penulis selamat tiba di GOLDCOAST,australia lebih kurang jam 930 am waktu sini.
terima kasih dari hati ditujukan kepada semua ahli keluarga,kawan-kawan serta teman blogger yang mendoakan keselamatan sepanjang perjalanan...
tujuan entry : memberi penghargaan kepada semua "pembekal semangat" yang terlibat mencipta kenangan di lapangan terbang (LCCT) kuala lumpur pada 31 dec 2009 dan juga semua blogger yang mendoakan saya.
KETIBAAN
haha..sorry lah..macam poyo sikit entry kali ni.saja nak buat happening..biar mata kamu-kamu dan juga aku "tidak masuk habuk" lagi...=).senyumlah..akhirnya aku selamat tiba di lapangan terbang goldcoast sebelum meneruskan lagi perjalanan ke AUCKLAND,new zealand tanah tumpah bukan darah ku.tapi tumpahnya semangatku.hahaha.sorry terpoyo lagi sekali.baik berhenti baca entry ni.nanti meluat.
aku bukan apa...saja tak nak dah buat entry sedih-sedih.tahun baru,semangat baru,perjalanan baru,cerita baru,tapi..senyuman dan hati dari orang yang sama...=).senyum lagi.
dengan bangganya aku bawakan abang driver kapal terbang.
haha...aku berjaya snap gambar diorang...terima kasih ye bawak
saya tadi.tapi kenapa lama sangat??sakit badan tau tak...
dengan kurang bangganya saya bawakan "hot chicks".haha.
jangan nak usha lebih2 pulak.pesanan keras buat ian,fhad dan si kosong.=p
serius wa katakan,menyambut tahun baru dengan menempek muke dekat lapangan terbang goldcoast ni sangatlah membosankan.rasa nak terajang je orang yang lalu-lalang tanda protes tak cukup tidur.haha..dengan bateri laptop dan handphone yang kehabisan,aku dan gadis sebelahku siputihpurple semakin rasa seperti nak naik atas meja sambil menara zapin.
lalu kami gigih mencari "plug converter" untuk menubuhkan "cyber cafe" dekat tepi ni ha dengan duduk bersila tanda cyber cafe milik orang melayu.haha...terima kasih kepada gadis siputihpurple kerana berjaya mengugut makcik kedai tuh untuk dapatkan plug converter.yehha..kami pon menari zapin dengan internet free disini.
kebosanan sambil mengalas perut..
pemandangan yang membosankan.
kepala wa dah sakit ni.nak tidur..nak tidur..nak tidur..haha...sepanjang aku melepak kat tepi ni.aku tengok omputeh ni badan sumer dah terbakar dok berjemur tepi pantai lah tuh.aku pon macam nak rasa pergi jemur badan aku ni ha.tapi kang jadi rentung pulak tak lalu orang nak pandang dah.haha...
suke betul aku gelak sambil menaip...mari happykan diri.yehhhaa..
LUMUT,CERITA LAH PASAL SEMALAM KAT LCCT..
owh..ibu-ibu ,bapak-bapak nak tau pasal malam tadi?dekat LCCT macam biasa lah.turun-turun je aku terus marah soranh mamat cleanr ni.aku tanya die..
"apehal LCCT ni banyak habuk,kau tak menyapu ker?makan gaji buta?"
"maaf cik..saya memang pemalas sejak bayi lagi.."
"sebab kau malas lah mata aku ni berair je sebab masuk habuk taw!!!" (=p)
ewah.dramatik sungguh kan...hehe...nak TENGOK GAMBAR ni...mereka yang terlibat dalam "mencipta habuk" di LCCT semalam adalah:
mak abah aku,anak buah aku,ian,fhad,si kosong,beskot,jalak,loki,mr.chenta,ber_uwang,jen,sekut tawar,cik cumey,siv,maira,aleen...
NI SEMUA HABUK NI..
sebab tuh la mata i berair je..isk3...
semangat sudah dikutip...
dilekat pada dinding hati satu-persatu..
aku "glu" bukan salotap je..biar semangat tu kukuh disitu..
pelukan diganti tanda pemindah semangat..
kata-kata menajadi penghubung hati...
senyuman dan lambaian penghantar semangat itu pergi sekali..
pergilah.
mulakan langkah baru kau.
jangan toleh kisah silam yang tidak mungkin dapat kau ubah.
tabahlah.ramai yang hulurkan semangat itu buat kau...
kau pasti jumpa apa itu bahagia suatu hari nanti.
insyaAllah....
terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan juga mendoakan aku dari jauh.tidak putus-putus kata semangat yang kalian taburkan..semata-mata untuk lihat aku terus bangun...terima kasih jugak buat semua yang bagi hadiah,surat chenta,potret,lagu,video,buku semangat..aku ucapkan ribuan terima kasih.
kalian ni terlalu baik melayan aku..
selamat tahun baru..
semoga persahabatan ini berkekalan....
=)
p/s:siapa yang bawak camera besar semalam...saya nak gambar boleh??hee
p/s:siapa yang bawak camera besar semalam...saya nak gambar boleh??hee