Friday, September 25, 2009

mari aku hamparkan sedikit senyuman.


wah!!
nampaknya sudah ramai ye kamu-kamu yang update pasal raya..
takpe2..aku pon memang saja bagi laluan dekat anda-anda meng"update".
ghairah sungguh ye kalian bercerita pasal raya.
siap ketawa suka aku beraya sehari lambat dari kalian.
it's ok babe.."puasa itu ibadat,raya itu juga ibadat".
jadi samakan??jangan nak gaduh2..rileks sudah.

raya diperantauan?ohhh..memang berbeza..
time ni la nak rasa raya pergi kelas pegang pen.tekan calculator?
itulah bezanya raya dinegara orang.tapi walau dimana berada pon,sambutan kemenangan itu tetap disambut dengan meriah...

tapi tipu lah kalau nak kata airmata aku tak tumpah.
siapa tak syahdu..tapi aku harus bersyukur.ramai lagi dekat luar sana yang lagi merana.bukan aku aje,dan bukan juga kau saja yang bersedih.
namun kita berteman.
tidak pernah keseorangan.kerana kita ada Dia.
kau je yang bongkak tak nak "jumpa" dia meminta.
kau,aku,mereka memang bongkak.mengaku saja!

Lokasi kejadian: flat 5,number 14 whitaker place,Auckland,NZ.
tarikh: raya pertama-isnin 21/09/09
slogan:"biar bengkak tulang belakang,asal kemeriahan dirasai"

pagi raya macam biasalah.mandi sunat hari raya,pergi solat raya,bersalaman bermaafan.
ziarah kubur.erk.....kubur mana pulak dekat sini aku nak bantai pergi melawat.kot ye pon nak rasa feel raya.tak payahlah kot pergi kubur kat sini.ada yang kena lempang kang pagi-pagi raya.
ok dah.aku tahu korang pon da bosan baca pasal cerita orang makan kuih raya,dapat duit raya,sakit perut time raya,ah macam-macam la.
baik layan je gambar,jom.

suasana sembahyang raya

bermaafan.juga sesi membersihkan hutang.erk??

lepas solat,kami rushing ke kelas.lepas kelas balik rumah layan tetamu.lepas tu pergi kelas balik.lepas tuh balik rumah balik.lepas tu ponteng kelas.yahoooo..hehe

RUMAH KAMI DIBUKA.
[7a.m-6p.m]

persiapan hari raya ini di lakukan dengan tenaga kerja 4 orang gadis.semalaman tak tidur beb.dengan nak masak lagi,siapkan kuih raya,nak pergi kelas,nak fikir test lagi nak fikir budget bahan mentah lagi.memang penat.boleh jamin bengkak tulang belakang korang.

pelengkap misi

di belakang tabir..

berikut adalah tetamu yang hadir yang telah memeriahkan rumah aku,tolong habiskan makanan yang kami masak,dan menceriakan susana hari raya,terima kasih semua.







begitulah cerita suasan hari raya di perantauan.tiada apa yang terlalu berbeza .apa yang penting niat individu itu sendiri dalam menyambut kemenangan ramadhan dan juga kehadiran syawal.dalam kita bersuka ria,jangan lah kita lupa mereka yang berduka akan kehilangan insan tersayang mahupun mereka yang ditimpa bencana.

akhir kata,semoga raya ini semakin merapatkan ukhuwah sesama islam.apesal aku skema sangat ni??hehe.
raya kedua dan seterusnya.macam biasa pergi ke kelas sambil nyanyi lagu raya..
ok aku tipu.tata.

p/s::eksklusif ni korang dapat tengok rumah aku.bukan selalu aku tempek gambar sedozen.

30 comments:

Aku Beskot™ said...

yes²..
kali ak berjaye jd yg pertama..
wahh..cm best je suasana raye kt oklen..
okeh..,alamat da dpt.
lusa, rombongan raye dr msia sampai..
nntikn kedatangan kami tuan umh.
haha..

p/s:rminye gadis²..huhu..

joegrimjow said...

tlekung putih tu
yg bintik2 itam skit
kim salam
lalala~

NuR said...

syahdu syahdan nya rasa
cik lumut.. even though i'm not there..but i can feel it..
cik lumut,
terrror ah persiapan raya dgn mengejar kelas lagi..hukhuk..

::[si putihpurple]:: said...

highlight ckit ye..
"pagi raya macam biasalah.mandi sunat hari raya,pergi solat raya,bersalaman bermaafan."

>>ohh..ko bese g smyg raya ek??
hahahaha;D

rizputra7 said...

lewat ler raya kat sana...kalu aku tahu lewat mesti aku gie sana bawakan lemang untuk cik lumut.....best pulak aku tgk raya kat luar negara..aku nak kena try nie..aku paling jauh raya sorang2 pun kat cameron highland dan johor....huhuhuhuu

shakinah said...

heh.
best apa
ok laa tu

Kapten said...

wahhhhhh

ramainya awek kat auckland

Kapten said...

eh... azzaliena... komen kita serasi bersama ler

Kapten said...

aku ingatkan CHEF... rupa2nya assistant jer

IkanMasin90(IM90) said...

perghhh...banyak yee terunaaa..hahaha

iezat said...

ape jadah lu x jemput gua datang..
ni yg gua nk marah ni..

anaklaut said...

salam..

tak dapat pi luar negara, dapat nengok ruamh cik lumut pun jadilah.....

best entri ni...!

lumut said...

to EN.BESKOT,
wah2..excited nye die..hehe.nape dgn ramai gadis?nak la tuh..=p

to JOE,
erk..xpahamla joe..satsera sgt ayt ko.

to NUR,
mmg syahdu gak la.er teror?sakit tulang belakang den.

to SIPUTIHPURPLE,
uissshhhh..macam biasa tu org.bukan aku.haha

to RIZPUTRA7,
ele..baru nak calap nak bagi lemang la apela..ehe..best?biase je..try la.

to SHAKINAH,
yela syg...huhu

lumut said...

to FATT,
pilih la ye kalau nak,itupun kalau available diorg tuh.

to AZZALIENA,
ko nak?

to FATT,
ceh.assistant merangkap chef lew.nak ngurat azzaliena la tuh.haha

to IEZAT,
marah la..aku xkesah,hehe

to ANAKLAUT,
hehe..thanx sbb suke entry ni..=)

Wanita Mutalib said...

owh..tetap meriah raya kamuu sayang..

lhat,kamuu tidak keseorangan di sana kan :)

Nabil Fizri said...

syok ape.
dmata gua la.
dmata lu atau dfikiran lu
raye d msia lg syok?
lu hepi je kan..
ok r tu..
orait je gua tgk..

lumut said...

to WANITA,
aku mmg tidak keseorangan..tp tdk keseorangan dgn jiwa kosong itu samakah??

to NABIL,
dimata orang kite mmg kene tunjuk kite ni epi.kau igt die betul2 epi ble die kate die epi?dalam hati manusia siapa tau.sorang pon xtau.

ber_u_wang said...

tau macam tu punya meriah kat NZ .. baik aku raya sana...

green said...

cam pernah ku pos kad raye ke alamat tu..

raya kat perantauan..
pengalaman tu..
xpe..ade Dia kan..

lumut said...

to BER_UWANG,
meh datang sini.aku x suka tgk kau bersedih.siapa lagi nak hepikan diri kita kalau bukan diri sendiri.

to GREEN,
erk...kawang mung le tuh..hehe

sI tEDI said...

Alhamdulillah.. meriah juga kan???

Sambut seadanya.. seronok nampak di gambar .. :)

IkanMasin90(IM90) said...

fatt chin choyy..alamak der jodooh lah..
hahahahaha

men2 jerk..

lumut...bak sekor..hensem tak??hahaha

intan izani said...

mmg feel raya
walaupun di perantauan...
;)

lumut said...

to SI TEDI,
kene set up sendiri bagi meriah..
penat tp syukur.

to AZZALIENA,
adeh.igt aku agen cri jodoh ker?tggu aku jumpe jejaka pencuri hati dlu.

to INTAN,
feel mesti kene set up.kalau x tangkap syahdu le,hu

farah said...

takde ke teruna yg masih single?

err, aku nie tertanya soklan yg bukan2 plak.

ahhaha.

sufi said...

wah,meriah jer aku nengOk,
boys lak nsem2..
bez cuci mate..
hoho

lumut said...

to FARAH,
erk..ko nak?tggu aku dpt 1 dlu.haha..xdelah.aku rse sume dah berbini.

to SUFI,
eh kau ni.raye2 lak cuci mate.tp mmg betul pon.suke aku tgk lelaki pakai baju mlayu ngan sampin.

ikanriang said...

penat nak mengapdet blog ko since balik cuti.
suke gamba yg last tu.
suke sgt22

lumut said...

aik?ko lak update blog aku.syg..aku rindu ko..ko dah ok ker?aku pon suke gamba last tuh,manis.

nazri.sensei said...

slamat ari raya ke 8 lumut..haha