"ada makcik.mereka ada dirumah.saya kan dah besar,sebab itu mereka tidak risaukan saya."
sopan tutur katanya.Senyuman sekadar menjaga hati wanita itu dilemparkan sebelum kanak-kanak 5tahun itu berlalu pergi menamatkan perbualan .
Itulah siti.walaupun umurnya baru setahun jagung,tapi segala macam ungkapan yang keluar dari bicaranya,sangat sopan..malah sematang mereka yang bergelar dewasa.Tangan dimasuk kan kedalam seluar sambil tertunduk seperti memikirkan sesuatu.Berbajukan t-shirt belang-belang itu,siti terus melangkah longlai sambil menyepak-nyepak malas daun-daun kering dihadapannya.Lalu diraup lemah wajahnya.Ditenung dalam tasik besar dihadapannya,sedalam luka didalam hati si kecil itu.
"aku kuat",bisik hatinya.Tanpa diminta..airmata jatuh kepipi.Tapak tangan digenggan erat bagai memaksa diri mengumpul kekuatan.
"kenapa begini,kenapa aku?",berperang lagi siti dengan persoalan hati.
Dikutipnya sehelai daun kering,lalu dikoyak-koyak lumat..selumat kepercayaannya terhadap insan sekeliling.Kehidupan Siti sama seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya,siti tampak comel.Namun,apa yang dilalui dalam usia semuda itu,menjadikan Siti jauh berbeza dari mereka.Kelincahan dan keceriaan diwajahnya,telah menutup rapat penderitaan yang dialami anak kecil itu.
Diseka airmata.Dipujuk lemah hati..Demi insan sekeliling,keluarga yang disayangi..siti bertekad..berjanji sepenuh hati...
"Tuhan,hanya Kau dan aku yang mengetahui,dan hanya Kau yang mengerti.."bisik hatinya lagi.
Direnung jauh kehadapan.Tanpa disedari,perasaan dendam itu membaluti hati....
"weh,jom makan!dah lambat ni..kejap lagi tutup pulak kantin."
"eh,dah rehat ker?aku tak laparlah..tapi mintak tolong belikan aku keropok lekor.Cikgu Halimah nak jumpa aku.Ni mesti pasal kes pembaris patah tu..."rungut siti.
"haha..padan muka kau.ok2..tapi yang kau dari tadi duduk kat sini ni pehal?"
Siti terus beredar meninggalkan persoalan yang dirasakan tidak memaksa dirinya untuk memberikan jawapan.Sambil melangkah,dia berkata sendiri...
"kau siti,kau cekal seawal usiamu...percayalah bahawa pengorbanan kau akan dibalas dengan kebahagiaan kelak..."
peristiwa diawal usia 5 tahun itu..kembali menjengah.Siti terus mengeluh....
p/s:
---jangan terlalu berharap cerita ni akan bersambung....aku sekadar ingin mencuri balik kekuatan adik itu.tapi dia sudah lama mati..
---nama aku bukan siti.enough.
41 comments:
dan kamu jugak harus cekal secekal siti
salam lumut..
kadang2 kita lupa,usia bukan la pengukur kematangan seseorg..
kekuatan terletak pada hati dan diri kita sendiri..
semakin kita menginginkan kekuatan itu,semakin kita hilang arah n tuju..
semoga kamu sentiasa kuat menempuh hari2 mendatang..
jujur nyer aku pon xkuat
skali angin tiup aku leh goyang biler2 masa jer..
lemah sngat
huhuhu
cekal lah kamo secekal siti..sapa siti sebenarnyerr???
oooh lumut
berapakah umurmu>
kau nak aku panggil kau siti ke he he
nanti kalau senang baca la puisi dewasa aku tu....
sesungguhnya kekuatan itu ada dalam diri kamu...cuma perlu di usahakan
siti sifir mana pergi budak tu yer
wah..
boleh jadi penulis skrip drama ni.
die (siti) dah meninggal?
to SEROJA,
i wish to..masih mencuba..
to TUYA,
benar tuya..
usia tdk mengukur kekuatan seseorang..apa yang diambil kira..
adalah pengalaman menempuh kehidupan dunia...
to YORO,
jika kau ingin tumbang.marilah kepadaku.aku bisa menemanimu yoro.kau pon jgn sedih2.kuatlah seperti siti.
to JMR,
siti seorang insan yg cekal suatu ketika dlu..dia banyak berkorban demi insan sekeliling..
to CALUK,
aku punya nama sendiri la caluk..
and akulah kembar siti.kau xtau ker?
to MAMAI,
aku pasti baca.thanx..siti sifir tuh xsame ngan siti yg ni la..
to ORANGLIDI,
jadi pelakon pon buleh..
emmm..ntahlah...tapi siti itu semakin lenyap skrg...
taniah kepada adik siti
taniah kepada adik siti
Alfatihah utk adik Siti... adakah ko menulisnya??
lumut --> aku tak tahu, tu pasal aku tanya he he
to YAZID,
sekalung tahniah juge dari aku buat die...
to NAZ,
yup aku yg menulis.
to CALUK,
a'ah..betul gak ckp ko tuh..aku kembar die.
xmudah utk dpt kecekalan ..
:(
betul! usia sekadar angka..
xkesah dari mana pun kita nak ambil sumber inspirasi kekuatan tu asalkan kita dapat sumber itu..
harap kamu dapat kekuatan itu..
to LANG LEGAR,
thanx..aku sdg mencari ni..
mcm nga cari2 dlm gelap je.susah sgt nak jmpe..kau pon jgn sedih2..aku tahu kau kecewa.
to SHARAMLI,
bagus kalau kau pon fhm..
at least kalau aku lemah ade jugak org akan ckp kat aku..
cube lg..kekuatan itu mmg sukar utk diperolehi.
thanx sweetie.
to BASUH BAJU,
bagus kau pon setuju.
nah amik bintang 1.hee
lumut,
walaupun kita duduk didalam laut bersama-sama (dunia),
tapi aku pasti ujian kau sebagai lumut dan aku sebagai udang galah itu berbza.kan3???
kau single ke lumut?haha
woo
blh jadi penulis babe
ahaha...cmna siti bleh pgi skool..??umur dia bru 5 thun..tadika pon 6 thun..haha
ok2 serius skit..Allah s.w.t xkan memberikan ujian y x mmpu ditggung oleh hambanya..byk2 la bersaba dan mengingatiNYA
to UDANG GALAH,
a'ah betul lah..xpenah lak aku bersua dgn kau.slalu bersua ngan anjing laut je..huhu
to AZZALIENA,
penulis?hoho..tak cukup berbakat kot.pelakon buleh ka?
to KOJACK,
sengal hang.kan siti tuh terigt balikko yg bace xabes..anyway..thanx nasehat.
eh ak bca abih la..bhsa hg sastera sngt..ada imbas2 kembali plak..
mana la ak pham..hg amik sastera ke kt NZ sna...hahahaha
no hal la...
salam.
nape tak sambung..mcm tergantung je cete tu..:)
apapun tq singgah anaklaut
ayat kao memang best..batal tak puasa aku kalu menangis di pagi hari??mujur aku baca di malam hari..
semoga hati kao tabah jugak..
take care Lumut..
kenape LUMUT??..
to KOJACK,
haha..byk la amik sastera..
bleh plak omputih sini nak aja aku bersajak bagai..
to ANAK LAUT,
mmg tergantung pon..
sbb sadis plak next chapter..
xsanggup nak taip.
huhu
to JALAK,
hmmm..bese je tuh..
kalau tulis ikut hati dan perasaan mmg agak klasik lah bunyi ayat die..
nape lumut?
sebab lumut itu seperti tiada bahagianya..
ntah..merepek je aku neh.
siti lumut..=P
sapekah itu siti???huhhh saspen tol..
mut2,oo mut2?
r u ok?
to NAZRI,
haha..buruk gle siti lumut.
to IMHEPPIE,
siti yg cekal..mmg suspen..xtau nak smbung ke x.
to ROCKMETALLER,
ok je..sehat ni ha..
saspen la lumut..teruja aku. aku ingat siti tu ko..keh keh
to LAMPU,
siti tuh bukan nama sebenar..
suspen ek?
sbb tuh aku xnak smbung..nnt lg suspen dowh.
hhahaha.. boleh pulak xnak sambung sebab nanti lagi suspen. cis. hehe.
dah mati??sebab??
innalillah...
tp ORANGLIDI,
kang banjir blog aku..payah lak..
to KIMISAI,
sebab.....manusia sekeliling..
untuk menjadi kental kita kena degil dan tak putus asa..
salam zairah
hope cik siti tu berjaya sampai akhir nanti
pesal entry lu mesti sedeh sedeh ek
tak paham waa
asal sedeh lu buat entry kot gamak nya
hahahah
eh nak baca buku akak wa??
kasi alamat and bank-in money kang wa kasi pos..
hadiah : wa skali kan dengan sain akak wa yang cantik ituh..
hahahha
kasi email wa acik_oren@yahoo.com
to BER_UWANG,
aku memnag degil..tp aku putus asa..cmner?
thanx sbb menziarah.
to OREN,
hmm..idup aku mmg slalu sedih je..
nnt la aku wat en3 epi.
'siti' itu terlalu tabah.... jdlah setabah itu kembali dear.....
die sudah lama pergi..aku hrp die akan kembali..ntahla.
Post a Comment