Thursday, December 31, 2009

kenangan di LCCT dan lintas langsung dari GOLDCOAST.


penulis selamat tiba di GOLDCOAST,australia lebih kurang jam 930 am waktu sini.
terima kasih dari hati ditujukan kepada semua ahli keluarga,kawan-kawan serta teman blogger yang mendoakan keselamatan sepanjang perjalanan...

tujuan entry : memberi penghargaan kepada semua "pembekal semangat" yang terlibat mencipta kenangan di lapangan terbang (LCCT) kuala lumpur pada 31 dec 2009 dan juga semua blogger yang mendoakan saya.

KETIBAAN

haha..sorry lah..macam poyo sikit entry kali ni.saja nak buat happening..biar mata kamu-kamu dan juga aku "tidak masuk habuk" lagi...=).senyumlah..akhirnya aku selamat tiba di lapangan terbang goldcoast sebelum meneruskan lagi perjalanan ke AUCKLAND,new zealand tanah tumpah bukan darah ku.tapi tumpahnya semangatku.hahaha.sorry terpoyo lagi sekali.baik berhenti baca entry ni.nanti meluat.

aku bukan apa...saja tak nak dah buat entry sedih-sedih.tahun baru,semangat baru,perjalanan baru,cerita baru,tapi..senyuman dan hati dari orang yang sama...=).senyum lagi.

dengan bangganya aku bawakan abang driver kapal terbang.
haha...aku berjaya snap gambar diorang...terima kasih ye bawak
saya tadi.tapi kenapa lama sangat??sakit badan tau tak...



dengan kurang bangganya saya bawakan "hot chicks".haha.
jangan nak usha lebih2 pulak.pesanan keras buat ian,fhad dan si kosong.=p

serius wa katakan,menyambut tahun baru dengan menempek muke dekat lapangan terbang goldcoast ni sangatlah membosankan.rasa nak terajang je orang yang lalu-lalang tanda protes tak cukup tidur.haha..dengan  bateri laptop dan handphone yang kehabisan,aku dan gadis sebelahku siputihpurple semakin rasa seperti nak naik atas meja sambil menara zapin.

lalu kami gigih mencari "plug converter" untuk menubuhkan "cyber cafe" dekat tepi ni ha dengan duduk bersila tanda cyber cafe milik orang melayu.haha...terima kasih kepada gadis siputihpurple kerana berjaya mengugut makcik kedai tuh untuk dapatkan plug converter.yehha..kami pon menari zapin dengan internet free disini.

kebosanan sambil mengalas perut..

pemandangan yang membosankan.


kepala wa dah sakit ni.nak tidur..nak tidur..nak tidur..haha...sepanjang aku melepak kat tepi ni.aku tengok omputeh ni badan sumer dah terbakar dok berjemur tepi pantai lah tuh.aku pon macam nak rasa pergi jemur badan aku ni ha.tapi kang jadi rentung pulak tak lalu orang nak pandang dah.haha...

suke betul aku gelak sambil menaip...mari happykan diri.yehhhaa..

LUMUT,CERITA LAH PASAL SEMALAM KAT LCCT..

owh..ibu-ibu ,bapak-bapak nak tau pasal malam tadi?dekat LCCT macam biasa lah.turun-turun je aku terus marah soranh mamat cleanr ni.aku tanya die..

"apehal LCCT ni banyak habuk,kau tak menyapu ker?makan gaji buta?"

"maaf cik..saya memang pemalas sejak bayi lagi.."

"sebab kau malas lah mata aku ni berair je sebab masuk habuk taw!!!" (=p)

ewah.dramatik sungguh kan...hehe...nak TENGOK GAMBAR ni...mereka yang terlibat dalam "mencipta habuk" di LCCT semalam adalah:

mak abah aku,anak buah aku,ian,fhad,si kosong,beskot,jalak,loki,mr.chenta,ber_uwang,jen,sekut tawar,cik cumey,siv,maira,aleen...

NI SEMUA HABUK NI..
sebab tuh la mata i berair je..isk3...












HABUK TEBAL..




semangat sudah dikutip...
dilekat pada dinding hati satu-persatu..
aku "glu" bukan salotap je..biar semangat tu kukuh disitu..

pelukan diganti tanda pemindah semangat..
kata-kata menajadi penghubung hati...
senyuman dan lambaian penghantar semangat itu pergi sekali..

pergilah.
mulakan langkah baru kau.
jangan toleh kisah silam yang tidak mungkin dapat kau ubah.
tabahlah.ramai yang hulurkan semangat itu buat kau...
kau pasti jumpa apa itu bahagia suatu hari nanti.
insyaAllah....

terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan juga mendoakan aku dari jauh.tidak putus-putus kata semangat yang kalian taburkan..semata-mata untuk lihat aku terus bangun...terima kasih jugak buat semua yang bagi hadiah,surat chenta,potret,lagu,video,buku semangat..aku ucapkan ribuan terima kasih.

kalian ni terlalu baik melayan aku..
selamat tahun baru..
semoga persahabatan ini berkekalan....

=)

p/s:siapa yang bawak camera besar semalam...saya nak gambar boleh??hee

Wednesday, December 30, 2009

kalian itu kenangan terindah tau tak..terima kasih.=)

bismillah..assalammualaikum saya doakan buat semua.sama ada yang kenal saya ataupun tidak.apa salahnya mendoakan sedara sesama islam...

maaf,saya tak pernah nak kata saya berlagak famous.
apatah lagi saya hot.janganlah salah anggap dengan entry saya kali ini.
sekadar penghargaan yang saya sendiri tak tau macam mane nak luahkan.

sebentar lagi saya akan pulang semula ke auckland untuk meneruskan perjuangan...pesawat akan berlepas tepat jam 940 malam di lcct ke goldcoast.ye saya transit di sana sebelum berpijak di bumi new zealad itu..bagi kamu-kamu yang akan tiba dilcct sebentar lagi untuk bagi peluk cium mahupun muke sedih macam tempoyak buat saya.terima kasih saya ucapkan sepenuh hati.

apesal korang layan aku baik sangat ni???ok gua sebak.
ah skema!!ape jadah...haha...malas ah nanti korang nak touching-touching lak ngan aku.janji jangan touching.entry ni serious tak ada unsur sedih.jadi sesuai untuk wanita mengandung.hahaha..

PERJALANAN AKU BERMULA...
tiada siapa pon yang tau apa tujuan cuti aku kali ini.aku sematkan kekuatan untuk terus mengumpul semangat dari kalian-kalian itu...dalam masa aku pulang mencari semangat yang sudah lama terkubur dimuka bumi auckland itu..aku juga diuji dengan pelbagai masalah keluarga yang aku sendiri tak terfikir akan berlaku.nak tak nak.ini realiti hidup.aku sudah bagi apa yang termampu....dan lepas ni aku akan jauh dari ahli keluarga.apa yang akan berlaku kelak.harap kalian terima dengan redha..aku terlalu jauh untuk membantu memulihkan keadaan...

anda masih belum terlambat.
masih boleh berhenti dari meneruskan bacaan.kalau tak nanti anda rasa menyesal sampai rasa nak tikam diri sendiri sebab baca entry ni.aku tak tanggung.haha,maaf gelak lagi.dah memang hobi menjelang tahun baru ni.

aku memang nak merepek kat entry ni.lantak lah.suke hati.

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

hamba mu ini redha dengan segala ujian darimu.ujian dari segi mental,fizikal,hati,persahabatan,keluarga,ibu bapa,masa depan,apa pon..semua hamba Allah mesti redha.termasuklah aku.tapi untuk sampai ketahap redha itu..bukan mudah.bukan hanya sekadar dibibir,tapi pada kekuatan hati.

aku bersyukur berpijak pada tahun 2009.tapi jika diberi pilihan buat diri aku sendiri..aku tidak mahu lagi merasa apa itu 2009.perit..sakit..lost..down..rasa kehilangan.itulah aku...aku hampir menjadi someone yang bukan diri aku.rasa ingin merosakkan diri sendiri..rasa tak nak jadi individu yang berpegang dengan nama sendiri.,

ye.teruk kan aku?

dan cukuplah.aku sudah terima segalanya dengan redha.tidak boleh diubah walau ape cara sekali pun.terima kasih YA MAHA PENCIPTA.kerana aku dipilih untuk diuji..kerana aku dipilih untuk kau anugerahkan kekuatan..agar aku belajar untuk bersyukur.agar aku belajar apa itu hidup.jangan riak.itulah pesanan dari KAU..

tertunduk kejap.

bertemu keluarga,saudara mara,kawan-kawan,teman-teman blogger..merupakan satu kenangan terindah buat aku cuti ni.aku tak kesah aku perlu bergerak sendiri.dan aku setia dengan public transport yang kerajaan sediakan.haha..diorang memang sediakan untuk aku tuh..berapa duit aku habis untuk cuti ni..aku sikit pon tak amik kira.apa yang aku nak makan kat auckland nanti..esok-esok lah aku fikir.yang penting aku dapat sesuatu yang tak boleh dibeli dengan duit.=)

belah kiri tu awek aku.belah kanan tu balak aku.
kata aku BISEX kan?dua-dua aku sapu.haha

itulah mak abah aku...senyum je aku tengok muka diorang..masa abah amik aku kat airport on 24 nov 09 arituh..mata abah berair je..abah ni tabah orangnya.abah suka dengar cerita dari aku.sebab anak-anak yang lain jarang nak borak kongsi cerita dengan abah.masa aku "hilang semangat" dekat auckland dulu..abah lah yang banyak bagi semangat.tapi...abah cakap.."abah dah hilang anak abah yang kuat tu."..lepas tuh abah senyap.tanda abah menangis.

aku kesal buat mereka sedih.maafkan aku.tapi itu bukan niat aku.

mak,jangan nangis macam hari tuh lagi??mak jenis lembut hati.harituh mak nangis teruk sangat dek "ujian itu".aku macam biasa kaunselor tuh memang keje part time aku...aku pujuk mak...tapi kejap lagi aku dah jauh.aku doakan mak tabah dengan ujian ni.aku harap keluarga aku akan terus kuat tanpa aku disisi..

tiba-tiba aku rasa aku anak sulung?ewah..dah jangan touching..aku sentiasa doakan mak abah dari jauh..itu saja yang termampu...

budak kecik,cik kah sayang korang.

abang (budak paling kiri),kejap lagi cik kah nak naik kapal terbang.masa abang hantar cik kah nanti..jangan ngade-ngade cakap nak ikut cik kah..jangan nak buat cik kah touching pulak..

budak tengah tu tak paham ape-ape.malas nak cakap lebih-lebih.haha

budak kanan sekali lagi lah tak paham ape-ape..dayana,walau ape pon terjadi,janji kamu akan jadik kuat ok...cik kah dah cuba untuk selamatkan...cik kah sayang kamu.


PERJALANAN CUTI DIMULAKAN.

haha..ape jadah dari tadi tak mula-mula...=p..sepanjang cuti ni aku bukan saja jumpe blogger.kawan-kawan UNITEN tempat aku belajar sebelum keauckland..kawan-kawan sekolah...mereka isikan hati dengan gelak tawa.kongsi cerita..tanya khabar...katakata semangat dari mereka..sanagat aku hargai..aku sayang mereka...

1.sesi melawat makhluk UNITEN BANGI...
aku mulakan dengan melawat kawan-kawan di UNITEN.kedatangan aku disambut baik oleh a'a,intan,nira khalilah,min,alin,atiq dan azi.macammacam cerita dikongsi.gelak macam dulu.lawak memang tak leh  blah.masing-masing masuk air.dah lama aku tak gelak macam tu..jumpe korang,terhibur sangat.sikit-sikit luka dihati aku ubati.terima kasih kalian...aku sayang kalian...maaf tak ada gamba pulak.hampeh cmne lah leh lupe.


2.sesi bersama KAWAN SEKOLAH.

melantak selagi boleh.haha

lepas makan kami berkaroke.macam orang gile jugak masing-masing.hehe..lepas tu melepak kedai mamak.dan last sekali melepak kat playground kfc.aku ajak mereka main POLAR BEAR.mereka nampak terhibur.aku suke..suke sangat sebab aku mampu buat mereka ketawa.seharian kami tak tidur..esok pagi datang UIA semata-mata untuk tidur..sweet memories guys!!!

singgah di UIA gombak...=)
yang belah kiri tu jiwa aku,aku sayang die.
die ade blog.meh aku promote kat sini.
name die ikan riang.haha.pergi lah terjah.

buat fad a.k.a ikan riang.terima kasih kerana sudi bersama aku cuti ni.teman aku bercerita..gelak dengan aku..aku rindu sangat kenangan yang dulu.buat leha,chapek n linda..thanks layan perangai aku yang memang tak betul ni...terima kasih juga mendoakan aku terus kuat sepertu kamu-kamu itu...

fad,
ingat tak saat dimana aku mula untuk melangkah pergi keauckland.kau terima panggilan dari aku.teresak-esak aku menangis perlukan kau.aku rasa kehilangan ketika itu.

tapi sekarang.aku dah kuat.sebab ada kekasih macam kau....oh bunyik macam lesbooo!!haha..

langkah aku panjang sehingga ke MUAR...
semoga persahabatn ini berkekalan..=)


jauh gile aku berjalan untuk melawat kawan-kawan.menggunakan waktu sepenuhnya.sampailah aku kat MUAR.time ni pergi rumah miss.akmal...=).terima kasih jugak aku tujukan buat akmal kerana sudi bawak kami jalan..nadwa,chapek dan miera sebab layan otak aku yang senget.napelah aku rasa makin hari otak aku makin senget.erk.

**********************************************

BLOGGER??????

jujur aku katakan,tidak pernah terlintas difikiran aku yang aku akan jumpa manusia maya di alam realiti.tidak sama sekali.namun itulah yang terjadi.teguran yang pada mulanya hanya dengan tulisan bertukar menjadi perbualan didunia nyata.aku sayang memori ni.aku sayang segala kenangan aku dengan kamu-kamu itu.seperti yang aku pernah cakap kan sebelum ni..

"hargailah kenangan hari ini kerana ianya sama sekali tak kan sama dengan apa yang kau lalui semalam mahupun esok..."

PERTEMUAN DI SOGO
-razman,CC,jen,mamai,beruwang,seroja jingga,siv,nur,rai,azzaliena,mint-
klik SINI untuk entry lanjut tentang sogo.hehe




yang ni langkah pertama kau turun jumpa blogger.dedahkan identiti.haha..mule-mule agak segan.sampai lambat,semua mata pandang kat aku.serious tak tau nak buat muke macam mane..aku senyum je.itu yang mampu...=).mereka best..borak semua macam dah lama kenal..tanya aku macam-macam rasa macam sesi interview pulak.haha...masa borak tu memang tak sedar dah lama gile lepak situ sampai tokey tu pon pandang semacam.haha..nice to know u guys.

PERTEMUAN DI PASAR SENI (SAJAK MARATHON) dan TIMES SQUARE
-beskot,si kosong,jalak,ah fatt,mamai,cik gula-gula,yam,told la hejaw,imsoseupernotcool,kimisai,aloy paradoks,triple x malaya,si lampu neon,drifter,ian,fhad,aleen-
lagi cerita kami di SINI.



dekat pasar seni jumpa ramai orang baru.lihat banyak bakat.best..aku suke.aku suka kan puisi.tapi dah lama retire...dah malas nak cerita lebih.sebab aku segan.hehe..tak kenal sape budak baju pink tuh.abaikan.





sesi times square.1st time jumpe fhad,ian ngan aleen...hehe...banyak lagi nak cerita pasal diorang.nanti la.main bowlin gsape menang?haha

BLOGEGR GATHERING GENTING 09
cerita lanjut di SINI.ala...korang dah bosan dah pasal cerita genting ni kan?hehe...

cerita kami...


excited nak main polar bear ker?haha.
korang simpanlah kenangan kita main polar bear tu.=)

ONE UTAMA BERSAMA KEKASIH HATI CIK CUMEY SAYANg..





aku tak pernah terfikir untuk bergelak ketawa dengan kau.aku tak pernah terfikir untuk tumpahkan airmata aku lebih 3 kali depan kau apatah lagi bergurau senda tidur sekatil dengan kau.aku tak pernah terfikir....kau baik sangat dengan aku.kau terima kau seadanya.kau pinjam kan telinga buat aku..kau beri hati dekat aku.

CC aku sayang kau....





minah ni?haha..sila klik SINI ada entry special die buat untuk aku.minah ni aku tak pernah fikir untuk bercinta dengan die.untuk tidur sekatil,mandi bersama..haha..die seorang yang buat aku rasa senang,selamat,gembira dan dihargai apabila bersama die...kami berkongsi cerita..die diantara blogger yang berjaya buat aku menitiskan airmata depan die lebih dari 3 kali..die seorang yang suke bahagiakan orang lain.suke berkorban dengan apa yang die ada.itu yang aku nampak.pertemuan pertama kami di midvalley.die boleh jadik kakak,kekasih,suami,isteri,mak mertua,jiran jahat mulut..sume die boleh.berkebolehan bini aku yang sorang ni.hahaha.aku ingat lagi saat kami guling-guling atas katil main pintal-pintal rambut.ewah..minah ni cakap rambut aku lawa.ok jejaka sila jangan bayang.terajang kang.haha.

aku tak tau nak cakap ape lagi.sebab..aku sebak..babe,kau ingat tak kau message aku lepas kau hantar aku keseremban.kau kata kau menangis untuk lepaskan aku...kenapa kau layan aku baik sangat?aku ni penjenayah taw..aku sayang die...dan aku tacing saat die kesat airmata aku yang jatuh di pipi....aku nak pergi da.kita akan jauh..kau jangan nakal-nakal.aku dah jauh untuk gembirakan kau.untuk sama2 senget dengan kau....aku sayang kau.

JUSCO SEREMBAN bersama ah ian,fhad,loki,aleen dan mr.chenta.
gambar i ciplak ye...hehe..







ini antara salah satu kenangan terindah.best..sempoi..lepak gile.mereka sanggup turun seremban semata-mata nak jumpe aku.tacing tak?huhu..tambah tacing bile aleen,ian dan fhad sanggup hantar aku balik rumah kat kuala pilah.siap lepak kampung aku salam mak ayah aku lagi...haha...sila klik SINI untuk bacaan lagi.

TERMINAL 1 SEREMBAN-oranglidi dan sekut tawar..


orang lidi dan sekut tawar juga sanggup turun seremban...gile tacing..terima kasih kerana datang..=)

KFC KUALA PILAH-bertemu blogger rafiq.

mamat ni lagi lah.jauh datang.dari bentong semata-mata nak jumpe aku..beriye-iye die...tahniah selamat sampai ke kuala pilah.haha.


padan muke kau.sape suruh kau letak gamba aku besar2.haha,
dah ah siap tumpahkan air.gelabah ke weh?=p
klik SINI untuk entry rafiq.

aku pon ade jugak jumpe caluk,tokdon dan chotz..haha..mereka best..=)

************************************
SPECIAL DEDICATION =)

macam biasa dan terlalu biasa dan tiada yang luar biasa.aku dengan senyuman nak ucapkan berbanyak terima kasih sepenuh hati kerana kalian semua terlalu baik dengan aku.aku ini manusia biasa-biasa aje.tiada yang luar biasa dan tiada apa yang special yang lain dari kalian.kepada yang sudi datang jumpe aku..yang sudi share cerita gelak ketawa..nasihat segala..aku mengucapakan ribuaan terima kasih buat kamu semua.hanya tuhan saja yang akan balas budi baik kalian.

kepada semua peserta blogger gathering di genting..aku ingin memohon kemaafan jika ada diantara perlakuan,pertuturan mahupun tngkah laku aku yang mengguris hati kalian.aku cube sedaya upaya untuk puaskan hati kamu-kamu itu namun aku tau itu suatu yang mustahil untuk aku capai.buat kalian yang turun genting semata-mata ingin bertemu dengan aku,serious aku terharu untuk itu.tapi ingat aku ini manusia biasa.bukan ultraman taro.hehe...

kenangan di genting merupakan kenangan yang terindah.dan tak mungkin aku akan dapat dimana-mana..tahniah untuk semua yang menjayakan.

aku sebenarnya terharu dengan korang.layan aku baik sangat.buat aleen,fhad dan ian yang hantar aku sampai depan rumah aku..kalian blogger pertama yang tahu dimana rumah aku..kampung aku..siap salam ngan mak abah aku..haha..korang memang best..share story dengan aku..gelak ketawa...main bowling macam orang gile...ah semua gile.dah tak nak tulis lagi.tacing dowh.

aku sbenarnya tak nak buat dedication khas untuk sesiapa.sebab aku takut aku tertinggal nak wish nanti buat korang terasa plak..haha..

aku cube untuk ketawa.aku cube untuk senyum bila jumpe korang aku cube ape yang boleh aku cubakan.aku tau tak ada apa yang mustahil.bahagia itu ada..aku yang perlu cari..dan kalian hadir menceriakan hari-hari aku...kepad ayang terima burung kiwi aku..sila jaga dengan baik...hehe..jangan buang dalam tong sampah pulak...

akhir kata,simpan kenangan kita bersama,kenanagan yang satu itu,doakan aku selamat tiba di bumi auckland itu untuk meneruskan perjuangan..benar tak semua yang kit ainginkan kita akan dapat.dapat tak semua yang kita dapat adalah yang kita inginkan.ape yang berlaku itu pasti ade hikmah..begitu jugak dengan pertemua kita....=)

perjalanan cuti ini memang yang terindah...

terima kasih sekali lagi....insyaAllah..dipanjangkan umur kita jumpe lagi....

gua tak sedih la beb.kuang aja..airmata wa meleleh....

 p/s: ingat jangan main mercun banyak sangat.takut terkena pulak pesawat yang wa naik nanti...siapa yang nak datang lcct nanti..wa alu-alukan kedatangan kalian...sesunggunya saya insan biasa sahaja..banyak sangat kekurangan..

terima kasih semua.

Tuesday, December 29, 2009

tepat pukul 12 malam 31 dec,ada entry rumusan dan penghargaan untuk kamu-kamu..ada orang buat lagu??

aku update sikit.tambah sikit..ade orang buat lagu untuk aku..mr.chenta..ok serious aku tacing.

dengarlah..lagu bertajuk oh lumut!=)



siapa rajin...pergilah baca entry tauching dari kekasih aku cik cumey.

klik la SINI.

tak lupa jugak entry dari orang lidi dan rafiq.
sebab aku baru je jumpe mereka semalam dan kelmarin.
terjahlah mereka..

menjelang 12 malam ni...mungkin ada lagi kamu-kamu yang akan buat entry berkaitan dengan aku.haha.cilakak weh entry cik cumey..touching je.tapi gua tak nangis.lu rase wa tipu ke tak?haha...

ape jadah nak nangis.

lagi satu...

entry 12 malam ni...sangat panjang..
tolong jangan nak buang masa korang macam tu je untuk baca.
apa cikgu korang tak ajar ker "masa itu emas"??

jadi sila jangan baca.haha.....

Monday, December 28, 2009

hari ni 29 beb.

sejak dua menjak ni,
tiga menjak empat menjak,
lima enam tujuh menjak pon ok lagi,
tambah sikit lagi lapan sembilan menjak.

sepuluh menjak pon tak apa..

sebelas dua belas menjak cam dah pelik pulak bunyi.

cam orang hutan je entry aku kali ni.
hahahahahha...aku gelak sepenuh hati.
tapi tipu sebab hati tak penuh.macam mana nak wujud ketawa sepenuh hati.

nak pesan ni.masa tahun baru nanti,
jangan main mercun banyak sangat,
takut nanti terkena pulak pesawat yg wa naik nanti..D72702..hehe
wa tak sedihlah.mana ade wa sedih.wa ok saja...

semalam ade orang datang meminang wa.
tapi wa tolak mentah-mentah.
adik wa tanya,kenapa lu tak tolak separuh masak?
wa senyum sinis.

adik wa tanya lagi.
mana pergi "jejaka" lu?wa senyum sinis lagi.
"lu tak nak terima mana-mana jejaka lagi ke ubat ati lu?",tanya adik wa lagi.
wa toleh.."lu boleh tolong senyap tak?"
adik wa senyap sambil cakap,"lu poyo budget hot"
wa diam.senyum sinis lagi.
boleh ke senyap sambil cakap.wa rasa adik wa dah meroyanla.

dik,lusa wa nak blah..lu jangan rindu senyum sinis wa ni plak.

gila kan entry ni?
padan muke sape suruh baca.
wa saje je nak buang masa lu orang..
bia lu orang tak sedar yang tahun baru bakal menjelma.
tanda wa kene angkat kaki berambus....

tolong jangan ketuk hati wa lagi boleh tak?
wa tak boleh tidur malam beb.haha.
ini bukan entry jiwang mahupun ulat bulu.

auckland,wa datang ni untuk bina semangat baru.
pelik??
tak lah.ni lah gua.