malam ni adalah "malam halloween".saya ambil peluang untuk keluar sekitar bandar auckland.melihat sendiri suasana "malam halloween" yang sering digambarkan dalam filem.ohh,tiada apa yang pelik..malam ini seperti serupa saja..berparty,berjoget sana sini,puaskan nafsu yang entah bila akan habis...cuma bezanya..mereka bertopeng seperti "mayat hidup" malam ini.hampanya..tiada "hantu bungkus" yang saya jumpa.sempat juga saya menahan 2 orang hantu untuk bergambar,malangnya gambar tidak dapat disiarkan kerana penulis tidak memiliki camera sendiri.kalau nak tengok hantu jugak,click entry ni.
dan malam ini saya sendiri kurang pasti.kenapa dan mengapa malam ini saya jadi seorang yang bodoh.bukan kerana saya terjebak dengan aktiviti "clubbing" mahupun gejala terlampau,namun malam ini...saya sudah berkelakuan seperti seoarang "yang tidak fikirkan perasaan orang lain".saya cakap lepas..saya lepaskan apa yang terbuku.bodohnya saya....mungkin kerana pernah berada pada kedudukan seorang perempuan yang diperbodohkan kerana hadirnya insan ketiga dan malam ini saya berterus terang pada seorang teman bahawa tindakan dia menjadi orang ketiga pada satu hubungan yang 3 tahun lamanya adalah sesuatu yang salah.dalam hal ini,dia bersama lelaki itu walaupun sudah tahu lelaki itu sudah memiliki kekasih dan mereka bahagia.jadi kenapa masih mahu mengganggu?sudah habiskah lelaki dimuka bumi ini?kenapa mahu gembira atas airmata insan lain?adakah kamu benar-benar pasti dia ikhlas menyayangi kamu sedangkan hubungan kalian diluar pengetahuan si wanita?saya provoke dia..saya hanya mahu dia berfikir,agar tindakan yang dia lakukan itu benar-benar betul dan dia harus bersedia jika suatu hari dia bukan pilihan lelaki itu.
maaf malam ini saya terlalu bodoh....
lalu saya menangis mengesali perbuatan saya kerana perbuatan keji ini..mungkin masa dan tempatnya tidak sesuai...namun semua nya berlaku tanpa saya sedar.kutuklah saya.hinalah saya.saya tak layak untuk menasihatkan orang lagi...
dan mulai hari ini..saya tak akan menegur orang lain lagi..sebaliknya diri saya sendiri..dan apa yang saya tulis didalam blog ini..adalah semata-mata ingin mengajar diri saya yang "kurang ajar" ini..maafkan aku teman..aku sakit melihat kau menjadi insan ketiga itu....maafkan aku...mungkin kau punya sebab tersendiri.siapa tahu....
sila cemuh diruangan komen.anonymous sangat dialu-alukan..