siapa "mereka" yang saya maksudkan dalam tajuk?mungkin mereka ini kamu lah.ye kamu.saya secara peribadinya tau yang esoksemalam dibaca oleh kalangan mereka yang dikenali sebagai "silent reader".banyak atau tidak itu saya tak amik kesah..tapi yang pasti ada.kadang-kadang silent reader ini muncul untuk komen jika mereka terpanggil untuk berbuat demikian.....secara jujur,saya akan berasa berdebar-debar apabila entry-entry saya dikomen oleh para ANONYMOUS.untuk baca komen dari mereka,saya terlebih dahulu menarik nafas agar apa yang bakal disampaikan oleh mereka dapat diterima oleh sel saraf otak saya.hehe.bukan ape,komen datangnya dari anonymous 80% dari kajian saya adalah diluar jangkaan.kerana sesiapa saja boleh menggelarkan diri mereka anonymous bukan??=)
dan semalam...saya menerima 2 komen dari mereka.agak tersentap juga bile baca komen dari mereka....
buat anonymous pertama: sungguh saya tidak sangka,anda seorang pembaca blog saya sejak saya di blog lama lagi....agak terkedu jugak bila terima komen dari kamu...dan saya sangat appreciate semua kata-kata kamu.ambil lah yang baik-baik saja dari esoksemalam.yang buruk tinggalkan.nanti adalah lori sampah datang kutip..hehe
[silent reader ni kalau nak reveal sape anda sangatlah dialu-alukan..=p]
komen ke 2 pada entry lepas datang nya pula dari anonymous yang dikenali sebagai ALIA.berbunyi seperti dibawah.dan buat kamu ALIA,saya dah baca komen kamu...dan ini pandangan dan pendapat yang saya boleh kongsikan dari perjalanan hidup yang lalu.
Buat kamu ALIA~~
sungguh apabila cinta itu dikhianatai,sesiapa saja yang berada pada situasi itu akan rasa benda yang sama seperti kamu.ye,saya juga pernah berada di tempat kamu.dan mungkin ramai lagi mereka yang sedang membaca ini juga pernah melalui sakit perit apa yang sedang kamu lalui.......dan saya akui,untuk melepasi tahap ini bukan sesuatu yang mudah namun tidak mustahil...di saat saya diuji dengan pengkhianatan cinta dan kepercayaan...saya selalu salahkan takdir.saya bertanya berkali-kali.."kenapa ini semua terjadi pada saya"..saya tanya lagi.."kenapa cinta saya dan dia diuji dan bukan berakhir dengan kebahgiaan".ini perkara normal.bagi mereka yang kecewa,dan dikhianati..akan tanya itu berkali-kali....
dulu saya juga macam kamu.menangis sampai saya tak hiraukan segala benda.saya jadi putus asa..rasa down,rasa tak berguna untuk teruskan hidup.benar,fikir untuk bunuh diri adalah salah satu "perkara" yang akan terlintas difikiran bagi mereka yang terlalu kecewa... tapi sebagai seorang ISLAM,itu bukan cara penyelesaian yang terbaik malah dilaknat oleh Allah....kembali pada komen kamu,aku sekadar berkongsi antara langkah yang aku ambil ketika aku jatuh kerana cinta seorang lelaki.............................................
mintak kata semangat dari ramai orang.walaupun kau fikir ini seolah-olah tak membantu kau ketika kau sedang sedih,buatlah jugak...mintak semangat dari ramai orang.dan kumpul.aku tau bila orang nasihatkan kau masa kau tengah sedih menggila,mesti kau mengiyakan time tuh je.lepas tuh bila kau menyendiri...kau kembali sedih.INGAT apa yang aku cakap tadi.untuk lepas TAHAP ini,bukan mudah.memang orang akan cakap redhalah atas ketentuanNya...tapi REDHA tuh bukan boleh kau dpaat sekelip mata.kau perlukan usaha.
tanya diri kau sendiri.ini diantara usaha dari diri sendiri.dan aku rasa berkesan untuk diri aku.tak tau lah kalau orang lain.INGAT.bila kau diuji..bukan sia-sia.apa yang Allah dah aturkan untuk kau..adalah yang terbaik..tanya diri kau,kenapa kau diuji.tanya lagi diri kau,kenapa kau harus lalui semua ni.pandang kisah silam kau.perbuatan kau,sikap kau,cara kau terima nikmat..macam mana?siapa tahu..mungkin kerana kita riak dengan nikmat yang diberi dulu..lalu SOAL HATI kita diuji....fikir balik..adakah kerana cinta kau makin jauh pada Dia...
tengok gambar.masa aku sedih dulu..aku tak buang semua gambar terus.apa yang aku buat...aku tengok hari-hari.lepas tuh aku nangis.sampai aku rasa dah tak terdaya nak nangis.semua barang yang dia bagi...aku masih belum buang.ada dalam stor umah aku.kalau kau tak ada kekuatan lagi dan belum betul-betul REDHA dengan apa yang terjadi.....jangan buang.jangan paksa diri kau untuk tak pergi tengok blog die.or usha life die.jangan.buatlah untuk merangsang airmata kau.nangislah sepuasnya sebab aku tau orang lain takkan faham apa yang kau rasa.
nangis ketika berdoa dan zikir.ini diantara penenang yang paling berkesan aku rasa.....bila kau dah puas menangis mengenangkan apa yang berlaku....dah tanya diri kau..dah dapat kata semangat dari ramai orang...menangislah ketika berdoa.buat solat hajat dan solat-solat sunat yang boleh memberi kekuatan pada diri kau.INGAT.kau diuji agar kau dekatkan diri pada Dia...sebab tu manusia tu diuji dengan kesedihan.kerana kesedihan je yang boleh heret manusia kembali meminta-minta pada Dia...nangislah semahunya minta dan YAKIN.em,aku tau masa ni kau tak kan mampu untuk berzikir sebab kau sedang sedih menggila.tapi paling tidak...bukak alunan zikir dekat laptop kau.masa nak tidur..masa kau sedang duduk sorang-sorang.biarkan alunan zikir tuh berkumandang.insyaAllah..boleh menenangkan kau.
sibukkan diri dan buat perkara yang kau suka.jangan selalu duduk sorang-sorang.bergaul dengan ramai orang..suapaya perhatian terhadap perasaan sedih tuh dapat kau alihkan.
tengok mereka yang lagi malang.kalau kau nak tau..aku buat blog ni pon sebab aku nak nasihat dari ramai orang.time tuh aku sedih sangat....aku tak tau dekat sape aku nak luahkan.real life semua orang busy dengan hal masing-masiig.so tak kan aku nak paksa mereka dengar cerita aku.dengan blogging,aku boleh luahkan ape yg aku nak.dan ada ramai orang akan datang bagi semangat...suruh aku bangun.cakap macam-macam kat aku.bukan sekali je aku buat entry sedih-sedih..banyak kali.sebab tujuan aku buat blog ni pon sebab nak luahkan perasaan...kau bacalah entry lepas-lepas.lagi satu.....bila blogging..kau akan jumpa banyak cerita yang lagi teruk.banyak ujian yang orang lain terima sampai tak tergalas...dari situ..kau akan fikir.....Tuhan masih sayangkan kau..dari situ kau akan cuba untuk mengorak langkah.
uji diri kau lagi.jangan paksa diri kau untuk jadi kuat serta merta.itu tipu.sedangkan aku sekarang pon still rasa.inikan pulak kau yang masih baru.jadi....bila kau dah kata kau makin kuat..uji diri kau.ujian paling simple..try tengok balik gamba kau dengan dia...try dengar lagulagu jiwang yang menyentuh hati dan perasaan kau...lepas tu tengok..kau menangis teresak-esak lagi tak?dan kau sendiri decide...adakah kau sudah kuat..jika belum....
berusahalah lagi dan lagi..ingat pesan aku.jangan paksa diri kau.kalau orang perlekehkan kau asik nangis ke ape..lantaklah....sebab tahap kekuatah manusia ni lain-lain.so bila mereka diuji..mereka tak boleh samakan diri mereka dengan orang lain.sama jugak dengan diri kau....fikir tujuan hidup kau.....jangan asik fikirkan kenangan lepas terlalu banyak sampai kau tak nampak banyak lagi benda yang perlu kau kejar dalam hidup kau.....lagi satu aku nak pesan dekat kau ALIA,jodoh tuh tak boleh dipaksa.....ini yang selalu aku ingatkan diri aku.bila aku tengok ada yang cerai berai.ada yang tak bahagia...aku ingatkan diri aku balik kalau bukan hari ni kami berpisah mungkin akan datang.siapa tahu??dan sampai suatau tahap..kau akan kenal apa erti REDHA.bukan mudah untuk dicapai.bukan setakat kau sebut berkali-kali je.tapi perlukan usaha.akhir nya kau akan cakap pada diri kau........
benar,dia bukan milik aku....move on.all the best ALIA.=)
(apa yang aku tulis dekat atas tu adalah apa yang aku buat dulu dan sekarang juge)
No comments:
Post a Comment