hubungan antara aku dan dia yang melebihi 5 tahun itu buatkan keluarga kami sudah saling mengenali.aku berani cakap.jika peristiwa itu tidak berlaku,dan perpisahan ini tidak terjadi.kau dan aku akan bahagia bersama.mengapa dan kenapa pengakhiran hubungan ini bukan sesuatu yang membahagiakan aku,sama sekali tidak dapat aku jawab.ini takdir.aku akurkan saja walaupun sukar.
*******
Gadis 1: N
Gadis 2:A
Jejaka: Z
Makcik : ibu kepada Z.
"N,makcik takkan terima A dengan anak makcik.Makcik minta N jangan sebut lagi nama A.makcik tak nak dengar.Kalau Z tak terima N,makcik juga tidak akan terima A.jika bukan N,tidak juga bagi A.Makcik akan doa selagi masa mengizinkan.ingat N,doa ibu itu paling makbul"
"makcik,memang sukar bagi N untuk terima perpisahan ini.tapi anak makcik sudah bahagia disamping wanita pilihannya.lihat anak makcik bahagia,sudah cukup bagi saya walaupun sakit.tolonglah makcik.restui mereka.doa ibu itu senjata kebahagiaan seorang anak"
"makcik tak boleh terima A...maafkan makcik N."
"tak apa makcik.N yakin suatu hari nanti..makcik akan terima A.percayalah."
*******
aku tahu gadis itu tidak bersalah.kenapa mesti dia dihukum untuk disayangi dan menyayangi.aku tahu dan aku sedar,lelaki itu untuk dia,bukan untuk aku.aku pernah berhubung dengan A.tapi sekadar perbualan dialam maya.email dan sms.dia menegur aku.katanya aku perlu bersabar dan terima hakikat,hidup mesti diteruskan.
pada mulanya aku marah pada A.aku fikir cakap memang mudah.sudah diambil kekasih hatiku.pandai pula nak suruh aku bersabar.ahhh..fikiran aku memang cetek.tapi bila difikirkan balik,A sama sekali tidak salah.dia juga gadis biasa.insan biasa.dia layak disayangi.dulu A juga pernah ditinggalkan kekasih.A juga pernah bersedih dan patah hati.A juga pernah menangis bila hatinya dilukai.
Allah itu Maha Adil bukan? (aku memujuk diri lagi)
Dia pertemukan A dengan Z.dan Dia pisahkan Z dari aku.lihatlah.Dia sedang menguji aku.menguji hati dan tahap keimanan aku.dan Dia sedang memberi ganjaran buat A atas kesabaran A melalui ujian yang lalu.Bagi Z pula,Dia sedang mengajar kamu untuk menyayangi insan bernama gadis dengan "hati".
hidup ini ibarat roda bukan?? (aku memujuk hati lagi)
dan hari ini,aku dapat tahu bahawa ayah A telah kembali kerahmatullah.A pasti rasa kehilangan.sedih akan perginya ayah tercinta buat selamanya.Tapi Allah itu Maha adil dan penyayang...dia hadirkan Z buat A agar Z boleh memberi semangat dan menyayangi A.Allah tahu A tidak mampu untuk menerima kehilangan kekasih hati dan ayah tercinta secara berturut.kerna itu Allah hadirkan Z buat A.
buat kamu si gadis,sabarlah.aku disini mendoakan kamu agar kau terus kuat dan bahagia disamping dia insan yang kamu cinta.aku doakan cinta kalian kekal hingga akhir hayat.usah kalian habiskan cerita cinta kalian dengan perpisahan seperti aku.keran itu bukan sesuatu yang membahagiakan.buat kamu si gadis,tabahkan hati.aku doakan agar roh ayah kamu dicucuri rahmat.semoga arwah ditempatkan di tempat orang yang beriman.Al-fatihah.
*******
buat aku?biar masa yang tentukan.
lihat,Allah itu Maha Adil bukan? (beginilah aku memujuk hati)...
Buat Z,aku pasti ibumu akan merestui hubungan kalian.usah risaukan aku disini.kerana aku tetap aku.sejarah yang lampau tidak boleh diulang.lalu aku terus melangkah pergi meninggalkan kisah kita...yang manis-manis saja aku simpan.tidak pula yang pahit.
terima kasih Z kerana pernah membahagiakan aku..
kau dihadirkan buat aku sekadar pinjaman untuk aku kenal apa itu hidup...