"kau sudah berpunya??"
"aku single,masih belum jumpa yang sesuai lalu menolak beberapa huluran."
"tipulah orang macam kau single.ke kau memilih sangat."
"mana ada,aku tak tipu..masih mencari.."
"kau nak yang macam mana?"
"alamak,panjang nak ulas soalan kau ni..erm,senang cerita yang boleh buat aku hepi dan aku pon boleh buat die hepi.kalau die je buat aku hepi tapi aku buat bodoh je,tak jadi jugak kan?"
dah kau jangan tanya aku soalan lagi...meh sini aku nak bagitau kau sikit.aku bukan memilih.aku jugak bukan tak move on dengan apa yang dah berlaku..cuma aku bukan mudah untuk jatuh cinta dan aku jugak tak mudah untuk beralih arah.kau faham tak tuh?kalau tu pon kau tak faham..dah jangan lah tanya aku soalan macam-macam...aku tak pandai nak jawab.
aku rasa kau pon tau,mane ade manusia yang tak nak disayangi mahupun menyayangi.tak ada.....setiap orang mahu hidup berpasangan..mahu berkasih sayang..mahu hidup bergantungan antara satu sama lain..itu lumrah lah.tapi untuk lengkapkan hukum hidup yang satu tu,kau tak boleh main ambil saja.kau tak boleh main macam tampal-tampal seluar yang koyak..kau tak boleh main rasa-rasa..kalau tak sedap terus ludah berkali-kali......lepas tuh kau buang..bila kau sayang orang sepenuh hati...kau akan cakap "he/she is my other half..".kau tau tak yang 1/2 itu banyak??kau tau tak yang 1/2 itu sudah separuh perjalanan..dan 1/2 itu besar peranan nya dalam menguasai kehidupan kau....dan bila 0.5 itu hilang macam tu saja...mana kau nak carik???memang 0.5 itu nampak kecik dimata orang ramai..dimata orang yang bukan mata kau...mereka perlekehkan yang 0.5 itu tak ada apa....mereka suruh kau terus berlari laju,mereka suruh kau get a new life,mereka suruh kau lupakan,mereka suruh kau gelak-gelak..mereka suruh kau itu ini....
lalu kau pon akur....kau teruskan hidup kau dengan baki 1 per 2 lagi diri kau..mana pergi 1/2 lagi?mane??dah mati..yang tinggal cuma ada 1/2 saja..kau cuba bawak separuh yang tinggal itu untuk carik lagi separuh diri kau..tapi tak jumpa.tak ada..kau gali sana sini..kau jumpe ramai orang,kau create a new life,kau sedut semangat...kau paksa "waktu" untuk cari other half of u secepat mungkin.sebab kau nak diri kau itu "penuh jadi satu".jadi lengkap macam mana yang pernah engkau idamkan dulu......
sebab itu,bila diri kau tinggal separuh.1/2 mahupun 0.5.....kau akan bergerak dengan lebih berhati-hati..kerana kelak bila sesiapa hadir dalam hidup kau dan berjaya menguasai separuh diri kau...maksud aku dekat sini separuh dari 1/2...addduhhhh..susah nak kire?....1/2 X 0.5 = berapa???tekan calculator..jawapannya...1/4 ataupun 0.25....dan kau bayangkan..kalau suatu hari separuh lagi diri kau dimusnahkan....dan akhirnya kau hanya melangkah dengan berbekal 1/4 dari diri kau yang asalnya satu dulu.....mahu ke kalau kau hanya tinggal 0.25??sikit-sikit kau akan menghampiri 0 seterusnya angka negative.mahu??
mana pergi semangat?
mana larinya kudrat?
benar,semua orang ingin disayangi..
orang gila pon tahu cari perhatian.
No comments:
Post a Comment