Monday, November 30, 2009

terpaksa berambus ke auckland awal..

ticket untuk pulang pada februari nanti dah burn macam tuh je.burn macam kau bakar mayat india lepas tuh abu die ko amik jadikan "nandek"...habis melayang duit seperti asap-asap perokok tegar.ewah.merepek.

tiada apa perlu disedihkan.

lumrah hidup.jadi perlulah sentiasa bersedia...

dan beberapa jam yang lalu..aku dah pon layangkan lagi duit untuk beli ticket pulang ke auckland.melilau aku cari tiket paling murah supaya badan aku yang berat ni dapat diterbangkan lalu dicampakkan lagi ke bumi auckland tuh....

aku berkeras untuk beli tiket gune duit aku sendiri..abah tak payah lah nak susah-susah..duit makan nanti aku fikir kemudian.ataupun fikir secara positif,inilah masanya untuk aku kuruskan badan..ewah..haha.gelak je...kan bagus macam tuh.nampak happy...ceria..tak kesah lah apa pon yang melanda...

tapi kadang-kadang mengeluh jugak.letih.
namun mesti tabah..kuatkan semangat..
aku kan pelakon yang hebat..=)

kali ni balik transit dekat gold coast pulak.tak jadi transit kat melbourne..tiket MAS straight ke auckland dah burn.anggap je la aku bersedekah dekat company MAS tuh.nampak mulia lah jugak kan.haha.gelak lagi.

oh ye,hari ni genap seminggu aku pulang ke malaysia..dan 31 december ni..aku bakal berangkat dan tinggalkan malaysia semula...tabah.tabah.tabah.

=).senyumlah lagi.

perjalanan pulang nanti...

K.L---GOLDCOAST
31 dec (9.40pm)---1 jan(7.50am)

GOLDCOAST---AUCKLAND
1 jan (6.25pm)---2 jan (12.25am)

abah offer untuk belikan aku handphone baru..tapi aku tolak....tak apelah..bukan penting pon..dan nextweek aku nak turun k.l dalam 4 hari...saja jalan-jalan jumpe kawan-kawan..dan..jumpe blogger mungkin??hehe..kalau ade yang nak turun kl inform lah.boleh makan mcD same-same nanti.hehe.take care semua.

aku kene rushing jumpe kawan-kawan n sesape je yang sudi nak lepak dengan aku.lagi satu burung kiwi tuh ade banyak aku beli dan macam tak sempat nak abeskan bagi kat orang menjelang 31 dec.jadi siapa yang jumpe aku..aku rasa nak bagi je burung kiwi sorang sekor.hehe...tapi janji jangan buang dalam longkang.haha...ohh pemenang contest hadiah die bukan burung kiwi.lain la sikit.=p

Sunday, November 29, 2009

hari tua kekasih gelap.

oleh kerana cuti aku bakal dipendekkan dari 3 bulan jadi sebulan.aku mengambil keputusan untuk tidak terus melayan perasaan mahupun berduka dalam mase meniti waktu untuk pulang semula ke auckland bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai..hidup mesti terus.bukan live your life to the fullest..but then live your life sambil mengurangkan dosa.seimbangkan dunia akhirat itulah yang terbaik.semakin hari semakin tua dan menghampiri mati...sekadar muhasabah untuk diri sendiri.bukan nak tunjuk baik mahupun macam bagus.

okeh semua.

tak lama lagi ada sorang lagi makcik nak meningkat umur.oo yeah~~makcik ween akan menyambut hari penuaan nye pada 19 dec 2009 neh.yang keberapa tanye makcik tuh.kalau tanye aku..kang aku tambah darab tambah lagi.last2 jadi umur kau 42 tahun setengah.haha..tapi aku rase ween ni "menikmati sweet 17 sepanjang zaman" bak kata ah fatt.ween aku tau umur kau 20 menjelang 19 dec ni..

kalau ikutkan hati aku..aku malas nak bagi ween ni hadiah pape.sebab aku tak rase ween ni layak terima hadiah sempena ulang tahun die.haha.aku rase lah ween..aku nak bagi hadiah kat mak kau.sebab mak kau yang separuh mati meneran or senang faham "push" kau untuk keluar.sakitnye.so mak kau lah yang patot diberi hadiah.hehe.

tapi nak dijadikan syarat contest blog ween ni dan aku memang suke memeriahkan blog orang dan kehidupan orang..so aku cube lah ween ek.kire macam 2 dalam 1 lah ni.eh bukan.3 dalam 1.kire aku nak bagi hadiah yang mak kau pon boleh gune.kau pon suke.dan pakwe kau pon suke.ewah3...hebatnye aku bagi hadiah merangkap semua orang yang kau sayang.

tapi hadiah aku tak mahal pon ween..

cukuplah sekadar...

seterika

haha..gelak dulu.aku nak bagi kau seterika satu.kalau kau dah ade pon aku nak bagi gak.pedulik ape aku.duit aku.suketilah.hehe.sebabnye supaya kau boleh iron baju kau.supaya kau nampak kemas.ye lah kalau kau pakai heels 5 inci pon tapi baju berkedut tak best jugak.ha bukan tuh je.mak kau pon boleh gune.mesti mak kau terharu aku bagi seterika.mane tau lepas ni mak kau boleh sayang aku and jadiakan aku anak angkat pulak kan?kan ke best tuh.boleh aku makan free kalau aku turun melaka nanti.haha.lagi satu,bila kau kemas..pakwe kau pon sayang.kan pakwe kau tuh other half of u.jadi bile pakwe kau sayang kau..hidup kau akan jadi lengkap.makin hari makin ceria dan bahagia.barulah kau dapat tempuhi kehidupan hari tua yang mendatang dengan tenang..aku tak nak kau bersedih..

lagi satu kan ween..

aku teringin sangat nak delete semua mende tak best dari otak aku.dan aku pon teringin nak buat macam tuh kat kau.biar kau tak sedih.biar kau senyum je dan nampak sweet gile.tapi mende tuh mustahil kan??

dah lah.malas nak cakap lagi.

aku nak ucapkan tahniah buat mak kau je la.cakap ngan mak kau..tahniah sebab dapat anak macam kau.tapi kau kene janji..jadi budak baik sebab nanti mak kau pelik pulak aku wish tahniah kalau kau budak comot.okeh ween.aku dah merepek.semoga kau berbahagia.dapat ape yang kau impikan..berjaya dunia akhirat.itulah doa aku buat kau.

selamat hari penuaan ween!!!haha

siapa nak masuk contest..klik sini...=)

p/s:ween,hadiah sebetulnye aku ade burung kiwi sekor untuk kau.agak-agak bile aku boleh bagi?kene jumpe face to face.malas nak post.=p

Friday, November 27, 2009

keputusan pemenang contest esoksemalam..

salam aidiladha..dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha penyayang...sopan kan lumut?ade blogger tegur aku,cakap aku dah makin sopan dialam maya.ewah..aku bukan hipokrit beb.cume aku ikut keadaan.tapi aku ni kasar sangat ker?aritu aku balik kampung,makcik-makcik tegur aku makin pendiam dan lemah lembut.ewah...terase nak muntah ker?lantak korang...

maaf ye.aku nak mintak maaf ni.bukan mintak maaf dipagi raye ye..tp nak mintak maaf sebab lambat umumkan keputusan pemenang contest esoksemalam.maaf lagi.internet kat umah cam ayam sket.menguji kesabaran itu memang dah pasti dah tuh.hee.

sebelum tuh,harap keputusan ini memuaskan hati semua orang.aku buat contest bukan nak tunjuk bagus.sebab aku memang tak pernah nak jadi bagus.kau pon belum tentu bagus kan?jadi kita same2 tak bagus.fair lah tuh.aku buat contest..sebab aku nak bagi korang kenal antara satu sama lain.mane yang selalu datang blog aku tapi tak dapat input yang berguna..tuh yang aku nak suruh berjalan pergi tengok blog orang lain.macam ah fatt ngan razman cakap.diorang jarang melawat blog orang before neh.dan untuk yang nak carik jodoh macam kawie..ramai dah aku tengok gadis comel-comel singgah blog die.hehe..and ramai lagi lah dah kenal antara satu sama lain kan??hee...senyumlah semua.kita puas hati kan bila ukhuwah terjalin.

jangan gaduh taw.lumut tak suke.nanti aku lempang seko-seko.nak?dah..nak umunkan ni pemenang...terima kasih semua kerana sudi memeriahkan contest ni.sape tak puas hati datang jumpe aku face to face,aku free neh.haha...=p.

pesanan kepada para pemenang..sila contact aku melalui email mahupun ym..nak tanye cara nak bagi hadiah..nak jumpe or nak aku post??bagitau k...email kat esoksemalam@yahoo.com.thanx atas kerjasama anda.wah lumut sopan kan?kan?hehe

pemenang part 2:

guys.
  1. yusuf-aku,lumut dan sesuatu.
  2. jalak-takdir cinta.
  3. ah fatt-kerana lumut dia sungguh istimewa.
girls.
  1. seroja jingga-cinta pakcik kordi yang suci.
  2. mier@merr-warkah rindu buat lumut.
  3. cinta lea ixora-cinta pertama dan terakhir.
saguhati.
pemenang part 1:
[lahir jam 6.30 am.berat 2.95kg.]

Wednesday, November 25, 2009

syukur,ku selamat tiba di malaysia...

terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan aku agar selamat tiba di tanah air tercinta...=)

24 nov 09..
[730am]
Selepas diberitahu oleh ketua pramugari yang pesawat akan mendarat di lapangan terbang kuala lumpur pada jam 640 am,hati aku terus rase sentap.sebak…itulah yang aku rasa.semahunya aku tahan tadi.airmata bergenang…aku kata pada diri.."buang rasa ini jauh disana"…aku tahan..lalu aku seka airmata yang memenuhi kolam mata itu.aku senyum.semahunya aku senyum…senyuman itu lah yg aku lemparkan tatkala memeluk mak abah tercinta.airmata semahunya aku tahan.lagi dan lagi..agar tidak tertumpah di lapangan terbang itu..."aku kan keras"..semahunya aku jerit dalam hati…mata meliar mencari kelibat seorang jejaka.lalu aku hentam si hati berkali-kali…"hey si bodoh…lelaki itu sudah lama mati..usah dicari lagi"…
Lalu aku pergi….tinggalkan lapangan terbang itu tanpa harapan lagi…namun message yang ku terima march lalu…bermain di fikiran lagi dan lagi…
“abang akan tunggu ayang….”
Cilaka.ku pujuk hati lagi…sudahlah…
[626pm]
Aku fikir aku sudah cukup kuat untuk tahan semua ini.tapi silap.makin kaki memijak bumi Malaysia ini..makin tak tertanggung dek aku bila dihentam kenangan bertubi-tubi..aku senyum..aku hulurkan buah tangan dari Auckland kepada mereka-mereka dengan harapan mereka suka dan bahagia tengok keadaan aku.semahu dan sebolehnya aku kaburi pandangan mereka bahawa aku tidak terseksa.
Tapi apalah sangat kekuatan aku untuk menipu sang hati..
Kenangan kejam.dirobek-robeknya hati aku..sehingga airmata aku tertumpah tanpa disuruh.laju..airmta itu mengalir…sakit..itulah yang dirasakan oleh sang hati….lalu si ayah masuk kebilik memegang bahu aku..
“kenapa ni..tadi kan ok..kenapa nangis ni..abah susah hati tengok anak abah macam ni”…
Aku diam.semahunya aku nangis.akhirnya dimuka bumi Malaysia ini..aku lepaskan kesakitan yang ditanggung ditanah Auckland itu…..aku bisik pada hati..
“kau belum sembuh..kau masih perlukan ruang..”
Bangunlah.hidup terlalu pendek untuk ditangiskan….selamat menyambut hari raya aidiladha semua..keputusan contest esoksemalam akan aku umumkan nanti...dah lumut.jangan lembik.

Saturday, November 21, 2009

ku bawakan "mereka" untuk kamu..[tambah pics]



izinkan aku berkongsi..kalau anda tidak suka..maafkan aku.kerana apa yang aku ingin kongsikan ini..bukan untuk aku seorang.tapi untuk kita...jika aku tidak layak untuk berkongsi kasih sayang mahupun soal hati bersama kamu-kamu..tapi izinkan aku berkongsi keindahan ini...=)

lokasi kejadian:phillip island,Australia.
tarikh kejadian:21 nov 09.
sumber:sahabats.haha












penguin tak nak keluar



bertemu kangaroo dan koala.

hari ni keluar rumah dalam jam 9 pagi.dan baru tadi kami balik dalam jam lebih kurang 11malam.perjalanan ke phillip island dengan muatan 2 van selama lebih kurang 2 jam sangat best..jumpe kangaroo dan koala..hoho..sangat comel anak kangaroo didalam poket.sempat jugak pergi usha cik penguin...tapi die malu-malu.menyampah aku.

gambar akan di upload insyaAllah untuk berkongsi ciptaan dan keindahan Tuhan bersama-sama...semakin jauh perjalanan dan langkah..semakin buat kita berfikir siapa kita..dan dimanakah kita......

kita memang kurang bersyukur selagi kita tidak kehilangan...
dan lumrah manusia sering sukakan kesempurnaan...


Friday, November 20, 2009

nak mana satu dulu?

ini aku dengar dari member aku,sape suruh cakap telefon kuat-kuat.haha.tak adalah..aku tumpang bilik die ni ha..

"kalau saya tak percaya kan awak,macam mana saya nak sayangkan awak."

yup.that's right babe.sebelum kau sayangkan orang,kau mesti belajar untuk percayakan die.means kau kena percaya tanpa rasa ragu-ragu.walau dekat mana pon die berada,kau mesti yakin yang dia akan sentiasa untuk kau.yang die tak kan buat benda yang boleh mengkhianati hubungan kau.

ini tidak.baru kenal sebulan dua.baru jumpa beberapa kali,dah senang nak tabur "aku sayangkan kamu".adakah ini adil untuk hati kau?tak adil beb..tapi memang tak salah untuk kau ajar hati kau untuk sayang seseorang..cuma,kau mesti bagi masa dan ruang untuk hati kau belajar..apa itu kepercayaan.kepercayaan dan sayang dua-dua tu tak boleh dikutip tepi jalan.tak pon diserap dalam sekelip mata.mereka berdua perlukan masa untuk dipupuk.

bezanya.....

sayang boleh dipupuk dengan beberapa cara.tapi kepercayaan??ianya..perlukan masa.bagi aku..kalau kau sudah percaya seseorang itu..akan mudah untuk kau sayangkan dia.tapi tidak bagi mereka yang sayang terlebih dahulu....lalu kepercayaan entah kemana..dan akhirnya ayat "sudah tiada jodoh" menjadi sahabat mereka yang kecundang...

ok dah.

titik ke titek?

jawapan nya noktah.

kalau orang buat baik..
mestilah kena buat baik kan...

kalau orang buat jahat...
takkan nak buat jahat jugak??

lebih baik diam dan mendoakan..
tapi jangan cakap mereka pengecut.

dunia blogging makin lain sekarang.perasan tak?hehe

Thursday, November 19, 2009

tiba di melbourne...

aku nak menulis untuk diri sendiri la..nak bermonolog...cakap sorang-sorang..tapi tak nak orang kata aku gila..jadi disinilah aku menulis.tapi diri..kau jangan lupa..bukan semua orang suka kau.tengok saja cik anonymous.selalu perhatikan kau.tak apalah..mereka suka.biarkan.

saat mengemas bilik no 5 itu..hati agak sebak..macam-macam bermain di fikiran.segala yang dilalui dalam tahun ini...disaksikan bilik no 5 itu..kadang-kadang aku mengeluh.tapi aku ingatkan si hati lagi,perkara yang sudah berlalu..tak usah dikenang.saat aku nak tinggalkan bilik no 5 itu...mata seakan bergenang,lalu aku tahan..ku tarik beg.terus pergi meninggalkan bilik ber no 5 itu...selamat tinggal kenangan...






AUCKLAND AIRPORT.
tiba di airport dalam jam 3.30 am.bla..bla..bla...banyak benda yang berlaku.punya la risau berat cargo luggage berlebih-lebih.but then ok je tak ada problem.masalah tiba dimana hand luggage tak lepas untuk dibawa masuk disebabkan berat yang berlebihan.try slow talk.aku cakap aku student.boleh consider tak.bla..bla..bla..time tuh dah nak dekat pukul 6 am.sedangkan departure pukul 630am..last-last masalah terpaksa diselesaikan dengan membayar 73 dollar demi hand luggage yang menempatkan segala bagai souvenir untuk dibawa pulang...

MELBOURNE
(10.30 am waktu new zealand,830 am waktu melbourne)

huuuu..jaket aku tanggal serta merta.panas dowh melbourne.37 degree!!perubahan cuaca yang mendadak membuatkan badan terasa lain macam.tekak makin sakit..harap-harap tak demam.kepala sakit dalam umah pon terasa bahang beb...serious musim panas dekat sini,panas die lain macam...panas kering..berbeza dengan malaysia....

tak ada apa yang lebih menarik disini melainkan tempat shopping yang besar yang tak ada dekat auckland dan mampu mencuci dompet serta merta.scenery seperti biasa-biasa saja..mungkin new zealand lebih menarik dari segi natural beauty nya....yang penting melbourne panas pelik dan terasa bahang sampai dalam rumah....rumputpon sampai ada yang mati....panas!tapi api neraka lagi panas...takut.


Tuesday, November 17, 2009

saya mohon kemaafan terhadap isu ini...

ini antara salah satu kelemahan terbesar saya.terbesar dalam hidup dan memang kelemahan saya.....tiada pendirian..mudah goyah dengan sekeliling..dan terlalu fikir apa yang orang lain cakap...tanpa menetapkan pendirian sendiri,lalu saya hilang banyak perkara dalam hidup saya sendiri.terlalu banyak....dan kerana kelemahan ini,saya sudah jauh dari diri saya yang sebenar..

buat bro hisyam,terima kasih kerana menegur kelemahan saya yang terbesar ini.saya perasan ini akan membuatkan orang pandang serong kepada saya.tapi apakan daya..ini kelemahan saya.dan saya mesti cuba betulkan hari demi hari.teguran bro hisyam tentang terlalu banyak perubahan mengenai contest telah menyebabkan beberapa orang mahupun ramai peserta ataupun blogger yang merasakan kurang selesa atas tindakan saya itu.sudah saya sedar pada awalnya,perubahan ini akan menyebabkan ramai pihak rasa kurang selesa.

dan akhirnya bro hisyam tampil dengan segala bukti yang benar-benar belaka..terima kasih bro.berikut adalah bukti kelemahan terbesar saya:

cik lumut oooii...nk jd organizer kna telus n konsisten,peraturan jgn diubah kerap sgt.antara prubahan yg kerap aku nmpak dlm contest ni adelah
1-perubahan tarikh tutup diubah.
2-kata en3 leh anta ikut suke..tp pakhirnye satu saje dipilih
3-mula2 permilihan dipilih juri.tup2 ikut undian plak cmpur juri
4-kata nk bg 3 hadiah skang dh jd 4
5-kata xnk publish komen utk undi,skang dh publish plak..
6-aritu kata 8 shortlisted skang ni 9 plak..


benar,kerana desakan beberapa pihak.peraturan diubah semata-mata ingin memuaskan hati semua orang.ini adalah kerana,contest dibuat sekadar suka-suka dan ingin memastikan semua pihak berpuas hati.namun tidak mengapak,salah saya sendiri dan saya amat mengakuinya kerana tidak mengkaji terlebih dahulu.maafkan saya.izinkan saya teruskan kata tapi bukan untuk membela diri,hanya sekadar ingin menengahkan alasan bodoh saya kenapa mengubah peraturan.

6-9 shortlist dipilih kerana saya bodoh.bodoh kerana tiada pendirian.saya telah punya 9 cerita dan saya bodoh kerana tidak berlaku kejam terhadap 1 cerita untuk dibuang dan meninggalkan hanya 8 untuk diundi.ini kelemahan.tiada alasan.saya tak suka beri kekalahan.jadi saya tak layak buat contest lagi.maafkan saya semua.

5-komen dipublish kerana email yang diterima bahawasanya takut tidak semua komen yang dipublish.dan dinasihatkan agar buat auto publish.bagi memuaskan hati ramai pihak,saya tergesa mengubah peraturan.dan ini juga kelemahan saya.tidak mengkaji terlebih dahulu.

4-alasan nya serupa.kerana saya rasakan terlalu ramai yang layak menang sehingga saya tambah bilangan pemenang.dan ini juga salah saya.kerana tidak wujudkan sedikit kekejaman dalam memilih pemenang.bodoh tol saya ni.

3-ini diubah kerana kamu-kamu bersuara takut cerita yang dipilih juri hanya kena dengan hati juri.padahal ada cerita yang lagu menarik.lalu saya turutkan.lihat,betapa saya mudah ikut kata orang?bodoh lagi buat saya..

2-ini juga ditegur oleh peserta lain kerana ada yang hantar sehingga 2 entry.lalu untuk mengelakkan ketidak puas atian,saya telah mengubah untuk sorang hanya dibenarkan hantar 1 entry sahaja.sudah jelas kelemahan saya.tiada pendirian.

1-cukup saja alasannya bodoh belaka.saya tiada pendirian.maafkan saya.

akhir kata,saya memang tidak layak untuk wujudkan contest.saya hargai semua sambutan yang anda-anda berikan.tujuan contest dibuat hanya sekadar ingin memberi sedikit souvenir kepada sahabat blogger.namun saya tidaklah berharta untuk diberikan kepada semua.lalu contest unutk menghiburkan para blogger ini saya anjurkan.but then,saya silap.kelemahan saya terserlah.saya patut kaji dulu luar dan dalam sebelum buat ini semua.niat untuk memuaskan hati semua pihak,telah membawa kepada isu yang datangnya sendiri dari kelemahan terbesar diri saya.maafkan saya...saya terima segala teguran...

cuma...

kenapa mesti ingin tarik diri sebelum pemenang diumumkan...saya terasa seperti saya sudah menyakitkan hati para blogger...kerana itu ada yang ingin tarik diri...maafkan saya....ini semua salah saya..kelemahan saya.yang baik itu datang dari Allah..dan yang buruk dari diri daya sendiri.segala cemuhan didalam ruangan komen.sangat saya hargai.

aku usha je..

mane lumut??
nape die da tak datang blog aku ek?
nape die da tak komen-komen?
da lame ni tak update blog,pegi mane?
pehal die tak reply komen aku kat chatbox weh?

sombong gile lumut...
senyap macam tu je...
budget femes,cibai la lu lumut..
lumut,lain kali belajar jaga hati blogger..
lumut,kau ni macam bagus budget baik pehal?
tak payah nak tulis kalau diri sendiri cam haram..

aku selalu je usha cerita mereka-mereka.tulisan mereka,kata-kata mereka semua dibaca untuk mencari apa erti hidup.untuk belajar pujuk hati.komen diletak bile hati tergerak untuk berkata sesuatu untuk si penulis...dan kadang-kadang komen tidak diletakkan kerana terlalu speechless dengan penulisan dan maksud yang ingin disampaikan...

beb...wa akan selalu jengah lu orang....jaga diri...doakan wa selamat sampai untuk tengok muke mak abah wa......selamat tinggal bilik nombor 5,number 14 whitaker place,auckland,n.z. bilik ini terlalu banyak menyimpan erti sebuah kesakitan,kejatuhan,kebodohan dan juga kebangkitan....
terlalu banyak.....
"aku ade usha korang...ade je.."

Monday, November 16, 2009

jangan esok-esok kau nangis.

kalau nampak member2 lu gelak sakan,seronok sangat...terginja-ginja dek pujian...lu tego lah beb member lu tuh.cakap dengan dia..

"lu jangan gelak banyak-banyak sangat beb,nanti esok-esok lu nangis".

wa dari dulu memang takut nak gelak sakan dengan memember wa.kalau wa rasa cam nak terginja sikit je,gelak cam hantu tetek sampai tak ingat dunia..wa mesti terus sentap emosi wa.wa maki dalam hati..."ape jadah hepi sangat ni"...

memang selama wa hidup..90% akan jadi apa yang orang-orang tua cakap tu."ekau jangan golak sakan bonar,sok melalak kot tak tordayo dek ujian..."

dan betul,kalau malam tu wa gelak cam pontianak,esok terus senyap macam pocong dek dibungkus kapan.tercorok je macam katak bawah tempurung.dan petang tadi wa keluar ngan housemate wa pergi carik souvenir sikit untuk dibawak balik..member wa pon makin lama kawan ngan wa..makin masuk air wa tengok.buat lawak dah tak segan-segan cam dulu.kadang-kadang melawak cam haram wa yang sakit perut tergelak...

wa suke beb..wa suke diorang hiburkan wa.dan wa pon gelak..lame dah wa tak rase macam ni..tapi mase wa gelak-gelak..wa sentap emosi wa.wa switch on the spot.wa slow talk ngan hati wa...

"hati,lu ilek beb...lu gelak sakan ni...kang lu nangis kang..."

dan malam ni wa rasa cam sampah sikit...tapi cepat-cepat wa kawal balik.wa memang dah pro dah bab ni.wa try suapaya kapal emosi wa tak terbabas dek ditiup angin kencang....jangan dilayan sangat perasaan tuh.nanti susah beb..dan wa cume nak pesan je kat kengkawan wa...tapi wa bukan alim-alim.kire kalau wa cakap mende baik..mesti ade punye orang bahan wa cakap wa cam bagus.fine lah.wa cume nak pesan...

"kalau lu orang tengah hepi,bahagia,senang...jangan terlalu hepi beb..jangan sampai lupa batas2 manusia.jangan sampai korang lawan hukum karma beb...nanti sakit dek ujian....kot tak tertanggung dek akal fikiran..bila akal dah tak nak tanggung nanti..mesti hati terus terkubur..emosi haru biru.."

dah ah...
pe jadah wa kemas barang sambil dengar lagu
butakah cinta-spring.

Sunday, November 15, 2009

finalist untuk contest esoksemalam dan mari mengundi!

Assalammualaikum...

In the name of Allah,the most gracious and the most merciful....first of all i would like to thank all of the bloggers who willing to put their efforts to join,support and contribute something precious for the success of this contest.

fullamak~~~speaking beb...gile lah.wa tak pandai nak cakap omputeh la..wa orang kampung je,sekolah pon biasa-biasa.hidup sekadar bersederhana.omputeh wa sampah-sampah je.boleh la nak carik makan dari tak ada.wa tak hebat macam lu orang.hehe.

terima kasih tak terhingga dari lubuk hati wa yang tersorok jauh didalam tengkorak badan ni ha.sekali lagi,wa ingin menyatakan betapa wa teruja nya kerana begitu ramai sahabat blogger yang menyertai contest wa.bukan tu je,wa nak gak mintak maap kerana wa mungkir janji dengan mengawalkan tarikh tutup contest ni.dan tindakan wa telah menyebabkan beberapa orang blogger tak sempat untuk menyertai.maafkan wa beb.ini kelemahan wa.

bukan wa sengaja mengawalkan..tapi..wa punya alasan tersendiri.sebenarnya...wa rasa berdebar bila makin hari bilangan peserta semakin ramai.wa takut wa akan kecik kan hati ramai blogger sedangkan wa tau wa tak mampu untuk bagi hadiah pada semua.pada mulanya wa hanya ingat tak ada sambutan contest ni.tapi sebaliknya.ribuan maaf dan terima kasih tak terhingga dari wa.
sudah wa bilang pada entry lepas,ini adat pertandingan.so sila chill untuk terima keputusan.wa pon chill je bila terima kekalahan contes nufnang..adeh.so,wa dah cuba bagi yang terbaik untuk puaskan hati semua orang.jangan emosional sangat,sebab contest ni tak de mende pon,so chill babeh~~jadi yang baik itu semuanya datang daripada Allah,yang buruk dan busuk itu datang dari diri wa sendiri...

seperti yang lu orang dah maklum,pemenang contest ini terbahagi kepada 2 kategori.3 lelaki dan 3 perempuan..dan 4 selebihnya adalah pemenang hadiah sagu hati.hadiah wa da beli dah tadi.wa pon bukanlah berharta..cuma wa nak kongsi apa yang wa ada dengan lu orang..jadi apa yang wa bagi tuh tak ada lah berharga baribu ribu,tapi cukup sekadar lu orang nilai dengan hati..

jadi,marilah mengundi peserta yang telah berjaya ke peringkat ini.berikut merupakan syarat untuk mengundi..50% adalah dari pengundi dan 50% dari 3 orang juri luar.

syarat:
  1. terbuka kepada semua tak kira umur.mestilah seorang blogger,bukan anonymous.
  2. seorang hanya dibenarkan undi sekali sahaja..tetapi anda bolehlah menyeru semua blogger untuk datang undi anda.tak kira lah cara apa sekalipun.
  3. sila pergi ke bahagian cemuhan/tepukan untuk mengundi.
  4. anda dikehendaki memilih 4 peseta laki dan 4 peserta pompuan mengikut dari 1-4.
  5. keputusan akan diumumkan pada 24 nov 09 selepas jam 6.25 am dimana tarikh wa sampai kat malaysia.yehhha!!pe jadah wa gedik ni.
jadi,selamat mengundi!!terima kasih semua...=)

guys:
  1. ber_uwang-cinta yang tak kesampaian.
  2. ah fatt-kerana lumut(dia) sungguh istimewa.
  3. kawie2020-isteriku LUMUT.
  4. yusuf-aku,lumut,dan sesuatu.
  5. i'msosupernotcool-addicted.
  6. razman-takkanlah,dia bukan seksi pon.
  7. acap-cinta kau sampai mati.
  8. aku beskot-segalanya bermula dengan lu mood.
  9. jalak-takdir cinta.
girls:
  1. nursarah87-contezz lumut!
  2. seroja jingga-musnahnya cinta pakcik kordi yang suci.
  3. beautiful_rose-sahabat dunia akhirat.
  4. mier@merr-warkah rindu buat lumut.
  5. ms.independent-bilik 13.
  6. pinky lucia-warkah cinta berbaur syurga.
  7. cinta lea ixora-cinta pertama dan terakhir.
  8. att-superhero itu.
  9. sayu=pilu-hubungan itu indah.

amaran sebelum finalist diumumkan.

assalammualaikum.

apabila wa dah bagi salam.lu orang mesti jawab.tanda kita kene saling mendoakan.dan bila wa mula entry dengan salam.pastinya wa mahu membincangkan sesuatu yang serious tanpa selitkan apa-apa lawak.ambil perhatian.wa dulu suke nak jadi polis.mungkin nampak smart dan tegas yang mempengaruhi wa untuk jadi polis.ok2..ape kaitan tibe-tibe wa cerita pasal polis?sebenarnya wa nak bagitau yang wa tengah buat muka macam polis ni kalau lu orang gado-gado pasal contest tu.,wa bagi je makan pelempang.nak?

mari sini wa nak terangkan lagi.

wa dah cakap kan...wa memang nak bagi hadiah dekat semua orang.sebab wa memang jenis tak suka bila anjurkan sesuatu pertandingan bawah kelolaan wa,dan wa terpaksa buang siapa yang kalah wa tak suke beb.jadi sebelum ape-ape..wa nak pesan kat lu orang..jangan sebab contest ni,lu orang bermasam-masam muka.apa lu orang ingat selama ni lu orang punye muke manis sangat ke sampai nak masam2 sebab contest ni.jangan nak ngade-ngade.

konsep bertanding mudah je beb.
tapi mungkin ramai yang terlepas pandang.

bila nak bertanding means kita bersedia terima kekalahan.bukan bersedia untuk terima kemenangan semata-mata.memang lah semua nak menang.tapi adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah.adat hidup ada yang cepat ada yang lambat.ada yang kaya dan ada yang miskin.sebab tu la dulu mase kat sekolah korang belaja antonim.paham???

kan wa da cakap semua story bukan wa yang marking.kalau cerita lu terpilih,memang cerita lu tuh best dan gempak.lu dipilih sebab kreatif,sebab kata-kata lu yang lu susun semua orang suke dan menusuk kalbu.bukan sebab lu femes ke ape.bukan sebab lu cantik kacak ke.bukan sebab lu pakai kereta proton ke.bukan beb.ape jadah wa nak pilih yang kacak dan cantik..bukan wa nak carik menantu ke ape..so jangan pikir yang bukan-bukan ye.=)

wa dah terangkan semalam,lu orang boleh buat iklan mahupun promotion dekat blog masing-masing agar ramai lagi yang datang mengundi.tapi manusia sekarang dah bijak beb.so janganlah lu orang cakap sebab lu orang tak femes lalu tak ada orang yang nak undi korang.yang penting bakat tuh.bukan femes tak femes.apo da.dan jangan risau.undian ni hanya 50% je.kita ada juri seramai 3 orang yang bagi markah lagi.jadi jika sesiapa yang menang,anda memang layak ditabalkan.bukan sebab pilih kasih intan payung ke hape.

faham ye semua?jangan la gaduh-gaduh.janganlah sampai bermasam blog sesama blogger.nak bermasam muke tak boleh.sebab bukan nampak pon.jadi kalau sebab contest ni semua orang nak marah aku..aku tak kesah.nak flag pon tak pela.wa terima.haha.tapi jangan woi...kecik ati ni ha.wa dah lah tak ada harta.blog ni je la teman wa.hehe.

jadi syarat mengundi senang:
  1. sorang sekali je dibenarkan mengundi.
  2. mesti seorang blogger yang ada blog dan bukan anonymous.
  3. click dekat bahagian komen pada entry dimana finalist diumumkan.
  4. pilih 5 finalist yang dirasakan paling best ikut turutan 1-5 dan hantar dibahagian komen entry finalist disenaraikan.
  5. komen-komen tidak akan dipaparkan sehingga tamat hari mengundi iaitu pada 24 nov 09 tepat jan 6.25 am.iaitu masa dimana aku tiba di kuala lumpur.
  6. last sekali doakan aku selamat sampai.
tata semua..selamat mengundi.mengundilah dengan berhemah nanti.jangan gado2 nanti aku lempang.

contest esoksemalam melabuhkan tirai dan..


dan keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi bagi menenangkan degupan pada hati para peserta.

pertama kali,terima kasih aku ucapkan buat semua peserta yang meluangkan masa untuk mengambil bahagian.tepat jam 11.59 pm waktu malaysia tadi,contest sulung esoksemalam telah melabuhkan tirai.secara jujurnya,aku tak sangka contest ni mendapat sambutan dari blogger lain.bersungguh-sungguh aku tengok.dengan cara korang buat cerita,dengan bilangan patah perkataan,dengan slogan yang mencuit hati dan dengan semangat pergi menerjah entry peserta lain untuk lihat"siapa lebih hebat" sangat mengagumkan aku.memang aku tak duga peserta yang join akan ramai gile.aku jangkakan contest part 1 akan lebih banyak yang sertai,namun sebaliknya.dan satu kesilapan...yang join part 2 tuh..nape tak join part 1 sekali.adeeehh...apo da.

mula-mula aku pikir kalau setakat sepuluh 0rang je yang masuk..aku nak bagi semua tuh adiah.but then...jumlah peserta menyamai kelas aku mase aku sekolah rendah dulu.gile ramai.37 beb!!satu jumlah yang besar gedabak gedempol.

dan aku memang tak boleh buat contest aku rasa.failed!!!!!sebab aku tak sampai hati nak tolak yang kalah..aku rasa nak bagi semua hadiah.tapi kang kalau aku bagi semua kang..boleh jadik sorang satu dapat daun sekeping dari auckland.tak tergamak plak beb.maaflah..aku ni kan tak berharta..handphone pinjam..camera tumpang..hingus meleleh...erk..jijik.

mintak maaf pada mereka yang tidak terpilih sebagai pemenang.

bila anda menerima kekalahan..jangan sogok diri anda sebagai "aku seorang looser" sebaliknya kata pada hati..pujuk hati..bahawa.ini adat permainan...senyumlah,setidak-tidaknya kau berani tampil untuk bertarung dengan yang lain.bukankah itu sudah cukup untuk dibanggakan???

dan akhirnya...

keputusan dan senarai pendek nama peserta yang terpilih kepusingan akhir akan dikeluarkan.konsep die 50% markah dari undian blogger.dan 50% dari para juri yang terdiri daripada 3 orang.identiti dirahsiakan dan yang pasti aku bukan ketua juri untuk mengelakkan orang kata aku bias.pilih yang aku dah lama kenal lah.pilih yang puji aku melambung la.pilih yang kata aku cantik what the gedikzz la.no no no beb.wa tak layan ni semua.pelissss..hehe.jadi..bagi sesiapa yang tidak disenaraikan.ingat pesanan aku tadi.dan aku menyahut semua para blogger untuk mengundi mereka yang tersenarai.

syarat:-mesti blogger bukan anonymous.undian sorang sekali je.tapi.........anda boleh ajak follower anda,kawan2 blogger anda,buat entry promote suh undi ke..hantarlah message spam segala jadah kat chatbox kalau berani nak kene penerajang..hantarlah...seru semua rakyat blogger..undi anda nanti.pengundi hendaklah mengundi 3 cerita terbaik pada ruangan komen akan datang dan ruangan komen akan ditutup sehingga tamat hari pengundian.jadah macam pilihanraya plak nehhhhh....

jadi 8 peserta lelaki dan 8 peserta wanita akan disenarai pendek kan lalu undian dibuka untuk mereka.hadiah merupakan cenderamata dari auckland,new zealand yang tak ada lah mahal mane sebab lumut bukan lah berharta tapi mampu memberi kenangan buat anda.dari 16 peserta,3 pemenang lelaki dan 3 pemenang perempuan.dan 4 hadiah saguhati.

terima kasih semua.aku hargai usaha kalian dengan menyokong contest ini.contest sekadar inigin melihat idea para blogger,segala ragam dan kerenah.semoga contest ni memberi sedikit gelak ketawa,pengalaman hidup,ilmu,sentuhan hati dan semangat kepada para pembaca.

akhir kata,jangan flag blog aku weh kalau kalah..jangan!!!!!uhukkkkk...gedik lah plak....dah2..semua cerita aku dah pindahkan dekat bawah iklan nuffnang...sekian.

Saturday, November 14, 2009

nenek tu jate ko tino?PENDEDAHAN.



sebelu apa-apa.wa dah habis exam.wa tak layan parti buih.wa layan fadilah kamsah je beb.lepas exam aku pergi beli strawberry.omputeh beb!!banggo orang kampung den..pe jadah nak bangga.tak best ah makan strawberry.tak "trill" sebab tak berbau.aku lagi suka durian.bila makan challenging beb.nak kentot pon segan-segan je...selekeh.

layanan mesra aku berikan,sehingga wujud gigitan cinta.aww.
ok dah.serious sekarang,


bak kata peribahasa melayu "sudah terang lagi bersuluh,bila gelap teraba-raba".ha suke la tuh kan bila sebut raba-raba.kali ni aku tak nak kata razman gay lagi.walaupun aku tau dia pijak aku sehingga lumut.eh lumat dengan menyebarkan manifesto nye bahawa aku seorang "bapok".kuang aja lu razman..tak apa wa mesti bertindak kacak.dan persoalan di dewan negara baru-baru ini,"nenek tu jate ko tino"??ada negeri nenek itu lelaki dan ada pula nenek itu gadis.awwwww..tergedik sudeh.meluat..terluka hati mak nyah.korang kata mak bapok.lagi satu,di entry yang lepas..aku bukan menghina golongan yang lembut.tidak sama sekali.seperti mana anda kata aku tidak memahami naluri dalaman anda,begitu juga anda tak faham maksud yang saya ingin sampaikan.terima kasih kerana anda menyinggah dan meletakkan komen.peace no war.that's more cool dude.chill.

tapi ape kejadahnye aku nak chill,apabila manifesto razman itu berjaya menimbulkan syak wasangka lagi.haram jadah,identiti aku disimpang siurkan lagi.namun tidak mengapa,mendedahkan identiti sendiri sudah menjadi rutin sebulan sekali.wallah!!

bermulanya kesah "nenek jate ko tino"...

hati aku tak terguris pon..tak terguris.tak kesah.aku memang kacak dan gagah pon.kalah jehan kaya kan.malik nor pon nangis tengok aku,bezanya aku tak pakai spenda macam die je.erk.lucah..baik stop.

1
.
.
2
.
.
3

al-kisah nenek aku dulu seorang yang ceria,gah perkasa bak badang.nenek juga seorang wanita yang sangat dimenyampahkan oleh masyarakat sekeliling.nenek bersuka ria.nenek kata nenek ada cinta dari kekasih nenek.nenek bahagia katanya...

ketika gambar ditangkap,nenek berada disebelah insan yang pernah mencuri hati nenek bertahun-tahun lamanya.
oh kenangan~~
(2007)

[gambar expired berkulat da]

korang jangan percaya.nenek menggunakan kaedah photoshop.nenek hanyalah seorang yang "indah khabar dari rupa".kalau tak ada lah photoshop dalam dunia ni..pasti nenek tak lain tak bukan lebih kurang seperti tengkorak penyu.pengajaran,jangan mudah terpedaya..mahupun jatuh hati pada gamba mahupun sawan babi dengan senyuman seseorang.itu semua gambar.realiti???nenek memiliki jerawat yang melimpah ruah dan parut dibibir tanda kemalangan yang berlaku pada 26 november 2007.entry disini.

lumrah hidup dan lumrah bercinta,(ewah),ku sangka panas hingga kepetang,rupanya hujan ditengah hari...apa yang mampu nenek ungkapkan pada entry kali ini..."tiada jodoh".cinta disemai diladang selama 7 tahun,mati layu dipijak gajah afrika selatan...nenek kecundang.ah korang jangan nak suh cerita lebih-lebih..dah banyak aku ulas kat entry lepas.

siapalah aku,"aku ini hanya anak singkong!"-sudirman.
[gambar expired berkulat da]
hari demi hari berubah sekelip mata.jatuh,meroyan tapi bukan mengandung.erk.nenek memujuk hati lalu dipaksa diri menjadi badang seperti yang diidamkan sejak usia 5 tahun itu,dan kini bukan setakat badang..."hulk" pon nenek dah try...

usaha gigih nenek.ala-ala anak tarzan.all the best nenek.
jangan buang kenangan 7 tahun itu,tapi pujuk hati nenek.

hari-hari nenek minta pada yang Maha Memberi,Maha Mengetahui..siapa lagi kalau bukan kekasih nenek dan kekasih cucu semua.keluarga,sahabat-sahabat nenek,sahabat blogger,semua bagi nenek minum muntah badang.dan nenek pujuk hati lagi dan lagi..nenek bersahabat dengan airmata dan semangat...terima kasih semua.

nenek layan perasaan sambil ditemani penjiwang negara.
nenek cedok muntah badang mungkin.
nenek memang gagah.muscle terserlah.seperti "Mr.muscle".

[gambar expired berkulat da]
jelajah setiap pelosok cari semangat badang..
pandang atas boleh,bukan pandang belakang...jangan.

[gambar expired berkulat da]

langkah demi langkah nenek daki,nenek buang perkataan "nenek cuba bangun" kepada..."nenek mesti bangun".berada pada tahap ini,ketika berjauhan dengan segalanya..amat menduga.tapi nenek berpegang pada "ini bahagian nenek,nenek kene settlekan,ramai lagi yang lagi merana".

nenek makin mampu tersenyum.
tapi ada juga kecundang dek dihentam kenangan lalu.
[gambar expired berkulat da]

mereka hiburkan nenek...
permainan tradisi nenek
-tembak kentut sampai pecah-
saat demi saat,jam berlalu pergi,hari berganti,bulan demi bulan ditinggalkan.akhirnya..nenek tubuhkan "badang fan club".dan kini nenek sedang menanti tahun 2009 meninggalkan nenek.nenek tak sabar untuk melangkah pergi meninggalkan tahun sejarah ini.argghh..jadah ape nenek touching lelebih ni......bukan ni yang nenek nak sampaikan sebenarnye.

-badang fan club ker?macam ikan bilis je memasing-

dan persoalannya...................
NENEK TU JATE KO TINO??
berani tak nak jawab??

"hati kita milik kita,bawalah hati itu dan pergilah dari situ,
kau akan kuat,aku tahu.kutiplah kekuatan itu,
dan bangun...."

sekian.

tuhan,aku juga ingin bahagia..
[gambar expired berkulat da]
  • malaysia,nantikan kepulangan ku dengan muntah si badang.
  • akan berangkat ke melbourne pada 19 nov 09.
  • akan tiba di malaysia jam 6.30 pagi bersamaan 24 nov 09.
  • SEBENARNYA,wa nak join contest dekat blog bulan itu aku.wa join beb!!!!!dan semua gambar bukan dari camera wa.wa tak ada rupa,apakan pula harta.....

beb..

beb...
jangan hina aku....
jangan pijak jiwa aku...
jangan..

jangan sanjung aku..
jangan teruja dengan aku..
aku tak ada ape-ape beb..
aku luar dari average.
kosong.

aku hanya "indah kabar dari rupa".
malam ni aku nak reveal something...............

Friday, November 13, 2009

bukan kisah monopos.

sini tak ada kisah monopos ye.saya tidak pula menyertakan cara-cara untuk melambatkan monopos.haha..ape jadah aku cerita benda ni neh..malunya i...ok lah.aku tak nak buat entry panjang-panjang.sebab kejap lagi aku ada paper nak kene belasah.dalam lebih kurang jam 930 am waktu malaysia seorang hagemaru akan mengganas untuk bertukar menjadi ninja turtle.cik cumey weh ninja turtle pakai coli.eh silap.pakai tudung.last paper woo!! lepas tu akan ku gegarkan tanah airku malaysia.....

cuma nak letak persoalan sikit je dekat sini.

kenapa perempuan malu bila lelaki tau yang dia sedang datang bulan??
ada yang tak tau ke datang bulan tuh apa??ha ni yang aku suke nak terangkan ni...datang bulan tuh..adalah peperangan yang melibatkan pertumpahan darah.ianya sama sekali tidak boleh disekat mahupun dipaksa-paksa ye.haha.penerangan ini hanya valid kepada budak2 yang belum mumayiz.sekian.pergi main jauh-jauh.

ambil lah GRO ni.saya hadiahkan.

ingat tak isu macam mana adik nurin dibunuh???macam mana ramai lagi kanak-kanak jadi mangsa rogol...ini bukan soalan exam beb.aku bukan nak lemparkan kertas soalan.cilaka lah kita bila exam duniawi kita bertungkus lumus.tapi exam sebenar??hancusss...baca ayat aku tuh betul-betul.aku cakap..cilakalah "kita" bukan cilakah "kamu".jadi bila ada "kita" bermaksud aku bukan mempersembahkan diri aku bagus.bukan.ini soal kita.kau dan aku beb.

kalau benarlah si perogol sudah tidak keruan untuk menebuk tatkala diri tidak mampu untuk berbini mahupun tidak laku untuk berbini...bahawasanya aku,ye aku...aku sanggup hadiahkan mereka si perogol seorang GRO yang sah-sahlah rela dirinya ditebuk.yang sah-sah lah akan belai setiap inci pelosok celah badan kau tuh jahanam.mungkin aku juga akan dapat dosa kalau aku bertindak begitu kerana dianggap bersubahat menggalakkan zina dalam islam.tapi aku rasa lebih rela,dari kanak-kanak kecik itu diperlaku kejam semata-mata untuk nafsu kau lahanat...

bila aku guna perkataan "lahanat" tanda aku betul betul sedang marah.tapi setakat ni aku tak pernah lagi cakap orang lahanat.kalau dipilih untuk pegang babi dengan perogol..aku rela pegang babi..kerana dia jijik bersebab.tapi mengapa kau juga perlu jadi jijik sedangkan kau berakal..

jangan sampai aku berniaga "anak ayam" semata-mata nak aku hadiahkan kepada perogol..hidup dan karma tu adik beradik beb.jangan nak buat-buat lupa.

Thursday, November 12, 2009

aku nak tutup penyertaan contest

ini rayuan PA aku.dia tuh memang ngade2 sikit.dia kata dah terlalu ramai orang hantar penyertaan yang gempak2 gile sampai dia pon dah berbelah bahagi tolak tambah campur segala mak nenek lah kan.so dia merayu kat aku suruh tutup contest ni secepat mungkin.

dan...

demi menjaga hati PA aku..dan memudahkan kerja dia lagipun dia ada darah tinggi dan kencing manis.so tak lama lagi je tuh aku tengok..aku rasa kesian plak kat dia.so diumumkan...

bahawasanya...

tarikh contest ini akan ditutup pada hari ahad bersamaan 15 november 2009 dan kepada sesiapa yang nak hantar penyertaan lagi..sila lah hantar segera.dan kepada yang hantar lebih dari 1 penyertaan...sila tarik penyertaan anda..dan tinggalkan salah satu saja penyertaan yang betul2 nak hantar.sebab PA aku tuh dia buta huruf sikit.so dia kata lagi elok dan gagahnya jika sorang satu je penyertaan..tak boleh lebih.sebab die letih nak mengeja.lembab sikitPA aku tu.suruh sekolah tak nak.haha.
sekian.

oh ye aku nak pesan.semua story bukan aku yang mark okeh??sebab nak elakkan bias melanda hidup aku.dan aku ni tak reti nak berlaku adil biasalah tak ada peluang lagi nak berbini empat kan..haha..ok lah.jangan nak pikir bukan-bukan.

Wednesday, November 11, 2009

jangan..i tak suke.

ok ini benar.dan ini memang pantang i.

i memang tak suke dengan gay ok..so razman sila notice.hahaha.tapi i rasa selamat jalan dengan gay.sah-sah tak bernafsu kan dekat i.dan kutu rayau pon tak berani nak kacau i bila tengok i jalan sebelah lelaki.lagi-lagi lelaki yang badan berotot.sayang mereka gay je.tapi razman tak berotot,so tak guna sesen pon jalan dengan dia okay para gadis??

oh,i juge tak suke dengan lelaki bontot lentik.plisla...kalau jumpe,i boleh rasa macam nak bagi penerajang sedas dua.what say u??bukan ape..sebab i jalan lagi gagah dari mereka.senang cerita i kurang senang dengan anda yang lembut macam softlan mungkin?erk...tapi mereka hormat perempuan.itu yang i salute..cuma,i tak suka mereka terlalu tunduk dengan perempuan.lelaki boleh bersifat lembut,tapi jangan lebih lembut dari perempuan sampai pegang garfu pon terlepas ok??dan bontot time jalan tak payah lentik.i geli lah.bukan i je,gadis lain pon kan?

i cuma rasa sayang sangat.bukan sayang fall in love bagai tuh..i mean i rasa kesal..kalau mak i kat kampung selalu cakap.."ish,sayangnye santan ni dah basi tak masukkan dalam peti ais.".ha macam tuh la maksud ayat "sayang" i tadi.maksudnye i kesal.sebab lelaki dah lah berkurangan.makin sikit sekarang.lepas tuh tolak pulak dengan yang gay dan "nyah".so berapa kerat je lagi lelaki yang gagah nanti???

dah lah i tak kawen lagi.mestilah risau.erk.

p/s:razman cakap,ini razman cakap taw..bukan aku.dia tak suke manusia "i dah follow u,PLIS follow me back".lagi satu,nenek tiri razman cakap,dia tak suka nak masuk contest yang ada tulis "u owwlllzzz mesti follow i dulu taw untuk masuk contest yang i anjurkan ni.baru lah i nampak gempakz gillerz ade follower banyak2..i suke follower beribu-ribu...sori i tergedikzzz...sayang u owwlllzzz".

sayang taik kucing ko.
ok aku pon tak suke orang yang razman tak suke..erk.korang pon kan?kalau nak penerangan lanjut lagi.tanya melz.dia dah terangkan segalanya disini.

entry tak ikhlas.



macam mana cerita seluar dalam??suke tak?macam2 reaksi yang wa nampak dari korang yang baca.itu pengalaman peribadi wa yang wa simpan dalam arkib hidup wa.ada banyak lagi yang wa simpan.ada yang wa dah story kat sini.ada yang wa akan story nanti.dan ada jugak yang wa takkan story sampai mati.buat korang yang ceria lepas baca story wa semalam..wa pon tumpang ceria dapat buat korang gelak ketawa.wa dah cakap,apa yang wa tulis dalam blog wa ni sekadar apa yang tersimpan dalam hati wa.yang kadang-kadang tak ada mata nak lihat,tak ada telinga nak dengar.lagi satu,kalau wa tulis benda-benda yang ilmiah,nasihat tak pon macam pendakwah ke apa,lu orang jangan nak cakap wa nak budget bagus.lu orang tak payah nak halau wa untuk pergi cermin diri ke ape.wa sedar sume tuh beb.wa sedar kat mana wa berpijak.

dah wa pesan dan akan pesan lagi dan lagi,apa yang wa tulis..untuk ajar diri wa yang kurang ajar.bukan nak ajar lu orang...buat sahabat blogger wa emma,kalau lu baca ni..wa nak lu jadi kuat macam badang.kalau lu sedih..lu jangan tengok orang yang tengah hepi mahupun hidup senang,nanti akan buat hati lu lagi terluka berdarah beb.lu pergi tengok orang yang lagi seksa dan merana hidup nya.nanti pasti lu akan bersyukur dan kuat macam badang.emma,wa nak cakap dengan lu..hidup terlalu pendek untuk ditangiskan...dan lu kene ingat..ini bahagian ujian lu dari Dia.lu jangan mintak orang lain settlekan.sebab lu pon belum tentu mampu untuk settlekan bahagian orang lain.

dan untuk lu lumut.lu jangan budget bagus sangat.lu sedar sikit diri lu.semalam wa tengok airmata lu meleleh masa nak lelap tidur apehal??nak wa bagi penerajang ke pelempang untuk lu sedas dua?ingat lumut...sesakit mane dan sesedih mane pon dalam hati lu..kalau boleh lu sorok lah jangan kasi tunjuk.lu kuat macam badang kan?janji dengan wa okeh...

kesimpulannya,jangan cakap lu orang ikhlas.sebab ikhlas tu tak kan nampak.jadi tak payah cakap,just rasa..feel bak kata nenek wa.

Tuesday, November 10, 2009

dik,lain kali pakai seluar dalam dekat bawah ye.

amaran!!!entry ni panjang dan terdapat adegan-adegan bangang yang tak patot korang tiru.jangan tiru beb.adegan-adegan bangang adalah hak terpelihara lumut.kisah ini bukan rekaan ye.bukan untuk masuk contest ke ape.haha.

nah!amik aku nak cerita sambungan kisah seluar dalam.dah tuh korang sume dok teke-teke merepek je.haha.ada yang teke aku nampak darah lah.ish...bak kata pakcik kordi,what is the you lah cerita tuh aku nak gebang kat sini.bukan-bukan.itu semua ramai dah orang alami.tak triller ah itu pon nak gebang kan?ada plak cakap aku beli spenda sendiri masa umur 5 tahun.adeh..bukan jugak.itu pon aku tau ramai yang buat sendiri.no hal.beskot cakap aku main tukar-tukar spenda.haha.kau ni beskot..kot iye pon..janganlah jijik macam tu sekali.tak kuase aku.

ok dijadikan cerita.bermulanya kisah...

kan before ni aku dah cerita abah aku ni tegas dan punctual orangnya.kira watak abah aku ni penting jugaklah.sebab tuh aku kene cerita dulu untuk create adegan-adegan bangang aku pada hari bersejarah.haha.ok aku tak gelak.

time tu umur aku 5 tahun.nak pegi tadika la ni...yang mak aku pulak dah bising-bising suh aku cepat katanya abah aku dah tunggu dekat dalam kereta.aku memang gelabah beb kalau abah aku dah siap tunggu dalam kereta dah kat luar pagar umah.memang otak aku tak boleh nak fikir waras dah time tuh..tapi aku dengan comelnya dengan ketinggian lebih kurang 1 inci setengah cuba nak berlagak cool pagi tuh walaupun abah aku dah dok hon-hon.ni yang aku menyampah ni kalau abah aku dah hon-hon,confirm aku tak sempat nak make up pakai gincu bagai kan.

lagi satu aku suruh korang highlight sikit dari entry lepas,iaitu aku ni memang suka survive dan tak suka tunjuk kelemahan aku depan mak abah aku.gua ego beb!!tak ada kerja aku nak merengek2 kerja sekolah tak siap la,kasut tak kapur lagi lah.oh ape jadah.itu bukan taste aku beb..kata macho dan gagah kan?so gaya mesti ada...

"mak kejap-kejap,lumut tengah siap ni...seluar dalam dah pakai dah,setting baik punya.sikit je lagi nak siap",pung pang pung pang aku bebel kat mak aku untuk yakin kan yang aku dah nak siap.

"cepatlah..kang bising abah kau kang...semalam suruh shave tak nak..(eh sori salah dialog).semalam suruh buat kerja sekolah tak nak.."

"bukan tak nak mak,semalam kan black-out..ha mak saja la tuh..kang lumut cakap uban mak dah banyak mak marah,tak pe mak..ujung minggu ni lumut cabutkan uban mak lagi ek.selai 10 sen kan mak??"

"eh mahalnye selai seposen...selai 5 sen je mak bagi."

menjadi jugak aku ubah topik bagi mak aku tak bising.bab-bab carik uban mak aku neh,memang masyuk.sebab dapat duit.hehe..sweet kan kenangan masa kecik-kecik.mesti korang pon ada dapat upah dari cabut uban kan??hehe

dah tuh mana cerita seluar dalamnya lumut oi??
(jerit para pembaca esoksemalam)-tengok dialog korang pon ada sekali taw.haha

erk..ok2.aku sambung nanti ok??ke korang dah tak sabar sangat?semua aku tengok macam dah bernafsu je nak tau tuh..erk.jangan beb.ini bukan blog lucah ok.baiklah aku sambung.

akak aku pulak inter-frame.
"woi!!cepatlah..kang aku lambat tau tak.abah dah bising dah tuh.kang baru lah kau terhegeh-hegeh nak cari stokin bagai."

"sabarlah weh..aku dah nak pakai tudung ni..kau ni marah-marah pulak pagi-pagi ni.nanti cepat monopos taw.."

aku pon sibuk lah nak pakai tudung.wah!comelnye budak 5 tahun pakai tudung kan?comel beb..tapi time tu je la comel.sekarang tak do la tu doh...tengah nak pakai tudung,aku dok carik-carik..isk.."mana pulak pergi anak tudung(scarf) aku ni??kang tak pakai kang abis la terkeluar rambut aku.gile serabai nanti....".tak boleh jadik ni.aku kene cepat.mati abah aku bagi ceramah dalam kereta tu kang.dah lah abah aku minat akil hay..awww..tak kuasa mak nyah.ok tipu.

haha...gelak dulu boleh?ala..korang pon boleh teke kan ape jalan penyelesaian seorang budak comel yang tengah gabra time tuh...see?punya lah ego,sampai tergamak aku meneruskan langkah seterusnya....otak aku pon berputar cari penyelesaian..

tanpa ada belas kasihan...lalu..

aku menyarungkan seluar dalam milik ku bewarna cream tak ada gambar pokemon taw! ke atas kepala bagi menggantikan anak tudung aku yang hilang tuh.ohh..mak malu nyah nak cerita.hahahaha...sila gelak dan maki aku.kreatif dan inovatif tak aku??yelah..kan seluar dalam tuh ada getah yang boleh grip kan..so that nanti rambut aku tak de lah terkeluar.tak gitu?wah!!bijak kan lumut..haha..bodoh nye aku..ape yang aku dah buat ni..adakah aku sedang bukak pekung di dada??erk~~

korang bayangkan..kalau tak dapat bayangkan..korang pergi amik spenda korang jup.try letak kat kepala.ha macam tuh la rupa aku time pagi tuh.ada dua lubang spenda untuk masuk kaki tuh kat kepala.janji rambut aku tak terkeluar.pe de hal kan...hahaha..suke nye aku sebab aku kreatif tanpa menyusahkan mak aku dipagi hari..oo yeah~~~

cerita dah nak tamat dah ni.lalu aku pon pergi tadika dengan yakin..confident mesti ada beb..buat muke tak bersalah.tapi tuh la,bukan hari tuh je aku buat macam tuh,tapi tiap kali scarf aku ilang,tiap kali tuh lah kepala aku terpaksa merelakan untuk disarung dengan spenda.kadang-kadang spenda kaler cream pulak tak ade.aku belasah je spenda kale pink siap ade polka dot gitu.haha..comel gile weh~~

korang pernah try??

tak kan..ha..kan aku dah cakap tak pernah..ade siapa yang pernah???aku nak jumpe belanja makan mcD.haha.dah lah.cerita banyak pon tak guna.sebab aku dah malu ni...tak nak tunjuk muke kat blog seminggu!!!!malu lah~~ape yang aku dah buat ni!!!


p/s:: korang bayangkan kalau aku pengsan ke ape kat tengah jalan.lalu orang tanggalkan tudung aku...korang dapat bayangkan tak macam mane perasaan insan malang tu time tuh bila die tengok spenda disarungkan pada tempat yang salah.ha sila lah bayangkan..syukur aku tak pengsan.....haha..

mungkin ini dialong nye
"dik lain kali pakai seluar dalam dekat bawah ye".

sekian.ingat nak je aku deactivate comment box untuk entry ni.tapi aku tau korang banyak nak hamun aku.sila-sila.tak dek hal.cerita tuh pengalaman manis wa tau tak??kesimpulannya kalau lu orang nak dating dengan wa nanti,jangan main selak-selak tudung.pantang!haha.

Monday, November 9, 2009

sambungan cerita seluar dalam.

hahaha.gelak dulu sebelum meneruskan penaipan mahupun pembacaan.mungkin apa yang aku nak ceritakan ni pernah diaplikasikan oleh anda-anda.siapa tahu?ke aku sorang je yang buat kerja ni??haha.ok aku malu ni nak cerita.tapi tak pelah.anggap je la ini kisah dizaman kecil tatkala belum mencapai tahap akil baligh.haha.gelak lagi.senyum-senyum jup aku.segan la weh.aku rasa korang tak pernah buat kerja bodoh ni...=p

sebelum tu aku tak pasti ini suatu kebodohan,aksi terlampau mahupun kebijaksanaan seorang budak kecil yang berumur 5 tahun dan bersekolah di taski abim.ala yang pakai baju seragam kaler hijau tuh.tadika yang ala-ala islamik tu lah.tau tak??hehe.

baiklah sambung cerita.

mak aku cakap,aku ni seorang yang berdikari kalau nak dibandingkan dengan akak aku.dari segi mane tu aku tak pasti.tapi mak aku cakap masa aku umur 4 tahun aku dah boleh cebok berak sendiri.bersih tak bersih tu tak payah tanya aku lah.itu mak aku yang bau sume tuh.hahaha.segan lah nak sambung cerita....ecececey...ha.bukan tuh je,masa umur 4 tahun jugakla aku dah mula pergi taski al-abim.semangat nak belajar tuh tinggi beb.mak aku terpaksa akur lah dengan semangat tahap dewa aku ni.aku ni pulak memang jenis suka survive dan bukan jenis yang meminta-minta pertolongan mak abah aku.aku ni memang ego orangnya.aku tak suka tunjukkan kelemahan aku depan mak abah aku.dalam adik beradik aku yang seramai 6 orang tuh..abah aku cakap,aku lah yang paling senang abah aku nak lepaskan kemana je.sungguh tinggi kepercayaan abah aku kat aku kan?

tapi tuh la,abah aku ni tegas orangnya.kalau orang yang baru jumpa abah aku,akan kata abah aku nampak macam garang.ada yang kata macam pelakon pon ada.ewah2 abah..orang nak jadi pelakon,dia pulak yang nampak macam pelakon kan?haha.dan entah kenapa dalam ramai-ramai anak dia..aku yang jadi pilihan abah aku untuk buat itu ini.i mean anak-anak yang lain,tak ada pulak dipaksa hafal sifir sampai tertidur,kena jawab soalan PTS(penilaian tahap satu) banyak-banyak..tak ada beb.lagi-lagi abang aku tuh..rilek je aku tengok tak hafal sifir pon...tapi itu semua ada ganjaran nya di hari yang mendatang bukan?hehe

lagi satu,abah aku ni sangat punctual orangnya jika nak dibandingkan dengan mak aku,kira kalau berjanji dengan abah aku..aku sukalah senang cerita.punctual ok!aku pasti mesti time dating ngan mak aku dulu-dulu..abah aku ni yang paling banyak kena tunggu.haha..ok dah melalut dah ni.so,disebabkan ke"punctual"an abah aku ni,wujudlah sejarah seluar dalam ni dalam hidup aku.dan aku rasa tak mungkin ada orang punya kisah sebegini rupa.haha.aku nak gelak lagi ni.masa aku cerita dekat mak abah aku pasal betapa "survive" nya aku,diorang pon dok bantai gelakkan aku.oh so sweet kan budak 5 tahun pandai uruskan diri sendiri tanpa merengek meminta pertolongan mak ayah??=)

ok lah nanti aku sambung lagi..mana boleh cerita sekali gus..nanti korang terkejut beruk pulak..dah aku nak study.tata.

p/s:kalau hebat cube korang teke sambungan.kalau mls pikir tak payah le.