Monday, August 3, 2009

lelaki melayu islam malaysia..


ok,hari ni seharian aku tak pergi kelas.
tiba-tiba aku rasa nak cari ruang untuk diri aku.
alahai,kalau aku pergi kelas pon..
sure and pasti otak aku kosong!!

aku memang suka observe orang..
siapa yang selalu jalan dengan aku,memang dah faham sangatlah..
bila aku observe,aku selalu buat pemerhatian awal dalam otak aku..
sebab tuh lah bahayanya kalau aku tersungkur tengah jalan lalu melatah..
bukan apa,habis semua dalam kepala otak aku terkeluar nanti.

perangai aku yang separa buruk ni susah untuk aku kikis..
kalau dulu aku selalu observe orang malaysia kita..
tapi bila dah ada dekat negara orang ni,
aku lagi senang observe "mat salleh" and "minah-minah putih dekat sini"..
and lagi best sebab kadang-kadang aku tak payah dah buat kesimpulan dalam kepala..
terus aku keluar kan statement!
wwoohh!!gila jahat mulut aku ni..
sorry guys..bukan aku mintak,
tapi terpaksa.

oh,ape?friday night?party?sex?
ha tuh lah kehidupan diorang..
kira macam itu dah jadi keperluan hidup diorang yang ada diantara kita-kita yang bodoh lagi dungu nak follow..
tak faham aku..
tapi bukan tu yang aku nak pertikaikan..
semalam,sedang aku berjalan dengan hati yang sayu..
aku rasa nak keluarkan apa yang ada kat dalam otak aku ni..
dengan memberitahu dekat member aku ni..




aku pon cakaplah..
"weh,aku tak leh la kalau tengok minah mat salleh ni yang gemuk+ tak hot ni"
[lebih kurang cam tu la ayat aku]
"nape lak?"tanya si member..
"sebab aku rasa kesian diorang tak cun and tak hot.lagi-lagi yang nerd tuh,kalau nerd..memang nerd habis lah..pergi kelas pon pakai seluar tidur je.."

ok,konsep nye senang..
bukan sebab aku kutuk diorang or apa-apa yang seangkatan dengan sifat mazmumah..
tapi sebab aku rasa simpati and kesian dekat golongan ni.
kalau kita perhatikan,
kesian kot kau tak cun,nerd,gemuk lagi tak hot seolah-olah tak ada life.
bila kau gemuk and tak hot..
ada ke lelaki mat salleh budget hensem tuh nak kat kau?
tak kan..
kalau berparty..confirm kau yang nerd pakai seluar tidur untuk diajak menari..
ini kan pula nak angkut kau sebagai "partner tidur"?? [ha yang ni jangan tiru]

so,tiba-tiba aku rasa bersyukur sebab aku ada lelaki melayu islam malaysia dalam masyarakat aku..
ini adalah kerana,golongan kita bukan tengok rupa paras semata-mata..
ramai je yang hensem tapi awek ala kadar je..
yang tembam menjadi rebutan..
yang nerd digilai..
yang berjerawat dikejar..
sebab nya mudah..
hidup bukan sebab kau pandang luaran orang tuh.
bukan sebab sekadar kau nak bersuka ria dengan orang tuh kat dunia ni..
tapi sebab diri orang tu seadanya..
ha,bezakan??

memang kadang-kadang lelaki melayu islam malaysia ni ada je buat taik dalam apa jua bidang..
tapi biasalah tuh lumrah hidup..
ini bukan aku cakap..
ini ada orang yang cakap kat aku..

okeh tuh je aku nak citer.



13 comments:

Kojack de Alloohaa said...

yaaaa..baik tau lelaki melayu islam malaysia ni...hikhikhik

Ultraman Taro said...

mengapa kau delete blog lamamu? mengapa lahir blog yang baru? sebab ingin melupakan kisah silam? ingin mulakan catatan baru tentang kehidupan? tapi mengapa masih sama? tiada apa yang berubah? dulu kau kumbang. sekarang kau lumut. kenapa lumut? adakah lumut itu mewakili hatimu? lembik dan lunyai? kenapa mahu menjadi lumut? semakin lemah? aku lebih suka kumbang. kumbang kuat. pernah ak tampar kumbang sekali dulu. tapi dia bangun kembali seolah-olah tiada apa yang berlaku. aku tahu manusia tidak begitu. namun perlukah kita terus melayan perasaan sedih ini? perlukah kita tinggalkan segala-galanya demi mahu menunjukkan betapa sedih perasaan yang ditanggung? Taro juga sedih. fikiran berkecamuk. tapi itu semua perasaan yang ditiup api khianat pihak ketiga. syaitan. semasa kita sedih syaitan akan menghasut kita supaya lupa akan agama, lupa kepadaNya. emosi semakin ditekan. semua kemudahan ditolak tepi, mahu kembali ke zaman dulu. kesudahannya? seorang lagi insan rebah di bumi tersungkur layu menunggu mati...sudahlah.
p/s:adik kau amat comel. jangan kecewakan dia.

lumut said...

to kojack de alloha,

haha...
tak sume baik..
ade gak yang tak boleh pakai..
ko jgn jd cmtuh tau..

to ultraman taro,
ala..kan kumbang dah mati..
memang lah kau jentik die dulu banyak kali die bangun..tapi sampai bila..bila kumbang tuh sakit and lemah..lame2 die mati jugak..lepas tuh kau campak kumbang dalam laut..jadilah lumut..lumut tak kacau orang..

ultraman,
seriously aku nak tahu siapa kau..
kalau kau sudi,
bagila tau aku sape kau..
pleassseeeee...

penat aku nak pikir sape ultraman taro and bapak ultraman taro..aissshhh

hanc said...

sAlam~~
hanc kat sini~
menumpang lalu~
Salam kenal Friend~

linkampo said...

mm..nice blog...thanx for droppin by my entry..

muhdzahari said...

suka tatap wajah bayi di bawah.
matanya bersinar-sinar..
hehe..

lumut said...

to hanc,
ek sila-sila lalu..
maaflah tak ada kopi dengan biskut hup seng la..hehe

to linkampo,
thanx atas pujian itu..
tp saya tak sehebat yg lain..
=)

to muhdzahari,
cantik kan mate die??tulus macam akak die si penulis..haha

lizz said...

hahaha. jangan pandang orang dari luaran. nanti binasa lah ko.hehehe. lawa tu sementara saja. hati tu kekal selamanya woo :)

muhdzahari said...

owh..beliau adalah adik anda, ya?
comel. sangat. hehe..

lumut said...

to lizz,
betul cakap kau tuh..
sebab tuh la aku nga cari lelaki tak hensem sekarang neh..lelaki hensem sume aku reject..hahahaha

to muhdzahari,
erk,adik sedara seislam..
lain mak lain bapak..
tapi die comel sebab tuh jadi gambar sekadar hiasan..=p

muhdzahari said...

loh? kalau macam tu adik saya jugaklah..
ahaha..

~TeehA~ said...

nice blog.. suka lah..

lumut said...

to TEEHA..
terima kasih daun keladi..
=)