggle dengan corong pernafasan tu je.just di permukaan laut.
belakang tuh adalah GLASS BOTTOM BOAT.

cost nak naik "glass bottom boat" : $30

mula-mula naik boat ni ecxited lah jugak.tapi biasa je..kalau korang dah masuk aquaria dekat KL tuh..ha lebih kurang lah view die.cume ni ketengah laut...aku rasa aku bayar naik boat ni untuk 15 minit yang pertama je.selebihnya aku tidur.MABUK CINTA LAUT wehhhhhh...rasa nak muntah dan terus matikan mood aku.

ini keadaan dimana aku dah pening gile.mabuk laut.haha.
inilah rumpai laut yang ditanam untuk memastikan kehidupan sejagat ikan-ikan terpelihara.
view separa keseluruhan pulau ini...
cun tak gambar aku snap?????=p
subhanallah.....

erk??ini special aku tangkap untuk fhad,ian,razman,siggplus.haha..
ada lagi hot.tapi bahaya tak boleh letak dekat blog tontonan umum.haha.
akhir kata.....
peliharalah alam sekitar...nikmati keindahan dan hargai sedangkan itu semua kita perolehi free.

bak kata maori ni : "i homai te moana nga mea e roa ki a matou na reira he pai kia whakahokia te koha mai te tiaki me te manaaki atu ki te moana"
untuk fahaman korang : "it seems the ocean did give birth to all the living things on earth.it makes good sense for all of us to care for it and recognise its worth."

matikan mood betul lah!

agak lama menghilang.uhhhhhhhhh..terlalu banyak benda nak cerita sampai tak tercerita.tak tau nak start dari mana.tak tau mana pangkalnye...susah jugak neh.oh ye esok 1 march bermula kisah seorang pelajar malas di bumi asing...

mood nak cerita terus mati apabila...

esok mula class.dan lupa pulak nak tengok jadual class pukul berapa.yang aku pasti aku dah enrol 4 subjects untuk sem ni.so bukak website uni nak cek schedule je lah kalau ikut niat asal hati ni.pergi cek.......lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....ha buat aku naik angin lah ni...boleh pulak satu subject ni hantar email cakap aku telah ditendang keluar berambus tergolek-golek disebabkan aku student last yang enrol.jadi,aku tak boleh enrol subject tuh sebab dah exceed limit.diorang cakap lupa nak tutup enrollment tuh time aku enrol haritu...so,apa hal?ini bukan salah gua beb!!!!!!!!!!!!!!jadik sekarang ada 3 subject je...1 lagi subject ape gua nak amik?banyak dah penuh..lain kali janganlah lupe-lupe pulak nak tutup class enrollment tuh.kalau dah penuh cakap sengsiang lah..."class dah penuh.sila jangan enrol kalau tak nak kene pelempang lecturer"...kan senang???iskkk..nyusah kan betul..sekarang dah pukul 2 pagi...jup lagi nak pergi class..subject tak habis enrol...

kalau ade class andaman tak pon menganyam ketupat lainlahhhhhhhhhhhhhhh........................

Thursday, February 25, 2010

lately ramai orang muncul...






mungkin itu suatu kebetulan kan?
lagi 3 hari cuti summer bakal melabuhkan tirai....cukuplah bersuka-ria.enough please.(take a deep breath)

result summer school dah keluar.alhamdulillah....gua rasa budak perempuan yang gua kenal tuh dah makin mula mengorak langkah.dah makin pandang kedepan.dah makin kenal apa itu harapan yang pasti.tahniah buat syafiqah.kalau tak ada orang nak cakap tahniah dekat dia pon..tak apa.gua ada nak hulurkan semangat untuk dia...gua hari-hari layan dia.dengar luahan perasaan dia.tapi gua tau..dia macam pelik lately.

semalam dia mengeluh.letih katanya bila lately ramai sangat orang yang serupa muncul.

junior-junior dah mula datang.sorang muka ada iras-iras jen dan perangai cara cakap sebijik gila.buat gua rindu nak mati dekat budak-budak BTF (blogger tegar family).terus buat gua teringat kenangan kat genting,karoke,bowling,pasar seni...dan banyak lagi.semuanya kenangan di penghujung 2009.gua tahan rindu gua senyap-senyap.gua tak cerita kat sape-sape yang gua sedang merindui...

gua baik jugak ngan budak perangai macam jen tuh....die dah ade awek....gua mintak nak tengok gamba awek die...gua pon ade bace message die ngan awek die dengan izin die......tiba-tiba hati gua sentap....hati gua cakap..."perangai kau..cara kau..ada iras dia".gua tahan lagi rindu dan sebak.gua tahu yang "dia" dah lama mati....dah tak ada dah dalam dunia ni.dah tak ada..lumut,please except accept die dah mati.........gua tahan sebak.

sorang lagi junior muka seiras macam abang gua.cara cakap...kalau pandang dari tepi.sebijik macam abang gua.gua tenung lama-lama...hati gua cakap..."abang,aku harap kau tabah dengan ujian yang melanda hidup kau".walaupun gua pernah cakap yang gua benci kat abang gua..tapi gua nak die tau..yang gua tak pernah berhenti doakan dia hari-hari dalam solat gua...gua mintak sangat abang gua punya kehidupan bahagia macam orang lain.gua tau abang gua tak kuat macam gua.abang gua bukan macam gua boleh pretend to be ok.abang gua bukan macam gua..boleh settlekan problem sendiri.gua doa kat Allah..jangan uji abang gua lagi.ampunkan dosa-dosa dia.gua tak kesah abang gua tak sayang gua macam mana gua sayang dia...cuma gua tak sanggup tengok dia diuji.gua kesian.menitis airmata gua dengar cerita dari malaysia.......

gua duduk lepak-lepak borak-borak dengan diorang.

dah jadi baik pulak dengan junior.padahal junior perempuan gua kenal pon 2 orang je.itupon awek pada budak junior lelaki yang gua kenal....tengah borak-borak..gua tengok diorang message awek masing-masing.facebook...webcam....ada yang letak gamba awek banyak-banyak dekat frame.sweet gile.gua dah lalui dah semua tuh..gua tahan je.part yang gua rasa tersentuh hati gua neh..bila ade sorang junior neh cakap,"dah ah tak payah message dah ar.nanti die mesti ingat aku dah tidur".padahal die tengah lepak kot ngan gua and member-member lain...jadah menipu....sejak gua kawan ngan budak-budak neh.gua belajar macam-macam cara menipu awek.kuang asam.

lama gua senyap.tiba-tiba menitik gak airmata gua.cilakak.lembik betul lah lu LUMUT.

Wednesday, February 24, 2010

"tetek belum tumbuh dah pandai mencuri"

aku rasa segan plak taip tajuk tuh.tapi lantaklah.semua readers esoksemalam open minded kan?kalau tak suka jangan buang masa baca lagi.oh ye,masih ada lagi antara kalian yang tanya aku ni lelaki ke perempuan..adoiiiiii..malas nak reveal dah ape jantina aku.haha.jom layan story.aku ngah bosan gila sebab tu rajin je menaip....

kisah ni berlaku masa aku darjah 3.

yakni,zaman dimana otak masih kebudak-budak kan.time ni free hair lagi.badan kurus kering belum tumbuh ape-ape lagi.pandai-pandai ah pikir malas nak explain.semua nak kene suap.parah lah aku macam ni...haha.manusia yang terlibat dalam peristiwa ni adalah aku,akak aku,dan member akak aku.semuanya budak perempuan.ok fahamkan setakat ni?hehe...

akak aku - milah (bukan nama sebenar)
member akak aku - mun (nama singkatan)
tempat kejadian - gedung sizuka (gedung membeli belah adik beradik giant.)

"harituh aku pergi gedung sizuka aku dapat barang free dowh....best gile",kata mun kepada kami adik beradik.
"barang free?cam mane kau leh dapat??",tanya akak aku kelurusan bendulnya.alah...budak-budak lah katakan.so,ape lagi...member akak aku pon ajak lah kami pergi sizuka pada keesokkan harinya....

masa keesokkan harinya,mun suruh kami pergi beli keropok mister potato yang besar tuh.lepas melantak keropok tuh,mun pon cakap,"plastik keropok ni korang jangan buang,masa masuk dalam karang..bawak sekali.nanti barang ape yang korang nak sebat....masukkan dalam plastik ni lepas tuh gumpal-gumpal kan kononnye korang nak buang.faham??"

"hebat gile kau mun...tak kantoi ker?,"tanya akak aku...aku time tuh follow je.dalam hati aku..bagus jugak tactic mun neh.boleh dapat barang free...walawehhhhh.....

bermulalah operasi kami bertiga.

operasi berlaku di bahagian sepit-sepit rambut..getah-getah rambut..ha bahagian-bahagian pompuan la ni kan.mule-mule aku macam cuak jugak...tapi..alah,budak-budak..ape lah fikir sangat...dah tuh ini plak first time otak aku kene pengaruh dengan anasir-anasir jahat macam neh.haha.pilih-pilih...tengok kiri kanan,aku pon sebat lah sepit rambut ngan getah rambut......

pendekkan cerita....

kitorang bertiga pon dah bersedia nak cabut dari supermarket tuh.tiba-tiba...."korang bertiga!!!mari sini!!!",jerit sorang pakcik yang juga pembeli dekat situ...dalam hati time tuh dah cuak nak mati."matilah aku...pehal plak pakcik ni panggil.ni semua salah mun neh",aku dah mula nak salahkan mun bila die yang jadik kepala pengaruh otak suci aku.haha...so,kitorang pon follow pakcik tuh...dia cakap ape tah dengan manager kedai tuh..lepas tuh kami debawa ke sebuah stor kecik.

"bak sini plastik kat tangan korang tuh...!",suara  tegas gila.
"erk........",aku dok genggam-genggam plastik tanda tak nak bagi.time tuh rasa dah nak terkencing.rasa gelap masa depan.aku pon nak tak nak hulur je lah.time tuh depan aku ade 2 orang lelaki.sorang perempuan....

"ohhhhh....ni kerja korang yer!mencuri...sape ajar ni???".time tuh aku diam je lah.tunduk rasa nak sapu muke kat lantai.............pakcik tuh pon cakap lagi."tetek belum tumbuh lagi dah pandai mencuri.ape nak jadi ni??".

memang malu gile time tuh.pakcik tuh siap tanya name ayah sume.aku ingat time tuh nak tipu je.sebab mane ade IC kan.tapi bile dengar pakcik tuh nak bawak pergi balai polis.aku dah cuak nak mati....dalam hati dok sumpah seranah mun kawan akak aku tuh.jadah ape ajar aku mende-mende macam ni....serious weh.cuak nak mati bile kantoi...sumpah lepas tuh aku malu gile nak pergi supermarket tuh dah.berbulan-bulan jugak lah aku tak pergi.sampai sekarang bila aku datang situ.aku mesti teringat peristiwa tu.kecik lagi time tuh .9 tahun kot....kalau lah mak abah aku tau..mesti diorang kecewa dengan aku.isk...apelah kau mun ajar akak aku ngan aku mende bukan-bukan.sebab aku rasa mak abah kau pon tak ajar kau mencuri.aku harap kau tak buat lagi benda-benda tuh......nasib baik pakcik tuh baik.kalau tak diheretnye aku pergi balai polis..silap-silap sekolah juvana ler aku....perggghh..gile.

yang aku pelik,sampai sekrang..kalau aku nak buat jahat..mesti kantoi.masa kat sekolah menengah pon same.asal member-member aku nak buat jahat ajak aku je...mesti kantoi.sampai siap cakap kalau buat jahat tak nak ajak aku.hahaha......indah kan kenagan dulu?=)

Tuesday, February 23, 2010

rasa dari gambar

Love birds in Mission Bay with Rangitoto as their background
location: Auckland,New Zealand.

hasil NIKON D60.
credit to AFIQ. si photographer.
gambar asal di blog beliau.sila terjah.

Monday, February 22, 2010

bukan senang dari double ke single.

sekarang hampir setengah tahun saya single.argghh bukan ibu tunggal lah.maksud saya single dari mempunyai seseorang yang dianggap istimewa disisi saya...hubungan kami yang lama membuatkan saya sangat tak boleh terima kehidupan saya tiba-tiba berubah.rasa sunyi....alone..lonely..dan seangkatan dengannya.bila saya ada masalah yang kebiasaannya saya share bersama-sama terpaksa saya hadapi sendirian....apa pon tak lagi boleh di share macam dulu.segalanya berubah.emosi,rutin,tabiat...and ape je mesti akan ada rasa lain sikit.itu memang tidak dapat saya nafikan.

pada mulanya saya hanya mampu menangis.kata orang hidup tak mau.mati tak mampu...hari-hari saya macam meaningless.saya keep on asking  myself..."kenapa saya lalui semua ni??".bukan itu je..saya juga simpan rasa dendam terhadap seorang perempuan yang mungkin tidak layak dipanggil perempuan yang telah menggoda lelaki itu lalu menghancurkan cinta kami....saya selalu menangis.terduduknya saya,seolah-olah perjalanan saya sudah sampai dipenghujungnya...itulah saya pada awal jun2009.hubungan yang 7 tahun lamanya........memberi impak yang besar pada perubahan diri saya.

benar.

bukan mudah untuk kita terima perubahan...sakit.perit.pedih.apa pon orang nasihat kan saya..time tuh je saya ok.lepas tuh..saya kembali untuk terus berkata."saya tidak mahu teruskan hidup".terlalu banyak langkah perjalanan hidup saya..saya korbankan demi cinta saya terhadap seorang lelaki....

tapi hari ni tidak lagi.

macam-macam saya belajar bila tiada lelaki istimewa disisi saya.kehidupan saya slow-slow saya ubah.i mean routine saya....memang sakit mula-mula..tapi kalau kita usaha...hidup single itu ada manisnya...dan saya tak tau sampai bila saya akan kekal single begini...kerana....

"banyak kali pon hati saya diketuk oleh cinta lelaki,tapi saya belum ada kekuatan lagi untuk biarkan lelaki curi hati saya lagi.saya dah serik...biarlah saya begini dulu.saya senang begini....kerana saya tak payah risau lelaki akan hancurkan hati saya lagi.untuk hidup seperti hari ini....teramat sukar bagi saya.tapi hari ini saya mampu tersenyum walau kadang-kadang..dalam senyuman itu timbul juga tangisan.itu lumrah.jangan perlekehkan saya"

=) buat masa ni,saya lagi senang hidup single.maaf saya masih menolak lagi untuk menerima huluran cinta lelaki.nanti dulu ek.saya pon bukan hot pon.baik pergi usha yang lagi hot.kan?haha.

Tuhan,terima kasih untuk ujian yang lalu...................

Sunday, February 21, 2010

saya kecewakan 5 hati sekaligus,



ini kisah hari ini dan 5 hati telah saya kecewakan secara sekaligus.serentak.

kami bergerak diawal pagi.dan perjalanan kami hari ini berakhir tidak pula lewat petang.kenangan yang dicipta,nak sangat aku kongsi dengan korang.tapi nak buat macam mana.....................balik dari perjalanan yang panjang,letih tapi sangat menggembirakan berakhir dengan "delete all the pictures in this folder".

lepas tuh aku mampu jerit je sekuat hati.nak cakap ni>>>>DAMN.

lalu seorang dari mereka berkata,tapi aku rasa nak berlawak je.saje nak cakap something even tak boleh dah nak cakap pape time tuh.hu................kecewa gila.masa taip ni pon rasa macam separuh hati dah pengsan.erk.pengsan je belum mati.ha sambung,mereka cakap "tak apalah..nanti kita pergi lagi...pakai baju sama,stop tempat yang sama,buat benda yang sama...bla,bla,bla....."

aku mampu cakap,
"kenangan hari ni..........................tak kan sama dengan hari mendatang walau macam mana kita tiru sekalipun......"

lepas tuh sorang lagi cakap,
"walaupun gambar-gambar tu dah terdelete...tapi kita semua happy hari ni..dan kenangan hari ni takkan terdelete dari otak kita."

aku cakap sambil rasa dah tak terpujuk dah hati,
"aku cuma nak kongsi kenangan dan kegembiraan hari ni dengan orang lain".

NOKTAH.entry yang pada awalnya dijangka penuh dengan gambar berakhir dengan tanpa gambar.kan best,kalau memori yang sedih-sedih dan menyakitkan boleh delete sekelip mata macam apa yang aku buat tadi........................

Friday, February 19, 2010

jika saya tiada nanti...

apa yang tertulis dalam entry kali ni bukan dari hati saya taw.bukan sama sekali.jadi jangan lah percaya.saya hanya menaip mangikut suruhan....

katanya...

"jika saya tiada nanti,tiba-tiba hilang pergi menjadi sepi....bukan bermakna saya lupa asal saya.bukan bermakna saya lupa orang yang saya sayang mahupun orang yang sayang saya..saya pergi hanya kerana saya saja yang tahu.saya tak minta sapesape memberi perhatian pada saya.tidak.hati saya dah lama mati untuk pujian dan perhatian..."

kenapa kadang-kadang ruang hidup itu kejam.kejam sekali.
saya amik tisu..saya beri pada dia.saya kata."kesatlah airmata itu".

p/s: saya mahu lantik 2 orang lagi owner baru esoksemalam.kalau boleh sorang lelaki..sorang perempuan.berminat tak nak handle???

Thursday, February 18, 2010

"esoksemalam" bukan komik sinchan.

harituh member gua cakap kat gua."pehal blog lu selalu cerita sedih-sedih je...".gua diam.bukan sebab ape,sebab gua dah biasa dah diterjah dengan soalan macam ni..takkan gua nak jawab "no komen" kot.baik gua diam.gua bukan fasha sandha nak jawab no komen.lainlah kalau fasha sandha diterjah soalan "kenapa lu ni asik ganggu hubungan orang jer?".ha baru lah nak jawab "no komen..bla..bla..bla...".sembelih kang.

tapi,lepas tuh gua jawab gak persoalan member gua tuh.mana lah tau kang die balik umah muntah darah plak kang sebab tak puas hati gua diam tak jawab soalan die.gua pon jawab,"cube lu pikir,benda-benda hepi selalu dunia realiti je yang nak dengar,yang nak tatap..yang nak pasang telinga.tapi kalau lu sedih..tak kan lu nak cerita dekat dunia realiti.manusia ni sibuk lah dengan hal masing-masing..tak de mase nak hadap cerita sedih-sedih lu.sebab tuh lah gua gunakan DUNIA MAYA untuk cerita apa yang gua rasa gua tak boleh nak luahkan kat dunia realiti.so dekat situ gua tak kan paksa orang nak hadap cerita gua...itulah bezanya."

jadi...gua rasa kalau lu orang carik komik sinchan untuk buat bahan gelak.bukan sini tempatnya.haha.

gile lah.muke gua dah berparut dah harini..masa main basketball tadi....mamat tuh hentam nye muke gua dengan bola.gua tau die tak sengaja.tapi SAAAKKKKIITTT......berdarah tepi mata gua.batang hidung gua pon dek hentaman spec tuh...tercabut cermin spec gua..siap bengkok lagi...perghh..kesannye....BERPARUTLAH MUKA GUA.ade lah iras-iras LANUN sikit.hahaha.duuhh.

Monday, February 15, 2010

why true love never going smooth??

sila abaikan tajuk.padan muke tertipu.aku bukan nak cerita pasal jiwang-jiwang pon.haha...semakin hari semakin susah nak update bila terpaksa fikir tajuk ape yang nak kene letak.adoi.so,tajuk dekat atas tuh aku amik dari soalan seorang manusia yang ym dengan aku beberapa hari yang lalu.

dengan ini gua nak umumkan yang gua dah tamat summer school 2010!!!!ada lah dalam 3 jam yang lalu selamat gua korbankan para soalan.namun macam biasa.ada jugak beberapa soalan yang berjaya korbankan kepala otak gua.tak apa lah.bukan gua tak usaha..jadi berserah je la....

ok lah mari ulas sikit pasal tajuk sebelum pergi menyarang blog-blog lu orang.jangan terkejut kalau dua tiga empat lima hari nanti gua datang buat onar dan buat kacau kat blog lu orang.hehe.erm,dah lah tak jadi nak ulas pasal tajuk.sebab tiba-tiba rasa terkinja-kinja dah neh nak pergi usha blog orang.....haha

tapi...........
gua ada pesanan sikit dekat para sahabat yang sedang mencari cinta,
usah terburu-buru mencari cinta.kadang-kala hati kita perlukan juga ruang untuk bersendirian.untuk fikir turun naik setiap perasaan.untuk terima setiap perubahan.bagi dulu hati itu ruang.jangan seksa hati kau.kalau kau suka orang tuh,tapi orang tuh tak suka kau..or orang tuh suka kau,tapi kau tak boleh nak suka orang tuh..jangan marahkan hati kau.jangan marahkan perasaan kau.jangan marah hati orang,jangan marah perasaan orang juga.

kerana hati dan perasaan itu tak boleh dipaksa and true love never going smooth....

Saturday, February 13, 2010

pregnant??

oh selase wa ada paper..lepas selasa merdeka lah wa dengan summer school yang selama ni wa berdendam je.ye lah..kan wa patot balik malaysia arituh sampai 26 feb ni..uhhhh...tak pe..takpe..usah dikenang apa yang sudah berlalu..eceh.

dan sekarang....

wa masih dalam perjuangan menyiapkan persediaan untuk menempuhi tentera-tentera soalan selasa ni.wa pon study lah subject ni...wa baca ayat ni....."it is a fabrics impregnated with medications,vitamins,fragrances....bla..bla..bla...".oh subject ni tak ada kaitan untuk lu orang katakan wa bakal jadik pereka fesyen.haha..wa bace word yang in red tuh impregnanted.lepas tuh wa pelik.pregnant??haha..gua dah mula pelik pehal lak fabric ngan pregnant.baca-baca balik..silap rupenye.hee.sengal..

hari ni juga para couple yang suwet muwet bak madu lebah yang basi mesti sambut valentines kan??malam ni project besar ker???bak cerita yang dibawakan oleh FHAD.sila klik kat name tuh dan tersedia juadah cerita untuk para "mama dan papa" yang kawen tak ada tok kadi.bodoh nak kapel tak payah lah nak gune papa mama.rase nak muntah.sorry untuk para "mama dan papa" diluar sana.bukan apa..dah meroyan sangat ke nak ada anak?gune papa mama bagai??lagi meluat budak-budak lepas sekolah terus dah berangan nak jadik papa mama.ape jadah kau beli spenda pon gune duit mak abah kau lepas tuh nak jadik papa mama konon...dah meroyan nak besarkan anak ke??nak BUAT ANAK??lu pikirlah sendiri.....

p/s:ini entry selingan masa study.bye.assalammualaikum.

Friday, February 12, 2010

saya benci emosi itu.

auckland tepat menunjukkan jam 2.18 am sekarang.

saya sangat benci keadaan dimana saya terpaksa berlagak kuat.terpaksa berlagak tiada apa yang sedang menduga saya.terpaksa bergelak ketawa berdekah-dekah padahal jiwa saya merintih minta perhatian.saya benci.saya benci keadaan dimana saya terpaksa gerak sendirian mencari sesuatu yang menghiburkan.saya benci apabila saya terpaksa juga tersedu-sedan walaupun saya menafikan yang saya tidak menangis.saya benci.itu semua perkara yang sangat meyeksa saya.tapi saya tiada pilihan.saya terpaksa.................lalu saya benci.

bila saya gelak ketawa,saya suka bila semua orang lihat saya.semua orang turut tersenyum hadirnya saya disitu.tapi saya benci...bila airmata saya terpaksa ditahan-tahan tapi akhirnya tumpah dihadapan sesiapa saja yang melihat.apabila mereka bertanya "kenapa menangis?".saya jadi kelu.saya seolah-olah tiada alasan untuk itu sedangkan hati saya teringin sekali untuk meluahkan.........

maafkan saya teman.pagi ini airmata saya tumpah lagi.dan saya benci emosi itu.benci sangat.emosi dimana mengheret saya ke pentas kelemahan......adakah ini saja kudrat saya?saya yakin...saya mampu lagi untuk terus melawan emosi itu.

saya ini "berlagak" orangnya.sangat berlagak...berlagak kuat,berlagak kasar,walaupun jiwa saya tersentuh..saya cepat-cepat ingatkan diri saya yang "usah hiraukan perasaan kau".dari hati saya dicarik-carik..terus saya jahit secepat mungkin..dari airmata nak tertumpah,terus saya ukirkan senyuman.....saya cuba tidak melayan emosi saya.tapi bila saya terlepas kata,saya dalam keadaan sudah tidak terbendung apa yang terbuku di hati..emosi saya meronta-ronta minta dilepaskan....

dan saya kesal.malam ini emosi saya sekali lagi "terlepas" lalu mengganggu emosi "para hati" yang lain, maafkan saya.......kerana saya sendiri benci emosi sebegini.kalau saya jadi pendiam,orang akan terus bertanya,KENAPA??

Thursday, February 11, 2010

eh silap.

wa kalau buat entry benda yang paling wa tak suka ialah taip tajuk....so jup lagi wa nak pegi exam...ini paper pertama wa kat auckland yang wa kene amik pukul 8 pagi.perrrrggghhh...satu benda yang sangat lah menakjubkan untuk wa bangun pepagi dekat bumi auckland neh semata-mata nak pergi exam.kalau tak selama ni kelas pukul 9 pon selamba wa bantai.issskkk...wa tau kalau mak abah lu orang baca entry wa ni tak pon lu orang sendiri yang kerja government tuh mesti rasa nak lempang je student macam wa ni kan?menghabiskan duit kerajaan...dduuhhhh.......

jadi bangun pagi gosok gigi,
bukak peti makan roti,
sapu planta sapu jem stroberi,
jup lagi exam pasti mati.eh silap.berserah pada Ilahi..amin.
barulah sejuk perut ibu mengandung.hehe.

ok lah wa nak pergi siap-siap nak pergi exam ni.wa tau orang-orang malaysia tengah nyenyak tidur sekarang ni.before tuh,wa nak bagi puisi hasil nukilan wa bertarikh 10 oct 2009.masa wa taip puisi ni..wa betul-betul tengah down.dan wa amik langkah menulis untuk pujuk hati wa.......bye.all the best to myself.=)



lu itu angkuh orangnya,
sana sini lu bercerita,budget lu lah wira segala,
bila lu berjaya,lu senyum sinis pada dia-dia,
lu angkuh tapi lu kata "mana ada".
bila Dia bagi lu cinta dan bahagia,
lu buat taik sini sana,
maksiat,bangsat semua lu langgar suka,
lu jalan angkuh lagi lalu berkata "wa ada dunia".
jadi tahu dah apa sebab lu merana?

bila lu dibalas dengan bala,
lu nangis semahunya lu kata "wa memang banyak dosa",
lu tadah tangan lu kata "kali ini wa ada Dia",
tanpa segan silu lu meronta meminta.
tapi lepas hati Lu berbunga-bunga,
lu diri angkuh seraya melupakan siapa Dia,
lu rasa lu sudah berkuasa.
okay tak apa,tunggu sikit hari dan masa,
lu tengoklah macam mana.
lu akan jumpa apa sebab lu merana.

bila orang solat cukup lima,
lu tolak subuh tanpa rasa apa-apa,
tapi bila zuhur lu berdiri tegak menghadapNya,
lu meminta lagi tanpa rasa serba salah ke apa,
dan esok subuh lu tolak lagi entah kemana,
lu fikir lu ni siapa?
dan lu masih nak tanya kenapa lu merana?

dulu heboh lu pandai bijaksana,
skor markah kaw-kaw punya,
sampai lu lambat pergi jumpa Dia,
bila Dia tarik markah lu segala,
lu terduduk diam tak terkata,
dan lu nak tanya lagi kenapa lu merana?

dulu mak ayah lu letak mana,
sepatah haram lu susah nak berkata,
mereka rindu lu tapi lu kata "nak buat apa",
cinta Dia lu memang dah tak cari punya,
lu angkuh,riak bila lu bahagia.

hari ini lu rasakan,
lu dah dapat jawapan dari segala persoalan.
bertimbun Dia bagi lu ujian,
menangislah lu tak tertahan,
ini adil bukan???????

Wednesday, February 10, 2010

al fatihah untuk arwah

sebagai sedara sesama islam,marilah kita sedekah kan al-fatihah buat arwah KAMARIAH BINTI MD YUSOF,(seorang blogger dengan nama gelaran hamiza). Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.30 pagi, 7 February 2010 di hospital Sg. Buloh.

"mengingati mati adalah muhasabah terbaik bagi setiap umat islam".

kisah lanjut tentang kematian arwah DISINI.

Tuesday, February 9, 2010

hidup ikut FLOW

bila aku ingin pergi jauh...aku berkata yang "kau pasti akan lupekan aku".
dan kau orang jawab "aku takkan lupekan kau.kau sentiasa dalam ingatan aku."
tapi sebenarnya kau tak faham..maksud "lupa" aku tuh bukan sekadar kau ingat pada nama aku,pada rupa mahupun jasad aku...tapi pada memori kita.sebab memori lah akan bagi significant pada persahabatan kita.pada hubungan kita.pada pertemuan pertama perkenalan kita.

hari-hari kau bertemu orang baru.hari-hari kau menatap wajah yang satu dan sama itu..kau jumpa dia.kau gelak ketawa dengan dia.kau bertepuk tampar dengan dia.kau dan dia serta mereka-mereka itu telah mengikat memori yang kukuh bila saban hari kau dan mereka bertemu melakar memori yang baru.memori yang aku tiada disitu.memori yang aku sukar untuk hadirkan diri aku bersama kamu-kamu.ohhhh....kemanakah aku?memori kau bersama aku..pasti akan kebelakang.tertolak jauh disudut kotak fikiran kau.terhimpit sempit dihimpap-himpap dengan memori yang lagi membahagiakan kau.yang lagi terkesan dalam hati kau.

namun aku masih boleh bersyukur bukan,paling tidak memori kau dan aku masih wujud dalam kotak fikiran kau.walaupun sudah leper dihimpit.aduh.kesian.tapi kalau boleh..aku nak memori kau dan aku berada dalam kotak hati kau.tapi itu mungkin mustahil.sebab kita jauh.tak pon kita akan jauh nanti.tak pon kita sedang berjauhan..kau pilihlah antara 3 tu yang kena dengan situasi kau.

untuk memujuk diri kau dan aku jika kau juga rasa seperti aku..kau ingatlah yang "manusia itu datang dan pergi.kenangan itu saling berganti."ayuh terimalah hipotesis aku ini.dan katakan BENAR jika ianya tepat.. "semakin banyak memori kau dengan seseorang itu,semakin terkesan orang itu dihati kau,lalu yang jauh tesepak ketepi."

mungkin aku sudah bawa kan "satu point" disini mengapa aku masih belum bukakan hati aku untuk terima "huluran" kamu...kerana masa dan situasi nya belum kukuh.kau akan jauh nanti..ataupon kau memang jauh kini.tunggulah bila aku sudah dekat.ketika itu kita tak kan main lari-lari lagi.tak kan main risau-risau lagi.cukuplah sekadar aku menolak lalu berkata...

"aku letih dengan komitmen.dan aku belum bersedia lagi.kalau boleh biarlah huluran yang aku terima kelak berakhir dengan ikatan kukuh kekal abadi..bukan sekadar ujian untuk buat aku terduduk menangis lagi.aku dah serik."

so,mari lah hidup ikut FLOW!!=)

p/s: jangan ade yang tak berkenaan dengan hidup aku nak ngade-ngade terasa.jangan sampai aku guna word "terajang" lagi.aku makin sopan bukan?haha.

LELAKI KECUNDANG!

kajian menunjukkan bahawa 80% lelaki kecundang bercinta jarak jauh...dan 20% yang berjaya pula 50% dari mereka rata-rata tidak jujur apabila berjauhan dengan pasangan....

kesimpulan dari wa:
jadi 10% yang berjaya tuh kalau kawen pon kira tak jujur lah?yeke?yeke?ntah....


::petua bercinta jarak jauh::
  1. jelas dengan harapan dan batasan.
  2. menghargai batasan.
  3. luahkan perasaan kau.
  4. saling mempercayai.
  5. dah lah bagi banyak-banyak pon buat ape.aku tipu je sume kat atas tuh.haha
agak-agak kalau menyelam macam ni boleh jumpe tak lelaki jujur?
kalau boleh,hari ni jugak SAYA beli "bikini" buat modal belajar renang.
haha..awwwww...gedikgilegedikgilegedikgile.kesian.eh sekian.


p/s: entry sekadar hiburan untuk diri sendiri.kalau bukan wa yang hiburkan hati wa,sape lagi kan?

Monday, February 8, 2010

nota kecil

masa takkan stick pada satu tahap.memang takkan dan jangan sesekali lah nak berharap masa akan stick.masa berlalu..macam biasa masa akan cipta dan tinggalkan kenangan mahupun kisah silam.nak accept atau tak,nak menangis ke ketawa berdekah..terpulanglah dekat kita...

jangan nak jadi sape-sape kerana kau dan aku itu berbeza,kita berbeza segala suka dan duka.apatah lagi tamparan hebat hidup yang sangatlah membezakan kita.

nota kecil: summer school akan berakhir pada 16 feb.ade paper on 12 and 16...asimen trakhir akan disubmit pada hari jumaat jugak...nothing to be worry..sebab kau boleh lakukan.just percaya yang kau boleh.ohhh...sangat jeles yang "makcik housemate siputihpurple" akan balik ke malaysia selama 10 hari sebelum sem baru bermula..........................................saya nak balik juga tapi tak  mungkin.adeh.

"selamat berjaya untuk diri sendiri..buat yang terbaik.i will"

Saturday, February 6, 2010

malam gila bersama lampu.

ohhhh....bila kau sedang bersedih mahupun bersusah hati,hukumnya "wajib" untuk kau bangun balik dan terus berusaha untuk gembirakan hati kau.apa pon semunya terletak pada kau.jangan asik nak berharap pada orang lain.kau bukan anak kecil lagi.hidup makin adventure jadi tabahlah.

new zealand ni ade undang-undnag yang tak boleh main mercun sesuka hati..kira kalau nak main,nanti ade satu hari khas memang untuk main mercun bakar segala bahan letupan yang kau ada.kira malam tuh kita panggil "fireworks night" if tak silap.ntah aku pon tak sure.so,disebabkan mercun mereka-mereka itu tak habis dibakar taun lepas,kami decide nak buat "illegal activity" malam tadi.haha...it was fun guys!!!diorang siap pesan kalau ade polis datang semua mesti lari..haha...aku dengan selamba jawab "aku takkan lari".sebab aku memang takut bila dah buat salah then kantoi pastu nak lari plak.kerja gile.haha...lantak koranglah.so,malam tadi malam yang gila..masing-masing crazy ditemani dengan "photographer" yang garang gile.so dapat bayangkan tak betapa banyak "gile" berlaku disitu.ok layan gambar sudah.

tempat kejadian: Auckland Domain,New Zealand.
tarikh kejadian: 7 feb 2010
waktu kejadian: malas nak state kat sini.haha
camera : DSLR nikon model ape tah aku lupa nak tanya milik photographer
 + 
camera fon sony ericsson K880i.

oh ini die photographer yang poyo dan garang.=p

briefing budget nak buat filem bermodalkan 9.9 juta.
haha..terserlah keriangan diwajah kanak-kanak ribena

bahan letupan.hakhak


wowowowowowowo....awesome!abaikan kelucahan yang hujung tuh.
lempang nak?

7 feb 2010...

i love u more than u did.jiwang duh.

i love poker..special for eman.haha.

there was no star last nite.then i create one for myself.heh.

sekian internet lembab gile dan menguji kesabaran......hoh.

Thursday, February 4, 2010

speechless,hanya doa dari jauh.

makin aku cuba untuk bahagiakan diri sendiri,makin aku cuba untuk bangun dari kesakitan,makin aku cuba untuk cari kebahagiaan..makin aku diuji...sampai tak terdaya aku dek ujian.sampai tak tertahan aku takungan airmata ni.sampai tak tersimpan esakkan tangisan aku.sampai tak tersorok kelemahan aku..sampai dah tak terkeluar semangat aku lagi...sampai lah aku terduduk sekali lagi..terduduk lagi sorang-sorang sendiri.lagi dan lagi....hati seolah-olah ingin berkata dan menjerit sesuatu..tapi tak mampu.sangat tak mampu....lemahnye kudrat....

bukan aku tak cuba..aku dah cuba.dan aku tak pernah kata aku putus asa.tidak.

bangun subuh aku capai fon nak tengok jam pukul berapa....9 messages aku terima pagi ni...terkejut aku tak pernah dapat message sebanyak ni sekali gus sejak berbulan-bulan yang lalu.aku bukak sms satu persatu.aku bukak aku hayati.aku teliti setiap yang ditulis...terus hilang segala kudrat aku untuk membalas sms tersebut.tak terdaya itu saja yang boleh aku kata....aku letak kan fom disisi katil...aku terus pergi tunaikan solat subuh..

Tuhan,kau lebih mengerti apa yang terbuku didalam hati ini....aku pinta tuhan...sungguh aku tidak berdaya tanggung segalanya ini lagi.....

masa solat subuh sikit pon airmata aku tak mengalir."tahan..tahan...kau kuat",pujuk aku pada sang hati...itulah rutin harian aku.pujuk hati berkali-kali.aku tidak jemu untuk itu...namun hari ini...aku terduduk lagi.mungkin ada yang sedang bergembira berparty lihat keadaan aku sebegini...terpulanglah......pagi ini tangisan dan esakkan itu sekali lagi menemani aku..2 berita yang diterima sudah cukup mengundang tangisan ini ldan terus tarik kaki ku agar tersungkur rebah lagi......."aku msti kuat",pujuk suara buat hati.

Tuhan,aku tak terdaya untuk ini..............................................................

.jika senyum itu akan bawa sakit ini pergi.aku akan terus senyum untuk kau hati...agar kau terus hidup seperti hati-hati yang lain......

.

Wednesday, February 3, 2010

gambar lepak dengan kambing

**mase lu orang bace ni..gua mungkin dah reply or sedang reply komen entry2 lepas.

new zealand memang famous dengan lembu-lembunya yang gemok-gemok dan comel-comel serta  hasil tenusu yang membanggakan...hehe..kalau tengok iklan susu fernleaf ke..nespray ke..susu diimport dari new zealand..dan susu dekat sini murah dan sedap..nyum-nyum.susu segar die memang segar dan berkrim disukai ramai..woohh..selain dari terkenal dengan burung kiwi..new zealand juga terkenal dengan kambing biri-biri yang bulunya sangatlah mengterujakan anda-anda....ape lagi ek nak cerita?ah cukuplah.korang layan je gambar.seperti biasa gambar di snap menggunakan camera fon sony ericsson k800i milik penulis.

tempat kejadian: Shakespeare regional park,Auckland,NZ.
tarikh kejadian: 31 jan 2010.(lepas kutip kerang,entry kerang DISINI)



AGAK-AGAK KALAU GUA ADE DSLR boleh jadi photograper hebat tak?=p

Tuesday, February 2, 2010

pesanan SUGARMUMMY..

sugarmummy aku comel,cun,ganaz,caring,dan bessssttttt...
sugardaddy pulak..adeh,sugardaddy belum ada lagi..

sugarmummy pesan....

""leave it and closed the story!!!don't waste your time""

baiklah!!!!!!i will....=)

rasa PANAS ke SEJUK?

aku sudah tentulah rasa sejuk..even summer dekat sini..still sejuk sampai tidur kena tarik selimut selubung satu badan....

nak tanya sikitlah...

korang datang esoksemalam ni nak carik ape??segala penulisan hanyalah penulisan cerita tentang peribadi...yang kalau korang tak baca pon..tak ada effect dengan life korang...tapi nak baca jugak..nak baca jugak??HAH SILA...

dah tuh kalau baca...kalau rasa PANAS tiba-tiba,sila datang bawak kipas jenama panasonic..kalau tak cukup lagi bawak aircond jenama LG.kalau sejuk jangan lupa pakai baju sejuk beli dekat universal traveler..angkat lah yang gelembung-gelembung tuh...baru memerangkap haba.....pakai stokin ngan glove sekali kalau boleh.heh.

kalau ada diantara kalian yang KECEWA dengan penulis...aku tak boleh nak buat ape..sebab aku bukan penulis terlatih.dan blog ini bukan buku ilmiah untuk tatapan rohani..tapi sekadar luahan rasa dan catatan peribadi aku je..so kalau ade yang terasa hati ke ape..aku tak boleh nak tolong.sebab hati aku pon "kau" tak pernah nak jage kan??dah lah..thanks le untuk email yang panjang tuh..susah-susah je taip untuk aku..buang mase kau je..baik kau pergi buat assignment kau yang melambak tuh....hoh.

aku bukan lembiklah macam dulu.....

siapa suke baca esoksemalam angkat tangan?
sape rase nak terajang penulis esoksemalam angkat tangan?
sape rasa kecewa dengan penulis angkat tangan?
sapa rasa esoksemalam perlu dibakar pon boleh angkat tangan.
kesian.eh silap.sekian.

Monday, February 1, 2010

weh awek jangan cuak.rilek.

wa bukan jalang.lu jangan risau lah beb.wa tak rampas punye balak lu.betina lain yang rampas balak wa adalah kan?haha..yang lu nak gelabah bagai siap lari-lari angkat kain terkial-kial sambil nak pimpin tangan balak lu ape jadah?rileks sudah..kalau lu yakin balak lu sayang nak mati kat lu..kalau lu yakin cinta lu ngan balak lu tak kan goyah dek ombak dan ikan todak yang menyerang..lu rilek lah.wa respect ngan lu sebab muke lu comel sampai kadang-kadang wa rasa nak picit-picit.situasi macam ni sabijik lah macam mase wa tengok anak kucing yang comel lotey.rasa nak picit tuh membuak-buak.tapi tuh lah...satu je yang buat wa tak salute ngan lu...lu ni cepat gelabah...

balak lu ngan wa dah bertahun-tahun kenal beb.sebelum lu wujud dalam "cerita ni" lagi kitorang dah main cuit-cuit pipi..dah kongsi macam-macam kisah suka duka.dah sempat tukar-tukar kasih sayang.macam sistem barter tuh.lu belajar kan?ha macam tuh la wa ngan balak lu dulu..so sweet kan?wa suspek sebab tuh lu gelabah semacam je sebab lu tau wa ngan balak lu sweet nak mati dulu...haha..tengok wa dah gelak kan lu.sorry lah awek.

kan wa dah kata.wa tak nak bermusuh ngan sesape.wa ok je nak tegur say hye-hye hello-hello dekat balak lu.wa tak suka lah gaduh-gaduh ni.tapi,wa tau wa tak kan ada kesempatan nak jadi kawan dekat balak lu lagi kan..sebab lu tuh gelabah nak mati.blah lah!pehal lu gelabah lu takut ker?rilekss sudah..wa kenal balak lu tuh macam mana..wa tau balak lu sayang nak mati dekat lu...macam mana die sayang kat wa dulu....
jangan risaulah awek..wa bukan jalang main rampas-rampas..tak adventure langsung.

meh sini wa gertak sikit: lu kalau tak kasi balak lu jumpa wa lagi wa akur je awek..stay cool babe..cukuplah wa jilat ludah wa sekali dulu.tak kan wa nak jilat kahak pulak.TAPI,boleh ke lu atur takdir supaya balak lu tak bertembung lagi dengan wa lepas ni???boleh?wa dah move on lah awek...wa dah lepaskan itu balak untuk lu.sila amik dan dakap erat-erat..jangan cuak-cuak...ape kate lu ngan balak lu jadik member wa.tak nak ker?wa offer neh..=)

p/s: awek,macam mana kalau bakal mak mertua lu ajak wa datang raya umah die 2011 nanti?lu cuak tak??=).wa x rase lu cuak sebab wa bukan cun pon macam lu.sekian=)
[wa tau lah lu selalu datang usha blog wa.ntah ape yang lu carik wa pon tak tau...adooii.annoying.]