Wednesday, December 30, 2009

kalian itu kenangan terindah tau tak..terima kasih.=)

bismillah..assalammualaikum saya doakan buat semua.sama ada yang kenal saya ataupun tidak.apa salahnya mendoakan sedara sesama islam...

maaf,saya tak pernah nak kata saya berlagak famous.
apatah lagi saya hot.janganlah salah anggap dengan entry saya kali ini.
sekadar penghargaan yang saya sendiri tak tau macam mane nak luahkan.

sebentar lagi saya akan pulang semula ke auckland untuk meneruskan perjuangan...pesawat akan berlepas tepat jam 940 malam di lcct ke goldcoast.ye saya transit di sana sebelum berpijak di bumi new zealad itu..bagi kamu-kamu yang akan tiba dilcct sebentar lagi untuk bagi peluk cium mahupun muke sedih macam tempoyak buat saya.terima kasih saya ucapkan sepenuh hati.

apesal korang layan aku baik sangat ni???ok gua sebak.
ah skema!!ape jadah...haha...malas ah nanti korang nak touching-touching lak ngan aku.janji jangan touching.entry ni serious tak ada unsur sedih.jadi sesuai untuk wanita mengandung.hahaha..

PERJALANAN AKU BERMULA...
tiada siapa pon yang tau apa tujuan cuti aku kali ini.aku sematkan kekuatan untuk terus mengumpul semangat dari kalian-kalian itu...dalam masa aku pulang mencari semangat yang sudah lama terkubur dimuka bumi auckland itu..aku juga diuji dengan pelbagai masalah keluarga yang aku sendiri tak terfikir akan berlaku.nak tak nak.ini realiti hidup.aku sudah bagi apa yang termampu....dan lepas ni aku akan jauh dari ahli keluarga.apa yang akan berlaku kelak.harap kalian terima dengan redha..aku terlalu jauh untuk membantu memulihkan keadaan...

anda masih belum terlambat.
masih boleh berhenti dari meneruskan bacaan.kalau tak nanti anda rasa menyesal sampai rasa nak tikam diri sendiri sebab baca entry ni.aku tak tanggung.haha,maaf gelak lagi.dah memang hobi menjelang tahun baru ni.

aku memang nak merepek kat entry ni.lantak lah.suke hati.

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

hamba mu ini redha dengan segala ujian darimu.ujian dari segi mental,fizikal,hati,persahabatan,keluarga,ibu bapa,masa depan,apa pon..semua hamba Allah mesti redha.termasuklah aku.tapi untuk sampai ketahap redha itu..bukan mudah.bukan hanya sekadar dibibir,tapi pada kekuatan hati.

aku bersyukur berpijak pada tahun 2009.tapi jika diberi pilihan buat diri aku sendiri..aku tidak mahu lagi merasa apa itu 2009.perit..sakit..lost..down..rasa kehilangan.itulah aku...aku hampir menjadi someone yang bukan diri aku.rasa ingin merosakkan diri sendiri..rasa tak nak jadi individu yang berpegang dengan nama sendiri.,

ye.teruk kan aku?

dan cukuplah.aku sudah terima segalanya dengan redha.tidak boleh diubah walau ape cara sekali pun.terima kasih YA MAHA PENCIPTA.kerana aku dipilih untuk diuji..kerana aku dipilih untuk kau anugerahkan kekuatan..agar aku belajar untuk bersyukur.agar aku belajar apa itu hidup.jangan riak.itulah pesanan dari KAU..

tertunduk kejap.

bertemu keluarga,saudara mara,kawan-kawan,teman-teman blogger..merupakan satu kenangan terindah buat aku cuti ni.aku tak kesah aku perlu bergerak sendiri.dan aku setia dengan public transport yang kerajaan sediakan.haha..diorang memang sediakan untuk aku tuh..berapa duit aku habis untuk cuti ni..aku sikit pon tak amik kira.apa yang aku nak makan kat auckland nanti..esok-esok lah aku fikir.yang penting aku dapat sesuatu yang tak boleh dibeli dengan duit.=)

belah kiri tu awek aku.belah kanan tu balak aku.
kata aku BISEX kan?dua-dua aku sapu.haha

itulah mak abah aku...senyum je aku tengok muka diorang..masa abah amik aku kat airport on 24 nov 09 arituh..mata abah berair je..abah ni tabah orangnya.abah suka dengar cerita dari aku.sebab anak-anak yang lain jarang nak borak kongsi cerita dengan abah.masa aku "hilang semangat" dekat auckland dulu..abah lah yang banyak bagi semangat.tapi...abah cakap.."abah dah hilang anak abah yang kuat tu."..lepas tuh abah senyap.tanda abah menangis.

aku kesal buat mereka sedih.maafkan aku.tapi itu bukan niat aku.

mak,jangan nangis macam hari tuh lagi??mak jenis lembut hati.harituh mak nangis teruk sangat dek "ujian itu".aku macam biasa kaunselor tuh memang keje part time aku...aku pujuk mak...tapi kejap lagi aku dah jauh.aku doakan mak tabah dengan ujian ni.aku harap keluarga aku akan terus kuat tanpa aku disisi..

tiba-tiba aku rasa aku anak sulung?ewah..dah jangan touching..aku sentiasa doakan mak abah dari jauh..itu saja yang termampu...

budak kecik,cik kah sayang korang.

abang (budak paling kiri),kejap lagi cik kah nak naik kapal terbang.masa abang hantar cik kah nanti..jangan ngade-ngade cakap nak ikut cik kah..jangan nak buat cik kah touching pulak..

budak tengah tu tak paham ape-ape.malas nak cakap lebih-lebih.haha

budak kanan sekali lagi lah tak paham ape-ape..dayana,walau ape pon terjadi,janji kamu akan jadik kuat ok...cik kah dah cuba untuk selamatkan...cik kah sayang kamu.


PERJALANAN CUTI DIMULAKAN.

haha..ape jadah dari tadi tak mula-mula...=p..sepanjang cuti ni aku bukan saja jumpe blogger.kawan-kawan UNITEN tempat aku belajar sebelum keauckland..kawan-kawan sekolah...mereka isikan hati dengan gelak tawa.kongsi cerita..tanya khabar...katakata semangat dari mereka..sanagat aku hargai..aku sayang mereka...

1.sesi melawat makhluk UNITEN BANGI...
aku mulakan dengan melawat kawan-kawan di UNITEN.kedatangan aku disambut baik oleh a'a,intan,nira khalilah,min,alin,atiq dan azi.macammacam cerita dikongsi.gelak macam dulu.lawak memang tak leh  blah.masing-masing masuk air.dah lama aku tak gelak macam tu..jumpe korang,terhibur sangat.sikit-sikit luka dihati aku ubati.terima kasih kalian...aku sayang kalian...maaf tak ada gamba pulak.hampeh cmne lah leh lupe.


2.sesi bersama KAWAN SEKOLAH.

melantak selagi boleh.haha

lepas makan kami berkaroke.macam orang gile jugak masing-masing.hehe..lepas tu melepak kedai mamak.dan last sekali melepak kat playground kfc.aku ajak mereka main POLAR BEAR.mereka nampak terhibur.aku suke..suke sangat sebab aku mampu buat mereka ketawa.seharian kami tak tidur..esok pagi datang UIA semata-mata untuk tidur..sweet memories guys!!!

singgah di UIA gombak...=)
yang belah kiri tu jiwa aku,aku sayang die.
die ade blog.meh aku promote kat sini.
name die ikan riang.haha.pergi lah terjah.

buat fad a.k.a ikan riang.terima kasih kerana sudi bersama aku cuti ni.teman aku bercerita..gelak dengan aku..aku rindu sangat kenangan yang dulu.buat leha,chapek n linda..thanks layan perangai aku yang memang tak betul ni...terima kasih juga mendoakan aku terus kuat sepertu kamu-kamu itu...

fad,
ingat tak saat dimana aku mula untuk melangkah pergi keauckland.kau terima panggilan dari aku.teresak-esak aku menangis perlukan kau.aku rasa kehilangan ketika itu.

tapi sekarang.aku dah kuat.sebab ada kekasih macam kau....oh bunyik macam lesbooo!!haha..

langkah aku panjang sehingga ke MUAR...
semoga persahabatn ini berkekalan..=)


jauh gile aku berjalan untuk melawat kawan-kawan.menggunakan waktu sepenuhnya.sampailah aku kat MUAR.time ni pergi rumah miss.akmal...=).terima kasih jugak aku tujukan buat akmal kerana sudi bawak kami jalan..nadwa,chapek dan miera sebab layan otak aku yang senget.napelah aku rasa makin hari otak aku makin senget.erk.

**********************************************

BLOGGER??????

jujur aku katakan,tidak pernah terlintas difikiran aku yang aku akan jumpa manusia maya di alam realiti.tidak sama sekali.namun itulah yang terjadi.teguran yang pada mulanya hanya dengan tulisan bertukar menjadi perbualan didunia nyata.aku sayang memori ni.aku sayang segala kenangan aku dengan kamu-kamu itu.seperti yang aku pernah cakap kan sebelum ni..

"hargailah kenangan hari ini kerana ianya sama sekali tak kan sama dengan apa yang kau lalui semalam mahupun esok..."

PERTEMUAN DI SOGO
-razman,CC,jen,mamai,beruwang,seroja jingga,siv,nur,rai,azzaliena,mint-
klik SINI untuk entry lanjut tentang sogo.hehe




yang ni langkah pertama kau turun jumpa blogger.dedahkan identiti.haha..mule-mule agak segan.sampai lambat,semua mata pandang kat aku.serious tak tau nak buat muke macam mane..aku senyum je.itu yang mampu...=).mereka best..borak semua macam dah lama kenal..tanya aku macam-macam rasa macam sesi interview pulak.haha...masa borak tu memang tak sedar dah lama gile lepak situ sampai tokey tu pon pandang semacam.haha..nice to know u guys.

PERTEMUAN DI PASAR SENI (SAJAK MARATHON) dan TIMES SQUARE
-beskot,si kosong,jalak,ah fatt,mamai,cik gula-gula,yam,told la hejaw,imsoseupernotcool,kimisai,aloy paradoks,triple x malaya,si lampu neon,drifter,ian,fhad,aleen-
lagi cerita kami di SINI.



dekat pasar seni jumpa ramai orang baru.lihat banyak bakat.best..aku suke.aku suka kan puisi.tapi dah lama retire...dah malas nak cerita lebih.sebab aku segan.hehe..tak kenal sape budak baju pink tuh.abaikan.





sesi times square.1st time jumpe fhad,ian ngan aleen...hehe...banyak lagi nak cerita pasal diorang.nanti la.main bowlin gsape menang?haha

BLOGEGR GATHERING GENTING 09
cerita lanjut di SINI.ala...korang dah bosan dah pasal cerita genting ni kan?hehe...

cerita kami...


excited nak main polar bear ker?haha.
korang simpanlah kenangan kita main polar bear tu.=)

ONE UTAMA BERSAMA KEKASIH HATI CIK CUMEY SAYANg..





aku tak pernah terfikir untuk bergelak ketawa dengan kau.aku tak pernah terfikir untuk tumpahkan airmata aku lebih 3 kali depan kau apatah lagi bergurau senda tidur sekatil dengan kau.aku tak pernah terfikir....kau baik sangat dengan aku.kau terima kau seadanya.kau pinjam kan telinga buat aku..kau beri hati dekat aku.

CC aku sayang kau....





minah ni?haha..sila klik SINI ada entry special die buat untuk aku.minah ni aku tak pernah fikir untuk bercinta dengan die.untuk tidur sekatil,mandi bersama..haha..die seorang yang buat aku rasa senang,selamat,gembira dan dihargai apabila bersama die...kami berkongsi cerita..die diantara blogger yang berjaya buat aku menitiskan airmata depan die lebih dari 3 kali..die seorang yang suke bahagiakan orang lain.suke berkorban dengan apa yang die ada.itu yang aku nampak.pertemuan pertama kami di midvalley.die boleh jadik kakak,kekasih,suami,isteri,mak mertua,jiran jahat mulut..sume die boleh.berkebolehan bini aku yang sorang ni.hahaha.aku ingat lagi saat kami guling-guling atas katil main pintal-pintal rambut.ewah..minah ni cakap rambut aku lawa.ok jejaka sila jangan bayang.terajang kang.haha.

aku tak tau nak cakap ape lagi.sebab..aku sebak..babe,kau ingat tak kau message aku lepas kau hantar aku keseremban.kau kata kau menangis untuk lepaskan aku...kenapa kau layan aku baik sangat?aku ni penjenayah taw..aku sayang die...dan aku tacing saat die kesat airmata aku yang jatuh di pipi....aku nak pergi da.kita akan jauh..kau jangan nakal-nakal.aku dah jauh untuk gembirakan kau.untuk sama2 senget dengan kau....aku sayang kau.

JUSCO SEREMBAN bersama ah ian,fhad,loki,aleen dan mr.chenta.
gambar i ciplak ye...hehe..







ini antara salah satu kenangan terindah.best..sempoi..lepak gile.mereka sanggup turun seremban semata-mata nak jumpe aku.tacing tak?huhu..tambah tacing bile aleen,ian dan fhad sanggup hantar aku balik rumah kat kuala pilah.siap lepak kampung aku salam mak ayah aku lagi...haha...sila klik SINI untuk bacaan lagi.

TERMINAL 1 SEREMBAN-oranglidi dan sekut tawar..


orang lidi dan sekut tawar juga sanggup turun seremban...gile tacing..terima kasih kerana datang..=)

KFC KUALA PILAH-bertemu blogger rafiq.

mamat ni lagi lah.jauh datang.dari bentong semata-mata nak jumpe aku..beriye-iye die...tahniah selamat sampai ke kuala pilah.haha.


padan muke kau.sape suruh kau letak gamba aku besar2.haha,
dah ah siap tumpahkan air.gelabah ke weh?=p
klik SINI untuk entry rafiq.

aku pon ade jugak jumpe caluk,tokdon dan chotz..haha..mereka best..=)

************************************
SPECIAL DEDICATION =)

macam biasa dan terlalu biasa dan tiada yang luar biasa.aku dengan senyuman nak ucapkan berbanyak terima kasih sepenuh hati kerana kalian semua terlalu baik dengan aku.aku ini manusia biasa-biasa aje.tiada yang luar biasa dan tiada apa yang special yang lain dari kalian.kepada yang sudi datang jumpe aku..yang sudi share cerita gelak ketawa..nasihat segala..aku mengucapakan ribuaan terima kasih buat kamu semua.hanya tuhan saja yang akan balas budi baik kalian.

kepada semua peserta blogger gathering di genting..aku ingin memohon kemaafan jika ada diantara perlakuan,pertuturan mahupun tngkah laku aku yang mengguris hati kalian.aku cube sedaya upaya untuk puaskan hati kamu-kamu itu namun aku tau itu suatu yang mustahil untuk aku capai.buat kalian yang turun genting semata-mata ingin bertemu dengan aku,serious aku terharu untuk itu.tapi ingat aku ini manusia biasa.bukan ultraman taro.hehe...

kenangan di genting merupakan kenangan yang terindah.dan tak mungkin aku akan dapat dimana-mana..tahniah untuk semua yang menjayakan.

aku sebenarnya terharu dengan korang.layan aku baik sangat.buat aleen,fhad dan ian yang hantar aku sampai depan rumah aku..kalian blogger pertama yang tahu dimana rumah aku..kampung aku..siap salam ngan mak abah aku..haha..korang memang best..share story dengan aku..gelak ketawa...main bowling macam orang gile...ah semua gile.dah tak nak tulis lagi.tacing dowh.

aku sbenarnya tak nak buat dedication khas untuk sesiapa.sebab aku takut aku tertinggal nak wish nanti buat korang terasa plak..haha..

aku cube untuk ketawa.aku cube untuk senyum bila jumpe korang aku cube ape yang boleh aku cubakan.aku tau tak ada apa yang mustahil.bahagia itu ada..aku yang perlu cari..dan kalian hadir menceriakan hari-hari aku...kepad ayang terima burung kiwi aku..sila jaga dengan baik...hehe..jangan buang dalam tong sampah pulak...

akhir kata,simpan kenangan kita bersama,kenanagan yang satu itu,doakan aku selamat tiba di bumi auckland itu untuk meneruskan perjuangan..benar tak semua yang kit ainginkan kita akan dapat.dapat tak semua yang kita dapat adalah yang kita inginkan.ape yang berlaku itu pasti ade hikmah..begitu jugak dengan pertemua kita....=)

perjalanan cuti ini memang yang terindah...

terima kasih sekali lagi....insyaAllah..dipanjangkan umur kita jumpe lagi....

gua tak sedih la beb.kuang aja..airmata wa meleleh....

 p/s: ingat jangan main mercun banyak sangat.takut terkena pulak pesawat yang wa naik nanti...siapa yang nak datang lcct nanti..wa alu-alukan kedatangan kalian...sesunggunya saya insan biasa sahaja..banyak sangat kekurangan..

terima kasih semua.

76 comments:

cik CumeY said...

:(

Aku Beskot™ said...

wa 1st??..

sharamli said...

cis..penat tunggu k0l 12..xdpt 1st p0n..

Aku Beskot™ said...

agagaga..
wa 1st tuh bai..
dgr sini org² kg!!..
kakaka..

Fhad said...

kuang ajor... aku nak sambung bace blk...

sharamli said...

0k..dah abeh baca...

sem0ga selamat sampai..insyaallah..
xm0 nangeh2..

cik CumeY said...

mut sayang...

ayat ko wat air mate aku meleleh wei...

kena kulit durian....

jage diri baik-baik ( walopon aku dah ulang 160kali)

esok jangan nangis2...

kau tau tak...waktu send kau balik aku nangis terok..hahaha...sebab kau?


ok..bocor rahsia...


SAYANG KAU..

kau tak jauh..kau dekat kat hati aku kay?

Fhad said...

syafiqa ... buat pertama kalinya aku panggil nama sebenar ko dalam blog ni.. segala kenangan kitorng lepak ngn ko mmg terbaik.. entry ko sgt syial sebab boley wat aku yg macho ni mengalir air mate.. cisss... pape pun mutt.. ko jage diri ko.. igt ape yg setiap org jumpe dan pesan pade ko.. kuatkan diri... memori yg aku simpan ni akan aku kuarkan blk pada tahun 2011 ble ko tamat blajar.. sumpah aku xnak makan kepala ikan nnt aku nye memori lost.. ko da macam adik aku.. ape yg aku usik ko dulu sume aku gurau je.. ok mutt aku da x tahan.. mate berair je.. dammnnn.. masuk habuk la ni.. celaka!

kerjaseni said...

pergi berjauhan kerana tanggungjawab. buat yang terbaik untuk diri dan keluarga. semoga pulang dengan kejayaan. saya doakan kegembiraan bila di sana kelak. Insya Allah. :)

p.s. jangan asyik makan makanan expired. nanti mental. (^^,)

FarhanaDr said...

Aku.. Tak tahu mau kata apa dah lumut.. Ape pun, aku tahu ko memang kuat.. Percutian ko kali ni ke Malaysia pasti bawa sumthing pada ko kan.. Aku yg mlihatnya saja terasa sesuatu.. Touching jap.. Uhuk uhuk..

Hoping dat ko akan terus jadik kuat, jadi kaunselor hebat.. Jadi lumut yang ada dalam hati semua orang.. All the best lumut.. Have a safe journey.. Ouh.. Aku touching lagi.. ;(

tiniey said...

sdey lg..aduyai.year end entry from lumut is d best lah..lumut oi.ko jaga diri okeh.aku tak bnci ko pm..tpoo jek.ko satu spesis manusia yg aku nk sgt knl.mklumkn ktorg bla ko blek mlysia lg.take care lumut.. :(

alimbz said...

lumut..asal aku x d sebut..sedih siot..xpe ko mut..tau la aku xde jmpe ko..huhu..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
haha..gurau je mut..jgn marah lak..kang cepat tua..ko pun bis study 2011 ea..ok2..t kite konvo same2 ea..haha..ok la mut..ko blaja betul..jgn nak berbloging je kt auck tu..hihi..pesanan dari cikgu Alimbz..hahaa..

ok la..semoga selamat kembali semula ke malaysia 2011 k..

adios..

Anonymous said...

ak syg ko mutt...
ak x dptla nk anta ko...
damn bangang..

krete ad..
bt kls ak sok mmg ak xley skip..
ad prsnttion lak..
huuu.....;(

ko jge dri bek2 tw...
ko ctela mcm2....ak sggup bce

rse nk kol ko lg lak..
tp kompom ko ngemas nh..
hah...k,kuatkn smgt
rmi syg ko...
ak doakn ko skses..
lbyu,msyu....
evn 2 ary 1 mlm...
n ak bkn blogger,,
ak ikhlas syg ko..

gaa~
ak pon wish pjg..

p/s : sume entry tacing...abes tisu kt kdai ak borong...

-min-

shakinah said...

jujur cakap aku tak nangis baca entry kau ni.
haha.
:(

ilek ah FIKA.
kau balik nanti roger je.kita lepak lagi.
eh?eh?

mira ellyna said...

wah, terharu sgt2.. kenangan kamoo xsemua org dapat. sesungguhnya Allah memberi kenikmatan yang indah..!!

Aku cam rase indahnye kehidupanmu ramai teman2 disisi,

tahniah lumut..

Koyuki said...

lumut
walaupun saya tak ada can langsung nak mengorat dan jumpa kau macam blogger lain,tak ada can nak rapat2 dengan kau, tak ada can nak tido sekatil ngan kau, tak ada can nak nangis dan kongsi cite2 sedih ngan kau, tapi saya pon nak ucap selamat jalan juga. Saya doakan yang baik2 untuk kau..

take care oki..
senyum senyum >>_____<<

enuLwanie said...

lumut,
first kita jumpa kt times square.
mmg segan gila nk kwn dgn blogger femes amos mcm ko.

kt genting pun,
aku x rapat dgn ko.
sori la ye.
aku jd mkin segan utk berkwan dgn nama yg agak besar dlm industri berblogan.

tp, aku seronok sepanjang aku kenal ko.
dan aku tak sangka ko muda dari aku.
sbb pemikiran ko jauh lebih matang dr aku.

aku akan tunggu ko balik m'sia balik.
jgn sedih2.
fikirkan masa depan.
jgn asyik pk hal2 remeh dn yg boleh ganggu gugat pelajaran dn life ko.

weh, tiba2 air mata aku menitis.
aku sayang ko mutt!

Aku Beskot™ said...

ble smpi sn nnti jgn lupe kirim surat k..
hehe..
tc.smpi ketemu lg..

si kosong said...

lumut..ko gila kuat.
aku da anggap ko mcm adik aku je.
mcm aku ckp kan.sume blogger2 di genting mcm adik2 aku je.

ko belajar rajin2 beb..jangan jadi bodoh mcm aku.da abes blaja baru nyesal.

2011..kitorang sume tunggu ko.kita ramai2 g genting lagi.lepak bilik yang sama.maksud aku pmpuan bilik pompuan dan lelaki bilik lelaki la.cuma gunakan bilik yg sama kita penah guna hari tu.

main game yang sama.sume sama mut.

2011..x lama tu.kitorang sume tunggu ko.

bilik aku ni berhabuk la..gua x nangis beb..cuma habuk terbang masuk mata.ces...

rda said...

lumut, have a safe journey. I'll pray for you. Aku sumpah dah tak reti nak type apa, sebab mata aku dah tak nampak skrin laptop ni. Dah bergenang. Aku teringin sgt nak jumpa kau. Mungkin bukan rezeki aku jumpa kau tahun ni. Aku harap, satu hari nanti kita akan jumpa jugak. Di saat kau lebih kuat, sebab mungkin aku juga perlukan kekuatan kau.

ILY.

e. indah said...

wahhh bestnyer ....sgt meriah korg ...
akue tak sangka yang korang link mcm ne, startin' from blogger... nice

wong ah ian said...

lumut..aku lebey senang dgn lumut banding iqah..selama 15 taun kite kenal..semua kenangan tu aku semat baik punye dalam otak belah kanan..betulkan aku ckp, ramai yg syg ko..mereka-mereka tu xkan lupekan ko mcm aku ngn rival aku..kenangan aku, kau, fhad, bukan habis kat sini..

aku bukan tunggu kau tp aku akan terusan contact kau..

esok aku sambung lagi.

Faarihin said...

"Ukhuwah itu memang indahkan.."

Lama aku tak singgah sini..

Lumut.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. walaupun aku tak pernah jumpa ko apatah lagi nak beramah mesra dengan ko.. tapi aku tau ko seorang yang kuat.. ko insan yang terpilih untuk menghadapi ujian-ujian hebat dariNYA.. Apa2pun aku doakan ko selamat sampai ke negara kiwi dengan selamatnya..
Jadikan kenangan lalu sebagai pengalaman, pengajaran untuk kehidupan ko di masa akan datang..

Harap dapat bertemu ko dan geng2 blogger yang lain di masa akan datang.. insya-Allah.. jika diizinkaNYA..

Jaga diri baik2 mut.. aku doakan ko sentiasa selamat.. Belajau ajin2 ye mut.. (^__^)

maiyah said...

moga adik selat terbang ye..

Jard The Great said...

lumut.. aku nk ke sana.. jumpa ko bole.. =)

siv said...

okay siyes aku tacing bai.
belasah ko esok!


mut.
sorry kalau aku ada buat something yg kasi ko hurt.
siyes.
gua manusia biase.
maaf.
=)

aemyLina™ said...

wah.. friendship is everythings...
walaupon aku xpnh knl apatah lagi jumpa ko.., aku pon leh meleleh air mata baca entry ko..,
friendship is everything...
sometimes it makes us strong than love..
i agree that...
keep going!!.. gud luck...

ikanriang said...

tacing sangat komen atas tu. edit sikit.

don't have to do that buddy.. they'll hate to read my stories yang sampah belaka tu. haha

was speechless the first time i met u kat mid. pasaan macam jumpe selebriti. but the fact was, pasaan tu datang sebab 'ya tuhan, inilah sahabat aku yang hidupnye diuji banyak kali, tapi masih mampu tersenyum'

banyak benda yang ko lalui memang pahit, n ni entah kali ke brape aku cakap, aku tak rase aku akan jadi setabah ko. n i admire your patience.

pergilah kau ke sane, kekuatan yang kau kumpul sebulan lebih ni aku rase dah cukup untuk buat kau hapuskan sume kenangan hitam kau yang dulu tu. aku happy tengok kau happy, happy tengok kau digembirakan sume orang yang sayang kau, yang ambil berat pasal kau.

n thanx sume orang jugak sebab same2 jadi kekuatan lumut sekarang.

sob2. bye2 buddy.

sayang kau.

sape nak pujuk aku nangis ni :'(

ezzati said...

siyes touching..ngalir air mte bce w'pn x kenal ko..huhu...

slamat b'angkat lumut..

ZuR said...

lumut..
tumpukan perhatian kat study yer..
smoga b'jaya..
aku doakan Allah sentiasa melindungimu & mencurahkan rahmatnya padamu...Allah bagi dugaan sebab dia syg kita beb..Dia nak tgk sejauh mane kite ingat kat Dia..
Study btol2..2011 tak lame...
InsyaAllah..tabah ya.

shapikapikabon said...

eh,mut.
CC pnggil kau FIQA.
kat atas tu,fhad panggil kau shafiqa.
haha.tu nama kau ke?
tak sangka pulak nama kita sama.HAHA. :P
selekeh betul kau ni,mut. :)

kau dah nak balek bukan bermakna segalanya berubah.
yang berubah hanyalah kau dah takde kat Malaysia je.
kegiatan haram kau kt blog kau ni takkan stop kan?jgn lupa update selalu untuk kekasih2 kau yang aku rasa dah sangat ramai ni.
*apesal takde yang bergaduh wlaupun lumut mmg terang-terangan curang?*

haha.have a nice flight okay?

p/s : mut,aku teringin nak ada kekasih gelap pramugara la.kau boleh tolong aku tak? :P

shapikapikabon said...

eh,one more thing.
aku terlupa lak nak tanya.
waktu kau jumpe kawan2 sekolah kau tu,aku tgok ade gambar lepak mamak and kat UIA tu.
mamat pakai baju merah tu kwan skolah kau ke?nama dia apis kan?
dia budak SMAP Labu.

kau SMAP Labu ke,mut??

p/s : si apis tu boyfriend kwan sekolah aku.aku sekolah negeri sembilan jugak dlu.hehe. :P

Afzainizam said...

Selamat Datang Tahun Baru
.dari kami warga
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

... Azam baru...

kehidupan menempuh alam dunia
Menghabiskan waktu yang tidak lama
Usia bertambah senja tanpa terasa
Semakin dekat akhir tahun, menjelang tiba
Akhir tahun sebagai sarana evaluasi
Melihat kualitas hidup dari sisi diri
Menjadi kualitas pribadi yang mandiri
Untuk mencapai prestasi yang hakiki
Era baru datang menyongsong
Persiapkan diri jangan sampai kosong
Jangan mimpidi siang hari
Patah tumbuh hilang berganti
Semangat bersimpuh tanpa henti
Untuk hidup yang lebih baik & hakiki
Perjuangan hidup terus disokong
selamat datang tahun 2010
Selamat maju jaya....

Kepada anda semua kami ucapkan
selamat pada kedatangan tahun baru dengan azam baru…

Soory lama aku tak datang sini.... sorry aku sekarang agak sibuk sikit lah sekarang baru aku dapat ziarah singgah ni...

aku dah baca entry ko... jangan bersedih ye....

silent reader said...

mut,
semua orang syg kau.ubat ape ko gune nk kasi org syg ko neh?hehe ko kuat okeeeiii...nah towel gudmoning kesat airmata ko tu...

aku ske tgk ko senyum.sweeettt..

wong ah ian said...

huk huk huk...azuraa!!

silap..lumutt!!

abe long said...

ah...

aku hanya mampu bc

Fhad said...

ian lu sial.. lu tikam wa dari belakang.. celaka!!! hahah.. mutt ko still ke pakai no yg same nnt kat sane? kang aku sesat plak g sane.. ermm boley ke kalo aku passs je brg tu arini kat org lain? aku xnk g dow.. jap g kantopi ko tgk aku nangis.. demm!

aloy_paradoks said...

ok selamat..

mier@merr said...

jaga diri~


:-(

pujuk aku sekarang plizzz!!!!



2011 turn aku lak jmpe ko taw!!

ber_u_wang said...

salam lumut, uncle tak tahu di mana nak mula...ini hanya pandangan uncle pada lumut.

pertama kali uncle jumpa blog lumut dari blog pentoi, uncle baca entry lumut dan tak komen apa apa. masa itu follower lumut tak seramai sekarang..

uncle dapat rasakan lumut tengah down masa itu..uncle mula memberi komen dan cuba berjenaka..

akhirnya uncle jadi pembaca tetap blog lumut..

hari demi hari semakin ramai yang suka baca blog lumut sehingga ke suatu masa lumut mahu tutup blog.. uncle buat satu entry merapu pujuk lumut .. begitu juga dengan contest yang lumut anjurkan.. uncle perserta pertama.. kemudian ramai yang ikut.. meriah sungguh masa itu.

kesimpulan nya lumut jangan terus meratapi apa jua cuba atau ujian yang datang sebab nya ada rahmat di sebalik nya.

sekarang lumut lihat betapa ramai yang sayang lumut, suka pada lumut,
teruskan perjuangan lumut dan berbangga lah sebab lumut antara ribuan pelajar yang mengharapkan dapat ke luar negara, lumut terpilih menyahuit cabaran itu. Lumut kena buktikan bahawa lumut mampu mengalas harapan orang malaysia.

doa uncle lumut terus kuat dan tabah dengan segala kepayahan .

semoga semua nya selamat...



bro pentoi kirim salam..

misz_nierah said...

huhu..dah fly. babai..jgn lupe visit blog akuh. haih, sedey k. jgn skali2 give up. igt,perjalanan ko masih pjg. igt mak ayah ko. smoga ko hepi kat auckland. dan..kiwi i mane? hehe(tgh thn air mate nih..pujuk aku CEPAT!)

ween said...

take a good care of urself :) stay strong Lumut. sayang kau.

Lifesaver said...

byk giler dedication...hehehehe...btw, semoga ko selamat. take care!

ZihNuN FaTiN said...

lor,awat x habaq dtg UIA?klu x leh jumpa lumut..huhu

nway,jaga diri bebaik dok sana..doakan yg terbaik buat lumut..=)

Anonymous said...

lumut ade aura tersendiri..
jg dri...lupakan kngn silam.mulakan lgkah bru.

pesal rmai syg ko?hahaha

mamai said...

segala kenangan pahit dan manis semasa kamu kutip sepanjang perjumpaan ini jadikan satu pengajaran agar kamu lebih tabah. dan segala orang yang kamu kenal dan ketemui pasti menjadi sahabat kamu dan kamu tidak bersedirian dalam menjalani hidup ini....

what you need to be is your self...and your the only one will decide which way you would like to go...

all the best from pakcik and famali

Wanita Mutalib said...

sayang..

walaupun im nobody..
tak berpeluang jumpa kamu..
berjalan-jalan dengan kamu..

tapi masih..
ingin kakak pesan..

ini dunia..
bukan syurga..
tak boleh bahagia sentiasa..
banyak dugaan..

dah punya banyak kawan..
itu dah jadi pencapaian peribadi sayang..
ramai orang sayang kamoo..
kamoo dah patut rasa syukur..

jaga diri sayang..
belajar rajin2..

igt orang2 kat sini :)

aLeen aVriL said...

mutt...nnt da sampai sane jgn lupe kat ktorg k...


will be missing u....
ohh nk nanges...huhuhu...

take care mutt..


luv,
aLeenavriL

Lelaki Ini said...

adoyai!!

sian lumut..

sedeyh2..

hehehe...

x pe lew..

jg diri tow!!

Adeqq said...

Owh! Semua pon nak touching!!!~

Lumut,

I tak penah jumpe U and mcm I cakap, one day perhaps we will meet. Jaga diri elok-elok kat sana. Kalau ada rezeki, kita fly gi sana. Leh jalan2 jumpe burung kiwi. Hikss!!!~


Lumut,

Just remember. U sangat beruntung ada teman-teman yang sungguh baek hati.. So, always simpan diorang dalam hati okey...

Take care and have a safe journey!!

rathiqah azmira rosli said...

kak,wlpon aku baru kenal kau
tp aku nangis bace post kau


kak,gud lak!
aku jeles ngan cik cumey sbb dpt kenal kau ngan rapat

:(

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

jaga diri ko~
len kali jumpa aku lak k~
harap aku dah berubah time tu~
wakakakaa~
bilakah?

miza rahman said...

tetibe aku lak mcm touching..selsema mungkin :)

kita mmg tak sempat bertentang mata, bersalam kenal & berpelukan mesra....tp tak mustahil satu hari nanti kita bisa bersua.Ko sudi tak jumpa aku??agegege.

jaga diri lelok kt sne, belajar rajin2 noh..kuatkan semangat, moga mendung 2009 berlalu pergi dan berganti dgn sinar bahagia 2010.all da best.

love, ms ixora.

Daun Bidara said...

panjangnya, semput mak cik baca..

azzaliena suziantie said...

weh ko buat ak titis air mate
sengalll...

weh ak kenal ko dari dalam blog sampai ym sampai lah sogo n so on..
ko tabah babe
ko tabah dalam segalenye.


ak mintak maaf
kt ko
kalo ade yg ak kurang dan salah

enewae ko tc.. :)
aku sayang ko doe

Razman said...

hoh...gle pnjg..semput aku... slmt jalan beb..aku tacing ni..xde gambar aku ngan ko..akn kan kekasih gelapmu..haha..

jge diri leklok..aku doakan "unit berat" ke sana mencari ko..wlpn sekadar dlm mimpi..haha

dah..xmo emo2 ngan ko..g lah berambus cpt..haha..smuge slmt sampai..

intanurulfateha said...

.i brjaya bace smpai habis
.tc kat sane dik
.jgn nakal2 ;)

Fara said...

Lumut,
rami giler sayang ko ni.
so balek sane kene hepi2 k!

Have a safe trip dear! :)

cik helena said...

panjang.tp habis cikhel bace.

takkenal.ok ekceli baru nak kenal tp lumut dah nak pegi.camane kalo menang pantun?adiah bg spe?hehe

nyway selamat smpai.jg diri baik2!

ok aku sedih jugak even aku takkenal.

~LP Lum~ said...

4 d 1st time.. sejak dr mula follow diz blog, rsanya en3 nie ar paling sayu sgt atie mmbacanya.. :(

ps lumut, mga dirimu akan lebih tabah lagi dik.. :)

igt ar smua org sygkan awk n nak awk menjadi sekuat yg mereka harapkan... jgn hampakan dorg ok... :)

told la hejauw said...

ak xtau nk kata ap..huh

faizal said...

wa pun sama...
xtaw nk kate ape...

lu jaga diri leklok la beb

p is an g said...

hepi living girl!

iyllienaz said...

mut..all da best kat sane..nant kitorang wat rombongan ramai2 g auckland jumpe ko ok??hehe

inDah iNdrIana said...

ape jadah ader air kat mata aku neh..
mut..
asal wa sedeh smcm jer neh

beautiful_rose said...

bencinye...bergenang airmate aku bce entry nieh......huhuhu kami sume akn rindukn ko lumut...walupn aku x pnh jumpe ko =(

amuslimhouse said...

salam..
bagus2...paling tidak anda masih mempunyai rakan walau pertama kali jumpa kat alam maya...

salam zairah ye

eKyN said...

xberkelip aku bace entry ko ni mut..
tetibe...air mate menitis..
siott...da r aku rase nk mati je td..
arini aku sgt kecewa ngn life aku.
aku rase xnk idop ag..
tp pass bace entry ko..
aku harus kuat cam ko..
tanx beb

jage diri ko baek2 ye sayang..
sume sayang ko..
smoga ko beroleh kbhgiaan satu mase nnti.insyaALLAH~

nursarah said...

walaupun time aku komen ni, sudah tidak lagi di tahun 2009, aku tetap nak komen gak..


aku ralat sebenarnya tak dapat jumpa ko..seyes!


muga akan ada harinya, kita tetap dapat bertemu..


jaga diri!

cj'alhafiz said...

orang yang kuat adalah orang yang paling banyak berjaya menempuh ujian. dan orang yang paling lemah adalah org yang menganggap ujian itu adalah satu bebanan dan berputus asa untk mghadapinya. cj pernah berada ditempat anda...cj faham. apapun...ujian2 tu lah yang buat cj lebih kuat dari org lain. anda juga begitu...hihi...

seroja jingga said...

thnks fr esverything too..all i can say..take care

i'msosupernotcool said...

take care lumut..

Att Ashburn said...

salam..
firstly, hapi new year..
may 2010 bring u happiness, joy, peace, endless love..etc..
i pray for the best..

ikut apa yang kau cerita, kenangan spjg kau balik kt msia ni sume indah2..jadi, kalau lain kali kau rase sedih, igtlah pada kenangan manis tu..

kuatkan hati tu, kan Allah sentiasa bersama kita..semua ujian yang dia bagi waktu 2009, semua tu untuk Dia tengok, kita ni hamba-Nya yang sabar tak..

memanglah lebih senang cakap.aku tak rasa apa yang kau rasa, betul. Tapi, kau beruntung sebab ada ramai lagi kawan yg boleh share kesedihan dan kegembiraan kau..

ouh, kalau kau sudi nnt kite jumpe di nz ye haha

caluk@cencaluk said...

Selamat thn baru 2010 lumut, lately nie busy skit nak lawat blog kawan2 hu hu.
Semoga thn baru ni berikan kau kebahagian, semangat baru dan yg penting jgn nangis2 lagi he he. K nak chow gi jumaat. take care.

Kapten said...

dengan kawan2 kita tak berkira ler
masing2 buat silap kan
senang kenal dengan kamu semua

CIK IZ said...

hye cik lumut...

dari mula ikot blog lumut cuma x ikot gathering, segann.. hihi

nway,
nak ckap...

lumut,
perasan x hikmah semua pedih yg lumut tanggung?
kalau bukan dek pedih tu, rasa2 lumut ada tak kwn2 dr alam maya yg sayang kat lumut seramai ni?
rasa2 ada x gathering n semua2 tu..

DIA adil kan mut?
kalau cik iz kat tmpat lumut, cik iz rasa bertuah okeyyy.. :)

w'pun xtau secara detail kisah lumut, tapi cik iz caye, lumut insan terpilih..

lumut comey, cik iz cyg kamu!
free2 ym kat cni k, ~izanhamid_bb@yahoo.com~

take care mut coz ramai yg care kamu..