Tuesday, March 16, 2010

satu-satunya gambar di pangkuan...

entry ini ditaip tepat jam 12.10 am waktu auckland.dan sekarang sudah masuk 17 march 2010....semalam hari ulang tahun aku...hari dimana aku takut sangat nak tempuhi...ulang tahun pertama aku selepas hati aku ditikam-tikam dek pengkhianatan kau....7 tahun kau mencuri hati aku,namun takdir..kita tiada jodoh....semalam merupakan hari pertarungan emosi aku..semalam hari pertarungan ak untuk terus keras kan hati.......tahniah diri dan hati!!!kau makin cekal....tiada pertumpahan airmata berlaku semalam....sebaliknya airmata telah aku tumpahkan pada 14 march 2010....tapi bagus begitu.setidak tidaknya...pada semalam hari...kau belajar bina hati.

semalam bermula langkah hidup tahun seterusnya buat aku.....alhamdulillah...masih diberi nikmat untuk teruskan hidup..namun kadangkala aku mengeluh..kenapa nikmat hidup ini seringkali aku pesongkan.seringkali aku riak riak kan...seolah-olah mendabik dada....bongkak dengan nikmat hidup sementara....penat aku mengeluh...iman turun naik...sangat menguji....hari ini ingat..esok lupa..hari ini taubat..esok ntah kemana.....oh manusia.

terima kasih aku ucapkan buat semua sahabat yang mengenali aku...sama ada secara maya atau pun realiti...segala sokongan...dorongan..kata-kata semangat..tak putus putus korang berikan.walaupun korang tidak pernah mengenali aku dialam nyata..tapi sokongan yang diberikan cukup buat aku terharu....buat aku bangun berdiri macam tak pernah patah kaki.aku kata pada diri semalam..kau sudah punya tahun baru.perjalanan baru lagi....emosi baru.jiwa baru...semua itu terletak pada kau..orang lain tak boleh nak hadiahkan pada kau...tapi kau sendiri yang cari..kau bungkus cantik-cantik..kau hulur pada diri kau..kata kan pada diri kau....kau bukan selamanya berjalan dalam dunia ni untuk menjadi satu watak mahupun satu emosi..tapi kau itu pelbagai..kau tempuhi dugaan diawal usia kanak-kanak kau...tatkala budak-budak lain sibuk belajar main masak-masak...kau sudah kenal apa itu pengorbanan..kau sudah kenal apa itu ikatan...kau sudah kenal apa itu menjaga hati......kau disuntik kematangan tatkala kau sendiri tidak sedar bilakah kau bersedia untuk itu....

satu-satunya gambar di pangkuan mak.aku tak banyak gambar macam korang.
ni je yang aku ada.....

mak kau tak pernah kata "dah besar anak mak" setiap kali tiba hari ulangtahun kau..kerana kau telah diberi tanggungjawab sebesar-besarnya walaupun kadang kadang kau tak mampu untuk itu.kau bukan anak sulung..tapi kau disuruh menjadi itu....kau bukan anak lelaki..tetapi kau mampu melindungi......kau bukan kuat....tapi kau berlagak kuat........

memang dah besar pon anak mak...cam gajah dah aku tengok.haha


walaupun hati aku pernah dihancurkan..walaupun pengorbanan aku sikit tak pernah diberi penghargaan...walau segala usaha aku dikatakan murahan..aku tak kesah...aku tau ini tugas aku.ini watak yang mesti aku pegang.ini semua cerita aku..menangis kah aku.menjerit terlolong ker.....nak tak nak aku yang kene settlekan.....tunggulah sikit tahun lagi..ada "lagi" drama yang akan aku habiskan...aku dah nampak apa yang bakal aku lalui..sebab aku penyimpan rahsia terbesar...sebab aku orang yang tahu menahu..aku yang simpan semua.....kalau lah suatu hari aku bukak mulut...pasti semuanya tak kan jadi seperti hari ini..biarlah secebis pelosok dunia itu aman kerana aku...biarkan.

BUAT kau jiwa...buat kau hati dan perasaan....

binalah sedikit tembok kekerasan disekeliling jiwa,hati dan perasaan itu....jangan mudah sangat untuk kau jatuh dek penerajang orang lain..jangan mudah meleleh airmata kau dek hentakan bertubi -tubi.....terus kan usaha kau....tutup segala kisah cinta lama kau.......yakin pada diri kau..ada lelaki yang juga hancur hatinya dek perempuan..lelaki yang keseorangan yang tersedia untuk kau......jangan jatuh kan maruah kau..jangan jatuh kan airmata kau buat insan yang tidak ada nilai kemanusiaan.........terus kan perjalanan hidup kau...jangan selalu ikut cakap orang..jangan terlalu mudah percayakan orang..jangan terlalu bongkak dengan nikmat..jangan terlalu cepat berputus asa...............................

jiwa baru.hati baru..perasaan baru.......................
Ya Allah..lahirkanlah aku dengan jiwa dan hati yang baru.....agar aku mampu menempuhi ujian mendatang...agar perjuangan ini dapat aku teruskan......Ya Allah..kau peliharalah insan-insan yang aku sayang juga insan-insan yang pernah menyayangi aku..peliharalah mereka...selamat tinggal 16032009...............

diantara blogger yang kongsi kenangan bersama...
pernah bertentangan mata,ewah.haha










saya nak tau sape anonymous ni boleh???
as besday present mungkin...nak  tau jugak.hehe.

No comments: