Tuesday, February 9, 2010

hidup ikut FLOW

bila aku ingin pergi jauh...aku berkata yang "kau pasti akan lupekan aku".
dan kau orang jawab "aku takkan lupekan kau.kau sentiasa dalam ingatan aku."
tapi sebenarnya kau tak faham..maksud "lupa" aku tuh bukan sekadar kau ingat pada nama aku,pada rupa mahupun jasad aku...tapi pada memori kita.sebab memori lah akan bagi significant pada persahabatan kita.pada hubungan kita.pada pertemuan pertama perkenalan kita.

hari-hari kau bertemu orang baru.hari-hari kau menatap wajah yang satu dan sama itu..kau jumpa dia.kau gelak ketawa dengan dia.kau bertepuk tampar dengan dia.kau dan dia serta mereka-mereka itu telah mengikat memori yang kukuh bila saban hari kau dan mereka bertemu melakar memori yang baru.memori yang aku tiada disitu.memori yang aku sukar untuk hadirkan diri aku bersama kamu-kamu.ohhhh....kemanakah aku?memori kau bersama aku..pasti akan kebelakang.tertolak jauh disudut kotak fikiran kau.terhimpit sempit dihimpap-himpap dengan memori yang lagi membahagiakan kau.yang lagi terkesan dalam hati kau.

namun aku masih boleh bersyukur bukan,paling tidak memori kau dan aku masih wujud dalam kotak fikiran kau.walaupun sudah leper dihimpit.aduh.kesian.tapi kalau boleh..aku nak memori kau dan aku berada dalam kotak hati kau.tapi itu mungkin mustahil.sebab kita jauh.tak pon kita akan jauh nanti.tak pon kita sedang berjauhan..kau pilihlah antara 3 tu yang kena dengan situasi kau.

untuk memujuk diri kau dan aku jika kau juga rasa seperti aku..kau ingatlah yang "manusia itu datang dan pergi.kenangan itu saling berganti."ayuh terimalah hipotesis aku ini.dan katakan BENAR jika ianya tepat.. "semakin banyak memori kau dengan seseorang itu,semakin terkesan orang itu dihati kau,lalu yang jauh tesepak ketepi."

mungkin aku sudah bawa kan "satu point" disini mengapa aku masih belum bukakan hati aku untuk terima "huluran" kamu...kerana masa dan situasi nya belum kukuh.kau akan jauh nanti..ataupon kau memang jauh kini.tunggulah bila aku sudah dekat.ketika itu kita tak kan main lari-lari lagi.tak kan main risau-risau lagi.cukuplah sekadar aku menolak lalu berkata...

"aku letih dengan komitmen.dan aku belum bersedia lagi.kalau boleh biarlah huluran yang aku terima kelak berakhir dengan ikatan kukuh kekal abadi..bukan sekadar ujian untuk buat aku terduduk menangis lagi.aku dah serik."

so,mari lah hidup ikut FLOW!!=)

p/s: jangan ade yang tak berkenaan dengan hidup aku nak ngade-ngade terasa.jangan sampai aku guna word "terajang" lagi.aku makin sopan bukan?haha.

31 comments:

Jalak lenteng said...

aku 1st dulu,.,.

silent said...

terdiam jap.
mut,ade org lamar kau?haha

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

flow slow~
itu aku~

oranglidi said...

wa baru nak buat entri pasal ni. TAPI APAHAL LU BUAT DULU??

duku betul..

isi dan konten pun dah sebijik yang terlegar dalam kepala otak wa.

[menulis sambil tengok burung puyuh lu bagi]

Pensel Kontot said...

erk...mut
adakah ia huluran cinta...
heheheh

just follow ur flow

CikMelur said...

waah lumut, sedang emosi cinta plak..eiceh..


ye, lebih baik..follow the flow. :)

sharamli said...

hulur
luhur..

eh..keliru lak...

AJ Nismihan said...

Just move on.

Step forward. One step after another.

You will commit yourself to somebody too at the end, so why should you spend time now for that.
Let the life flow decide the outcome.

As long as you move based on your intelligent instinct (with ilm, of course) then you will never get wrong.

For those guy who dare to place some hope in your life, let him know that you dont flush him out. He can wait till the end, if he willing too. Neither give hope nor reject him plainly.

If he is the designated partner for you, then he will be rewarded. If not; then sorry dude, it just fated.

Yes, it is. Fated. Sama gak lah macam kalau hang nak terajang aku, terajang lah. Fated.

Footnote:
terajang and te(L)a(N)jang is completely different

mamai said...

setiap orang dari kita pasti ada komitment dengan hidup suka atau tidak...kita tidak banyak beza

[empty] said...

manusia mmg suka datang dan pergi

terpaksa akur dgn kenyataan itu

moga kamu bahagia selalu

rizputra7 said...

aku selalu buat chart flow...bagus ini..sebab kita ada banyak plan..plan A tak boleh..kita guna plan B pulak...ala..macam nak rompak bank.,konsep dia sama jer..muahahaha

abe long said...

hati kita milik kita.bawalah hati itu dan pergilah dari situ.kau akan kuat.aku tau.kutiplah kekuatan itu dan bangun.

aku tukarkan kepada..

hati kita milik ALLAH. Bawalah hati itu dan pergilah kepada ILAHI.kau akan kuat dengan bantuan ALLAH. aku tahu dan kau pun tahu. mohonlah kekuatan itu dari DIA dan bangunlah.

Lifesaver said...

solat pon ada flow..Allah dah tetapkan cantik..jadi, hidup pon mesti ada flow!

maiyah said...

yg pasti kau kuat

zul efron said...

x best la idop ikot flow..
boring..

cik botoX said...

aku da xdak flow wei hidop aku..
huhu...
xkesah aku hepi ke x..jnji org keliling aku hepi..
noly ke mcm tu??

beskot said...

erk..
sape mut sape??
hehe..
kalo btol nk idop ikot flow,LIFE JACKET jgn lupe..
kang lemas.hoho..
chill!!

joegrimjow said...

sapa potong line ku ni??
ishh
ni geram ni

ahchOng's said...

flow tu kita ikot slow slow ka??
atau jo flizzow??

wong ah ian said...

flo rida la chong..mangkak.

owh aku pilih "sebab kita jauh"<-- ckp dgn gaya rambut kene tiup bayu laut..
dan aku balas "sy cuma perlukan sedikit kesabaran je lagi, xbole skarang, sy tunggu"..owh..dan mungkin jugak scandal2 bole membantu yeehaaa!!!

MOLECULES THAT CHANGE THE WORLD..Uuh~

black_mel said...

ikut memory otak jugak..kalau memory 320gig..lambat la skit lupa...or maybe klau nak penuh pun bole delete yg x penting dulu....

kasih said...

22 pon jd..haha..jalak mst bangga aku x 1st..

PenuliS said...

kotak hati dh penuh duka mgkin!

.rafiq. said...

ko nak kawin dah ke? selamat bertunang.

siggplus said...

nak terajang bahagian mana? i lagi prefer kena dekat bontot. mengghairahkan. haha

laila said...

aku nak komen benda lain tp xjadi bila baca komen siggplus
hahaha karut!

laila said...

aku nak komen benda lain tp xjadi bila baca komen siggplus
hahaha karut!

Faarihin said...

owh.. aku mungkin akan buat
flow chart bila aku dah kerja nanti.. hahaha..
yer.. makin sopan..
bagus2.. i like.. (^__^)

EISENHOUR said...

erk..terkedu seketika..baru je nk htr rombongn merisik..dah ad org risik dl..haha

@_@

-li.zue- said...

lupa nak tulis.
entry ni.. betul2 buat rasa cam nak contact balik semua member2 lama sejak zaman muda2 pergi tadika sampai sekarang...


sob.sob.sob

-li.zue- said...

"aku letih dengan komitmen.dan aku belum bersedia lagi"

akan tiba satu masa.
lu pasti akan bersedia. =]


lumut.wa nak makan nasi minyak!!! HEHE